Thursday, January 15, 2009

malu tanya sesat jalan

Sekali lagik aku menghadirkan diri ke taklimat & lawatan tapak. Bersendirian sudah semestinya. Aku rasa enjoy. Tadi nye aktiviti de lebih kurang 200 orang. Ramai giler. Nak penuh dewan serbaguna tu. Siap disajikan breakfast. Aku plak dah makan seblom gi situ. Kalu tak, mo aku santap gak. Tak kesot walaupun aku berseorangan. Janji pewot aku tak kosong. Hiksss...

Majoritinya adalah lelaki. Pompuan ada gak le. Aku tak perasan plak samada yg pompuan de dtg berseorangan. Ada kot. Aku je yg tak perasan. Rasa cam mata aku kekaburan la. Ehe... Kebanyakkan orang yg datang tu paling kurang pun mesti berdua.

Ala... Tak kisah la baper ramai pun. Seronok gak kalau hari2 dapat kuar camni. Takde la aku kebosanan benor. Plus, bleh gak polish communication skill aku. Skang ni yg dah makin hampeh.

Aha... Lepas taklimat tu de sesi soal jawab. De la beberapa orang pacik/abang yg dok menanya soalan. Mula2 cam takde sambutan je orang bak bertanya. Dah lama skit baru de 3,4 orang yg kemukakan soalan. Yg buatkan aku rasa skit tak selesa bila de sorang macik/kakak ni dok sibuk mencelah nak menjawab. Isk2...

Bior la orang yg bagi taklimat tu yg menjawab. Akak tu nak gak menjawab. Haihhh... Berbulu skit aku ngan situasi camni. Orang yg bertanya tu bukannya bodoh & tak paham pe yg diberitahu. Diaorang yg bertanya tu sebab nak lebih kefahaman sahaja. Supaya tak sesat.

Ini adalah antara sebab kenapa aku tak suka bertanya dalam crowd yg besar. Aku lebih selesa bertanya kat kengkwn. Aku tak nak di cop bodoh. Yg sememangnya aku bodoh pun. Sebabnya aku malu bertanya. Sebab malu bertanya aku telah pun kehilangan. Hmm... Abaikan...

Kejadian2 malu bertanya ni berlaku masa aku bergelar student. Teringat masa skolah dulu, de klasmate aku, suka sangat bertanya ngan cikgu. Padahal soklan yg dia tanya kat cikgu tu soklan yg mudah. Cikgu dah bagi penerangan ngan kristal clear nya. Yg bertanya tu plak dak cerdik.

Aku nek heran, pehal la dia ni suka sangat bertanya akan persoalan yg cikgu dah ulang2 kali terang. Bengap pehal la dia ni. Padahal selalu dapat no 3 teratas. Bila usia dah meningkat, aku sedar yg dia bukannya bengap. Dia bukan bodoh pun. Malahan dia cerdik. Bertanya supaya dia tak sesat. Supaya mendapat lebih kefahaman.

Rasanya kesedaran ni tak terlambat buat aku tuk berubah menjadi lebih baik. Hmm...


~~~Lepas sesi taklimat & lawatan tapak tadi, aku menyinggah ke mph. Dapatla rembat 2 buah buku. Tak sabaq nak baca. Padahal de sebuah lagik buku yg aku dok baca tak abeh2. Dah sebulan lebih dah. Buku tu aku baca masa nak tidoq je. Supaya cepat lelap. He2... Ni dah 2,3 hari aku tak perlu pun baca buku tu. Aku dapat tidoq ngan mudahnya. Mungkin pola pemakanan aku skang ni menyebabkan aku senang tertido kot. Lalalalala...

No comments:

Google