Sunday, February 13, 2011

ulangkaji entry diet - BEAUTY IS PAIN

Rosak... Rosak... Rosak...

Apakah yang rosak???

Yang rosak adalah program menurunkan jisim badan aku ni yang cuba aku lansungkan beberap ketika dahulu. Yg tepat adalah sebulan yang lepas. Aku dah bersuka ria bila jarum penimbang bergerak ke kiri. Gembiranya aku sehingga aku war-warkan kat sini.

Sekarang ni semua itu tinggal kenangan. Apa yang aku kurangkan telah aku tambah kembali. Uwaaa... Sangat sedih. Tercapai sasaran kecil ku untuk kelihatan lansing sedikit di hari bersejarah adik aku??? Tinggal lagi 3 bulan setengah.

Auwww... Sekejapnya lagi tu. Berjayakah?? Aku nak bersenam. Tapi takde partner. Aku ada usha2 kelas senaman. Takde pun yg berada dalam budget aku. Kalau dapat belajar berenang pun menarek juga. Tapi non ado la plak.

How to lose weight?? Kalau masa belajar dulu senang sangat nak turunkan berat. Dok hostel je, kompem dapat mengurangkan kembali segala lemak2 yang dikumpul masa bercuti di rumah. Syg, help me!!!!

Bila aku luahkan perasaan nak menurunkan jisim pasti ramai orang sekeliling yang akan berkata, buat apa nak diet2. Dah kurus dah. HELLLOOOO... Kurus la sangat. Mata korang cemey kah apa??

Ok.. Stop sudah berleter pasal nak mengurangkan jisim badan a.k.a diet. Takde hasil pun. Dok jerit kat sini tapi usaha tarak, tarak guna la. I love to eat. Camne ni???


~~~Apa cara yang tinggal tuk aku berjaya mengurangkan jisim ke target yg aku kehendaki menjelang my bro big day??? Kena lebih bertekad la nampak gayanya. Isk2...

Friday, February 11, 2011

merajuk dulu

Nak kena merajuk dulu baru berkesan. Kalau tak, asyik buat lepas tangan je. Susah tol la camni. Kena bertahan a few months lagi. Hopefully lepas tu aku takde la kena berperangai kanak2 seperti ini lagi.

Ini kisah aku ngan adik aku. Semalam off day dia. Aku ajak la dia gi beli barang2 rumah memandangkan ada a few things yang dah habis. Barang utamanya adalah beras. Biasanya kalau beli sikit2 aku gi beli sendiri je. Tak tunggu dia off pun. Sebab beras ni agak tak ringan. Pastu kalau ditambah ngan barang2 lain, menjadi lebih tak ringan. Aku perlukan extra ahli untuk mengangkat barang2 naik tingkat 4. Tu pasal aku tunggu hari adik aku off.

Bila aku ajak dia gi barang, dia kata tak rajin. Haihhh...

Mana gua tak merajuk. Opsss... Teremosi lebih sangat. Kembali kepada emosi asal.

Merujuk kepada peristiwa2 lepas, bila aku pesan beli barang, makan hari kekadang minggu gak baru dia nak gi beli. Bila aku dah jenuh menunggu, aku gi beli sendiri. Tambah plak dah biasa aku berdikari. Aku agak tak sabar dengan jawapan adik aku, "nanti K beli". Nak tunggu nanti dia tu, angin gak aku.

Hari ni dia off lagi. Tetiba tadi dia BBM tanya nak beli beras berapa kilo & jenama apa. Bila dah kakak ko merajuk baru reti nak ambil tindakan segera ek. Isk2...

Kitorang jarang makan nasi kat umah sebab aku jarang masak nasi. Ehe.. Konon2 diet la. Tapi tak kurus2 pun. Haha... Tapi disebabkan mommy ku mahu datang rumah, harus la kena top up bekalan beras. Beras dan tinggal satu pot je.

Bayangkan kalau perangai adik aku tu ada kat perangai Mi Amor aku. Aduhhh... Confirm aku akan kerap merajuk & Mi Amor aku akan kerap pokai sebab bila pujuk je mesti terselit barang2. Haha.. I like. Tapi nanti kasihan dia misikin. Dah ku bilang padanya jangan kerap sangat pujuk aku ngan barang2. Nanti aku dah terbiasa camtu, makin kurang simpanan kitorang. Baikkan aku?? =D

Opsss.. Dah termelalut lebih. Berbalik kepada kisah asal. Lain kali nak kena buat camni lagi kalau agak2 dia tak nak membantu aku.


~~~Macam2 perangai betol aku tahun ni. Aku perasan yg aku banyak berubah sejak hujung tahun lepas. Sekarang ni makin menjadi2 plak perubahan tu. Dushhh... Kena kembali sedar & kembali berpijak di bumi yg nyata.

Thursday, February 10, 2011

sentuhan magis

Sepertinya aku dah ilang sentuhan tuk berkarya di sini. Adehhh... I used to love mengomel di alam maya. Sampai pada suatu masa, aku diam sebentar dan seterusnya dah hilang sentuhan magis untuk bercerita. Camne la bley berlaku seperti itu?? Sat cek pikiaq..

Tuesday, February 8, 2011

~two~seven~

Pencapaian aku di kala ini???

Apa yang aku nak di ketika ini???

Alhamdulillah atas apa yang telah kecapi sekarang ni.

Looking forward another 365-day journey around the sun.
Google