Wednesday, January 14, 2009

~~~aduhai ptptn~~~


Petikan daripada BH Online, 14 Januari 2009


PTPTN tangguh kurang kadar caj
Oleh Nurul Farina Nazlan
nfarina@bharian.com.my

Peminjam gagal kemas kini data peribadi

KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menangguhkan pengurangan kadar caj satu peratus yang dijanjikan bermula bulan ini berikutan kebanyakan peminjam gagal mengemas kini data peribadi mereka terutama alamat terkini.

Pengerusinya, Datuk Dr Mohamed Shahrum Osman, berkata tanpa kerjasama peminjam, sistem baru yang akan memberi keuntungan kepada mereka tidak dapat dilaksanakan seperti dijadualkan kerana ia menyukarkan proses penghantaran notis pengurangan kadar pinjaman.

“Kita akan cuba menghantar notis secara berperingkat secepat mungkin tapi tarikhnya masih belum diputuskan kerana terpaksa menunggu data terkini daripada peminjam.

“Peminjam perlu memberi maklum balas kepada PTPTN dengan segera bagi memudahkan urusan penghantaran surat itu dilakukan, sekali gus memberi manfaat kepada mereka bagi menikmati pengurangan kadar caj pinjaman,” katanya kepada Berita Harian.

Bagaimanapun, Mohamad Shahrum berkata penghantaran surat terpaksa dibuat secara berperingkat kerana jumlah peminjam PTPTN yang layak menerima keistimewaan potongan caj perkhidmatan daripada tiga peratus kepada satu melebihi sejuta orang.

“Selepas menerima surat tawaran itu, peminjam dikehendaki mengisi borang jawapan dengan mengisi butiran yang diperlukan sebelum menghantar semula kepada PTPTN dalam tempoh sebulan.

“Peminjam perlu memberi maklum balas segera bagi membolehkan pelarasan jumlah pinjaman dapat dilakukan. Hal ini penting kerana kita ingin mengelak sebarang kesulitan pada masa akan datang,” katanya.

Berita Harian sebelum ini melaporkan, peminjam yang gagal memberi maklum balas berdepan risiko terus dikenakan caj pinjaman pada kadar lama iaitu tiga peratus atau lima peratus.

Ketika ini PTPTN mengenakan caj tiga peratus bagi penuntut ijazah sarjana muda dan lima peratus untuk penuntut ijazah sarjana dan doktor falsafah.


~~~Ntahkan bila perkara ni akan selesai & penurunan caj perkhidamatan akan diturunkan seperti yg diwar2kan sebelom ni. Dengan keadaan ekonomi seperti skang ni, penurunan charge perkhidmatan seperti yg diwar2kan dulu adalah amat dihargai sekali. Hmm... Terpaksa la peminjam seperti aku ni menanti akan perlaksanaan itu yg ntah bila akan menjadi kenyataan.

No comments:

Google