Tuesday, October 20, 2009

Nur Kasih Ep 1 - Ep 10

Episod 1

Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang belajar dikelilingi kawan2 dan tin2 beer.. hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yg telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah tamat pengajian. Aidil menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara. Dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi KL Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada banyan2 Adam. Aidil kecewa dan manaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil & Adam tiba di Kuala Kangsar & pandangan mereka tertumpu pasa seorang gadis jelita, Nur Amina.



Episod 2

Pandangan Aidil & Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya. Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid. Melihat bapanya, Aidil menjadi sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bizara. Hubungannya dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya. Dia mempunya ciri isteri mithali. Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur Amina sebagai isteri Adam.




Episod 3

Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan. Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di sampingnya. Upacara perkahwinan Adam & Nur berlansung, dalam sekelip mata tiga hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahu meneruskan pelajarannya, Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.




Episod 4

Malam pertama Adam & Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia tisak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan kecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak & cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual kuih. Kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelematkannya. Aidil tidak dapat tidur mendengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur. Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai "lakonan" ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insan yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. ustaz Hassan akhirnya meninggal dunia.



Episod 5

Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengan perbualan itu. Adam masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan uzapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunyg. Bila Ibu menanyakan Nur, Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan teruskan hidupnya mengharapkan cinta yg tidak tiba.



Episod 6

Di Australia, Ktrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam. Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahir di Malaysia dan mulakan hidup baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar. Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.




Episod 7

Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya. Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelebungi Adam. Dia melupakannya dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia aku masa untuk berterus-terang dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya yg sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam dan Nur. Setelah itu Aidil & Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.




Episod 8

Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan Katrina mati dan dia akhirnya tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading dan Aidil cuba menghubungi Adam tidak dapat dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.



Episod 9

Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Aidil tidak buka pesanan tersebut sehingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut, Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya pada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan ray Adam menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke kampung ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegar ke arah rumah Adam dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.




Episod 10

Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina. Adam mengakui yang dia memerlukan Bur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru, tetapi Aidil nasihati untuk mengikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka dan rasa cemburu menyelubingi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk jelaskan ibu perkara sebenar dan ia tidak bermaksud akan menerima Adam. Dia sudah tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia akan berjumpa dengan keluarga Adam.


---Kredit to OhArtisDotCom---



~~~Maaf kalau de typo error. Aku retype balik khas tuk korang. Syg aku tak??? Ehehehe... Sekian tuk hari ni. Bersambung di lain masa. .

No comments:

Google