Tuesday, September 29, 2009

selalu berdepan dengan orang ramai

Selamat hari raya aidilfitri buat semua. Dah lama tak membuat entry di sini. Aku rindu tapi aku tak rindu. Hahaha... Cam pening je ayat. Macam2 aktiviti yg aku lakukan. Tapi tak punya kesempatan nak update sajor.

Hari ni cam hangin je. Hangin skit. Tak kesampaian hasrat hatiku nak menjamah Meltz KFC. Dah alang2 kuar tadi tu yg singgah KFC. Asyik ingat makan je aku ni. Hiksss...

Berbalik kepada kisah di KFC. Dah kol 3 lebih pun time tu. Aku order hat kombonya. Maknanya de air ngan cheezy wedges skali la. Kata kena tunggu 10 min. Ok la. Tunggu la aku.

Dah dekat 10 min aku pun gi kaunter nak nuntut Meltz ku. Air ngan cheezy wedges dah dapat. Tunguu punya tunggu, maseh takde saper nak layan aku. Orang yg amek order aku tadi pun takde. Hati dah mula panas. Sumpah seranah dah kuar. Tapi dalam ati je la. Hehehe...

Biler aku nampak je orang yg amek order aku tu kuar dari tempat sembunyian, aku pun tanya la. Ohoiii... Sebelum dia kuar, de sorang dak jaga kaunter telah amek Meltz yg sepatutnya milik aku gi bagi kat customer dia. Huaaa... Nak je aku jerit, "Itu aku punya la Oiii".

Tapi jeritan hanya kuar dalam hati jugak. Aku kan perempuan melayu terakhir. Mana leh jerkah orang camtu. Lalalala... Biler orang yg amek order aku found out hak aku di ambil orang, tros dia offer refund. Then dia offer tukar ngan twister.

Melihat kepada jam di tangan, tak sanggup rasanya aku nak menunggu lagik. Aku amek offer yg pertama la. Refund. Ku sangkan refund tu hanyalah tuk Meltz yg tak ku miliki. Rupa2nya dia refund kombo yg aku dah bayar tu.

Kirenya air ngan cheezy wedges yg aku dapat awal tu adalah foc. Lagipun cheezy wedges dah selesai aku kerjakan. Air pun dah tinggal separuh. Nak mintak balik pe yg dah semadi dalam pewot ku??? Kelakar la tuh...

Pastukan de satu insiden yg aku tak puas hati. Berlaku kat Ogawa kat Jusco Perda. Owhh.. Sales man nya adalah sangat menyombong owhhh ngan abah aku. Apa ingat abah aku tak pakai smart2 tu abah aku sengkek ke. Elehhh...

Cara sales man tu cakap pun nyombong. Kirenya abah aku cam tak berpotensi nak memiliki set kerusi Ogawa. Cittt... Sombong sungguh. Bukannya nak bagi abah aku try test ke produk dia jual. Dah le tu, cara explain pun cam abah aku tu tak reti pe2 langsung.

Camtu ke orang yg keje customer service. Camni bilernya slogan 1 Malaysia yg diwar2kan tu nak berjaya. Biler bangsa sejenisnya yg datang, dilayan, ditatang bagaikan mereka berpotensi besar. Walhal diorang nak try test saja. Bukan nak beli pun. Huh...

Pe kaitannya kedua2 citer tu?? Sebabnya kedua2nya adalah keje yg berkaitan ngan customer. Berdepan ngan customer. Hati customer kena di jaga. Kena customer yg mulut jelabas, nasib la hati. Kurus sentiasa. Ahaksss...


~~~Biler skali dah menaip, memang susah nak berhenti. Hiksss... In love wif Wadi Unung. (^_^)

Thursday, September 17, 2009

citarasa sama

Ni kisah masa aku pulang ke hometown ku. Gi la jejalan kat The Store. Owh.. The Store adalah pasaraya yg hebat yg ada di hometown ku. Pe2 pun, aku tetap sayang hometown ku.

Berbalik kepada kisah yg ingin aku kongsikan di sini. Pasal sepasang sandal. Tak sangka akan punya citarasa yg sama dengan orang lain pada masa yg sama. Ah, pening aku nak terangkan kat sini.

Ni la sandalnya yg menjadi rebutan di hari kejadian.

Sandal ni aku dah usha minggu sbelom tuh lagik. Cuma tak kesempatan & bajet tak mencukupi tuk memilikinya. Pada hari kejadian memang aku dah tekad nak membelinya. Tapi warna yg lain. Bukan warna ni.

Mujur aku cepat skit je. Lagipun memang dah tangkap cintan. Wat pe nak tunggu lelama. Nanti dikebas orang, aku yg berputih mata. Aha... Pengalaman yg mendewasakan. Tak kire la pe barang pun. Kena cepat bertindak kalau dah suka.

Yg berkenan sandal ni adalah sorang macik ni. Dia lagik awal tiba di kawasan kejadian. Dia dah usha sandal tu, tapi gi pusing2 cari yg lain yg kot2 lagik ngancam. Tapi syg seribu kali syg. Aku cepat & pantas lagik dari macik tu.

Sedang aku mencoba sandal itu, aku terdengar suara sorang macik ni.

M: Tadi tengok de kasut tu kat sini. ***Cakap ngan anak dia.
A: ***Sebab aku kepochi, aku tengok le arah yg ditunjuk macik tu ke anaknya. Lagipun aku diri tak jauh dari situ.
M: Cepat je dah takde.
A: ***Sekali lagik aku intai ke tempat yg ditunjuk macik tu. Kasut yg ni macik?? ***Dengan ramah aku tegur sambil menunjuk kasut yg sedang aku cuba di kaki ku. Haha..
M: Ha, yg ni la. Macik terlambat skit je.
***Pastu kami sesama ketawa.

De lagik la kami borak2 lagik. Kemudian de satu lagik sandal tu aku sesaja suka try test, macik tu pun berkenan jugak kaler yg aku cuba. Hahaha.. Memang kelakar.

Peristiwa ni telah membuatkan aku senyum sendirian. Bahkan, each time aku pakai sandal ni je mesti aku nak sengih2. Cam orang giler bayang plak kan. Insiden kelakor camni, haruslah teringat2.

Sandal ni selesa. Tak lenguh kalau pakai tuk jalan2 walaupun jauh. Tapak pun lembut saja.


~~~Sambil wat keje, sambil online, sambil update blog, sambil nonton Wadi Unung. Hikss.. Indahnya dunia. Dah lama tak buat keje lagha begini.

brownies

Packaging yg menarek. Tapi rasanya, tak menepati piawaian aku daa...

De la yg terliur ni nanti. Harap maaf. Ehehe...

Sambung dari entry ni.

WZN nak makan kek kat Secret Recipe. Aku yg mudah terpengaruh ni, terjebak la sama. Dan aku memang teringin sangat nak rasa brownies kat SR. Nak bandingkan ngan resepi yg aku coba itu. Pe kurang, lebehnya.

Yg buat sedapnya biler makan bersama choc ganache. Kalau tak, tasteless je rasa. Walnut pun tak sodap. Cam masuk angin dah. Tetibe teringat kek kat kedai kek Tesco Shah Alam. Yummylicious..

Tapi kan, sangatlah kuciwa aku ini. Tak sodap mana pun brownies SR tu. Sebab kan kuciwa yg amat sangat, the next day tu aku pun buat lagik brownies yg pernah aku buat dulu. De la aku alter skit. Sodap lagik dari brownies SR.

Oho... Sambil aku citer ni pun dok teringat lagik kat brownies ku di rumah. Adehhh.. Camni, biler masernya aku nak diet. Takdo maknonyo.. Alahaii...

Tapi aku tak dan nak amek gambor la. Kelam kabut. Selalu je terlupa. Maafle.. Takleh nak tayang keenakan rupa brownies ku. Resepinya di sini.


~~~Skali skala makan takpe. Kalau dah hari2 pun dok ngadap je brownies tu, bukan takat nak sekilo je berat. Naik berkilo2 la alamatnya.

mengimbau kenangan

Last Saturday sempat la gi berbuka ngan kengkwn uni. Tempat pun memang sengaja pilih tak jauh dari uni. Kirenya cam mengimbau kembali kenangan lama. Dah banyak perubahan. Hampir 2 tahun kot tak ke sana. Eh, silap. Tahun lepas aku de ke sana. Tapi suasananya berbeza.

Biler kumpul beramai2 bersama kawan uni, pastinya banyak kisah2 silam yg kelakar timbul. Memang banyak pun. Masa mencemburui kami. Rasa pertemuan tu cepat je berlalu.

Plan iftar ni datang dari cik Yum. Dia suruh aku arrange ngan Pn ZHZ sebab Pn ZHZ nak berangkat ke Australia raya ke-4. Pasni ntah biler dapat berkumpul macam tu semula. Haihhh...

Berbuka hanya di Village View Bangi. Owhh.. Skang ni dah de cawangan baru. Kat Jalan Reko berhampiran ngan Stesen Bus Kajang tu. Besar. Lagik besar dari kat tempat lama dulu. Makanan dah order awal. So, takde la kena tunggu lama masa nak berbuka.

Tempahan makanan disetelkan oleh Pn ZHZ. List makanan dari aku selepas berbincang ngan Miss Senior Exec, Cik Yum. Masa memula sampai kat restoran tu & tengok hasil yg di order, rasa cam tak cukup je. Owh.. Nafsu makan.

Biler dah makan tu masih was2 lagik. Penyudahnya, cukup je lauk pauk yg di order tu. Makan seramai 7 orang. Hebat. Hebat aku order la. Miahahaa... Nak gak masuk bakul angkat sendiri.

Tu pun kuih muih de lagik. Putu mayam je yg tak dapat dihabiskan. Bagi kat Pn ZHZ buat sahur bersama suaminya. Citer kelakar skit maser nak beli kuih ketayap.

A: Camne kire ni dik?
X: 4 singgit.
A: 4 singgit??
X: A'ah... 4 singgit.
A: 4 singgit ek.
X: (Budak niaga tu pandang je muka aku. Tunggu arahan selanjutnya.)
A: (Aku ngan muka terkujat menjawab. Bagi singgit la.

Hahaha... Sangat terkujat ok. Kuih ketapay 4 singgit. Mana nak dapat?? Kat hometown aku pun kuih dah jual 3 singgit. Tak jauh dari gerai tu de jual 5 dua hinggit. Mahal.. Nampak tak sedap plak tu.

Mujur jugak la sedap. Berbaloi baloi baloi.... Hahaha... Kedai tu berdepan ngan Shell stesen 1. Kat pasar malam hari Sabtu kat Bangi. Kedai tu de jual lauk pauk sama.

Yg sedeynya sebab takde gambor kenangan je. Dalam kotak memori aku ni de la. Meh la scan kalau nak nengok. Tu r.. Takde kamera yg separa canggih. Kalau tak, leh gak guna buat simpanan memori.

Lupa nak pesan kat Pn ZHZ. Dah pesan kat Cik Yum. Tapi dia terlupa. Bz. Orang dok sibuk kejar dateline. Minggu ni de 2 report yg dia nak kena submit.

Sy tak pulang ngan tangan kosong. De orang bagi sy dompet kecil warna merah ini. Ngaummm!!! Tq dear..

What a great day. Harap dapat berkumpul lagik camni di tempat kenagan ni suatu masa nnti. Maser kami berbuka kat situ, de 1 big grup ni sangat hepi berkumpul beramai2 bersama keluarga masing2. Owh... De chance ke kita nak kumpul camtu suatu masa nnti?? Wallalahualam...


~~~Not in the mood nak buat keje. Masa yg de ni cuba dok perah kepala otak cari idea nak buat entry. Maka terciptalah entry yg banyak di hari ini & mungkin juga de autopublish tuk sok. Lihat bagaimana nnti. Kalau kerajinan nak update la.

sesi iftar bersama miss from kk

Saper lagik kalau bukan Miss Xara or WZN. Hiksss... Had a great time. Thanx a lot sbb sudi meluangkan masa anda yg terhad itu tuk berbuka bersama togetherness. Maaflah tak dapat membelanja kamu. Mb next time. InsyaAllah..

Kami bersungkai di Noodle Station. Bertiga. Aku, WZN & adekku. Adekku tumpang menyibuk. Tapi aku yg ajak tuk dia nyibuk sama.

Menu yg diminta adek ku. Nasi goreng tom yam kalau tak salah. Banyak siot portionnya.

Ni plak menu pilihan aku. Tomyam jugak. Tomyam seafood. Ngan ice lemon honey tea. Air feveret ku. Takde lam gambo sebab masa air sampai, ari dah gelap.

Uhh.. Menu WZN langsung takde dalam simpanan aku sebab masa menu WZN sampai, ari dah gelap. Hp kuasa tak kuat. Pe yg de je la yg korang dapat tonton. Hiksss...

Dan aku & adek ku tak pulang dengan kosong. Owhhh... Sangat terharu. I memang cepat terharu ngan mende2 camni walaupun di anggap kalian mende kecil sahaja. Ahhh... U touch my heart. (^_^)

Gelang warna warni kilau2an. Thanx a lot. I'm loving it. Tiap2 hari pun aku pakai since aku dapatnya. Rasa cam anggun je biler memakainya. Ahaksss..

Bukan 1 je. Tapi 2 mende yg WZN bagi. Adehhh... Double terharu beb.

Ni lagik satu. Sesuatu yg berkait warna merah. Aku memang dah lama mencari brooch yg warna merah. Cam tau je hajat di hati. Trimas bebanyak. Sangat terharu.

Triple terharu biler......
*
*
*
*
*
Adek ku dapat sama buah tangan dari KK. Mutiara gitu. Butang baju. Rezeki adek aku.

Tak habis di sini sahaja makan2 ku. Sambung next entry. Sambung kemudian ye.

Terima kasih bebanyak WZN di atas budi baik & ingatan anda. Unsangkarable. Terharu sangat saya.

Dah dua tahun berturut2 dapat berbuka bersama WZN. Thn depan?? Panjang umur & murah rezeki kalu, kita jumpa lagik. 2 sesi berbuka bersama rakan2 je yg sempat dipenuhi. Masing2 punya komitmen sudah.


~~~Bleh la aku bergaya di hari raya ngan brooch baru & rantai tangan yg kilau2 seperti pelangi itu. Trimas..

tanggal 27

Oho... Dah mula terasa mud nak bercuti. Mud nak beraya tu tak dtg lagik. Sok2 dah balik kampung kalu dtg la mud raya tu. Skang ni tengah mud tak puas hati de la. Isk2...

Bulan pose pun dok maseh tak puas hati. Yo la.. Aku dari 2 minggu lepas dah gitau nak mula cuti Jumaat sok. Tapi kan budak opis aku ni, ari ni nak cuti, semalam gitau nak cuti, tros dpt. Ahhh... Harus la aku berbulu skit di situ.

Tapi cannot do anything. Aku kuli saja. Kena ikot arahan. Owhhh... Walaupun aku dah luahkan kat Dju & adek aku, still ada berbaki lagik rasa tidak puas hati di situ.

Sekelipan mata je dah masuk hari ke-27 kita berpuasa. Haihhh... Ikotkan hati ku, hari ni gak kau pecut balik kampung. Abah aku plak tak bagi grin lite aku drive balik sorang. Banyak plak hujah2 yg dikeluarkan.

Aku pe lagik, biler abah dah kuar hujah pepanjang, tak koser la nak lawan. Lagipun tak dapat berkat parents ni takot plak kang tetiba jadi pe2 kat aku. Nauzubillah...

K la.. Nak sambung aktiviti aku di hari ni. Hikss.. Aktiviti la sangat. Badan je yg tinggal di sini. Hati dah terbang melayang2 mencari sesuatu kegumbiraan.. Ahaksss..


~~~Siapa yg balik drive keta tu, pandu keta berhati2. Moga selamat tiba di samping keluarga terchenta. Begitu jugak buat kamu & dia. (-_-")

Friday, September 11, 2009

kerana menderhaka

Merujuk kepada entry ni, tuk percubaan kali pertama, sila jangan derhaka kepada resepi. Akibatnya buruk. Aku dah menerimanya. Huhuhu...

Sbb cookies ni kaler gelap, tak nmpk biler burn terlebeh sudah. Uhhh...

Ada la aku menderhaka kat resepi ni. Mende yg tak ada, aku adakan. Adehh.. Nak kena try test resepi lain sebelom menemui resepi yg kena kat tekak ku. Huhu...

Biler masanya aku buat cookies ni?? Blah malam. Agak2 dah selesai sumer tugasan di rumah. Dah selesaikan lakukan yg wajib, leh la mula ngan project baking. Hari2 de je mende yg aku bawa balik ke rumah yg kena mengena ngan baking.

Semalam buat butter cookies. Ok la rasanya. Tp adek aku tak suka. Dia kata tasteless. Dia cuka choc chip cookies yg itam legam seperti gambar di atas. Ehe...

Project semalam takde gambor sebab tak sempat nak amek gambar. Ponat skit. Sebab guna acu tekan. Tangan pun berlemoih je. Mana nak tangkap gambornya. Resepi semalam aku tak derhaka. Aku ikot satu persatu. (^_^)


~~~Bahan2 de je yg tak mencukupi bila aku nak mulakan satu2 projek tu. Haihhh...

tuk peminat kacang panjang

Dah alang2 aku update entry, skali harung aku buat buat auto publish. Ehe...

Ni tadi dok bincang2 ngan Yum pasal menu tuk berbuka sok. InsyaAllah, sok kalau takde aral melintang, nun ke Bangi akan ku tuju. Tempat jatuh lagik dikenang, ni kan pulak tempat bermain. (^_^)

Lauk pauk kena la masuk skali ngan sayur. Tapi yg makan sayur2 tanpa memilih adalah aku sorang. Yg lain2 de yg tak makan langsung sayur. De yg makan sayur terpilih je. Dah le mkana sayur terpilih, makan skit je sayur tuh. Isk...

Udang goreng kunyit bersama sayur kacang panjang. Lauk berbuka aku semalam. Complete. 2 in 1. Sayur & protien. Hiksss.. So-so je la rasanya. Kurang masin & terlebih kunyit. Huhu... Orang pose masak.

Ni sajer aku nak tayang menu kacang panjang buat peminat kacang panjang di luar sana. Berchenta tol kat umah ku nak habiskan beli seikat kacang panjang. Skali masak dalam 3 batang/urat kacang panjang je. Ni adek aku la yg teringin nak makan.

Aku bukan peminat udang. De lebih lagik lauk ni. Hari ni takde menu nasik. Mb nak buat mi goreng kot. Oho... Cili jeruk ku cam dah memanggil2. Ahaksss...

Ini feveret ku. Keli goreng & paru bercili. Menu semalam gak.

Tetiba terasa nak makan paru. Suruh la adek aku beli. Dia tak makan paru. Jadiknya aku suruh beli RM1 je. Aku sorang je makan. Cukup la. Naseb la org kedai tu bagi beli RM1. Siap dia tanya kat adek aku, cukup ke.


~~~Terliur korang yg tengah lapar menengok menu2 buka puasa ku yg ala kadar ni.

sangat puas hati

Walaupun aku dalam ketidakpuasan hati, tetap ada sesuatu yg membuatkan aku puas hati.

Aku sangat puas hati sbb 2 hari ni aku dah dpt resepi yg sedap di tekak aku. Kuih a.k.a cucur. Sedap buat minum petang & buat juadah berbuka.

Selalu memang kena de menu kuih muih ni. Walaupun secoit. Adek aku la. Kang kata tak lengkap la juadah berbuka. Naseb kakaknya rajin. Hiksss...

Cucur bawang + masalodeh. Cucur bawang je aku buat. Masalodeh tu beli sajor kat bazar. Adek aku beli. Lembut cucur aku buat tu. Soknye lepas dipanaskan pun still lembut. Hiksss..

Cekodok. Yummylicious. Hiksss... Maaflah. Masuk bakul angkat sendiri. Ni bukan 1st time buat. Dah kali ke-3. Kali ni baru puas hati. Lembut di dalam, ranggup di luar. Tak sempat tunggu keesokan hari dah abeh licin boliau. Ehe...

Resepi takde la yg spesifik. Men agak2 je. Aku olah dari pe yg aku lihat org2 lain buat. De syarat owh seblom kita bleh olah resepi orang lain.

1stly, kena try resepi asal. Jangan menderhaka. Kang tak menjadi plak 1st try. Tak semuanya kali pertama buat tros menjadi. Pastu kalau nak olah, boleh la.

Aku yg tak pandai nak olah ni, tak berani nak menderhaka ngan resepi2 seperti cookies sbb de pengalaman biler aku olah, tros rasanya ke laut. Tp adek aku rasa sedap. Pelik. Deria rasa dia rosak kot. Miahahaaa...


~~~Mungkin kalian rasa busan aku asyik nak menunjuk skill masak. Bukan nak menunjuk, tp takleh tahan keterujaan nak kongsi di sini. Seronok o men memasak. Tambah plak biler de orang makan. As I always mention.

i am not a perfectionist

Biler orang dah bagi tugasan, tolong guna akal skit bila membuatnya. Jangan kejar nak siap cepat je. Memang angin btol aku ngan org camtu.

Lihatlah sampul surat yg de 2 alamat berbeza. 1 kat KL. 1 kat JB. Bukan keje aku. Keje dak opis ku. Panas je. Pastu bleh tak cop opis sampai 3 dia buh skali harung kat dlm kad. Yg kena mambu, aku. Takde plak bos nak mambu kat dia. Isk2...

Ni kes semalam. Tapi semalam tak kesempatan nak buat entry. Lagipun semalam dia mc. So, takde la aku nak serabut pasal tu sgt. Aku serabut nak siapkan keje aku je.



~~~Aku memang tak reti nak sound2 org ni. Selalunya aku akan buat balik mende/kesalahan yg dak tu buat sbb aku memang tak reti nak suruh dia buat balik. Huhuhu...

Tuesday, September 8, 2009

keli bakar

Biler berbuka puasa beramai2 memang seronok. Makan berebut. Nikmat. Bila makan berdua je, rasa cam sumbing skit. Hiksss... Tah pe2 perkataan yg aku gunakan.

Last weekend, pulang ke kampung halaman ku lagik. Kali ni numpang pacik aku. Alang2 ketanya boleh muat dengan muatan lagik. Bertolak pagi Sabtu kol 1.30 pagi. Sampai ngam2 time sahur. Tros sahur & kebabom tidor.

Ari Sabtu berbuka di masjid dekat umah aku tu. Abah aku de buat moreh berbuka skit. Alhamdulillah. Ramai orang yg datang. Sold out nasi daging. Air asam nya adalah marvelos.

Tahlil before buka puasa. Orang2 yg bertugas tengah prepare meja makan.

Datang plak dis noty boy ke masjid. Pakai kopiah dah ala2 serkup sebab kebesaran yg terlampau. Aha... Tp comey je.

Lepas magrib sebelom balik diorang nak bergaya di motor old skool yg de gi perkarangan masjid. Owhh.. Hari yg indah. Nampak bulan yg terang menyuluh alam.

The next day masuk satu lagik famili macik aku from Tapah. Tu pun tak complete anak beranak macik aku. Kalau complete, memang riuh la rumah opah aku. Ahad tu berbuka di rumah opah aku. Menu utama adalah keli bakar. Seperti tajuk di atas.

Sedap bukan main rasa keli bakar tu. Tak tau la naper. Maybe sebab fresh kot. Tangkap, pesiang & tros bakar. Takde perap2 pun. Hanya gaul garam & serbuk kunyit sahaja. Tu dah cukup enak. Makan plak ngan sambal hasil tangan macik aku. Leleh peluh.

Hanya digaul dengan garam & kunyit. Yummy!!! Ni sumer idea adek aku yg kepingin nak makan keli bakar.

Tempat membakar yg telah tersedia menerima bahan yg hendak dibakar.

1st bacth dah siap sedia. Yummy... Sodap.

Bila dah ramai, takde maknanya nak makan di meja. Bersila di lantai. Old skool style. Biler makan ramai2 rebut2, menambah kenikmatan. Sebelah bahagian kanak2, sebelah bahagian orang dewasa.

Begitulah suasana berbuka beramai2. Tu blom complete sumer ahli keluarga blah omak den. Kalau complete, takdenya dapat dok ngan selesa begini time berbuka. Ehe...


~~~Selamat berbuka kalian...

career woman yg kereks

Gelaran yg miss Teera bagi kat aku. Chitt... Selamba kata aku kereks atas sebab aku tak tegur dia di ym. Adalah sangat tak munasabah. Pastu aku kasi basuh dia skit, dah tau aku tak tegur dia, dia tegur la aku. No harm ma saper yg mulakan dulu pun, btol dak??

Aku ada sebab naper aku tak tegur di ym. Pertama skali adalah kerna aku tak nak aku meluat ngan korang2. Yo la. Tegur tapi tak menerima balasan. Meluat tol. Kot korang bz pun, juz reply kata korang bz. Aku bukannya bodoh sangat sampai tak paham camne keadaan orang yg tengah bz.

Better late than never.

Katakanlah aku tegur pagi, kalau blah petang baru korang reply ke, aku tak kisah as long de reply. De balasan. Kalau korang balas soknya pun aku tak kisah. Aku tak de simpan dalam hati. Tapi kalau dah lebih dari 3 kali berturut2 aku tegur dan takde balasan dari sabahat2 di ym, memang aku akan simpan dalam hati sampai la aku kelupaan.

Pendendamkah aku??

Suka korang la nak kata apa. Aku tak mintak pun perhatian yg berlebihan. At least kalau dah de orang tegur korang di ym, sesibuk mana pun korang, sila la jawap walaupun pendek. Kalau tak mahu diganggu langsung, sila keep invisible. Tak pun jangan on ym langsung.

Cam aku. Kalau aku tak nak diganggu, aku akan guna salah satu option di atas. Paling berkesan skali adalah dengan tak on ym langsung. Tak pun gunakanlah simbol bz yg de tuk menandakan yg anda memang tengah sibuk.

Ahhhh... Emo plak. Sudah2.. Tak nak emo2 ni. Tak bagus tuk kesihatan. Sebentaran berchit chat ngan 2 sahabat menceriakan skit hari aku yg terasa mandom. Naper tah rasa tak semangat je. Bangun pun lambat pagi tadi.

Dah le batuk2 kol 3 pagi. Sampai ke sahur aku tak dapat tido. Lepas je subuh, sambung tido. No batuk2 terok dah. Alhamdulillah...

Kesimpulan di sini, kalau aku tak kontek korang bukan sebab aku tak ingat kat korang or sebab aku kereks, tapi sebab aku nak jaga perasaan aku. Tak nak dilukai. ***Tak bleh blah nye alasan. Aku tak nak mengganggu kebahagian kalian. Tapi aku sudi diganggu kalian.


~~~Dah pasang angan2 aktiviti malam ni. Nak cukupkan satu lagik alat. (^_^)

Friday, September 4, 2009

masih cinta



Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu
Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta
Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Njoy!!!

bermulanya angin baking

Kot la ada yg tertanya2 what the difference between brownies & cake. Meh la aku citerkan skit. Tumpang de masa terluang ni.

Asal usul brownies adalah dari cake juga. Sorang pompuan mat saleh buat kek. Tapi kek dia jadik bantat or ngan kata lain tak segebus kek. Kek dia padat & chewy. Walaupun kek dia padat, dia tetap jamu kat keluarga dia.

Anak si pompuan mat saleh ni telah bertanya kepada mummy nya pe kah gerangan nama makanan yg mummy nya sediakan. Disebabkan rupa & warnanya cokelatan, dia pun menjawab soklan anaknya itu yg dish yg dia buat namanya BROWNIES. Brown tuk cokelat.

Begitulah kisah yg aku kutip sewaktu forum hopping. Hiksss...

Kek juga de bezanya ngan muffin. Cupcakes & muffin pun berbeza. Cupcakes adalah adunan kek tapi dibakar dalam bentuk kecil2. Teksturnya memang serupa ngan cake. Muffin pulak adalah kombonasi biskut & kek. Camtu la lebih kurang.

Kalau salah fakta aku, 10 jari ku susun mohon maaf & silalah betolkan kesalahan aku itu. Hmm...

Balik ke hometown, akan ku kutip segala alat2 baking yg de kat hometown dan bawa pulang ke umah sewaan ku. Nak cuba try test baking pe2 yg terlintas di fikiran. Tambahan skang ni aku dicutikan dari solat terawih. Hiksss...

Nak membeli bakeware takde bajet bulan ni. Nak kena beli dikit2. Kalau beli sekali gedebuk, bengkok la saya. No duit raya for my cousins & adeks. Potong abeh.. Hahaha...

Adios for now. Till next time...


~~~Mujur jugak ada adek aku yg rajin membantu. Kalau takde assistant, jenuh gak. Tambah2 part nak membersih. Akan cuba tidak mengeluarkan wang membeli biskut raya di tahun ini. The joy membuat sendiri biskut raya adalah terbaek..

1st produk...SETEL~~~

Alhamdulillah... Dah test drive dah toy terbaru milikku. (^_^)

Memang teruja giler. Tak tau nak digambarkan camne. Ahaksss... Rasa cam balik keje semalam teros nak mulakan projek. Tapi mengenangkan nak kena prepare juadah berbuka lagik. Postpone ke sebelah malam.

Apa yg aku projekkan semalam???

Mempersembahkan, BROWNIES... Yummy!!! Cokelati sungguh..

Memulanya plan nak buah choc moist cake. Tapi kan cam susah je nak buat kek tang part nak kena pukul gula & mentega sampai kembang. Pukul menggunakan khidmat & tenaga tangan ku sahaja yg available. Mo lenguh urat2 saraf tanganku.

Pastu teringat plak yg opah aku suka brownies. Tu yg tros menjalankan proses mencari resepi brownies. Tapi buat susah je aku google & surf for the resepi kat internet. Walhal kat dalam lappy ku sudah ku save resepi brownies. De la 2,3 resepi..

Owhh... Kot2 de yg nak mencoba resepi ku ini. Senang, mudah & enak. Tu yg pastinya. Antara ciri2 resepi yg aku akan cuba, syarat pertamanya adalah penggunaan bahan yg tak leceh, cara menyukat ikot pe yg de kat umah aku, nak membuatnya pun tak terlalu menyusahkan & on top of the syarat2 kena la resepi yg dicuba itu sedap dah telah dicuba & direview oleh orang lain. Hikss...

Banyak sungguh syarat2 yg aku kenakan. Ahakss... Tapi kan tak semua resepi yg aku cuba itu menjadi. De gak yg tak menjadi. Adat la tu..

BROWNIES
Source : diella

Ingredients :
250g butter
1 1/2 cups sugar
4 eggs
2 teaspoons vanilla essence
1/2 teaspoon baking powder
1 cup plain flour
3/4 cup cocoa powder
1/2 cup chopped nuts (I put choc chips)

Method :
1. Melt butter over slow fire, turn off the fire and add sugar. Mix with whisk.
2. Add in the eggs and vanilla, continue whisking.
3. Add in flour together with baking powder and cocoa and mix well.
4. Add in nuts ( you can also add in chocolate chips into the batter or sprinkle sliced almonds on top of the batter before baking )
5. Pour into a lined tray ( 12" x10") and bake in a preheated oven for 25 - 30 minutes at 180degrees celcius.
6. Sliced into desired sizes or you can also use the tray with the cutters. Drizzle with melted cooking chocolate and sprinkle with sugar deco.

Sekali lagik nak tayang BROWNIES ku. 1 line pertama telah selamat berada dalam pewot ku & pewot adekku. Ehehe...

Owhhh... Tetiba terasa terliur la plak. Haha... Kalau nak hiaskan pun boleh. Guna choc ganache. Lagik la terasa rich choc nya. Aku tak buh sebab adek aku kata tak yah buh. Kang menggemukkan je. Ditambah plak ngan tahap kemalasan aku yg tinggi, bagus sekali.

Seronok rasanya biler kiter memasak & de orang nak makan. Kalau kiter masak, kiter sorang je yg makan, memang la sangat2 turn the mood down. Lalala...

Inilah toy terbaru aku. Lalala.. I'm loving it. 1st time nak guna, harus memanaskannya dulu. Tuk mengeluarkan segala bau2an besi. Aku dapat tips dari 1 forum ni.

Aku nak akhiri entry kali ni sekali lagik ngan menayang BROWNIES yg ku buat. Terliur la korang nengok di bulan puasa ini.

Tuk taste aku cam manis skit. Next time buat boleh kurangkan lagik gula. Takpun aku boleh gantikan ngan brown sugar. Tunggu... Pas berbuka kang boleh ngap lagik. Makan ngan aiskrim pon sodap. Ahaksss...

Overall, aku berpuas hati ngan resepi ni. Penyediaan tak lama. Hanya ambil masa yg sekejapan sahaja. Masak pun dalam 30 minit sahaja. Permukaan tengah BROWNIES ku terhangit skit sebab aku guna api atas awal sangat.

Tak sabaq nak bawa balik kampung bagi parents aku rasa. Ahaksss... Boleh jadik 1 lagik signature dish aku. Ehe...

Sesiapa yg mencoba resepi ini, sudi2lah kiranya dropkan barang 1,2 komen. Selamat mencoba..


~~~Aku memang teruja bab2 bagi orang makan. Biler mende yg aku buat menjadi, lagik seronok. Biler tak jadik, adehhh... Sendiri mo ingat la. Nak bagi orang makan pun tak sanggup. Malu...

Thursday, September 3, 2009

nak dulukan yg mana???

Adehhh... Keje ada. Banyak. Sumernya urgent belaka. Tapi aku cam blur plak hari ni. Tak tau nak setelkan mana dulu. De 7 perkara yg aku nak kena setelkan. Baru 3 je siap dilaksanakan.

Aku kena catat keje pe yg aku nak buat sebab kalau aku tak catat, memang ke laut. Mesti ada yg ketinggalan. Ehe... Cam skang ni keje banyak.

Mulanya bulan Ramadhan, keje dah mula banyak. Alhamdulillah.

Tapi mula2 dulu mesti setiap hari akan ada 1 task yg aku terlepas pandang tuk disetelkan. Huhuhu...

Mungkin jugak sebab terkenangkan hujung minggu hampir tiba, tu buat aku terlebih blur kot. Miahaha...

Owh... Dah teringat tujuan asal aku buat entry ni. Kegilaan terbaru aku turut dikongsi bersama ngan adek aku. Semalam kitorang gi beli barang dapur skit.

Bila lalu je kat tempat gula tros adek aku sound, tak mo ke amek gula lagik 2 bungkus. Citt... Yg kat umah tu pun tak luak lagik. Tak tau la samada dia perli aku atau dia turut berkongsi kegilaan aku. Aku lebih suka tuk pilih alasan kedua.

Bersambung pasal hari ni. Aku bangun awal. Lepas sahur aku sambung tido. Kol 7 pagi dah bangun. Dah siap2 nak ke opis. Terkenangkan keje yg berbaris tuk diselesaikan.

Walaupun aku awal, tetap aku ke opis ngan muka natural. Bermaksud, aku tak letak walau secalit bahan chemical di wajah ku. Opsss... De2. Aku de letak moisturiser tuk bawah mata. Tu memang tak leh lepas. Tapi kat muka, memang kosong.

Sebabnya adalah kerana aku ingat hari ni aku tak yah kuar2 berjalan di bawah sinaran matahari. Konfiden sungguh tak pakai moisturiser. Penting sangatkah mende2 tu???

Tak berapa. Tapi sebab nak cari modal borak2 di sini. Tu yg tetiba mende tu jadik penting. Miahaha...

Ok la... Time tu settle lagik 4 perkara. Sempat la siapkan hari ni. Kalau tak kepala otak aku serabut je memikirkan keje yg tak siap.

Owh.. Boss aku adalah suka tetiba tanpa sebarang warning akan mintak keje2 tu. Nak terketaq2. Jam2 tu mintak, jam2 tu gak dia nak de depan mata dia. Tak leh tangguh sesaat. Ni kenyataan yg benar. Tak tipu.


~~~Tinggal lagik 2 hari lagik. Pe yg 2 hari nya?? 2 hari lagik, corong2 radio akan meriah dengan putaran lagu hari raya. Walaupun aku kurang merasai kehangatannya. Tak seperti thn lepas, aku adalah terasa kehangatan menyambut Aidilfitri sejak hari pertama puasa. Hmm...

sebelom & selepas

Now u see it.

Now u don't.

Guess what???

Let u guys figure it out on ur own.

Have a great day!!!


~~~Alahamdulillah, berkat kesabaran terbalas jua... What's next???

Tuesday, September 1, 2009

kegilaan terkini

Ohooiiii... Kelakar sungguh addiction aku skang ni. Asal ke kedai or supermarket or hypermarket, rs tangan aku ni ringan je nak ambil 2 kampit gula or 1 kampit gula yg nilainya bersamaan 2 kg. Ahaksss... Ni sumer gara2 krisis gula yg melanda. Pantang nampak gula je, aku rasa nak membeli. Tapi jangan riso. Aku rasa je nak beli. Tak beli pun sudahnya. Kat umah de lagik 2 kg gula yg blom guna. Tu pun beli masa mula ketekejutan dengan brite gula takde. Ahakss...

Petrol naik lagik. Tapi tak terkejut pun sebab memang dah tau petrol akan naik di bulan September. Cuma baru semalam tau jumlah kenaikan. No komen. Persediaan aku hanyalah isi tangki minyak keta full semalam.

Ayuh pulang!!!

Selamat bersungkai...

(^_^)


~~~Semoga menu juadah dalam kepala otak aku ni terhidang sewaktu iftar nanti. Hikss... Apa dia?? Sengaja nak rahsia. Lalalaa....

ramadhan yg ke berapa ek???

Syukur alhamdulillah... Moga langit akan terus-terusan cerah. Aminn...

Dah lama tak mencoret di sini. Ni aku ambil skit ruang tuk mencoret. Bulan Ramadhan pun dah 1/3 berlalu. Terasa pantas sangat masa berjalan. Sampai aku tak terkira berapa harikah kita telah berpuasa. Isk2...

Alhamdulillah... Berkat dari bulan Ramadhan. Walaupun keje melambak, aku tetap bersyukur. Keje melambak sehinggakan aku tak berkesempatan nak berdating ngan blog ku. Huhu... Sedeh. Sedeh bercampur gumbire.

Terasa kelu otak aku nak membina ayat. Agaknya sebab lama tak mengarang kot. Tangan pun dah kurang pantas. Cuti hujung minggu yg lepas, walaupun lama, 3 hari, tapi rasa seakan tak mencukupi plak. Tamak haloba tol aku ni.

Yo la.. Cuti 3 hari tu bukannya aku bersenang lenang di rumah. Opsss... Tak leh tipu di bulan Ramadhan. Kang pointer kurang. Aku bersenang lenang di hari Sabtu. Tapi cam tak cukup la. Nak lagik.

Ni pun ntah biler lagik aku dapat update. Moga2 dlm masa terdekat ni aku dpt update lagik. Rindu nak berceloteh. Nak up kan juadah iftar lagik. Hiksss...

Sampai sini dulu di Ramadhan yg ke???... Adeh.. Lost count sesungguhnya..


~~~Ramadhan kali ni aku lalui ngan kelainan dari tahun2 sebelumnya. Alhamdulillah, perubahan yg baik. Semoga awan mendung berarak pergi dan digantikan dengan keindahan sang pelangi. Owh... Abaikan entry ni yg jiwang2 & skit skema. Aku pun tak tau naper jadik camtu. Ehe...
Google