Monday, December 21, 2009

helper

Yezzzaaa!!!


Seronot di hati maseh berasa walaupun hari ni masuk hari ke-3 dengan rasminya aku telah punya helper di rumah. Di opis pun dah de helper baru. Tapi helper di rumah lagik membuatkan diriku girang tak terkata.


Hari2 pun tak rasa kepala pusing. Walaupun hari hujan. Ngak memberikan apa2 perbedaan. Ahaksss.. Saja aku nak berteka teki di sini. Kalau aku dah punya gambarnya, aku upload kat sini.


Before this aku tak pernah merungut pun memerlukan helper di rumah. Tetiba je aku up entry berbaur helper bagai. Pasti tak dapat nak teka, aite??? Oleh itu, bersabarlah tuk aku up gambornya yg jelita lagik gagah perkasa.


Worries nomore.


Bercerita pasal helper. Aku nak masukkan kisah pasal helper pacik aku yg takde angin takde ribut stop gitu je. Budus tol.. Sesuka hati je wat camtu. Alasan yg dia bagi sebab majikannya tak nak naikkan gaji.


Hellooo... Ko memang tak sedar diri la wahai si helper D. Kalau keje ko bagus, majikan ko pun takkan berkire nak naikkan gaji ko. Ni tak. Keje malas. Keje kat umah pun buat halai balai. Lagik mo gaji ko up. Umah sekangkang kera tu, kalau ko jaga tip top debom, dah lama gaji ko up.


Aku tanya korang la kan. Kalau orang tak berkira ngan korang, adakah korang akan berkira ngan orang itu??? Mesti korang takkan berkira ngan orang yg tak berkira ngan ko kan??


Ni keje aci nak berkira je. Ngan majikan sendiri pun nak berkira. Tak hengat btol. Pastu bleh aci men demand plak toiletries ko nak guna. Kalau ko tak nak guna pe yg majikan ko beli, ko beli la sendiri pe yg ko nak sangat gunakan tu. Aku hangin btol part tu.


Memula datang keje aku bajet berat dia sekitar 45kg kot. Hari dia stop tu mo dah naik 10 kg. Serius tak tipu. Badan dia dah melebor. Makan tido je kejenya. Hari minggu once a month boleh balik umah. Siap berhantar & berjemput lagik.


Mentang2lah majikannya lembut hati & sering bagi muka, ko pijak kepala majikan ko. Mujur jugak pacik & macik aku tu memang dah bercadang dah nak amek helper baru next year biler de baby baru. Hiksss..


Satu la kelakor ayat pacik aku, "Sebelom nak berhentikan dia, dia dah berhentikan diri dia sendiri".


Si helper tu cam tau2 j dia nak kena berhentikan tahun depan. Tu yg dia berhenti dulu. Konon2 balik sebab sedara dia kawen. Ntah maser biler dia dah angkut abeh baju2 dia. Ni la dikatakan tak sedar di untung. Majikan punya la baik. Di amek kesempatan.


Elok je beberapa hari pas si helper berhenti keje, sedara si helper ni call macik aku tanya nak pakai helper tak. Udah sangat macik & pacik aku nak amek helper dari kaum kerabat bekas helper yg berkira tu lagik tak sedar di untung itu. Huhh...


Apasal aku cam emo lebih??? Sebab aku geram ngan helper tu la. Ngan aku pun nak diajarnya masa aku numpang umah pacik aku dulu. Siap nak sound2 aku. Berapi la aku.


Berlain sangat ngan helper de sorang macik aku ni. Rasanya sumer orang pun sayang dia. Buat keje memang tip top debom la. Bayangkan kalau macik aku tu mai umah aku, bawak si helper, bleh tak si helper tu sibuk sama nak tolong basuh pinggan di rumah aku. Kalau umah majikan dia, takpe la buat camtu.


Aku naik segan. Aku tuan rumah pun tak diberinya aku buat. Masa raya aidilfitri yg lepas, banyak gak di collect duit raya. Ngan si helper D tu, emangnya aku tak rasa nak memberi plak. Isk2... Jahat gak aku ni ek. Huhuhu...


InsyaAllah, sempena tahun baru yg baru je berlalu ni, aku nak berubah la. Jadik orang yg tak kejam. Jadik orang yg baik. Jadik muslimah yg lebih tertib. InsyaAllah..




~~~Wah, asalnya nak citer skit je. Skali terpanjang gak entry ni.

No comments:

Google