Thursday, January 13, 2011

diet - BEAUTY IS PAIN

Alhamdulillah selepas puas berhempas pulas menahan nafsu makan, dah berjaya mengurangkan 1-2 kg. Go-go cik puan blog. U can do it. Kalau disertakan ngan aktiviti senaman, mesti lagi banyak yang berjaya diturunkan plus lebih cepat berjaya mengurangkan 1-2kg tu. Tapi kan lepas berfikir sejenak, lebih molek kalau turun skit2 dalam jangka masa yg lama supaya badan tak terkejut ngan sebarang perubahan. Nanti kalau turun berat cepat, dengan cepat gak la berat tu bertambah. Siap bertambah dua kali ganda lagi tu. Ohhh.... NO!!!

Kenapa aku beria sangat nak turunkan berat???

Macam mana la aku tak insaf nak mengurangkan berat yang dah terlebih ni, jeans aku yang paling longgar skang dah mula mengecut. Hahaha... Mengecut la sangat kan.

Tapi itulah realiti skang yg sedang aku hadapi. Jeans favorite yg dulu sedang2 elok, skang dah cam sarung nangka. Simpan dulu jeans tu. Tak nak pakai lagi buat masa ni. Kena gigih berusaha untuk kelihatan gorgeous di bulan May nanti, insyaAllah.

Kali ni aku kena lebih serious tuk mengurangkan berat. I don't call it diet sebab aku tak berdiet. Aku masih makan macam biasa. Cuma portion makanan yang aku ambil tu aku kurangkan. Senaman takde plak tu. Adehhh... Nak sangat bersenam. Kekangannya banyak. Alasan pun banyak juga.

De satu pasangan husband & wife ni, wife nye sedang berdiet. Husband nye memberi galakan. Siap de ganjaran kalau dapat capai target tertentu. Tapi kalau menambah semula apa yang kurang, untuk each kg yang bertambah kena denda sebanyak RM100. Banyak gak tu. Nak gain weight memang mudah.

Aku quote dari sorang kawan ni, "BEAUTY IS PAIN". No pain, no gain. Lebih kurang camtu la.

Dari pendapat aku tentang diet, kalau nak lebih efisen diet tu adalah bila anda melakukannya bersama rakan, partner, spouse & sewaktu dengannya. Baru seronok. Kalau buat sesorang nanti jadi cam aku la. Kejap on, kejap off. Tapi itu kisah dulu. Skang dah lain.

Skang ni lebih determine ngan apa yang aku nak.


~~~Selalu sangat skang ni dalam entry aku mesti nak selitkan nama Mi Amor. Bila aku ulang baca balik rasa cam meloya pun de gak. Haha... But the truth is aku senang sekali dia ada dalam setiap peristiwa aku. Tuk entry kali ni, aku simpan Mi Amor tuk aku je.
Google