Thursday, January 29, 2009

hati dah kembali tenang

Seriau je bila baca ramai pekerja yg dibuang kerja disebabkan keadaan ekonomi semasa. Di luar negara, hampir setiap hari dok dengar dalam berita ada orang kena buang. Paling kesian sekali untuk mereka yg berkerja dalam sektor pembuatan.

Tak silap aku, dalam paper/berita minggu lepas, dianggarkan sekitar 200, 000 orang akan kehilangan kerja sepanjang tahun 2009. Uhhh... Camno ni. Aku ngan situasi aku. Memang la aku sedang bekerja. Tapi perancangan asal, tahun ni dah melangkah ke dalam industri lain plak kalau bleh. Industri kah??? Bukan la industri. Cuma mungkin kerja lain.

Mungkin sesuatu kerja dekat hometown aku sendiri. Dah takde apa di sini tuk aku. Kalau dulu, bersebab jugak la aku dok sini. Skang ni aku rasa, lebih baik kalau aku dok ngan parents sajer. Lebih menggumbirakan hati dari keadaan skang yg aku asyik makan hati je. Dok makan hati je, tapi tak gak kurus2. Eh, de sangkut paut ke??? Muahahaha...

Tapi serius la. Aku memang mencari peluang meninjau kot2 de peluang pekerjaan kat kampung sendiri. Kalau tak keje, bleh gak balik kampung. Tapi takkan aku nak susahkan parents aku plak kot. Membebankan diaorang nak kena sara aku lagik. Uhhh...

Jom2... Aku nak kuar sebentar lagik. Nak selesaikan beberapa misi. Salah satu misinya adalah tuk kegunaan di minggu hadapan. Owhhh...

1 perkara lagik yg menyeronokkan. Sekejapan je dah nak sampai ke hujung minggu. Sronot la. 3 hari bekerja sahaja. Pe kata kalau pas2 ni wat hari bekerja jadi 4 hari. Hari cuti 3 hari. Bleh la selalu je aku pulang ke kampung halaman ku. Hiksss...

ASyik nak berpulangan je aku ni. Apa la yg menanti aku di rumah. Takde pe pun. Tapi dah rumah ku syurga ku. Harus la aku suka bila balik ke rumah. Nak selongkar cari makanan pun tak segan. Nak makan bila lapor pun takde halnya. Lalalala... Cam hari tu aku berpulangan di kampung sempena cuti tahun baru cina, tak sempat nak rasa lapor dah kenyang balik. Wakakaka...

***Alhamdulillah.. Hari ni keadaan aku telah pulih seperti biasa. Harap ia berkekalan. Aminnn...

No comments:

Google