Tuesday, September 29, 2009

selalu berdepan dengan orang ramai

Selamat hari raya aidilfitri buat semua. Dah lama tak membuat entry di sini. Aku rindu tapi aku tak rindu. Hahaha... Cam pening je ayat. Macam2 aktiviti yg aku lakukan. Tapi tak punya kesempatan nak update sajor.

Hari ni cam hangin je. Hangin skit. Tak kesampaian hasrat hatiku nak menjamah Meltz KFC. Dah alang2 kuar tadi tu yg singgah KFC. Asyik ingat makan je aku ni. Hiksss...

Berbalik kepada kisah di KFC. Dah kol 3 lebih pun time tu. Aku order hat kombonya. Maknanya de air ngan cheezy wedges skali la. Kata kena tunggu 10 min. Ok la. Tunggu la aku.

Dah dekat 10 min aku pun gi kaunter nak nuntut Meltz ku. Air ngan cheezy wedges dah dapat. Tunguu punya tunggu, maseh takde saper nak layan aku. Orang yg amek order aku tadi pun takde. Hati dah mula panas. Sumpah seranah dah kuar. Tapi dalam ati je la. Hehehe...

Biler aku nampak je orang yg amek order aku tu kuar dari tempat sembunyian, aku pun tanya la. Ohoiii... Sebelum dia kuar, de sorang dak jaga kaunter telah amek Meltz yg sepatutnya milik aku gi bagi kat customer dia. Huaaa... Nak je aku jerit, "Itu aku punya la Oiii".

Tapi jeritan hanya kuar dalam hati jugak. Aku kan perempuan melayu terakhir. Mana leh jerkah orang camtu. Lalalala... Biler orang yg amek order aku found out hak aku di ambil orang, tros dia offer refund. Then dia offer tukar ngan twister.

Melihat kepada jam di tangan, tak sanggup rasanya aku nak menunggu lagik. Aku amek offer yg pertama la. Refund. Ku sangkan refund tu hanyalah tuk Meltz yg tak ku miliki. Rupa2nya dia refund kombo yg aku dah bayar tu.

Kirenya air ngan cheezy wedges yg aku dapat awal tu adalah foc. Lagipun cheezy wedges dah selesai aku kerjakan. Air pun dah tinggal separuh. Nak mintak balik pe yg dah semadi dalam pewot ku??? Kelakar la tuh...

Pastukan de satu insiden yg aku tak puas hati. Berlaku kat Ogawa kat Jusco Perda. Owhh.. Sales man nya adalah sangat menyombong owhhh ngan abah aku. Apa ingat abah aku tak pakai smart2 tu abah aku sengkek ke. Elehhh...

Cara sales man tu cakap pun nyombong. Kirenya abah aku cam tak berpotensi nak memiliki set kerusi Ogawa. Cittt... Sombong sungguh. Bukannya nak bagi abah aku try test ke produk dia jual. Dah le tu, cara explain pun cam abah aku tu tak reti pe2 langsung.

Camtu ke orang yg keje customer service. Camni bilernya slogan 1 Malaysia yg diwar2kan tu nak berjaya. Biler bangsa sejenisnya yg datang, dilayan, ditatang bagaikan mereka berpotensi besar. Walhal diorang nak try test saja. Bukan nak beli pun. Huh...

Pe kaitannya kedua2 citer tu?? Sebabnya kedua2nya adalah keje yg berkaitan ngan customer. Berdepan ngan customer. Hati customer kena di jaga. Kena customer yg mulut jelabas, nasib la hati. Kurus sentiasa. Ahaksss...


~~~Biler skali dah menaip, memang susah nak berhenti. Hiksss... In love wif Wadi Unung. (^_^)

No comments:

Google