Thursday, October 22, 2009

Penyudahnya Nur Kasih

Aku mula menonton citer Nur Kasih di dari episod 8 or 9. Dolu2 memang sombong skit dari nontonnya. Bukan apa. Masa tu aku dok numpang umah pacik aku lagik. So, time citer Nur Kasih on air pacik aku dah melepak diri di rumah. Haruslah memberikan ruang tuk pacik aku nonton tv plak.


Skang kan dah dok sendiri. Nak mendapatkan khidmat Astro pun aku rasa seperti kurang berbaloi. Walaupun skang ni banyak tawaran. De yg pemasangan percuma pun de. Aku tak yakin dowh.. Pastu nak bayar RM40 tetiap bulan, pun rasa tak berbaloi. Penyudahnya, tengok je la tv pe yg de. Takyah demand banyak.


Cam Yums, dengarnya sampai skang pun umah dia takde Astro. Ok je. Hikss... Sori la cik Yums. I guna U as example. (^_^)


Ok2.. Berbalik kepada tujuan asal. Tuk mengetahu selanjutnya citer Nur Kasih, korang baca sini je la. Aku tak punya banyak masa nak retype & aku pun malas. Tambah plak hujung minggu dah hampir tiba. Pastu rasa bersalah lagik kerna retype semula. Adehhh...


Sok ari Jumaat. Sama2 kita nantikan. Hiksss....




~~~Kredit to OhArtisDotCom. Trimas for sharing this info.

what for bf??



Pagi ni pewot gue meragam plak. Pehalnya tak dapat dikesan plak. Kejap2 je dapat nature call. Adehh... Tersalah makan pe ek??? Petang semalam aku makan nasi kerabu. Sambal nasi kerabu tu ke membuatkan pewot ku rasa cam mendidih je. Panas je rasa pewot. Kaki pun dah rasa sengal. Terbantot sudah hasrat aku nak pose hari ni.

Elehhh... Sebenarnya memang dari semalam lagik dah rasa niat nak pose tu tak dapat diteruskan kerana kang nak gi site. Nanti jadi cam hari Isnin hari tu plak. Melepek kepenatan. Nak masak pun tak larat. Mujur adek aku balik awal. Dia beli makanan kat pasar malam saja.

Entry ni tidak ada arah tujuan. Aku saja nak ngomel2 chomel. Ahaksss... Owhh.. Nak citer pasal breakfast la. 2 hari sudah aku bersarapan di opis. Selalunya dalam kol 7.30 pagi aku dah sarapan. Sarapan kat umah. 2 hari aku sarapan lambat. Dekat kol 9 pagi baru sarapan.

jawapan madah berhelah

Yehaaa... Aku dah peroleh alasan madah berhelahnya. Kelakor pun de gak. Kalau aku tak overheard conversation dia semalam, pasti aku akan terima alasan dia tanpa senyum sinis. Disebabkan aku tau pe akan dia lakukan hari ni, aku cam tergelak seorangan tadi. Nak tahu pe dia bagi alasan???


Kol 8.40 pagi dia hantar sms kata dia EL hari ni. Husband dia demam teruk. Konon nak jaga husband dia. Walhal, kol 10 pagi nanti dia ada interview. Sanggup owh menggunakan suami sebagai alasan. Dah le kata suami dia demam teruk. Kalau betol2 Allah kabulkan permintaan dia, baru dia tau.


Aku pun jawab la balik sms dia. "Moga suami dia cepat sembuh. Aminnn..."


Tu je la sambungan entry semalam..


~~~Environment keje company besor ngan kecik tak sama. Biarlah dia rasa camno keje ngan company besor. Tak kan dapatnya ko nak cuti hari ni, hari ni baru gitau. Everyday pun masuk lewat 15-20 min. Balik sharp 5.30. Rehat pun mesti nak extra 15-20 min. Dah lama aku simpan rasa ni. Biler dah luahkan, rasa lapang dada. Leh isi permasalahan lain plak. Hiksss...

Wednesday, October 21, 2009

takde sambungan tuk hari ni

Maafin aku. Aku tak dapat sambung sinopsis seterusnya. Hari ni banyak masa dihabiskan di luar. Lewat jam 4 baru tiba di kantor. Ececeh... Tiba ngomong I'sia. Well, skang ni I banyak gak interaksi ngan mat2 I'sia. Baru bentar tadi masa dalam tren pulang ke kantor, ditegurin sama mbak yg baru pulang dari I'sia. Hiksss... Kapan akan disambung??? Ngak bisa promise. Esok juga maunya keluar. Kerjaan. Later ya.. Pulang dula..


~~~Abaikanlah acik yg tengah toing2 pening palo.. Tetiba nak wat entry bahasa lain. Ahaksss...

description bout me

Perkara biasa yg orang akan judge aku dari 1st impression. Dah besa sangat. Yg ni aku baru terbaca. Di post sejak June. Tadi aku baru la hegeh2 explore facebook. Aku tak nak mahir facebook supaya aku addict ngan facebook. Ehehe... Siler terima alasan yg aku beri itu. Kenyataan.
W. description bout me..
1) is this person loud or quiet?--> pretty quiet
2) describe this person:--> agak garang. hehe
3) what color eyes does this person have?--> xtau xnmpk...kecik sgt. hihi =p
Tuk jawapan kepada soalan pertama. Ni tafsiran aku. Aku bukannya hebat omputeh pun. Hikss.. Malu ja.. Aku memang quiet biler bersama dengan orang yg aku baru kenal. Itu aku. Aku suka perhatikan dulu orang tu camne. Kalau sealiran, insyaAllah boleh terus berjalan.


Jawapan kepada soalan kedua. Garang. Ahhh... Dah biasa jugak ngan komen sebegini. Muka aku memang muka garang. Nak ukir senyuman memang payah. Tambah plak ngan orang tak kenal. Isk2.. Satu lagik perkataan yg biasa orang guna tuk describe aku adalah SOMBONG. Sumpah aku tak sombong.


Jawapan kepada soalan ketiga pun tepat. Memang dia tak nampak warna mata aku sebab mata aku kecik ma. Realitinya memang gen famili aku bermata kecik. Blah abah aku de darah Siam. Blah mak aku plak de skit darah Chinese. Biler campur dua2nya, jadi la aku yg bermata tecik. Tapi dlm adek beradek aku berada di ranking ke-3 tuk mata tecik. Kire besar jugak la mata ku. Paling tecik skali adalah mata adek aku yg nombor 2. Biler dia senyum, mata terkatup owhh. Hahaha...


Walaubagaimanapun, aku suka a.k.a berkenan lelaki yg de chinese look. Hiksss... Kengkawan aku suka nyakat. Diorang kata, aku dah la mata tecik. Kalau laki aku mata tecik gak. Nanti terhasil anak yg mata most tecik. Miahaha... Tu sumer gurauan kengkwn je. Laugh is the best medicine.


Tq to Eina sbb describe pasal I.




~~~Seronok sebenarnya baca orang describe camne diri kita. Walaupun pahit, kita mesti menerimanya & memperbaiki diri kita menjadi lebih baik. InsyaAllah...

madah berhelah

I'd overheard her conversation thru fon juz now. We'll wait & see what is her excuse to absent from work tomorrow. Naper dia nak absent plak?? Coz dia nak attend interview. Selalunya alasan yang paling tak munasabah akan diberi tuk absent from work.


Naper bunyi cam aku tak puas hati??? Aku tak kisah sangat pasal dia nak gi interview tu. Dah rezeki dia. Alhamdulillah la. Tapi alasan yg dia bagi tu. Betol2 membuatkan aku loya & nyampah. Suruh buat keje lebih skit, merampuih je banyak.




~~~Citer banyak pasal dia pun tak guna. Akan aku kemaskini alasan dia berikan absent from work sok..

Tuesday, October 20, 2009

Nur Kasih Ep 1 - Ep 10

Episod 1

Di Mesir, Aidil bersolat menadah tangan untuk berdoa. Di Australia, Adam sedang belajar dikelilingi kawan2 dan tin2 beer.. hilai ketawa. Ustaz Hassan dikejutkan isterinya Hjh Khadijah lalu doktor menerangkan apa yg telah diketahuinya. Hayatnya telah sampai ke penghujung. Penyakit yang dihidapinya tidak dapat diubati lagi. Dia senyum dengan tenang dan menutup matanya lagi. Aidil mengucapkan selamat tinggal kepada kawan sekuliahnya setelah tamat pengajian. Aidil menerima panggilan telefon dari Hjh Khadijah menyampaikan berita tentang ayahnya Adam pulang ke hostel dan mendengar suara ibunya dari mesin pesanan suara. Dia kaku tiada reaksi. Di stesen keretapi KL Aidil menunggu ketibaan Adam. Tiada banyan2 Adam. Aidil kecewa dan manaiki keretapi. Adam tiba dan duduk di sebelah Aidil. Mereka berpelukan, keretapi meluncur laju. Aidil & Adam tiba di Kuala Kangsar & pandangan mereka tertumpu pasa seorang gadis jelita, Nur Amina.



Episod 2

Pandangan Aidil & Adam membuat Nur berpaling. Aidil mengalihkan pandangan dan mengajak Adam mencari teksi. Nur menghantar temannya, Nabila yang melanjutkan pelajaran ke universiti. Rasa terkilan terpancar diwajahnya. Hati Adam berbisik sangkanya tidak akan pulang lagi. Hjh Khadijah gembira akan kepulangan anak-anaknya. Aidil menapak ke masjid mencari bapanya dan dia melihat Nur berjalan ke masjid. Melihat bapanya, Aidil menjadi sebak dan salam tangannya. Selepas solat, Ustaz memberi salam pada imam Abu Bakar sebelum melangkah pulang bersama Aidil. Adam resah, dia mengucup tangan Ustaz, kelu tidak tahu bagaimana memulakan bizara. Hubungannya dan ayahnya sudah lama renggang. Ustaz bersyukur dia sempat melihat anak-anaknya sebelum dia pergi. Ustaz menyoal Aidil siapakah wanita solehah yang menjadi pilihannya? Aidil menjawab Nur Amina pilihannya. Dia mempunya ciri isteri mithali. Tanpa diduga, Ustaz melakukan sebaliknya menghantar rombongan meminang Nur Amina sebagai isteri Adam.




Episod 3

Tindakan Ustaz Hassan mengejutkan semua. Nur belum bersedia untuk menjadi seorang isteri kerana ingin meneruskan pelajarannya. Pak Imam berkata jodoh telah ditentukan. Adam cuba menolak, tapi dihalang ibunya. Aidil tidak mengerti kenapa ayahnya telah membuat keputusan ini. Dengan lembut Ustaz Hassan berkata Aidil anak yang soleh yang dapat memilih calon isteri dengan tepat, yang dapat membimbing keluarga. Adam tidak dapat melakukan semua itu. Dia perlukan seorang isteri mithali, Nur Amina di sampingnya. Upacara perkahwinan Adam & Nur berlansung, dalam sekelip mata tiga hati berkecai. Aidil yang mengharapkan cinta Nur, Nur yang mahu meneruskan pelajarannya, Adam yang mahu mengahwini teman wanitanya, Katrina. Tapi ada yang gembira. Sarah yang telah lama menaruh hati pada Aidil gembira kerana ikatan kekeluargaan mereka semakin rapat dan seterusnya dapat merapatkan dirinya dengan Aidil. Aidil menjadi saksi pernikahan adiknya, walaupun hatinya sendiri remuk.




Episod 4

Malam pertama Adam & Nur, Adam berterus-terang ini keputusan ayahnya dan dia tisak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Nur. Mereka hanyalah mangsa keadaan dan penceraian akan berlaku pada masa yang sesuai. Nur terkejut, malu, marah dan kecewa. Ketika Adam 17 tahun dia kacak & cerdas. Sewaktu Nur 13 tahun dia menjual kuih. Kanak-kanak nakal datang mengejeknya dan Adam menyelematkannya. Aidil tidak dapat tidur mendengar esakan perlahan Nur. Hari esoknya Nur dan Adam berpura seperti segalanya adalah baik-baik belaka. Aidil meminta Adam supaya tidak mensia-siakan Nur. Adam menjelaskan dia telah menerangkan semuanya pada Nur pada masa yang sesuai "lakonan" ini akan dihentikan dan mereka akan menjalani hidup masing-masing. Hjh Khadijah dapat merasakan apa yang sedang berlaku dalam rumahnya ada tiga insan yang terluka. Dia berbincang dengan suaminya adakah tepat keputusan yang telah dibuat? Ustaz yakin keputusan ini terbaik untuk semua. ustaz Hassan akhirnya meninggal dunia.



Episod 5

Setelah pemergian Ustaz, Adam berkeputusan untuk kembali ke Australia tapi hatinya berat. Adam nekad beritahu ibunya dia mahu sambung pengajiannya. Ibunya merelakan pemergiannya bersama Nur. Adam beritahu Aidil keinginannya untuk pergi ke Australia tanpa Nur. Aidil marah akan perbuatan Adam. Nur terdengan perbualan itu. Adam masuk ke bilik, mengingatkan Nur akan janji mereka, Nur berkata dia tidak pernah bersetuju. Adam marah dan tegur mereka seperti langit dan bumi, berbeza dari segala segi. Hati Nur tertusuk akan kata-kata Adam. Paginya, Nur tinggalkan rumah dan uzapkan selamat tinggal pada keluarganya. Dia biarkan mereka berfikir yang dia akan pergi bersama Adam. Dia terima sepucuk surat, pinjaman pendidikannya telah pun diluluskan. Adam mengucapkan selamat tinggal pada ibunyg. Bila Ibu menanyakan Nur, Adam mahu berterus-terang, tapi Aidil berjaya berdalih. Dia kunci rahsia mereka dan teruskan hidupnya mengharapkan cinta yg tidak tiba.



Episod 6

Di Australia, Ktrina anak kacukan tidak pernah hidup sebagai seorang Muslim. Selepas kematian ibunya pada usia 10 tahun, dia kehilangan satu-satunya kaitan dengan Islam. Dia jatuh cinta pada Adam kerana dia mengisi kekosongan hatinya sejak kehilangan ibunya. Adam mahu tinggalkan semua pengalaman pahir di Malaysia dan mulakan hidup baru. Dia menikahi Katrina dan berteraskan cinta istilah agama tidak pernah muncul dalam kehidupan mereka. Adam hanyut dengan hidup ini, dan lupa dia masih beristerikan Nur. Nur berhijrah ke KL dan berjaya menjejaki temannya. Nur menceritakan segala-galanya dan meminta temannya itu merahsiakan perkara sebenar. Kos pendidikannya tidak cukup untuk sara hidupnya. Nur mengajar mengaji untuk menampung perbelanjaannya. Aidil meneruskan kerjayanya di mahkamah syariah negeri. Ibunya merasakan kemurungannya dan menasihatinya supaya merelakan. Ibu menawarkan untuk mencari jodoh buat Aidil, tapi dia belum bersedia.




Episod 7

Nur tidak pandang lelaki lain kerana dia masih seorang isteri. Dia dicap sombong tapi Nur tidak pedulikan cakapan orang, matlamatnya hanya sebuah ijazah. Adam dan Katrina terus hanyut dalam dunia mereka. Mereka dikenalkan kepada penuntut baru dari Malaysia, Nur namanya. Adam pucat dan Katrina pelik akan reaksi suaminya. Rupanya bukan Nur Amina. Rasa bersalah menyelebungi Adam. Dia melupakannya dengan minum arak. Kuliah Nur hampir selesai, dia aku masa untuk berterus-terang dengan keluarganya. Aidil dijemput memberikan ceramah di UIAM. Dia bertemu dengan Nur yang cuba melarikan diri tapi Aidil berjaya menegurnya. Nur malu dengan apa yang terjadi. Aidil kata dia telah merahsiakan semuanya. Dia harus selindung perasaannya yg sebenar dan berkata dia lakukannya atas rasa tanggungjawab. Sejak pemergian Adam, tiada berita. Dia sendiri hantar gembira pada ibunya, seolahnya dari Adam dan Nur. Setelah itu Aidil & Nur berutus surat dan ini eratkan persahabatan mereka.




Episod 8

Adam kini seorang arkitek yang berjaya, tetapi merasakan jiwanya kosong. Dia gembira Katrina mengandung, fikirnya zuriat akan mengisi jiwanya yang tandus. Tetapi mereka terlibat dalam kemalangan yang teruk, kandungan Katrina mati dan dia akhirnya tidak dapat mengandung lagi. Adam dihukum penjara 3 bulan kerana memandu dalam keadaan mabuk. Nur berjaya di menara gading dan Aidil cuba menghubungi Adam tidak dapat dihubungi. Tiga bulan di penjara, Adam sedar hidupnya yang jauh terpesong. Sebaik bebas, Adam mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia, Katrina yang kemurungan setelah kehilangan bayinya, bersetuju.



Episod 9

Adam menghantar e-mail pada abangnya yang dia akan pulang, tapi Aidil tidak buka pesanan tersebut sehingga beberapa hari selepasnya. Sebaik membaca e-mail tersebut, Aidil bergegas ke kampung untuk menghalang Adam dari cerita perkara sebenarnya pada ibu. Aidil berkongsi pada Adam apa yang berlaku sepeninggalannya dan ray Adam menyimpan rahsia sementara waktu. Adam memperkenalkan isterinya Katrina pada Aidil yang tersentap, tapi masih cuba senyum. Pada hari yang sama, Nur juga pulang ke kampung ingin berterus-terang pada bapanya. Nur terperanjat bila diberitahu oleh adiknya Sarah, Adam ada di rumah ibunya sekarang. Nur bergegar ke arah rumah Adam dan bingung kenapa dia meneruskan kepura-puraan ini. Adam pinta Nur berikan peluang untuknya menebus kesalahannya dulu.




Episod 10

Aidil memberitahu Adam tidak adil baginya untuk muncul semula dan harapkan untuk kembali dengan Nur, terutama kini dia sudah beristerikan Katrina. Adam mengakui yang dia memerlukan Bur. Hidupnya kini terumbang-ambing. Dia menceritakan pada Aidil kehilangan anaknya. Aidil simpati, berbelah bagi, dia mahu adiknya pulang ke pangkal jalan tetapi dia takut kehilangan Nur sekali lagi. Nur mengadu pada Aidil yang dia keliru, tetapi Aidil nasihati untuk mengikut kata hatinya. Sarah melihat perbincangan mereka dan rasa cemburu menyelubingi dirinya. Adam bertanyakan Nur kali kedua tapi jawapan Nur tetap sama. Tidak. Nur memberitahu Adam mungkin belum masanya untuk jelaskan ibu perkara sebenar dan ia tidak bermaksud akan menerima Adam. Dia sudah tawaran pekerjaan di KL dan dia akan teruskan hidupnya seperti selama ini tanpa Adam. Sementara itu Katrina tertanya-tanya apa yang telah berlaku dan bila dia akan berjumpa dengan keluarga Adam.


---Kredit to OhArtisDotCom---



~~~Maaf kalau de typo error. Aku retype balik khas tuk korang. Syg aku tak??? Ehehehe... Sekian tuk hari ni. Bersambung di lain masa. .

Nur Kasih

Kredit to liyana-zakaria.

De ke sini peminat citer Nur Kasih yg bersiaran jam 9 malam di tv3. Aku de sinopsis citer ni. Dari episod pertama hingga episod ke-26. Boleh la menjadi rujukan buat mereka yg eager nak tau pe akan terjadi pada episod2 akan datang. Aku eager gak nak tau pe jadi pada citer ni.

Tambahan plak biler tengok dalam episod lepas pe yg Sarah kata pada Aliya. Hikss... Sinopsis ni bukan aku gigih mencari. Kebetulan sahaja aku berjumpa. InsyaAllah, nanti aku kasi up di sini. Biler??? Walallahualam.. Kalau sambutan menggalakkan, asap aku up kan.


~~~Lamer aku tak kongsi pasal citer, movie or lagu terbaru yg aku layan...

at night

Mengapakah aku sering mengalami mental block yg mana ketika ianya terjadi, aku tidak dapat berfikir sewajarnya tuk hapdate blog. Huhuhu... Ketika malam menjelma, time tu la idea tuk aku menulis blog agak lebat. Aku dah coba kaedah catit apa yg terlintas di pikiran ku tuk di blog keesokan harinya. Tak menjadi usaha itu.


Aku juga mencoba dengan mengarang terlebih dahulu di note pad. Malang sekali, usaha itu pun tak membuahkan hasil. Tak feel la taip kat note pad sahaja. Tym keje memang jarang la aku dapat hapdate blog. Keadaan tak sama seperti dahulu kala. De gak terlintas di benak ku tuk sign up saja broadband or streamyx kat umah.


Will think about it. Skang ni ekonomi maseh terumbang ambing. Cam bulan ni sahaja, expenses dah melangkaui pendapatan. Adehhh... Sangat tak bijak tol belanjawan aku bulan ni. Cuak gak biler terkenangkan dalam bulan depan or next2 month tu keta ku nak kena major service. Besor gak belanja. Almost 400. Tu la kekdahnya biler anda ada kenderaan. Harus disediakan bajet tuk maintenance.




~~~Aku mencoret apa saja yg terlintas dlm kepala otak aku ketika ini. Carca marba la skit. Trimas...

Thursday, October 15, 2009

fulus mania

Semalam kan ke aku ke-mim-alif-lam-sin-an. Tapi blah petang tetiba datang mood rajin skit. Tros shoot ke bank. Jelaskan pembayaran yg perlu dibayar. Pastu rasa lega sangat biler semuanya dah setel. Serius. Walaupun kepadatan purse ku telah berkurangan, kepuasan dah menjelaskan apa yg wajib telah mengatasinya.


Camne plak ngan korang sekalian??? Hutang dah bayar ke belom?? Terutama sekali bagi mereka yg berhutang demi menyambung pengajian. Bukan tak bagus menyambung pengajian tu. Tapi biler berhutang kena la membayarnya. Tak riso ke korang biler hutang makin bertambah. Bukan makin berkurang. Semuanya gara2 tak bayar hutang.


Tetiba plak aku bak bersyarah pasal hutang. Hikss... Aku mengingatkan diri aku juga kalian. Once hutang pinjaman pengajian aku dah langsai, baru aku nak pikir pasal nak tambah aset plak. Owhhh.. Jeles sungguh biler tengok orang2 yg maseh muda usianya tapi dah memiliki aset sendiri. Memandangkan skang ni aku dah de tanggungan liabilit, for the future aku rasa nak memiliki aset dahulu seblom bertukar liabiliti.


Mungkin tiada kepahaman di pihak pembaca. Aku tetiba terasa nak bebel panjang. Tu pasal la topik pinjaman pun aku leh masukkan di sini. Ampun ya!!!


Beberapa bulan kebelakangan ini pengurusan kewangan aku adalah sangat tidak bagus. Belom gaji bulan berikutnya, gaji bulan sebelum tuh aku dah abeh guna. Uhuhh... Mujur jugak masa baru dapat gaji je tros aku masukkan dalam akaun simpanan yg susah nak kuarkan balik duit tu. Kalau tak, memang takde la peruntukkan tuk simpanan.


Camno nak tambah pendapatan?? Side income yg tak perlu aku bersusah payah keje dengan teroknya seperti skang ni. Ala... Tak teruk pun kerja aku skang ni. Tapi aku nak side income tu dari sesuatu yg aku minat buat. Contohnya adalah baking.


Semalam aku paksa adek aku bawa kek cekelat yg aku buat last wikn gi opis dia. Tinggal kami berdua kat umah, memang tak abeh makan la. Aku bukannya minat giler2 nak jamah wat kudapan. Aku suka buatnya & lihat orang lain makan. Nikmat weih begitu. Kalau tak jadik, cuba lagik di lain kali.


Owhhh... Citer pasal kek cekelat yg adek aku bawa gi opis tuh. Kak buyung di opis dia kata sedap. Tanya ada lagik tak. Haruslah hati & pungkoq ku kembang berbunga setaman. Miahaha.. Tetiba datang idea nak buat as side income. Tapi kan, aku ni bukan otak bisnes. Adehhh...


Bulan ni adek aku dok menggila buat ot. Aku cakap kat adek aku, nanti biler dah dpt duit ot tu, beli barang2 tuk buat kek cekelat tu. Bleh la bawak gi opis adek aku. Aku tak charge pe2 pun. Cumer beli barang je. Tenaga yg aku curahkan tu free of charge. Bagi food testing dahulu.


Owh... Aku dah tak rajen nak buat rekod perbelanjaan aku sebab skang ni aku adalah sangat menggila membeli peralatan baking. Adehhh.. Ceq pejam mata je bayar barang2 yg berkenan di hati & dapat aku gunakan tuk laksanakan mission aku tuk baking.


So, bermula bulan depan no more spending on baking project. Kena slow down. Buat persiapan tahun 2010. Pantas masa berlalu. Dalam 2 bulan lagik kita semua akan say bye2 to 2009 & say hye2 to 2010.




~~~Adek aku bising sebab bulan ni kami kena bayar bil letrik. Ala... Itu pun nak bising. Aku guna oven lebih skit je. Nanti pewot dia gak dapat habuan. Owhh.. Skang aku ngah usha blender. Yg mana satu, pilihan kalbu....

biler aku tak senang hati di hari Khamis

Tolong jangan baca sesi luahan perasaan ini. Nanti anda muak a.k.a muntah darah plak. Trimas...


Haiihhh... Kembali dia buat perangai. Pagi semalam sejam lambat masuk opis. Hari2 pun lewat 30 minit. Hari ni lagik dahsyat. Kuar lunch tros tak masuk dah. Aku tau dia dah lost interest nak keje sini. Takkan tak boleh nak hormat skit ngan bos. Tak reti nak mengenang jasa baik bos. Suka hati ko je nak kuar masuk opis. Cuti dah memang lebih dari annual leave yg ditetapkan. Maybe sebab takde orang tegur. Pasni aku nak sarankan kat bos suruh wat sistem gaji per hour keje. Tetiba je aku tak puas hati. Memang pun aku tak puas hati. Kalau la kau nak amek half day. Owhh.. Korang ingat senang2 nak dapat. Jangan harap lah. Kim salam kat kekasih korang la jawabnya. Ni dia buat cam bapak dia ada share kat sini. Sedangkan mak pak aku de share kat sini pun tak wat camtuh. Miahahaa.. Tu pun nak kena habaq ka?? Sori la. Ceq memang tak puas hati ngan cara dia. I can smell that she is busy attending interviews. Wish u all the best. Kalau tak dapat tu, maybe kena renungkan balik salah & silap yg mungkin telah ko lakukan. Don't ever dream that u can lazying like u do here. U hope my dear. Ahaksss... Tetiba ceq rasa lagu nak skipping omputeh plak. Dah lama tak praktis. Berkarat abeh dah. So, stop di sini dahulu sesi luahan hati.




~~~Dah le lama tak hapdate. Sekali biler hapdate dok buat sesi luahan perasaan tak puas hati. Nak buat lagu mana. Kat sini ja tempat ceq meluahkan perasaan. If u don't like it, feel free to skip unnecessary posting juz like this one. Have a bless day ahead.

Wednesday, October 14, 2009

foodies...

Owh... Mengapakah makin hari aku makin ke mim-alif-lam-sin nak hapdate blog ku ini. Adehhh... Bukan takat blog je aku mim-alif-lam-sin nak hapdate, nak kuar gi bayar bayaran yg patut dibayar pun ku tak kerajinan. Virus mim-alif-lam-sin cam dah sebati dok dalam badan aku ni. Melainkan kalau kuar buat keje, baru la aku berdaya skit. Biler kuar buat keje, mula la aku buat aktiviti sambil menyelam minum air. Hiksss.. I loike.


Di sini pun aku takde mende nak citer sangat. Juz nak jamu kalian ngan gambor makanan yg dihasilkan oleh tangan & jari jemari runcing ku ini. Sajer nak bagi terliur. Tambahan plak time luncheon skang ni. Hahaa... Aku ngah mencari idea pe nak bawa gi umah macik aku dis wikn. Hmm... ***Sambil berpikir...


Mi kari on 2nd raya. Sedap la gak. Haha... Masuk bakul angkat sendiri. On 2nd raya memang makan sampai muncit r pewot sy. Tak hengat punyer. Sumbat & sumbat lagik. Sampai sengkak.


Egg tart ni plak aku bawa as buah tangan gi umah macik ku yg bak buat open house. Puas hati ngan resipi kali ni. Cuma nak buatnye skit lelah la. Adehhh... Makan memang sodap. Banyak ketul gak aku lahap.


Ni plak sajian kedua yg ku bawa. As desert. Brownies yg super duper easy. Sedap. Nyaman sangat. Dah potong dan simpan dalam bekas tuk dibawa ke rumah macikku.

Latest creation. Tuk dibawa ke rumah pacik aku last wikn yg buat makan2 dalam famili. Coklat kek yg aku isi dalam cup. Jadiklah namanya cup cake. Hiksss... Aku lagik prefer brownies la.

Bersama2 cup cake, de gak aku buat puding marble. Tapi tak sempat tangkap gambor dah licin boliou. Kang biler hangin kerajinan aku datang semula, aku kasi up resipi2 yg pernah aku cuba. Bleh la korang try bersama2.

Begitulah skit sebanyak yg aku ingin kongsikan tuk hari ni. Berjumpa lagik di lain masa. Tak tau biler tuh.. Adehhh...


~~~Biler memasak & de org makan, owh memang seronot. Akan memotivasikan diri tuk masak & tros masak lagik.

Friday, October 9, 2009

biler kerja banyak

Aku rasa gumbire biler keje banyak. Tambahan plak biler tengah emosi terumbang ambing cam skang ni. Alhamdulillah tetiba je aku banyak keje. Paling best skali biler keje di luar. Bukan dan nak menyilok pun. Tapi aku tetap soka. Ahaksss...

Aku selesa biler keje di opis sekali sekala diselangi ngan aktiviti di luar. Takde terasa terkongkong ke apa ke. Biler tensi leh amek angin di luar. Owh.. Alangkah indahnya. Jap gi nak kuar lagik ni. Pasni akan ada banyak lagik slot keje aku di luar.


~~~Bersama2lah kita cintai keje kita. Lalalala....

Wednesday, October 7, 2009

mengular???

Aku nak dok diam2 wat keje kat opis, bos plak suruh kuar. Adehhh.. Ni yg I mula panjang akal nak melencong ke beberapa tempat yg memang sudah berhajat melawatinya. Huawaaa... Tengok la kejap2 lagik camno mood ku. Kalau maseh di bawah, besar kemungkinan akan ku turuti arahan bos ku itu. Jika tidak, stay di opis & buat keje diam2 saja. Lalalala...

De beberapa gambar nak aku up kan. Tapi de masalah nak transfer gambor la plak. Postpone kan dulu sampai masanya tiba kelak. Biler??? Ntah..


~~~Theme raya family aku tahun ni adalah ungu muda. Lite pepel. Gambor akan di upload biler gambor berada di simpanan aku. Skang ni gambor de dlm simpanan lappy abah ku di kampung.

baking powder vs soda bikarbonat

Dah hampir sebulan aku dok giler mem'baking' tapi tetap aku konpius biler tang serbuk penaik a.k.a baking powder & soda bikarbonat. Adehhh... Pengkuan berani mati di sini. Patunya, makin lama bergelumang ngan sesuatu mende tu, kita akan makin mahir. Sebaliknya plak berlaku kat aku. Makin aku konpius de la.

Padanlah 2 kali aku buat brownies tak baper nak menjadik. Aduhyaiii... Lain macam skit strukturnya. Rupa2nya teknikal error di sini. Baru aku perasan 2 hari yg lepas. But still brownies ku sedap. Aha... Harus masuk bakul angkat sendiri.

Pe beza 2 mende alah tu??
Terdapat 3 jenis bahan penaik yang selalu digunakan dalam pembuatan kek, pastri mahupun kuih-muih. Ianya ialah serbuk penaik (baking powder), serbuk soda (soda bikarbonate/sodium bikarbonate) dan serbuk tartar (cream of tartar). Ketiga-tiga bahan ini juga dikenali sebagai bahan penaik kimia atau chemical leaveners. Ia berbentuk serbuk putih dan boleh dibeli di pasaraya dan kedai-kedai bahan kek. Fungsinya adalah untuk menaikkan dan meringankan adunan kek/kuih agar lebih gebu.

Bahan penaik yang paling sering digunakan ialah serbuk penaik. Terdapat dua jenis serbuk penaik iaitu yang jenis biasa dan jenis berganda (double -action baking powder). Jenis biasa digunakan dalam kebanyakan kek manakala jenis berganda digunakan untuk kek kukus atau kuih-muih kukus seperti pau, apam dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari biasa dan menjadikan kek atau kuih lebih gebu dan mekar.

Soda bikarbonat pula sering digunakan dalam kebanyakan kek, biskut atau kuih yang berasid seperti menggunakan susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus , puri buah-buahan dan lain-lain. Soda bikarbonat adalah bersifat alkali dan ia akan bertindak menutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek dan kuih tersebut dan menaikkan kek/kuih apabila dimasak.

Serbuk krim tartar agak jarang digunakan tetapi ada juga resipi yang menggunakan soda dan krim tartar bersama. Krim tartar dihasilkan daripada asid tartarik dan tentunya ia bersifat asid. Biasanya serbuk ini dicampurkan dalam telur putih bagi membuat meringue. Ianya digunakan untuk membuat kek sifon atau membuat kek keju bakar.

Dah membaca artikel ni baru aku tau rupa2nya ada 3 jenis bahan penaik. See. Selain berkongsi maklumat ngan korang, aku jugak dpt menerima maklumat. Sharing is caring.


~~~Bahaya gak de oven ni. Aku asyik la nak mem'baking'. Pastu makan. Pastu tumlebaran meningkat.

malam yg kelam kabut

Hari dah masuk Syawal yg ke-18. Terasa nak buka citer raya plak. Ahakss.. Citer dah basi kata orang lain. Cepat masa gerak. Sat je dah separuh Syawal berlalu. Kat radio pun dah takde berkumandang lagu raya.

Sehari sebelum 1 Syawal akan jadi hari yg paling kelam kelibut dalam hidup ku. Manakan tidak, nak kena uruskan segala persiapan berseorangan. Parents aku still keje ari tu. Sampai ke petang plak tu. Heran sungguh aku naper la hq tak bagi je half day. Sehari seblom raya, sah2 orang akan bz ngan persiapan. Ikot sangat kata customers yg takde pun diorang gi post office. Cittt...

Biler dah seorangan, harus tenaga adek2 aku yg aku kena kerah. Mujur jugak la diorang de ringan tulang nak tolong. Tapi kalau kena suruh lebih2, haruslah diorang menolak sebulat suara. Pernah jugak la diorang komplen. Tak salah aku tahun lepas kot. Diorang kata, naper mak aku tak lahirkan adek pompuan buat tolong aku keje2 dapur & ngemas umah. Choiii...

Pastu disampuk plak sorang lagik adek aku. Katanya takpe. Nanti dia bagi sorang adek ipar buat tolong aku. Owh... Dapat adek ipar yg ringan tulang membantu takpe gak. Kalau dapat adek ipar yg berat tulang. Tahunya nak bersenang lenang, mo panas je gue.

Takde pe sangat persiapan yg aku buat tuk juadah raya. Aku siapkan juadah berbuka je. Aku suka buat mende yg pelik2. Aku buat tat telur & burger M'sia tuk berbuka. Habis licin. Tambah plak biler makan reramai. Sampai opah aku tak sempat nak merasa tat telur yg aku buat. Burger M'sia lembut je. Cumer sambal ikan bilisnya termasin. Adehhh...

Lepas berbuka puasa kat umah opah, balik ke rumah aku. Bersilat plak kat dapur menyediakan kek batik, brownies & kuah kacang. Isi kueh dalam balang, aku pas kat adek2 aku. Tu pun jenuh kena naik sore 4,5 kali. Manakan tidak, depa asyik dok sibuk nak tengok bola. Alahaiii.. Tak rasa cam nak raya pun malam tu.

Kat cenel sport mana ada orang pasang takbir raya. Pas aku sound juta2 kali, baru diorang tukar cenel tv biasa yg de pasang takbir raya. Baru terasa cam nak raya skit. Dekat kol 1 pagi gak le aku masuk tido. Kat umah opah aku awal lagik dah siap juadah raya. Maklumlah, ramai yg nolong.

Dah 2,3 tahun aku tak kesempatan kuar menjamu mata di malam raya kat pekan. Memang aktiviti feveret tu kalau kuar menjamu mata malam2 raya. Masa tu, barang2 dah turun harga. Time ni la nampak muka2 yg sebelom ni tak pernah nampak kat old town a.k.a pensioners town itu. Keta2 luar akan bersidai di tepi2 jalan. Cuci mata pun sama. Lalalala...

Malam raya yg tak serupa malam raya. Cepat sungguh Syawal dah nak meninggalkan kita. Hmmm....


~~~Masa malam raya ni memang tak kesempatan nak bermanja ngan hp la. Simpan sahaja hp di dalam bilik. Ramai jugak rasanya yg aku tak sempat nak wish raya. Ohoiii... Bukannya aku tak ingat kalian. Kalian sentiasa dalam ingatan.

mengapa harus

Banyak perkara yg aku pikirkan semenjak aku kurang posting di sini. Jiwa kaco. Tambah2 2 hari yg lalu. Tak tau la naper. Nak buat keje pun tak semangat. Pendek kata nak buat pe pun memang tak de semangat. Terlalu banyak perkara yg bermain dalam kepala otak aku ni. Sampai sukar nak luahkan camno. Huhuhu...

Hari ni aku buat keputusan nak clear my mind. Apa yang berserabut aku nak buang jauh2 setakat yg mampu. Mungkin sebab kenangan lama banyak berlegar2 di otak ku. Tu pasal aku tak center. Ni assuming aku je. Memang semenjak 2 menjak kamu hadir dalam ingatan ku. Banyak peristiwa yg berlaku di bulan Syawal beberapa tahun yg lepas yg meninggalkan sejarah dalam hidup aku.

Biler aku lemah pasti ingatan tu akan mengganggu aku. Tp biler aku kuat, semua tu hanyalah secebis ingatan je. Selalunya biler aku melakukan retail theraphy, aku akan lebih ok. Sebaliknya berlaku. Yg skit merisaukan aku adalah, asal riso je aku mesti nak masak sumthing. Biler dah masak, kompem la aku nak makan. Biler dah makan, resultnya badan akan membesar. Adehhh...


~~~K la.. Dah kurangkan skit beban. Nak kembali menyusun work station aku tuk menerima jumlah keje yg skit byk di masa hadapan.

Friday, October 2, 2009

tak mo ulang benda sama

Sy bukan sombong tuk tidak mengemaskini di sini. Cuma kurang mood skit je. Baru lepas nengok Wadi Unung. Pastu skang ni layan citer Korea plak. So, masa2 senggang ku dipenuhi ngan menonton sajor.

Start minggu depan, work load akan bertambah. Lagi besar kemungkinan tiada kemaskini. Adehhh.. Mungkin jua aku dah hilang minat ngan dunia blogging kot. Ni cumer agakan ku sahaja. Kekadang aku ni cepat busan ngan sesuatu menda kalau dah selalu or lama mengadap.

De isu yg nak aku upkan. Tapi dah di up kan sebelom2 ni. Tak perlu nak buat isu berbangkit juta2 kali. Cukuplah kalau sekali je di up kan. Aku pun jemu. Tambah plak kalian yg terbaca blog ku ini. Pasti jemu.

Agaknya sahabatku dah tiba di bumi Oz. Dah meninggalkan M'sia tuk menyambung pengajiannya. Ntah biler kan ketemu. Sedangkan biler dekat ni pun nak ketemu payah. Ni kan plak biler dia dah terbang jauh kuar dari bumi M'sia ni.

Orangnya adalah Pn ZHZ. Perginya bersama hubby terchenta. Tak dapat aku nak bye2 dia kat airport. Hanya bye2 kat phone je. Tu pun beberapa jam sebelum penerbangan dia semalam. Owhhh.. Kalau berdekatan je airport ngan umah gue, kompem la gue sampai di sana tuk bye2 Pn. ZHZ.

Teringat aku masa kali terakhir jumpa bulan Ramadhan lepas. Salam. Polok2. Ngan wifenya sajor. Giler nak peluk laki orang. Adehhh... Kembali kepada citer aku. Ternampak kelibat Pn ZHZ sedey. Tapi tak sempat nak bersedey lebey2. Kami2 nak pulang cepat. Kalau tak, dah terjadi plak adegan air mata di situ. Ehe...

Semalam kena kuliah skit ngan opah. Kena plak isu yg aku separa sensitip. Menjawab jugak la. Ni sumer berkaitan ngan weddings yg beratur tersusun di bulan2 akan datang. Ohoiiii...

Bukan menolak, tapi belom tiba lagik masa aku rasanya. Kena banyak bersabar la. I can't do it. Tapi biler dah ramai menekan, mula cepat melatah aku ni. Huhuhu...

Conversation di talipon semalam ngan Pn ZHZ tetiba disampuk si hubby.

Mr. K: Kim salam syg kat r3d l0v3r. ***Dr jauh kedengaran sorenya.
Pn. ZHZ: Mr. K kim salam kat ko.
M3: Uiksss.. Apsal aku dengar cam ucapan dia panjang je. Sampai kat aku dah jadik pendek.
Pn. ZHZ: Dah kena tapis ngan aku.
M3: Wakakaka...

De banyak lagik yg disampuk si hubbynya. Tapi aku tak dengan sangat. Malas nak amek pusing pun sama. Aku mo cakap sama wifey nya. Lantok le kat hubby dia. Chit chat sat je kat tepon. Say bye2, then letak.

Biler plak agaknya masa aku tuk sambung belajor. Kesibukan & tensen time belajar tak sama ngan masa dah keje. Situasi amat berbeza. Aku sangatlah merindui ketika zaman student dulu. Banyak kenangan pahit manis. Masa keje ni, skit sangat kenangan yg aku cipta.


~~~Ni payahnya biler aku mula celoteh. Susah nak stop. Seronok baca orang lain punya pengalaman raya. Aku cam nak kongsi gak. Tp takde gambor la kalau aku citer. Kena gambarkan sendiri. Lalalala...
Google