Monday, January 5, 2009

pelajar hilang

Uhhh... Sangat mendebarkan aku pepagi gini. Di hari pertama persekolahan, buat mereka yg masih bergelar pelajar skolah. Apa yg mendebarkan aku pepagi gini??? Ni ha...

Pelajar MRSM hilang sejak awal Disember

Noor Azita Musa

BUTTERWORTH: Seorang pelajar perempuan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong, Perak, hilang selepas ibunya menghantarnya ke perhentian bas Bagan Serai, pada 9 Disember lalu.

Noor Azita Musa, 17, dari Kampung Matang Merbau, Jalan Selama, Bagan Serai di sini, ketika itu dikatakan menaiki bas ke rumah rakannya di Masjid Tinggi, Bagan Serai untuk menyambut Aidiladha.

Abang Noor Azita, Mohammad Azrul, 22, berkata anak ketiga dari enam beradik itu memaklumkan ibunya, Rogayah Abidin, 42, yang dia akan pulang ke rumah pada hari sama.

Sebaliknya, Noor Azita menghubungi kakaknya, Norazrin, 20, melalui telefon bimbit pada jam 8.56 malam pada hari sama, menyatakan yang beliau berada di Taman Suria, Ipoh.

"Ketika bercakap dengan Noor Azita, talian tiba-tiba terputus dan tidak dapat dihubungi semula sehingga kini," kata Mohammad Azrul yang datang ke Pejabat Berita Harian Prai, semalam.

Katanya, Noor Azita berketinggian kira-kira 165 sentimeter dan berkulit sawo matang, memakai baju kurung krim berbunga serta bertudung hijau ketika meninggalkan rumah.

Selepas Rogayah dan bapanya, Musa Awang, 46, gagal mencari Noor Azita di serata tempat, mereka membuat laporan di Balai Polis Bagan Serai pada 11 Disember lalu.

Orang ramai yang mengenali atau menemui Noor Azita diminta menghubungi Rogayah menerusi telefon bimbit 013-4498737, Musa 013-7515312 atau balai polis berhampiran.


~~~Berita ni aku petik dari Berita Harian Online. Apa yg menarek mengenai budak hilang ni??? Dia ni dulu adalah ex-student aku. Aku pernah ajar dia. Walaupun hanya seketika. Rasanya dalam 3 bulan camtuh, aku masih tak lupa. 1st batch yg bergelar student aku. Ntahkan lepas ni aku nak bergelar pendidik lagi ke tak, walallahualam. Berita kehilangan dia amat mengejutkan aku. Apa yg dah menimpa dia??? Aduhhh... Nak sangat mengetahui lanjut pasal ni. Tambah lak hari ni hari pertama skolah buka. Harus juga aku roger klas mate dia dulu. Tapi skang kan time skolah. Mana ado budak tu nak bw hp ke kelas. Isk2... Betul2 merisokan. Tahun ni Zita akan menduduki SPM. Dia ni seorang yg happy go lucky. Suka bersuka. Tahan lasak budaknya. Harus bagaimana aku boleh lupakan dia. Hmm... Aku mendoakan moga cepat2 lah dia ditemui semula. Aminnn...

No comments:

Google