Monday, January 12, 2009

idaman kalbu

Sejak 2 menjak kazen aku ajak hadirkan diri gi klas decorate muffin, aku mula berangan2 nak memiliki alat2 tuk baking. Aku rasa aku minat dalam masak2 & menjahit. Gardening idok le.. Rasa tak kerajinan. Aku pun membuang sedikit masa melawat forum2. Pastu terjumpa ngan peralatan ini yg sangat menggoda aku. Isk2...

Brand : Kitchen Aid.
Yg ni aku dah kasi request sama Odah & Diana. Ehehehe... Masa hari tu kitorang jejalan kat OU. Aku bekenan sudah ngan stand mixer ni. Trus aku suarakan kat mereka berdua. Take note ye korang dua. Lalalala.... Paling aku teruja adalah warnanya yg R3D itu. Ade 3 pilihan.


Bila dah ada menda ni. Kena ada plak tempat memasaknya. Tapi aku tak memilih sangat. As long leh bakar membakar. Mestilah microwave oven. Not the microwace convection. Tak mo tu. Dah de kat kampung halaman ku. Nak buat bakar2 cookies sangat la memakan masa. Tu pasal biskut ry yg aku buat hanya 1 jenis je. Ni adalah alasan yg benar. Bukan sebarangan alasan yg sengaja aku reka.

Gambar sebagai hiasan sahaja.
Aku belom ketemu ngan idaman hati. Kalau bleh nak seperti ciri2 yg aku sebut di bawah. Size dalam 25L-40L. Tak nak la besor2 sgt. Tapi tu la. Janji leh masak 2 tray skali gus. De fan. Api atas bawah.


Kalau bleh aku nak microwave oven yg dapat menampung 2 tray bila membakar cookies. Pastu de fan. Pastu nak ada yg api atas bawah. Bleh la aku belajar try test buat kek lapis sarawak. Teringin nak buatnya lama sudah. Tapi nak membeli keperluannya ngak ada bajet. Nak kena cari bajet dari skang.

Mudah-mudahan aku mampu memilik kedua2nya. Aminn...

No comments:

Google