Tuesday, June 21, 2011

KELAKARAMA

Kelakar + drama = KELAKARAMA.

Kejadian yang berlaku hari ini amatlah kelakar. Bermula dengan perjanjian nak kuar ngan MiAmor. Sekali dia lambat. Aku tak tahu sama ada jadi ke nak keluar or tak. Teros set mode sentot.

Cepat2 aku kemas and balik rumah. Kebiasaannya kalau keluar lepas hari kerja, kitorang akan gerak sesama dari opis. Dia dari opis dia. Aku dari opis aku. Pastu dia jemput aku kat rumah.

Luar biasanya hari ni, aku dah sampai rumah pun MiAmor masih kat opis dia. Dah la tak sms or call. Tu yg aku nak sentot tu. Isk2..

Dah sampai rumah aku meng'cool' down kan diri dengan bersiram. Pastu baru MiAmor call kata tadi dia kena panggil jumpa bos2. Pastu kena mambu. Uhh... Teros mode nak sentot aku tak jadi.

Plan nak kuar diteruskan juga. Disebabkan petrol kereta MiAmor dah berkurangan tinggal 2 bar, kami pergilah isi petrol dulu. Aku tunggu dalam kereta.

Dengan excitednya MiAmor mencuci cermin kereta dia semasa mengisi petrol. Aku nasihatkan dia bawa je kereta dia gi cuci teros sebab hazab benor kekotorannya.

Lepas dah bersihkan cermin kereta, dengan excitednya dia masuk kereta, start engine, pakai seat belt and mulakan perjalanan. Sekali dengan bunyi, "KELEKAK".

Tergamam kami berdua dalam kereta. Apa yg berlaku???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rupa2nya, sang MiAmor lupa nak letak nozel minyak tu kat tempat asal. Dah terputus. Mujur de stopper and petrol dah isi habis. Kalau tak, macam2 perkara buruk boleh berlaku. Nauzubillah. Isk2...

Begitulah kisah KELAKARAMA aku.

Semalam ngan hari ni agak suckS tuk MiAmor. Tambah plak ngan diri dia yg tak sihat. Kesian gak ngan dia. Nak gelak pun ada gak. Alhamdulillah, kami selamat.

Semoga MiAmor cepat sembuh and dapat rehat sepenuhnya. Asyik busy je dia. Aku dah paksa dia amek MC esok.

GET WELL SOON MiAmor!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Google