Tuesday, January 6, 2009

Aifaa & Mohaini

Pada 27 Disember 2008, telah berlansung majlis perkahwinan sahabat yg aku kenali semasa di uni, Aifaa bersama hubby nya, Mohaini. Selamat pengantin baru di ucapkan buat 2 mempelai itu. Baru hari ni aku berkesempatan nak wat entry tribute buat mereka. Gambar yg ada dlm koleksi aku pun tak banyak. Sekadar ada sahaja buat tatapan di hari muka, insyaAllah..

Aku gi makan kenduri Aifaa tu ngan adek aku yg no 3. Semua adek2 aku ada kat umah masa tu. Tapi takleh gi semuanya sebab ada yg nak kena ikot abah aku tuk aktiviti di hari ahad plak. Hmm...

Untung juga ada adek aku kat umah. Kalau takde adek aku kat umah, tak sampai la aku gamaknya ke kenduri Aifaa ari tu. Isk2... Begitulah yg berlaku dalam famili aku. Memandangkan aku anak pompuan, kawalan memang terlebih ketat dr kawalan yg dikenakan ke atas adek2 aku yg kesemuanya lelaki. What to do... Trimo jo la. AKu pun dah biasa.

Makanan kat kenduri Aifaa tu sangatlah enak. Cumanya, satu pertemuan yg tak dijangka telah terjadi yg membuatkan aku ilang selera makan. Serius... Mulanya aku memang bersemangat nak bedal makanan yg terhidang. Tapi pe2 pun, sesampai je kat umah pengantin haruslah gi ketemu dulu ngan pengantin. Walaupun sudah ketahuan yg pengantin pasti punya masa yg terhad sahaja tuk melayan. Yg penting, pergi tunjuk muka, passing hadiah semua dulu.

Kebetulan masa aku sampai tu, pengantin lelaki pun sampai sama. So, pengantin pompuan kena la kuar gi jemput suaminya. Hiksss... Sy cam syiok la plak. Aku malas nak gi berpanas nak mengambil gmbr pengantin pompuan menyambut pengantin lelaki. Suruhlah sy adek sy menjalankan tugas yg mulia itu. Dapat la beberapa keping.

Dalam perjalanan menjemput suami.

Telah menjemput. Alamak... Awat pengantin pompuan tak senyum plak. Haihhhh... Photographer tak pandai amek shot yg menarek. Banyak bunyik plak aku. Ehehehe...

Dua2 pun tersenyum sudah. Manis... Seri pengantin.

Pas aktiviti menjemput pengantin lelaki, kedua2 mempelai berarak masuk ke rumah. Ada la skit majlis menepung tawar. Aku tak ikuti sepanjang aktiviti tu. Aku just masuk sat je tuk amek beberapa shot. Cian plak kat adek. Dah wat gaya2 malas. Uhhh...

Ni la hasil yg aku dapat. Banyak sebenarnya. Tapi yg banyak tu, pengapit perempuan asyik dok lap muka pengantin. Pastu kipas pengantin sampai blocking muka pengantin. Aduhyaiii... Geram je. Tgk pengapit pengantin lelaki, cool saja. HIksss...

Satu lagik shot mereka di atas pelamin. Cantek kombinasi kaler pilihan Aifaa. Tambah plak dia putih melepak. Memang naik seri kaler merah garang yg dia kenakan tu.

Dah abih sesi aku amek gambar, aku pun ngajak la peneman aku itu hari gi isi pewot. Aku tau, pewot adek aku dah menari riang. Mo tak menari riang, lepas je dia abeh game bola teros aku angkot dia gi kenduri. Pagi tu dia gi main bola dulu. Game antara kampung je. Cam best la plak. Hiksss..

Owh... Satu peristiwa yg tak disangka terjadi semasa aku tengah menyaksikan perarakan pengantin masuk ke rumah. Aku ternampak sorang pacik ni. Cam ku kenal. Tengah mengambil makanan. Aku pikirkan, maybe kawan bapak aku. Yo la, bapak Aifaa ni satu company keje ngan abah aku. Haruslah ada kengkwn abah aku yg hadir sama.

Tapi aku rasa muka pacik tu familiar sangat. Tapi aku tak dapat nak recall.. Tetiba jantung aku berdebar sakan. Aku terlihat kat suatu sudut. OWh.... Itu mak kamu. Kalau korang masih ingat akan entry aku yg lama2. Ya Allah... Tak ku sangka bleh plak terserempak. Aduhhh.. Jadi pacik yg aku nampak & terasa amat familiar itu adalah abah kamu. Kompem la tu. Bila aku pandang lagik skali, memang de rupa kamu. Cuma abah kamu dah berisi skit. Mungkinkah kamu begitu.

Secara otomatiknya, setelah terpandang parents kamu, selera makan aku tertutup. Aku hanya ambil makanan sekadar syarat je. Ciput je aku amek. Haihhh.. Aku plak cuak lebih. Ntah2 diaorang pun dah tak ingat aku. Yg aku nak cuak sangat tu napa. Aku pun tak pasti. Kebimbangan yg aku war2kan pada Xara menjadi kenyataan. Tros je aku roger dia.

Haihhh... Memang aku tak jangka pertemuan itu akan terjadi. Aku pun tak gi tegur diaorang. Diaorang tak prasan kehadiran aku rasanya. Mintak2 la diaorang tak perasan. Kang dikatanya aku ni kurang ajar plak. Isk2... Aku tak dok makan dekat ngan meja diaorang. Aku ngan adek aku amek port kat tempat yg memang tak ramai orang makan kat situ. Jeles je aku tgk adek aku menikmati makanan yg enak itu dalam kuantiti yg banyak.

Begitulah terselitnya satu kisah yg mendebarkan berlaku sewaktu aku menghadiri kenduri Aifaa.. Alhamdulillah, selepas pertemuan itu, aku rasa aku lebih kuat dalam proses melupakan kamu. Syukur... Bleh tak azam tahun baru aku kali ni nak bertemu ngan seseorang??? InsyaAllah, mudah2an berhasil aku ketemu ngan seseorang itu. Aminnn...

No comments:

Google