Monday, December 7, 2009

mampukah aku????

2 hari lagik, genaplah sebulan aku tak menulis di sini. Walaweiii... I really miss to berceloteh merapu merepek sambil meluah perasaan. Terlalu banyak kekangan yg tak dapat aku elakkan. Sepertinya masa akan datang ni jugak aku tidak dapat nak hapdate.

Takpe2. Akan aku goda adek aku suruh melanggani pe2 broadband so that bleh la aku melagha di rumah. Kat opis memang tak dan. Hari ni sebenarnya de keje nak buat. Tapi tak tau la naper kepala aku rasa seperti di awangan. Fening2 lalat pun de gak. Adakah kerna semalam aku terlebih tido. Hiksss..

Hari ahad aku adalah sangat tak produktif. Bangun dah lambat. Basuh baju. Kemas umah. Menyediakan makan tengahari. Makan. Menonton tv. Tido. Bangun. Makan malam. Menonton tv. Tido. Sangat takde aktiviti berfaedah. ***Aku tak masukkan aktiviti mandi tidak bererti aku tak mandi. Aku mandi yo. Aktiviti2 selain di atas seperti pergi menunaikan hajat, solat, sidai baju yg dibasuh, angkat baju biler dah kering, etc ada aku lakukan. Cuma tak mention je.

Dah lamer aku tak buat aktiviti tak produktif seperti ini. Mulanya hajat di hati nak basuh toilet. Tapi kerana aku insan yg lemah. Aku tewas ngan godaan syaitan. Makanya masa yg diperuntukkan tuk cuci bilik air aku habiskan dengan menonton tv. Uhhh...

Biler hari Isnin mengambil alih hari ahad, baru la aku rasa sedikit kesal kerana tak manafaatkan hari ahad ku. Isk2.. Maser berada di hari ahad, aku convince kan diri bahawa aktiviti aku yg tak produktif tu memang wajar aku teruskan sebab aku dah lama sangat tak melakukannya.

Tambahan pula biler aku kenangkan aku akan mengalami kesibukan yg tak terjangka dek akal ku bila tahun 2010 datang. Aku harap sangat aku mampu tuk menghadapi tahun 2010 dengan tabahnya. Aminnn...

Sekejapan je dah penghujung tahun 2009. Rasanya cam baru lagik meninggalkan tahun 2008. Masa berlalu dengan sangat pantas. Aku pun tak hengat aku pernah pasang azam tak tahun baru 2009 hari tu. Hiksss..

For 2010 aku dah de beberapa perkara yg nak aku lakukan. Harap2 ia berjaya. Termasuk dalam perkara yg nak aku lakukan adalah bercuti ke Sabah. Miss Xara, nantikan kedatangan aku. Ehehehe... Kalau de rezeki lebey, leh macik aku bercuti plus shoping ke Indon.


~~~Yg de pasang azam di awal tahun 2009, bagaimana pencapaian anda?? Dah berjaya menunaikan azam anda?? De beberapa hari lagik tuk merealisasikan azam anda. Aja2...

No comments:

Google