Wednesday, October 7, 2009

malam yg kelam kabut

Hari dah masuk Syawal yg ke-18. Terasa nak buka citer raya plak. Ahakss.. Citer dah basi kata orang lain. Cepat masa gerak. Sat je dah separuh Syawal berlalu. Kat radio pun dah takde berkumandang lagu raya.

Sehari sebelum 1 Syawal akan jadi hari yg paling kelam kelibut dalam hidup ku. Manakan tidak, nak kena uruskan segala persiapan berseorangan. Parents aku still keje ari tu. Sampai ke petang plak tu. Heran sungguh aku naper la hq tak bagi je half day. Sehari seblom raya, sah2 orang akan bz ngan persiapan. Ikot sangat kata customers yg takde pun diorang gi post office. Cittt...

Biler dah seorangan, harus tenaga adek2 aku yg aku kena kerah. Mujur jugak la diorang de ringan tulang nak tolong. Tapi kalau kena suruh lebih2, haruslah diorang menolak sebulat suara. Pernah jugak la diorang komplen. Tak salah aku tahun lepas kot. Diorang kata, naper mak aku tak lahirkan adek pompuan buat tolong aku keje2 dapur & ngemas umah. Choiii...

Pastu disampuk plak sorang lagik adek aku. Katanya takpe. Nanti dia bagi sorang adek ipar buat tolong aku. Owh... Dapat adek ipar yg ringan tulang membantu takpe gak. Kalau dapat adek ipar yg berat tulang. Tahunya nak bersenang lenang, mo panas je gue.

Takde pe sangat persiapan yg aku buat tuk juadah raya. Aku siapkan juadah berbuka je. Aku suka buat mende yg pelik2. Aku buat tat telur & burger M'sia tuk berbuka. Habis licin. Tambah plak biler makan reramai. Sampai opah aku tak sempat nak merasa tat telur yg aku buat. Burger M'sia lembut je. Cumer sambal ikan bilisnya termasin. Adehhh...

Lepas berbuka puasa kat umah opah, balik ke rumah aku. Bersilat plak kat dapur menyediakan kek batik, brownies & kuah kacang. Isi kueh dalam balang, aku pas kat adek2 aku. Tu pun jenuh kena naik sore 4,5 kali. Manakan tidak, depa asyik dok sibuk nak tengok bola. Alahaiii.. Tak rasa cam nak raya pun malam tu.

Kat cenel sport mana ada orang pasang takbir raya. Pas aku sound juta2 kali, baru diorang tukar cenel tv biasa yg de pasang takbir raya. Baru terasa cam nak raya skit. Dekat kol 1 pagi gak le aku masuk tido. Kat umah opah aku awal lagik dah siap juadah raya. Maklumlah, ramai yg nolong.

Dah 2,3 tahun aku tak kesempatan kuar menjamu mata di malam raya kat pekan. Memang aktiviti feveret tu kalau kuar menjamu mata malam2 raya. Masa tu, barang2 dah turun harga. Time ni la nampak muka2 yg sebelom ni tak pernah nampak kat old town a.k.a pensioners town itu. Keta2 luar akan bersidai di tepi2 jalan. Cuci mata pun sama. Lalalala...

Malam raya yg tak serupa malam raya. Cepat sungguh Syawal dah nak meninggalkan kita. Hmmm....


~~~Masa malam raya ni memang tak kesempatan nak bermanja ngan hp la. Simpan sahaja hp di dalam bilik. Ramai jugak rasanya yg aku tak sempat nak wish raya. Ohoiii... Bukannya aku tak ingat kalian. Kalian sentiasa dalam ingatan.

No comments:

Google