Monday, January 12, 2009

postpone la plak

Postpone sudah meeting pagi ni. Terasa cam ralat je. Membazir pun de gak. Walaupun harga minyak dah turun (thanx to gomen), tetap bazir gak. Bazir masa sama. Tunggu sampai setengah jam. Non ado notis kata meeting cancel. Ahli lain dari pihak kontraktor de keje lain nak dikejarkan. Bukan meeting ni satu je. Dengan jamuan after meeting pun telah disiapkan.

Aku kelam kabut tol pagi ni. Bangun dekat kol 8. Heran la plak naper alaram tak bunyi. Walhal seblom tido aku dah set alarm. Bila nak check hp, dah padam semuanya. Bateri ilek pocik.

Aik... Pelik sungguh saya ngan situasi begitu. Memang kompem la bateri hp aku de lagik suku. Cukup tuk alarm. Kejut aku bangun pagi. Ni sampai flet abeh bateri fon aku. Satu kemusykilan besar. Fon 1 lagik, bateri dah kong seblom aku tido. Malas nak charge. Hiksss...

Pagi Isnin adalah hari yg seringkali orang akan kelam kelibut. Bukan aku sorang je mengalaminya. Ada gak insan lain mengalaminya. Adek aku jangan haraplah. Tido tak sedaq apa dah. Aku tak kejot bgn subuh. Tak bangun la dia. My fren pay a monthly visit. Jangan la pelik naper aku tak subuh. Lalalala...

Mujur la aku dah siap sedia iron baju sebelum tido. Kurang skit kelam kabut. Nak kena hantar adek aku gi komuter lagik. Manakan nak kena siapkan report tuk kegunaan meeting.

Hajat dihajati nak masuk awal. Nak siapkan report. Bleh breakfast ngan adek aku sblom nak hantar dia. Semuanya tak dapat ditunaikan. Aku pun non ado breakfast. Kejor time.

Tapi tu la yg frustnya. Bila meeting postpone. Tapi makanan tuk jamuan itu ada. Harus la mengisi pewot. Kang membazir la plak. Hehehehe...

Rasanya tak perlu nak lunch dah kot hari ni. Saving. Tuk mendapatkan barang idaman aku (akan aku paparkan dlm entry yg akan datang). Saper la nak bagi. Harus la kena dapatkan sendiri..

Mungkin ada yg tertanya2 mana datangnya adek aku. Ahad hari tu aku gi dating ngan adek aku. Ajak la dia tido umah pacik aku. Tu pasal ada adek aku ngan aku. Dia ada kat sini. Dok kat Rawang nun..

No comments:

Google