Wednesday, October 7, 2009

baking powder vs soda bikarbonat

Dah hampir sebulan aku dok giler mem'baking' tapi tetap aku konpius biler tang serbuk penaik a.k.a baking powder & soda bikarbonat. Adehhh... Pengkuan berani mati di sini. Patunya, makin lama bergelumang ngan sesuatu mende tu, kita akan makin mahir. Sebaliknya plak berlaku kat aku. Makin aku konpius de la.

Padanlah 2 kali aku buat brownies tak baper nak menjadik. Aduhyaiii... Lain macam skit strukturnya. Rupa2nya teknikal error di sini. Baru aku perasan 2 hari yg lepas. But still brownies ku sedap. Aha... Harus masuk bakul angkat sendiri.

Pe beza 2 mende alah tu??
Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

Dah membaca artikel ni baru aku tau rupa2nya ada 3 jenis bahan penaik. See. Selain berkongsi maklumat ngan korang, aku jugak dpt menerima maklumat. Sharing is caring.


~~~Bahaya gak de oven ni. Aku asyik la nak mem'baking'. Pastu makan. Pastu tumlebaran meningkat.

No comments:

Google