Thursday, September 3, 2009

nak dulukan yg mana???

Adehhh... Keje ada. Banyak. Sumernya urgent belaka. Tapi aku cam blur plak hari ni. Tak tau nak setelkan mana dulu. De 7 perkara yg aku nak kena setelkan. Baru 3 je siap dilaksanakan.

Aku kena catat keje pe yg aku nak buat sebab kalau aku tak catat, memang ke laut. Mesti ada yg ketinggalan. Ehe... Cam skang ni keje banyak.

Mulanya bulan Ramadhan, keje dah mula banyak. Alhamdulillah.

Tapi mula2 dulu mesti setiap hari akan ada 1 task yg aku terlepas pandang tuk disetelkan. Huhuhu...

Mungkin jugak sebab terkenangkan hujung minggu hampir tiba, tu buat aku terlebih blur kot. Miahaha...

Owh... Dah teringat tujuan asal aku buat entry ni. Kegilaan terbaru aku turut dikongsi bersama ngan adek aku. Semalam kitorang gi beli barang dapur skit.

Bila lalu je kat tempat gula tros adek aku sound, tak mo ke amek gula lagik 2 bungkus. Citt... Yg kat umah tu pun tak luak lagik. Tak tau la samada dia perli aku atau dia turut berkongsi kegilaan aku. Aku lebih suka tuk pilih alasan kedua.

Bersambung pasal hari ni. Aku bangun awal. Lepas sahur aku sambung tido. Kol 7 pagi dah bangun. Dah siap2 nak ke opis. Terkenangkan keje yg berbaris tuk diselesaikan.

Walaupun aku awal, tetap aku ke opis ngan muka natural. Bermaksud, aku tak letak walau secalit bahan chemical di wajah ku. Opsss... De2. Aku de letak moisturiser tuk bawah mata. Tu memang tak leh lepas. Tapi kat muka, memang kosong.

Sebabnya adalah kerana aku ingat hari ni aku tak yah kuar2 berjalan di bawah sinaran matahari. Konfiden sungguh tak pakai moisturiser. Penting sangatkah mende2 tu???

Tak berapa. Tapi sebab nak cari modal borak2 di sini. Tu yg tetiba mende tu jadik penting. Miahaha...

Ok la... Time tu settle lagik 4 perkara. Sempat la siapkan hari ni. Kalau tak kepala otak aku serabut je memikirkan keje yg tak siap.

Owh.. Boss aku adalah suka tetiba tanpa sebarang warning akan mintak keje2 tu. Nak terketaq2. Jam2 tu mintak, jam2 tu gak dia nak de depan mata dia. Tak leh tangguh sesaat. Ni kenyataan yg benar. Tak tipu.


~~~Tinggal lagik 2 hari lagik. Pe yg 2 hari nya?? 2 hari lagik, corong2 radio akan meriah dengan putaran lagu hari raya. Walaupun aku kurang merasai kehangatannya. Tak seperti thn lepas, aku adalah terasa kehangatan menyambut Aidilfitri sejak hari pertama puasa. Hmm...

No comments:

Google