Thursday, October 21, 2010

new obsession

Sewing a.k.a menjahit. Camne tetiba je datang minat ni??? Actually minat ni bukan datang secara tetiba. Sejak dari dulu lagi aku memang de belajar menjahit skit2. Tapi tak pernah buat dengan tekun or mengamalkan pelajaran menjahit yang aku miliki. Kenapa???

Pertama adalah kerana kat umah aku takde sewing machine. Yupsss... Aku tau yg sewing machine hanyalah sekadar alasan. Boleh menjahit secara manually menggunakan tangan. Memang pun buleh jahit tangan je. Tapi kan kalau nak siapkan sepasang baju kurung jahit tangan, aku tak tau la akan ambil masa berapa lama. Sedangkan kalau jahit guna mesin pun makan 2-3 minggu. Itu aku la, penjahit amatur.

Suatu hari aku blog hoping terjumpa satu blog ni yg mana dia menjahit pakaiannya sendiri. Owhh... Manis sungguh. Opsss... Sebelum aku pergi jauh, menjahit ni aku nak belajar secara berdikit2 sebagai persediaan untuk bekerja dari rumah suatu waktu kelak. (^____^)

Oleh kerana dekat rumah aku takde mesin jahit, aku telah bertemubual sama encik g.o.o.g.l.e bertanyakan info mesin jahit. Dari info yang aku perolehi, as a beginner aku dah mula mengusha incik Brother LS2160.

Mempersembahkan LS 2160

Telah ku khabarkan kepada Mi Amor pasal ini. Dia ok je. Cuma pesan dia jangan aku hangat2 chicken shit sudah. Almaklumlah, gadget ni bukan murah. Yang aku dok usha ni harganya RM599. Bundarkan jadilah RM600. Sekarang ni dalam proses nak menabung. Mi Amor kata kalau tak cukup dia boleh tolong tambah. Yeiii...

Kalau ikotkan aku, sekarang ni juga aku nak gi rembat gadget ni. Tapi mengenangkan hujung tahun banyak mahu guna wang, postpone ke tahun depan. InsyaAllah sesegera mungkin akan aku milikinya.


~~~Memula aim model lain. Tapi memikirkan yg aku menjahit sekadar suka2 dan baru nak belajar, model yg paling basic dan paling murah yg aku aim sekarang ni.

Tuesday, October 19, 2010

please help me with this LOVE

Tell me how am I going to reduce my weight with lot of this....

Nescafe tarek

Egg tart ~homemade

Brownies yummylicious dekat kedai tak ingat namanya.

Lamb chop ~ Mi Amor punya tapi aku de tumpang makan sekaki.

Seafood pasta yg sangat creamy. Aku makan sorang ni. Jangan tak percaya.

Nasi lemak ~ homemade.

Kuah kacang kali ke-2 buat dan menjadi dengan bantuan Mi Amor. Tq dear..

Mi kari di bulan puasa yg lepas ~ homemade.

Kueh teow Doli away from Taiping. Kat kedai TTDI ni.

Platter pe mende tah namanya. Kat Manhattan Fish Market. Aku makan banyak sebab Mi Amor adalah kurang menggemarinya. Walaupun Mi Amor makan skit, dia gak yang kena bayar. Yeiii!!!!.

Adek saya membelinya sempena 31hb. 1 pint berharga RM31 sahaja.

Puding kek karamel ~ homemade.

Bbq sempena raya aidilfitri yang lepas.

Lihatlah bertapa aku dikelilingi oleh makanan sentiasa. Camne la aku nak mengurangkan jisim aku ini. Huhu... Always try. Tapi tak cukup kental. Terkulai di separuh perjalanan nak berdiet. Skang ni cam nak cuba sedaya upaya sebab aku dah melebihi berat yang aku tetapkan. Aduhaiii...

Believe it or not, ini adalah sebahagian koleksi aku dan makanan sepanjang tahun 2010 ni. Ada lagik gambar2 yg tak aku muatkan kat sini...

~~~I loves food. Mi Amor loves food too. Both of us love food & love each other too. Ahaksss... Aku merepekness sudah...

Monday, October 18, 2010

makan kenyang tak makan lapar

Bila dah lapar sangat aku akan makan banyak dari biasa. I hate this situation..

Situasi pelik tapi benar yang menimpa diri ku ini. Bila aku tak makan, aku rasa lapar. Bila dah rasa lapar aku pun gi makan. Bila aku makan, aku rasa teramat kenyang.

Owhhh... Camne aku nak meneruskan usaha aku untuk menurunkan berat ku sebanyak 3kg itu. Memang terasa skit bagi sesetengah orang. Bagi aku, nak mengurangkan 1kg pun dah cabaran yg maha hebat. Ini kan pula nak kurangkan 3kg. Adehhh...

Kenapa nak kurangkan 3kg???

Tu baru sasaran awal aku. Bila dah turun 3 kg, aku berhajat nak maintain berat tu dulu before turunkan kepada berat sasaran aku which is 50kg. Haha... Berat impian yg tak pernah aku jejaki. Mungkinkah akan tercapai??

Kenapa aku tak yakin akan tercapai???

Banyak sebab musababnya. Salah satunya adalah kerana pola pemakanan aku yg tersangatlah tidak teratur. Ada masa makan ikot time. Tapi kebanyakan masa makan tak ikot time. Aduhhh... Camno tu. U tell me??

On top of all the excuses, me is kuat makan. Mi Amor pun sama. Mi Amor suka bila aku ikot join dia sama makan2. Aku lagik la suka. Tapi satu je yg aku kurang gemar yg Mi Amor gemar ~~~kambings.. Suka benor dia kalau de kambings.

Teach me how to eat in small portion...


~~~Nak kurangkan berat takde saper suruh. Just for myself. For my own satisfaction.

Friday, October 15, 2010

always make my blood go upstairs

Duduk sebumbung tapi jarang bercakap. Hebat!!!!

Aku bengkek ngan sang adek aku ni. Marah sampai tak leh nak luahkan camne dah. Biler aku dah cool down, baru aku sound dia. Skang ni memang nak cakap pun tak mampu. Wow!!! Dah marah tahap petala kelapan dah ni. Bermula dengan semalam. Bawa ke hari ni.

Isk2...

Not so good. Asyik nak marah2. Can make my blood go upstairs. No good.. Tempiasnya sampai kena kat Mi Amor yg tak bersalah. Tapi dalam entry sebelom ni memang aku marah kat Mi Amor pun. Aku tak suka bila kena uji2 ni. Mula terasa tercabar. Fuhhh...

Bertitik tolak dari aku mogok sama sang adek aku, tros dia pandai plak menguruskan hal2 umah. Seperti membuang sampah. Selalunya jenuh aku nak kena ingatkan dia buang sampah dalam umah ke rumah sampah kat tingkat bawah nun. Keje paling mudah aku bagi kat dia pun tak reti dia nak buat.

Pastu skang ni lepas minum dia dah reti nak basuh gelas dia which is good. Kalau dulu, dah puas aku suruh dia basuh gelas dia pun dia still buat tak tau je. Good..


~~~Takkan la hari2 aku nak kena mogok ngan adek aku kot baru dia nak tolong aku ngan urusan rumah. Fenat la I...

selisih faham

Baru 6 bulan dah banyak kali selisih faham. Dah banyak kali jugak gaduh2. Aku pun cepat sangat hati terusik. Baru kena tinggi suara skit, mula la hati aku ni jadik kecut. Aduhhh... Tadi pun hampir perang je jadinya. Blom pernah lagi la kitorang bergaduh besar. Selalunya pasti akan ada salah sorang yang akan cepat2 mengalah or pujuk. Kebiasaannya aku la yg merajuk dan dia jadi tukang pujuk. Alhamdulillah, dia begitu sabar layan kerenah aku. Doa aku moga kami berkekalan hingga ke akhir hayat kami berdua. Aminnn....

Perbezaan yg ada between both of us memang pelengkap buat kami berdua. Sorang keras & tegas. Sorang lagi manja & sedikit tegas. Combination yg bagus pada perkiraan aku. Persamaannya, kedua-dua pun orang yg suka makan.


~~~Bukan mudah nak berjumpa dengan seorang yang mampu menerima kekurangan yg ada dalam diri ini. Once dah jumpa akan aku pastikan aku tak lepaskan dia. Orang itu adalah Mi Amor ku. Thanx for everything sayang..

Wednesday, October 13, 2010

wishlist

Antara yg aku wish since 2009.


Alhamdulillah, kebanyakan senarai dalam wishlist aku kat blog ni telah pun berhasil aku dapatkan or tunaikan dengan bantuan orang luar mahupun dengan usaha sendiri.

Satu je lagi yg aku masih berhutang dengan diri sendiri. Percutian bersama rakan2. Hopefully pe yg aku rancangkan bersama MaiH & Awa berjaya ditunaikan sebelum mereka berdua bergelar PUAN. Dah lama bercita2 nak bercuti bersama rakan2. Tapi tak pernah berhasil. Skali je la yg aku pernah bercuti bersama rakan ku ke Kota Keriangan.

Opssss... De satu lagik jugak yg aku masih berhutang. Nak membeli anklet baru. Mungkin itu aku boleh cuba pow sama Mi Amor. Bersedialah dia. Hahaha... Gelak evil. Selalu je cari peluang supaya dapat pow dia.

Aku tak sangka yg aku akan dapat mendapat semua yg aku idamkan within one year. Siap dapat bonus lagik iaitu Mi Amor. Mende yg tiada terpapar di wishlist ku. Pe2 pun aku bersyukur dengan apa yg aku miliki sekarang ni.

A note for myself:-
  • Red apron - berjaya dimiliki on July 10.
  • Purse - diperolehi on March 10.
  • Sandals/shoes - banyak pasang gak dah rembat tahun ni.
  • Netbook - alhamdulillah, sudah memilikinya.
  • Telefon tangan - March 10(beli sendiri) & June 10(diberi orang).
  • My ride - finally at d age of 26, alhamdulillah.
Syukran di atas kurniaanNya.


~~~Ada satu perkara yg aku wish skang ni. Bagi masa 6 bulan tuk aku me'reveal'kan pe yang aku wish itu. (",) Sangat berharap agak perkara yg aku wish dalam masa 6 bulan akan datang berjaya dilaksanakan. Aminnnn...

sang reddy dipinjamin

Owhhh... Debar2 rasa hati bila pertama kali diberi pinjam sang reddy kepada orang lain. Aduhhh... Cepatlah pulang. Ni dah lepas 2 jam menghampiri jam ke-3. Sebentar lagik sy mo keluar. Sudah berjanjian sama Mi Amor.


~~~Bukan tak percaya pada orang lain. Cuma masih dalam pantang. Takot bentan plak nanti. Ahhh... Siot je. Aku dah merepeks yg bukan2. Cepat pulang reddy!!!!

updating

Tetiba terasa rajin updating blog aku skang ni. Tak tau la baper lama yg mampu bertahan. Ehehe...

Memula dulu memang almost everyday pun aku update. Pastu biler aku mula mengenali FB, aku dah mula kurang update sebab aku banyak komunikasi dekat FB je. Tapi skang bila dah de ramai famili member dah jadi ahli & menjadi sahabat dalam FB aku, aku beralih arah semula ke sini.

Hopefully ngan wajah baru di blog aku ni, aku lebih bersemengat update.


~~~Kita tunggu & lihat.. (",)

Tuesday, October 12, 2010

t e r p e g u n

Punya la dah lama aku tak godek2 blog ni. Banyak mende baru dah de alam ni. Contohnye seperti STATS. Tak perlu susah payah guna outside nye stats nak tengok pe yang berlaku kat page aku ni. Dari stats yg de kat blog ni saja aku dah analisis post mana yg paling orang suka baca kat blog aku ni. Owhhh... Ni tetiba terasa cam nak aktif semula berblog. (",)


~~~Rindu btol zaman2 yg aku rajen benor blogging. De je citer yang aku nak kongsikan. Seronots. Tambah2 plak kalau dapat berkongsi info.

gaduh

Sekali sekala bergaduh memang best. Tapi kalau hari2 pun bergaduh, mula terasa de something wrong somewhere. In a relationship, pernahkah korang tak pernah gaduh walaupun sekali??? Aku tak percaya relationship tanpa de salah paham langsung. Pelikkah aku kalau mempunyai perasaaan sedemikian?? I don't think so.


~~~Aku berada dalam mode tak mo beralah skang ni...

weeken yg full

Wow... Lamanya saya tak berkarya di sini. Dah ilang mood nak menulis tetiba. Selalunya bila datang idea menulis je, lappy plak takde depan mata. Biler dah lappy de depan mata, aku plak yg dah kehilangan idea mo menulis. Adehhh... I really miss to celoteh in this cyber world.

Hujung tahun 2010 ni sangat banyak aktiviti yg perlu aku hadiri. Bulan Nov, hanya weekend awal minggu je aku free. Pastu every weekend kena bergerak pulang ke kampung halaman. Bermula ngan engagement my dear bro. Owhhh... Tak sangka adek ku dah besar. Haha... Pastu diteruskan ngan wedding my dear fren & my cousin. Minggu berikutnya kenduri cousin satu lagik. End of Nov.

Masuk plak Dec. Minggu 1st dimulakan ngan wedding my dear fren kat Seremban. Weekend berikutnya ke K'tan. Wedding cousing. Next weekend tu balik home sweet home. Wedding my dearie fren cik MaiH. Free pada weekend penutup tahun 2010.

Begitulah akan ku lalui my weekend sepanjang Nov & Dec. Camne ngan planning nak cuti2 M'sia ngan kengkwn2 yg akan menamatkan zaman bujang mereka. Maybe kitorang kena buat secara ad-hoc kot. Bagus jugak kalau kitorang dapat spend time bersama2 sebelum mereka2 ni bergelar wifey. Budget nye percutian la. Mari kengkwn. Kita pergi bercuti.
Google