Wednesday, January 14, 2009

di mana rasionalnya???

Surat yg menarek minat aku tuk dijadikan entry. Petikan dari BH Online.

Majikan tidak benarkan pakai tudung

SAYA bekerja di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Pulau Langkawi. Namun, sekarang saya sudah berhenti disebabkan masalah pemakaian tudung. Untuk pengetahuan, saya dipanggil ke pejabat pengarah sumber manusia hotel berkenaan dan mempersoalkan kenapa saya memakai tudung.

Saya kecewa kerana pengarah itu juga seorang Islam yang sepatutnya membela tuntutan agama turut memarahi saya kerana tidak berbincang terlebih dulu.

Sebenarnya, saya sudah menghantar e-mel kepadanya lebih seminggu meminta kebenaran untuk memakai tudung tetapi e-mel saya tidak dibalas.

Adakah kita perlu berbincang terlebih dulu sedangkan kita hendak melakukan sesuatu yang dituntut dalam agama? Pengawal kewangan yang hadir dalam perbincangan dengan saya seorang penganut agama Sikh. Beliau pula boleh memakai turban (serban) dan menyimpan jambang kerana tuntutan agamanya.

Ada juga kakitangan lain yang memakai tudung tetapi kenapa saya seorang dipanggil? Pihak pengurusan haruslah berfikir dulu bahawa kita berada di negara Islam. Lagipun, saya bekerja di bahagian pentadbiran dan bukan di bahagian hadapan.

Saya juga didakwa dengan memakai tudung ini seolah-olah saya melawan pengurusan dan meletakkan pihak pengurusan dalam masalah. Itu hanyalah kerana mereka tidak sanggup berdepan dengan risiko yang kemungkinan lebih ramai kakitangan ingin memakai tudung.

GADIS LANGKAWI,
Langkawi, Kedah.

~~~Perkara seperti ini pernah berlaku kepada seorang sahabat aku. Tak sama sebiji cam kes ni la. Yg serupanya adalah berkenaan isu pemakaian tudung. Dalam industri yg sama juga. Perhotelan. Bahagaian pentadbiran. Kenapa tak bleh pakai tudung plak??? Dah le yg melarangnya adalah insan yg seagama. Isk2... Meh la aku nak kongsi skit kisah sahabat aku tu.

Sahabat aku tu di offer keje ngan sebuaha hotel kat PJ. Masa gi interview, sahabat aku tu pakai tudung. Skit pun diaorang tak sentuh pasal pemakaian tudung. Kira ok la tu kan. Pada mulanya sahabat aku tak pernah terpk pun yg tudung bleh bawa isu camtu.

Bila dah di offer keje, sahabat aku pun terima la. Dia quit job lama tuk terima tawaran job baru. Tapi masa 1st day keje, dia diberitahu oleh management yg dia tak dibenarkan pakai tudung. Arahan dari GM baru. Disebabkan isu tudung tu la, sahabat aku terpaksa tolak tawaran keje kat hotel tu.

Dah le bukan senang nak dapat job. Dia dah quit job yg lama. Ni sumer sebab isu tudung. Bagi mereka yg tak kesah akan hal ni, myb diaorang akan ikot permintaan tuk buka tudung time bekerja. Hmm...

Bukan senang bila berbicara isu tudung. Aku bukan arif sangat dalam hal ni. Aku cuba mengulas & mengaitkan surat yg dikirim pembaca kepada berita harian dengan situasi yg dialami sahabat aku. Mungkin ramai lagik yg mengalami dilema yg sama.

What is the best solution for this kind of problemo???

No comments:

Google