Thursday, February 12, 2009

luncheon

Aku baru pulang dari bank. Alang2 dah kuar tu, singgah men'spa'kan buah hati tu. Belemoih je aku nengoknya. Tambah lak skang ni musim panas. Berhabuk. Nak kena sental skit bagi ilang segala mala habuk.

Tak lama lagik nak kena hantar servis plak. Hmm... Kalau bawa balik servis kat kg, jimat poket ku. Hiksss.. Ayat keji je. Dah kije pun still nak harapkan parents sponsor servis keta. Trok tol aku.

Meh sambung citer yg berkaitan ngan tajuk. Memandangkan sebentar tadi aku menjejakkan kaki ke bumi Serdang, roger la oleh aku kepada sahabat yg berada di kawasan berhampiran. Dah jadi tabiat aku camtu.

Sampai aroung 11am camtu. Roger Azwa Ansar a.k.a Awa. Kawan aku since secondary skool. Lama gak tak jumpa dia. Kebetulan dia ada kat kampus. Di ajaklah oleh aku luncheon together. Kenyang sehingga skang ni terasa.

Menantikan ketibaan Awa. Tunggu kat pejabat bendahari. Sojuk skit... Ehehe...

Thanx a lot Awa kerna membelanja sahabat mu ini. Awa kata ni hadiah hari lahir aku. Ehehe... I segan la u ols... Berbanyak time kasih. Student plak blanjar orang dah kije. I tot I nak blanja dia. But Awa insist to pay for our lunch.

Ihsan dari gooles. Hikss.. No pictures yg aku snap kan. Gigih la kau gi google. Tak mo bagi nampak kosong je entry aku. Aku amek ikan. Tapi bukan ikan di atas la. Takde lauk yg hmpir sama.

Makan kat gerai besa2 je. Sedap beb lauk2 yg dihidangkan. Semua nampak menyelerakan. Membuat aku fening mo pilih lauk la. Lastly aku pilih kerabu taugeh+kang kung+kacang botol+kacang panjang, ikan keli masak sambal & sambal belacan. Semuanya RM3.80. Perghhh... Murah beb. Ngan nasi selonggok banyak giler.

Lauknya lebih kurang banyak camni la. Skali lagik, ihsan dari googles. Tapi lauk kat gerai aku makan tadi tu lagik mengiurkan. Ahaksss...

Ngan tamaknya aku tak kurangkan walau sebutir nasi dari jumlah nasi yg telah dibubuh oleh pembantu kedai itu kerna aku begitu yakin aku boleh habiskan nasi itu. Penghujungnya, tak abeh pun aku makan nasi.

Saje tamak. Ingatkan bila tak breakfast, abeh la aku makan nasi tu. Bila dah buh lauk atas nasi, dah jadi menimbun. Segan I tau. De guy sorang tu makan nasi suku dari jumlah nasi aku. Lauk dia amek agak banyak. Dah le ikan keli tu agak besar dari ikan keli yg aku selalu dok makan kat kedai dekat opis ni.

Pendek kata, aku puas hati ngan lunch aku bersama Awa. Kerana aku tak kerajinan mengeluarkan hp dari kocek, no pictures bersama lauk pauk & no pictures wif Awa too. Uhh...

Jumpa pun sat je. Tak borak panjang sangat. Borak ala kad(ar) je. Uhhh.. Berita yg ku trime dari Awa, de sorang our klik bakal menamatkan zaman solo jugak dalam tahun ni or tahun depan. Orangnya keje ngan gomen. Saper orang itu??

Nnti la aku kena rujuk semula ngan orang berkenaan sebelum mewar2kan di sini. Sebelum2 ni pun ada gak aku dok mention nama dia dalam blog aku. Hmm... Taniah in advance.

Kena sambung wat kije. Sy sangat berpuas hati ngan lunch hari ni. Seronok kerna pewot kenyang. Pas makan mata memberat je. Ku tahan mata ku kerna nak kena drive pulang semula ke opis. Masa tu kalau aku pejam je mata, memang belayar ler..

Plan awalnya nak luncheon bersama kengkawan uni kat Bangi plus nak amek kad kemputan kawen. Tapi de sorang ni plak de kursus. Tak jadi. What to do. Cannot join la sy next time kerna hari ni pun kebetulan sgt aku ke sana.. Kalau wikn myb bleh join. Roger later...

No comments:

Google