Sunday, December 27, 2009

1 hari cuti di 3 hari cuti

3 hari cuti, 1 hari je yg merasa cuti sebenar. Lagik 2 hari non ado. Kena ke opis bekerja. Dengan kesihatan yg kurang stabil. Ku gagahkan jua. Kalau bukan aku yg complete kan, saper lagik?? Pastu, keje ni la bakal menentukan perjalanan syarikat. Owhhh...


Pe yg aku nak riuh2 di sini. Aku pun tak tahu. Yang pasti, ketika & di saat aku menaip entry ini aku berada di pejabat. Tengah membuat kerja. Tapi sempat la mencuri sat masa nak manaip. Rindu nak berceloteh.


Tu je la kot. Nak khabarkan cuti ku tak seperti cuti. Mungkin minggu depan nak kecek kat bos supaya dapat cuti 4 hari. Hahaha... Tamak. Terlebey sudah aku.




~~~Sekejapan je dah kita semua nak meninggalkan tahun 2009. Kalau kesempatan ruang waktu, aku nak imbas kembali kejadian2 sekitar 2009 yg lebih pahit dari manis. Hmm...

Monday, December 21, 2009

helper

Yezzzaaa!!!


Seronot di hati maseh berasa walaupun hari ni masuk hari ke-3 dengan rasminya aku telah punya helper di rumah. Di opis pun dah de helper baru. Tapi helper di rumah lagik membuatkan diriku girang tak terkata.


Hari2 pun tak rasa kepala pusing. Walaupun hari hujan. Ngak memberikan apa2 perbedaan. Ahaksss.. Saja aku nak berteka teki di sini. Kalau aku dah punya gambarnya, aku upload kat sini.


Before this aku tak pernah merungut pun memerlukan helper di rumah. Tetiba je aku up entry berbaur helper bagai. Pasti tak dapat nak teka, aite??? Oleh itu, bersabarlah tuk aku up gambornya yg jelita lagik gagah perkasa.


Worries nomore.


Bercerita pasal helper. Aku nak masukkan kisah pasal helper pacik aku yg takde angin takde ribut stop gitu je. Budus tol.. Sesuka hati je wat camtu. Alasan yg dia bagi sebab majikannya tak nak naikkan gaji.


Hellooo... Ko memang tak sedar diri la wahai si helper D. Kalau keje ko bagus, majikan ko pun takkan berkire nak naikkan gaji ko. Ni tak. Keje malas. Keje kat umah pun buat halai balai. Lagik mo gaji ko up. Umah sekangkang kera tu, kalau ko jaga tip top debom, dah lama gaji ko up.


Aku tanya korang la kan. Kalau orang tak berkira ngan korang, adakah korang akan berkira ngan orang itu??? Mesti korang takkan berkira ngan orang yg tak berkira ngan ko kan??


Ni keje aci nak berkira je. Ngan majikan sendiri pun nak berkira. Tak hengat btol. Pastu bleh aci men demand plak toiletries ko nak guna. Kalau ko tak nak guna pe yg majikan ko beli, ko beli la sendiri pe yg ko nak sangat gunakan tu. Aku hangin btol part tu.


Memula datang keje aku bajet berat dia sekitar 45kg kot. Hari dia stop tu mo dah naik 10 kg. Serius tak tipu. Badan dia dah melebor. Makan tido je kejenya. Hari minggu once a month boleh balik umah. Siap berhantar & berjemput lagik.


Mentang2lah majikannya lembut hati & sering bagi muka, ko pijak kepala majikan ko. Mujur jugak pacik & macik aku tu memang dah bercadang dah nak amek helper baru next year biler de baby baru. Hiksss..


Satu la kelakor ayat pacik aku, "Sebelom nak berhentikan dia, dia dah berhentikan diri dia sendiri".


Si helper tu cam tau2 j dia nak kena berhentikan tahun depan. Tu yg dia berhenti dulu. Konon2 balik sebab sedara dia kawen. Ntah maser biler dia dah angkut abeh baju2 dia. Ni la dikatakan tak sedar di untung. Majikan punya la baik. Di amek kesempatan.


Elok je beberapa hari pas si helper berhenti keje, sedara si helper ni call macik aku tanya nak pakai helper tak. Udah sangat macik & pacik aku nak amek helper dari kaum kerabat bekas helper yg berkira tu lagik tak sedar di untung itu. Huhh...


Apasal aku cam emo lebih??? Sebab aku geram ngan helper tu la. Ngan aku pun nak diajarnya masa aku numpang umah pacik aku dulu. Siap nak sound2 aku. Berapi la aku.


Berlain sangat ngan helper de sorang macik aku ni. Rasanya sumer orang pun sayang dia. Buat keje memang tip top debom la. Bayangkan kalau macik aku tu mai umah aku, bawak si helper, bleh tak si helper tu sibuk sama nak tolong basuh pinggan di rumah aku. Kalau umah majikan dia, takpe la buat camtu.


Aku naik segan. Aku tuan rumah pun tak diberinya aku buat. Masa raya aidilfitri yg lepas, banyak gak di collect duit raya. Ngan si helper D tu, emangnya aku tak rasa nak memberi plak. Isk2... Jahat gak aku ni ek. Huhuhu...


InsyaAllah, sempena tahun baru yg baru je berlalu ni, aku nak berubah la. Jadik orang yg tak kejam. Jadik orang yg baik. Jadik muslimah yg lebih tertib. InsyaAllah..




~~~Wah, asalnya nak citer skit je. Skali terpanjang gak entry ni.

Thursday, December 17, 2009

tanjung tuan

Hari ni aku memang not in the mood tuk kerjaan. Semalam aku half day. Petang semalam gerak ke PD. De la satu resort ni memang selalu la kitaorang bercutian. Kitaorang tu bermaksud famili di sebelah bonda ku. Every year pasti gi sana. Sebab kat tempat de macik aku leh dapat spesel price. Kenapa mesti mo lepaskan peluang.

Skang memang peak time. Ramai owhh orang. Ni kebetulan je bleh mencelah. Tu yg kena hari kerja. Aku tak dapat decide sama ada nak join the club atau pun tidak sampai ke jam2 terakhir sebelom berangkat ke PD.

Atas desakan opah & selepas berfikir lama, aku amek keputusan nak join the club. Dapat jugak aku rest sebentar. Walaupun kena ke hulu ke hilir. Mana taknya. Petang semalam gerak gi PD. Pagi ni datang opis. Lepas opis hour kang balik PD. Sok dah balik ke rumah semula.

Sangat tak menikmati percutian. Sambil menyelam minum air. Mujur jugak pergi balik PD bukan aku yg drive. Pacik merangkap bos aku yg drive.

Kalau berkesempatan, petang kang nak gi panjat bukit ni la. Pastu leh la bergambar sakan sampai tak larat nak pose. Hiksss...

Pas keje aroung 5 pm gerak ke PD semula. Kalau jalan tak jem cam pagi tadi nak datang opis, berdesup la bleh sampai PD ngan cepat linkungan 1 jam 30 min. ***Setiap kali bercerita pasal PD, aku tak lari dari teringat pada seorang sahabat ini yg telah pun terputus hubungan. Hmmm...

Tuk cuti wikn ni maseh takde aktiviti lagik yg dirancang. Most probably lepak di rumah je kot. Nak kuar dating pun, masing2 kengkwn bercuti jugak. Ahaksss... Dating ngan kengkawan saja. Maseh seperti dulu status ku.

Wikn lepas memang sangat buat aku puas hati. Dapat menghabiskan masa bersama2 my dear frens. Walaupun sebentar cuma. Tapi kepuasan tetap dirasai. Wahai kengkawanku, marilah kita hang out bersama2 lagik.

Kengkawan yg bujang single & available dah makin berkurang. Sedey gak le. Tapi tetap hepi buat sahabat2 yg telah menemui teman hidup mereka. Taniah...

Ok2... Jangan merosakkan mood nak bercuti aku ngan emosi negatip. Fikir positip. Kalau sampai awal, bleh la berendam lagik seround. Ahaksss...


~~~Fikir aje yg dia bukan jodoh kamu. Hmmm...

Wednesday, December 16, 2009

Yanti & Musa

Sebelom berlansungnya upacara ijab kabul.

My bff is married (btol ke grammar ku??) already. Congratulation..


Kalau nak imbas kembali kenangan memang tak terimbas hanya dengan 1 entry. Di sini aku hanya nak menceritakan hari bahagia sahabat ku itew.. Cuma cam skit sedey sbb before berangkat pulang dari rumah dia tak sempat nak jumpa & say bye2..


Kejadian di mana sahabatku itu bergelar wifey adalah di kediaman orang tuanya di Sg. Besar. Our journey took almost 2 hours. Gerak ke sana on Saturday's evening. 2 keta. Aku ngan Yums 1 keta. Mai & Ina Jr. 1 keta.

Sebab Yums suka gambor ni, aku kasi up kat sini.

Malam Sabtu adalah majlis akad nikah. Telah selamat menjadi isteri kepada En. Musa lepas solat Isyak. Majlis akad nikah di adakan di surau berdekatan rumah pengantin perempuan. Keberangkatan pulang dari surau disambut dengan pecikan bunga api di angkasa. Ececeh.. Ayat aku. Sangatlah cam hape tah. Shuhhhh... Jangan ketawa.

Bunga api berdentum dentam di angkasaraya.

Kat rumah baru diadakan majlis membatalkan air semayang. Pas slot tu, diteruskan dengan slot pengantin bergambar dengan beberapa theme pakaian. Chanteks belaka semuanya. Ni tuk tatapan di hari muka.

Memakaikan seutas rantai tangan.

Sok nya adalah hari persandingan. Aku telah di request menjadi pengapit. 1st tym weh jadi pengapit. Susah gak. Uhh.. Rasanya tuk sesorang jadik pengapit, dia perlu tahu perjalanan majlis supaya tidak tercengang2 ternganga tak tau pe nak buat next.

Pengapit pengantin la plak aku. Haha... Last2 tak sedondon pun pengapit. Takpe la. Yg penting pengantin adalah sedondon. Ye tak???

Menemani sang penantin makan beradab. Aku makan tak hengat dah le walaupun maseh kontrol2. Sogan2 gak nak makan sebenarnya. Makan ngan Yums lagik beshhh...

Alhamdulillah, sepanjang hari itu cuaca amat cerah. Panas??? Tak yah kata la. Tapi ini hanya panas donia. Terima dengan seadanya. Aku tak leh nak berlama2 di situ kerna perlu gerak pulang. As I told earlier, perjalanan memakan masa almost 2 hours.


Aku bajet dalam kol 4-5 petang dah kena gerak. De part perjalanan tu takde lampu jalan owhh.. Dah le kawasan ladang kelapa sawit. Aku yg tak berapa berani ni ditemani ngan sorang yg penakot. Tros jadik tak berani kuasa dua la aku. Hahaha...

Ni la kawan aku yg tak baper berani tu. Aku pun tros jadik tak brani. Hiksss... Mo salahkan orang lain plak. Walaubagaimanapun, berbanyak terima kasih kepada cik Yums kerana saling teman menemani ke majlis Dju. The best companion.

Tapi naseb baik la sempat gak kiss2 taniah kat Dju. Yesss... Dju dah kawen. Dah bergelar PUAN Dju. Hujung tahun ni memang banyak la wedding mereka2 yg hampir & rapat denganku. Next saper nye wedding plak???




~~~Aku tak cerita secara detail sebab aku tak rajen & masa amat mencemburui aku. Ini yg terdaya. Aku buat rumusan sahaja.

Tuesday, December 15, 2009

andai


Andaikan diizinkan
Kuundur waktu
Akanku susun langkah
Akan kucorak warna
Tiada kelam

Namun apa daya
Andai ada pilihan
Ku ulang detik
Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan ku hurai
Perasaan cinta

Kasih kembalikan
Sinar diri hidupku

Kesempatan kedua untukku pendam semula
Kebahagian
Sebuah harapan yang terlerai

Kasih rasailah
Kekesalanku

Kan beralih arah mengejar cinta sucimu

Andai takdir mengizinkan mengundurkan waktu

Andai ada pilihan
Ku ulang detik

Akan ku imbas saat kenangan silam
Kan kuhurai perasaan cinta

Kasih kembalikan
Sinar dihidupku

Kesempatan kedua untuk ku pendam semula
Kebahagian

Sebuah harapan yang terlerai
Oooo kasih rasailah
Kekal kesalan

Kan ku beralih arah mengejar cinta sucimu

Andai takdir mengizikan
Ku mengundurkan waktu

---Amy Mastura & Anuar Zain, Andai---

Sunday, December 13, 2009

yang mana satu???

Pernah tak korang melalui perkara seperti itu???


Malu tapi mahu or mahu tapi malu. Cam orang offer eskrem yg sedap lagik mahal. Korang mahu tp at the same time korang malu nak terima offer tu. Aishhhh... Pe yg aku repekkan ini???


Well... De satu situasi ni yg aku kire aku telah melaluinya. Oleh kerana aku malu, aku telah terlepas peluang. Tapi dalam hati mahu. Cittt... Lambat memula gerak telah menyebabkan barang yg ku mahu terlepas pergi.


Perkara ini telah berulang lagik. Kali ni aku betol2 tak tahu nak buat apa. Aku berserah & menyerah je la. Kalau ada rezeki akan ku milikinya. Kalau dah bukan rezeki aku, aku redha melepaskannya.


Aku takde terlintas nak mengambil apa2 inisiatif @ tindakan tuk memastikan ia menjadi milikku. Adehhh... Skang ni pun aku mengalami masalah serupa jugak.


Aku mahu meluahkan pe yg terbuku di dalam hati TETAPI aku malu nak meluahkannya. ShitttOOO.. Kalau camni, sampai biler pun aku tak dapat nak menyelesaikannya.




~~~Pengajarannya, cepat2lah fikirkan tindakan yg sepatutnya di ambil tuk menyelesaikan permasalahan yg melanda. Jangan ambil masa yg lama. Kang terlepas dari genggaman. Padan muka. Ahaksss...

Wednesday, December 9, 2009

dapat sudah

Merujuk kepada entry sebelom ini, dengan ini saya ingin mengatakan bahawa I've got a new assistant alredi. Alhamdulillah... ***Maaflah ayat pertama skema tahap dewa. Terbawa2. Hari ni buat surat banyak. Hiksss...


Wait & see how's her performance. Takleh nak judge from the 1st impression. Takot tersalah judge. Aku pun tak letak harapan yg besar. Just hopping dat she is better than the previous one. Uhhh...


Tadi ngak kesempatan mo update ngan segera. Ni pun aku curi skit masa sebelom pulang. Aku kena jalankan or aktifkan semula misi menulis di blog. Dari pemerhatian aku, sejak aku dah jarang sangat update, aku takde tempat kongsi citer.


Biler aku takde tempat kongsi citer, biler aku rasa tensi, aku akan makan. Biler aku makan, berat aku akan bertambah. Biler berat aku bertambah, mula la banyak pakaian yg dulu rasa cun je biler pakai, skang dah sendat. Huhuhu...


Pendek katanya, dengan menulis blog aku dapat mengurangkan tekanan. Biler dapat kurangkan tekanan, aku pun takde la nak makan sangat. Tambah2 biler dok sendiri. Aku memang tak segan silu nak masak biler terasa nak makan. Ni terasa nak makan. Siler paham perkataan yang aku gunakan. Ni bukannya biler LAPAR.


Eh, terlanjur bercerita plak. Daripada nak buat short update je. Dah jadik LONG. Maaf. Aku lupa diri plak. K la. Nak kemas2 sudah. Mo kepulangan la. Tomorrow I can sense that I've to work extra sbb Jumaat mo cuti.




~~~Sila percaya kenyataan2 aku di atas ni sebab sejak aku dah terlampau jarang update, aku telah menambah 3kg. Within 3-5months je aku telah tambahkan 3kg. Aduhyaiiii... Cannot like this. Misi aku skang ni nak kembali kepada berat aku maser student iaitu aku perlu menurunkan 6kg. Berjayakah??? Sama2 kita nantikan perkembangan seterusnya.

interview candidate

Berjayakah aku mendapat assistant baru??


I really need an assistant. Skang keje tengah banyak. Everyday pun kena balik lepas maghrib. Dah beberapa minggu lepas dah tampal iklan keje kosong. Tapi ngak ada respon. Actually bukan takde yg call bertanya. Sedikit malang biler de candidate call, time tu phone opis buat hal. Tak baper nak dengor.


Aku yg tak dengor ni tanya sebanyak tiga kali saper nama caller. Kali ke-3, tros caller tu letak tepon. No more phone call after that. Aiyokkk!!!


So, hari ni boss aku telah memanggil sesorang tuk di interview. Aku harus interprem sama maser sesi tu. I don't like. Dah le pewot saya rasa nak memerot. Tadi sebab ngah tunggu candidate sorang ni mai, pewot ku memang meronta2. Tapi kutahan. Skang dah terbantut. Hiyarkkkk!!!




~~~Later kalau aku tak lupa, aku kasi update. See ya!!!

Monday, December 7, 2009

mampukah aku????

2 hari lagik, genaplah sebulan aku tak menulis di sini. Walaweiii... I really miss to berceloteh merapu merepek sambil meluah perasaan. Terlalu banyak kekangan yg tak dapat aku elakkan. Sepertinya masa akan datang ni jugak aku tidak dapat nak hapdate.

Takpe2. Akan aku goda adek aku suruh melanggani pe2 broadband so that bleh la aku melagha di rumah. Kat opis memang tak dan. Hari ni sebenarnya de keje nak buat. Tapi tak tau la naper kepala aku rasa seperti di awangan. Fening2 lalat pun de gak. Adakah kerna semalam aku terlebih tido. Hiksss..

Hari ahad aku adalah sangat tak produktif. Bangun dah lambat. Basuh baju. Kemas umah. Menyediakan makan tengahari. Makan. Menonton tv. Tido. Bangun. Makan malam. Menonton tv. Tido. Sangat takde aktiviti berfaedah. ***Aku tak masukkan aktiviti mandi tidak bererti aku tak mandi. Aku mandi yo. Aktiviti2 selain di atas seperti pergi menunaikan hajat, solat, sidai baju yg dibasuh, angkat baju biler dah kering, etc ada aku lakukan. Cuma tak mention je.

Dah lamer aku tak buat aktiviti tak produktif seperti ini. Mulanya hajat di hati nak basuh toilet. Tapi kerana aku insan yg lemah. Aku tewas ngan godaan syaitan. Makanya masa yg diperuntukkan tuk cuci bilik air aku habiskan dengan menonton tv. Uhhh...

Biler hari Isnin mengambil alih hari ahad, baru la aku rasa sedikit kesal kerana tak manafaatkan hari ahad ku. Isk2.. Maser berada di hari ahad, aku convince kan diri bahawa aktiviti aku yg tak produktif tu memang wajar aku teruskan sebab aku dah lama sangat tak melakukannya.

Tambahan pula biler aku kenangkan aku akan mengalami kesibukan yg tak terjangka dek akal ku bila tahun 2010 datang. Aku harap sangat aku mampu tuk menghadapi tahun 2010 dengan tabahnya. Aminnn...

Sekejapan je dah penghujung tahun 2009. Rasanya cam baru lagik meninggalkan tahun 2008. Masa berlalu dengan sangat pantas. Aku pun tak hengat aku pernah pasang azam tak tahun baru 2009 hari tu. Hiksss..

For 2010 aku dah de beberapa perkara yg nak aku lakukan. Harap2 ia berjaya. Termasuk dalam perkara yg nak aku lakukan adalah bercuti ke Sabah. Miss Xara, nantikan kedatangan aku. Ehehehe... Kalau de rezeki lebey, leh macik aku bercuti plus shoping ke Indon.


~~~Yg de pasang azam di awal tahun 2009, bagaimana pencapaian anda?? Dah berjaya menunaikan azam anda?? De beberapa hari lagik tuk merealisasikan azam anda. Aja2...
Google