Sunday, June 28, 2009

sorok-sorok

Uhhh... Pe yg kena sorok2 itu??? Nak update blog la. Kat umah ni, lappy adalah terletak di ruang tamu. So, sumer orang pun akan tahu pe yg sedang dilayari kat internet. Terutama skali mummy ku yg suka intai pe yg dilayari kat internet.

Disebabkan itu, aku kena la sorok2 skit bila nak update blog. Alkisahnya, tiada orang yg tahu kewujudang blog ku ini. Hiksss.. Hari ni aku dah balik semula ke tempat kediaman ke-2 ku. Huhuhu...

Tak puas la dok umah. Semalam plak separuh hari aku di Bukit Mertajam. Hari ni separuh hari jugak aku di rumah. Kemudian dah nak balik KL. Tak best sungguh.


~~~Balik opis nanti mesti aku tak rajin lagik nak update blog. Instict aku yg mengatakan begitu. Huhuhu.. Owh... Aku dah nonton Transformer on Friday. Best. Superb... Gi la nonton. Lalalala...

Friday, June 26, 2009

head chef

Aku la tu. Saper lagik. Hiksss...

Ni pun aktiviti di hujung minggu lepas. Kat umah macik aku. Kebetulan macik aku takde kat umah. Bleh la nak asah skill skit. Skit je la. Takot terlebih asah, kang apa plak jadik rasanya. Lalala...

Dibantu oleh opah & cousin aku. Tuk motong2 bahan2nya. Aku pun de gak tolong2 potong. Tapi kena kredit gak kepada pembantu2 ku. Ehehehe...

Tom yam udang yg superb sedap dari minggu sebelumnya. Tak tipu. siap dpt pujian lagik dari macik aku. Hiksss.. Kembang semangkuk sat.

Daging kicap black pepper. Sodap ala2 je. Kureng rasa lada hitam la. Haihhh.. Frust di situ. Memula ingat opah aku yg nak masak. Skali opah suruh aku yg masok. Ketor sat.

Telur dadar. Patutnya cousin aku yg wat. Tapi opah suruh aku gak yg wat. Isk2... Hendak dalam terpaksa.

Aku memang suka aktiviti masak2 ni. Tambah plak biler tengah de mood memasak. Kalau takde mood, aku pun tak rajin sangat masak. Ahaksss... So, merasa la aku title head chef tuk hari tu.


~~~Rasa cam nak buat bihun singapore hari ni. Tp tak rajin plak. Maybe buat tommorow morning tuk bekalan. Ke mana??? Later I'll let u know.

serba kuning di hari bahagia

Di sini, aku mengambil peluang tuk mengucapkan taniah buat sahabat aku yg telah melangkah 1 tapak hampir ke gerbang perkahwinan. Walaupun aku tak dpt nak attend majlisnya, tapi de 2 gambar yg telah pun di mms tuk aku atas permintaan aku.

Tarikh bersejarahnya adalah 20 Jun yg lalu. Memang lama dah. Hampir seminggu. Aku je yg tak kesempatan & not in mood to update. Tu la pasalnya. Ehe...

Menunggu ketibaan keluarga bakal mentua.***Aku agak je ni. Hiksss...

Serba kuning pada hari bahagia.. Kena plak ngan wording aku.

InsyaAllah, masa hari bahagia U yg besar tu I akan gi. No promises. Sebab kalau hujung tahun ni banyak yg akan menamatkan zaman bujang. Ni kalangan famili aku la. Blom campur yg kawan2 lagik.


~~~Taniah juga wat Meena yg telah bertunang awal Jun ari tu. Berita gembira tu telah disampaikan oleh Miss Senior Exec, Yums. Dengarnya majlis Meena akan diadakan bulan Nov. Congratulation.

mari pergi nonton

Hooo... Sangat lama aku tak menjenguk di sini. Ada dekat seminggu. Uhhh...

Rindu beb.. Mo tak rindu..

Skang ni aku berada di kampung halaman ku. Horrraaa...

Alhamdulillah, kalau complete hari ni, jadi 3 hari aku berpuasa di bln Rejab. (^_^)

Sat lagik aku & adek ku mo nonton citer yg tengah hangat di pasaran. Teka la... Ala.. Mesti dah dpt tau kan. Takpe2. Kang kalau aku berkesempatan, aku kasi up review citer tu. Bleh nak ek ngan korang2 blom nontonnya. Hiksss...

Friday, June 19, 2009

la luna

SELEPAS KAU PERGI


MEMBEKAS DI HATI



~~~My fav song after the tragedy. Hmmm... At that time, listening to song will make my eyes teary. Coincidence do happen. M3 & kamu..

halo ver the accidental couple



Dah abeh citer ni ditayangkan di Korea. Happy ending. Yeiiii... Kat M'sia, baru episod 8. I am so thrill to watch another 8 episodes. I know that the ending is a happy ending, but I want to know the story behind the happy ending. Aiyokkk...

Aku rasa aku memang suka la citer2 camni. Unsur yg lebih kurang camni. Accidental couple. Berkenalan & secara tak sengajanya hubungan menjadi akrab. But there are so much risk in these kind of relationship. Nak ke aku menempuh relationship camni??? Ohhh... Maybe NO. (^_^)

Tapi kan satu la aku tak paham lagik. Apa cerita di sebalik lagu Halo tu. ***Ni Pn Zamira la ni ajor aku. Cerita di sebalik lagu. Kalau tak, aku main redah juga suka sesuatu lagu tu. Asal sedap dipendengaran, aku dah suka. Skang dah lain. Aku suka lagu tu berdasarkan jalan citer yg de dalam lagu tu.

~~~Rupa paras bukan menjadi ukuran tuk satu2 pasangan tu bahagia. Ia hanya additional point. Yg penting adalah hatinya, keturunannya & of coz kestabilan ekonomi. Hmm... Long way to go for me. Jambatan masih dlm pembinaan. Bajet tak cukup tuk siapkan jambatan ku itu. Jambatan MaiH dah hampir siap. Tunggu brite gembira lepas raya. Hiksss... Buat sahabat yg akan mengikat tali petunangan esok, SELAMAT BERTUNANG.

1st & last

Semalam, aku orang pertama datang opis & aku orang terakhir yg balik. Kena menumpang. Hari ni pun menumpang jugak. Aku orang paling awal sampai opis gak. Haihhhh... Dah rindu banget sama buah hati aku. Dah 4 hari tak ketemu & membelainya. Tetiba terasa cam aku dah lupa rupa sebenor buah hati ku itu. Uhuhuhu... Sedey. Orang lain dpt kesenangan, aku dpt kesusahan. Ntah kat saper aku nak ndadu naseb lagik. Mende2 kecik camni memang bleh mengganggu gugat mood & kosentrasi la. Next wik dah tentu kompem nak kena berpisah ngan buah hati ku itu jugak. Tapi takpe, I can still see him everyday. Cumanya aku akan jadi yg pertama tiba di opis & yg terakhir pulang la. Pengorbanan kecil.


~~~Alhamdulillah. Lepas 1 hari aku pose. InsyaAllah, next week nak pose lagik. Sempena menyambut kedatangan bulan Rejab. 1 Rejab jatuh pada 24 Jun, Rabu. Marilah beramai2 kita pose. Bagi perempuan & wanita yg belum qada pose, segeralah berbuat demikian. Bulan Ramadhan dah hampir tiba. Kang tak sempat plak nak qada. Hikss... Ingatan buat aku sama. Macik aku kata, pose 3 hari pertama bulan Rejab, ganjarannya akan dihapuskan dosa2 lepas. Walallahualam...

Thursday, June 18, 2009

she's 9 y.o




~~~Just found out this clips. It is so true. My guess. She's already 9 years old. Times flies fast. Uhhh.. Rupa2nya adalah sangat banyak vclip dari dak ni kat you tube. The uploader is AMAX. But I like the sesuci cintamu clip the most.

hampa hatiku



Pernah kah kau merasa
Cukup sudah kuberikan cintaku
Cukup sudah rasa ini untukmu
Mati sudah hati ini padamu
Mati sudah hasrat ingin bersamamu

Pernah kah kau merasa
Hatimu hampa
Pernah kah kau merasa
Hatimu kosong

Buang saja kata cintamu
Buang saja kata maafmu
Hasratmu sudah hati ini padamu
Hasrat sudah hasrat ingin bersamamu

Rap version:
Pernahkah, pernahkah kau merasa
Dikala siang datang terasa gelap gulita
Tiada cahaya hanya gelap hitam dan kelam
Tak ada lagi suka tak ada rasa
Pernahkah, pernah pernah pernah pernahkah, pernahkah kau merasa
Disaat diri terlelap
Meski gemuruh kian beradu slalu mengaduh
Kau tetap terlelap dalam tidurmu

Dangdut:
Maafkan aku sayangku
Bukan maksudku menyakitimu, mengkhianatimu
Ampuni aku sayangku
Cukup katakan aku tak lagi mencintaimu

Pernahkah kau merasa

---Ungu, Hampa Hatiku---


~~~Bergoyang gerudi bersama Ungu plak. Hiksss...

sesucinya cintamu




~~~This is the longer version than the one I'd post earlier. Uhhh... So cute. She must 9 years old rite now. She sang my favorite song. Lalalala...

Wednesday, June 17, 2009

S A B A R ---syurga cinta---

Entry sebelom ni adalah entry movie basi yg dah ku tonton. But this entry lagik basi la. I watched this movie on 23rd May. Today baru de semangat mo kasi up entry bout this movie.

Gi nonton 2 hari selepas di tayangkan. Hiksss...

Sejarah. I went to watch this movie with my 2 cousins & my fren, Odah. Unplanned. We just walk in to buy the tickets. We were so lucky. There were a few people & we didn't have to queue at all. Lucky us. We watched the movie at GSC Time Square.

Malam beb.. Aku memang tak pernah kuar malam bersama2 muda mudi. Selalunya, mesti ada orang yg lebih dewasa. Ni, kami2 je la yg dewasanya. Hiksss...

Pertama2nya, aku tak berhajat langsung nak gi nonton movie ni kat panggung. Tak pernah simpan angan2 pun. Sekali biler member aku ajak, aku usulkan citer ni. Cousins aku pun on je. Member aku la suruh aku ajak sekali cousins aku.

Keseluruhan, citer ni worth it la aku nonton kat panggung. Lakonan Heliza perlu di polish banyak lagik. Nangis pun nampak cam buat2 je. Lain2 pelakon dalam tu adalah superb. Termasuk Haziq si budak kecik itu.

Awal Ashaari, perlu ke nak komen lagik lakonan dia. (^_^)

Cumer aku cukup geli geleman ngan pompuan yg kuar awal scene ngan Awal tu. Uhhh... Unappropiate la. Scene tu rasanya takyah nak tonjolkan sangat pun takpe. Haihhh... Tak sesuai kalau ditonton oleh kanak2..

Ada jugak part yg membuatkan mata ku bergenang. Tapi tak dapat nak recall balik part mana. Na mo ingat citer2 sedey gah. Life have to go on.


~~~Selalu filem yg kita tak baper excited nak tengok, kalau tengok & seronok melihatnya, akan rasa worth it sesangat. Tetapi kalau filem tu kita dah menaruh harapan yg tinggi tentang kualiti filem & jalan citer nya, biler dah tengok tak capai expectation, kita akan rasa kuciwa.

jangan pandang belakang congkak

Ni last 2 weeks nye aktiviti. Aku menonton wayang bersama dua orang cousin aku & abang ipar mereka. Wife nya a.k.a cousin aku maseh dalam pantang. Tak leh ikot. Hubby dia nak jugak ikot. Takkan nak halang plak kot.

Sebabnya hubbnya nak ikot, kami dera dia. Suruh drive gi sana. Sana mana???

Sana itu adalah di sini. Kenal??? KLCC. Wah, udah lama ngak sampai sini. Ramai banget orangnya.

Aku adalah orang yang bertanggungjawab booking tiket. Nak gi nonton hari Sabtu. Cousin aku leh rilek je. Wat derk. Nak men redah je beli tiket masa nak gi tengok. Kena ada back up plan ma. Kang kalau barisan adalah terlampau panjang, camno???

Mujur jugak aku booking tiket. Orang adalah sangat ramai. Berbaris melingkar2. Kat booking kaunter, orang punya la ramai. Hari cuti plus cuti skolah. Mesti la ramai. Parents bawak anak mereka menonton lagik. Mo tak ramai. Back up plan, aku suruh cousin aku beratur kat kaunter biasa.

Yg lepas dulu adalah cousin aku. Bebudak yg kat booking counter banyak no cekadak. Haihhh... Sabor je la. Takpe2.. Yg penting dah dapat beli tiket. Citer pe yg kitaorang tengok??? Tengok la tajuk entry. Isk2...

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK

Mungkin ada lagik di panggung. Gi r layan...

Citer genre lawak seram or seram lawak. Mana2 la. Yg penting de dua2 elemen tu. Wiki wiki...

Pelakon2 citer ni. Lan Pet Pet (orang minyak), Cat Farish (toyol), Samzey (hantu raya) & Lisa Surihani (PA datuk mereka).

Biler malam menjelma, mereka bertiga dari orang biasa bertukar menjadi makhluk2 seperti di atas.

Kelakor. Tapi kelakornya takde yg betul2 meletopss & terlekat di ingatan..

Paling best skali biler scene dalam gua tu di amek dekat kampung gue. Lalalala... Glamer gak Gua Cenderawasih tu ye.

Nak citer panjang pun tak dapat sebab aku cam dah ingat2 lupa jalan citernya. Dah basi baru nak kasi up. Mana nak ingat keseluruhan citer.

3 orang di atas adalah bersaudara. Tapi tak pernah kenal. Sehingga suatu hari mereka terima telegram dari PA arwah datuk mereka. Rupanya ada 'mende' yg arwah datuk mereka nak pas kat mereka.

Malam pertama, diorang terkujat dengan apa yg menimpa mereka. So, malam berikutnya diorang cuba menahan diri dari bertukar menjadi makhluk2 di atas. Diorang ada 3 malam tuk ujian khas menerima makhluk2 itu. Kalau lepas, maka makhluk2 itu akan mendampingi mereka.

Kirenya cam saka la kot mende ni. Tetiba teringat kisah abah aku & staff nya yg ada menda ni. Saka harimau. Uhh... Nak buang adalah sukar. Tak tau la aku prosudernya camno. Aku tanya kat abah aku. Abah aku kata memang la bleh buang. Tapi ada la cara2nya.

Aku rasa citer abah aku pun kelakar gak. Muda lagik staff abah aku tu. Dia bawa anak dia gi zoo. Masa lalu depan kandang harimau, bleh harimau ngaum. Terkejot staff abah aku tu. Tersahut juga la ngauman harimau tu. Hiksss...

Tapi biler mende tu datang, takde la sampai bertukar jadik harimau. Cuma dia tetiba je jalan cam harimau. Kuku mencengkam. Ngaum sesikit. Iskkk... Kesian. Bukan dia minta. Tapi dia dapat. Hmm...

Owh... Dah out of topic. Aku memang suka begitu.

Dah abeh tengok wayang, sempat la berlegar2 seketika kat dalam KLCC tu. Terlabur jugak la skit wang. Hiksss..

Kat centre court de lego wat exhibition skit. Kekanak bleh main lego. Tapi tak tau la pe t&c nya. Aku tengok dari atas je. Tak turun ke bawah situ pun.

Seronok jadik kanak2 zaman skang. Zaman aku kekanak dulu sangat lain. Tapi aku bersyukur. Tak terlalu mewah. Kalau dimewahkan, tentu aku akan jadik spoil. Ni dari pemerhatian aku la.


~~~Benda2 ghaib memang wujud.

kopitiam

Meraikan time lunch, aku up satu entry pasal makanan. (^_^)

Aku adalah sangat mengidam nak makan2 & minum2 di Kopitiam. Sejak aku ketahui pasal kopitiam old town white coffee, aku memang dah hindarkan diri dari makan minum di situ sebab aku ada rasa was2. Uhhh... Menda yg kita makan akan jadi darah daging.

Tapi sebab aku kepingin jugak nak dining di kopitiam, cari la yg tak was2nya. Yg dimiliki oleh orang Islam. Salah satunya adalah Geylang Kopitiam. Terletak di TTDI Jaya, Shah Alam. Aku gi sana Rabu malam.

Ni menu pilihan aku. Mee siam..

Minuman pilihan plak Honey Asam Boi. Kalau tak salah la. Itu namanya. Sodap.

Aku tidak keseorangan. Kalau memalam nak kuar sesorang, idok le kuasa. Bek aku menahan lapar & dahaga di rumah sahaja. Ehehe..

Ni menu pilihan orang yg meneman aku malam tu. Nasi ayam penyet & white coffee menjadi pilihannya. Sedap gak nasi ayam tu. Sambal pun sedap. Sup pun sedap. Pendek kater sedap2 belaka.

The next day, aku masih teringin lagik. Nak pekena makanan di kopitiam. Kali ni aku ajak plak ke Giant Kota Damansara. Kopitiam ni pernah kuar dalam rancangan Jalan2 Cari Makan kat tv3. Nak gak gi try test. Killiney Kopitiam. Kat 2nd floor.

Aku hanya order plain water. The other person order white coffee gak. Tapi skit kuciwa di situ.

Mi kari menjadi pilihan hati ku.

Kueh teow goreng pilihan dia plak. Dah le sebelom tu dah pekena nasi. Tak sampai sejam pun. Tapi abeh gak sepinggan kueh teow goreng tu.

Overall, the foods & drinks we had adalah so-so saja. The kueh teow goreng is quite good. Tapi kalau makan bebanyak, mungkin akan rasa skit muak. Mi kari plak, tak umphh la. The white coffee pun cayaq roi je. Plain water pun nak kena ulas jugak ke??? Sah2 le no taste. Hehehe...

The prices kalau nak bandingkan ngan Geylang Kopitiam, kat Killiney Kopitiam adalah skit mahal. Plus de 5% tax. Kat Geylang Kopitiam takde tax. Cumer satu je la, kat Geylang Kopitiam ni, menu nya agak terhad. Bila poket dah tebal, nak try western foodnya plak.

Mempersembahkan kepada kalian the ONE I love. Lalalalala....




Tada... Ni la orangnya. Merangkap adek aku. Betol. Tak tipu. Tgk la trade mark kami. Tang mata tu. Tapi dia punya mata adalah the sepetest. Miahahaha... Of coz la sayang adek aku walaupun perangai menyakitkan ati je kekadang tu. Well, air dicincang takkan putus ma..

Sekian berita makan2 dari aku.


~~~Adek aku tak puas hati je ngan aku. Asal nak makan sibuk nak ngamek gambor. Isk2... Suka aku la. Orang nak buat modal bercerita kat blog. Plus, bleh gak jadik rujukan skit buat orang yg membaca. Aku pun suka gak baca blog orang yg ada citer pasal makanan ni. Nak try gak. Kekadang review pasal produk pun berguna jugak. Bleh dijadikan panduan. Ye dak???

melontar jauh ke depan

Tajoknya agak cam tak best. Ni je idea yg timbul saat aku dok naip entry ni. I can't pause my writing. Kang takde idea plak. Cam entry sblom ni. Tengah menaip, tetiba teringat kerjaan yg belom siap. Gi sambung kerjaan. Nak sambung balik entry tu, idea dah ilang. Kalau ada ayat cam tergantung je, buat2 tak tau je la.

This was our activity on last Saturday. We went to Sunway Pyramid to play bowling. We tu adalah aku, adek aku, cousins aku & the little one, baby Alisha. Dah mak pak baby join sama, harus baby ado.

Dah tengahari baru hegeh2 nak kuar. So, sesampai je kat tempat ditujui 1st agenda adalah isi pewot. Kang kalau dah mula lontar2, lambat plak nak isi pewot. Uhhh... Sampai ke hari Sabtu je aku mampu kontrol makan. Pastu punah. Blom dpt masuk track hingga hari ni. Isk2...

This is our lunch for that day. Sandwiches from subway. Konyang. Sendat pewot. Ni adek aku nye roti. Orang lain pilih 6-inch roti. Dia tamak. Amek yg 12-inch. Pastu tersandar.

Baby hanya tido dalam stroller nya. Mujur la tak banyak ragam. Alhamdulillah..

After lunch, went to prayer room. Of coz la to pray. Buat pe lagik. Sebab biler dah start melontar, pasti terlupa solat sudah. Lagipun dah kol 2++ maser tu.

We played 2 games each. Dah le agak kemahalan. 1 game for RM8. Shoe rental is RM2.50. Total for our game was RM92.50. Each person had to pay RM18.50. So, kire la baper orang yg main. Hiksss.. Sonok tol main soklan math camni. Lalalala...

We played on lane 36. I was the 4th bowler. Ni 1st game nye markah. I was on 3rd place with 112 point. Impressive coz I hadn't play for 2-3 years. Tp on 2nd game, jatuh ke last place. Uhhh...

I really the outing with my cousins. Rasanya dah lama I didn't enjoy myself. My cousin's hubby is a bowler at his workplace. Sangat kagum with his skills. Tak leh lawan la kami ngan dia. Kalau kalah, mo malu besar dia. Hiksss...

If I'm not mistaken, the last game I played is on 2006. After my last paper in Uni. I played at Mines with my bestie, Dj. I had a great time. Lagipun cheaper la main kat Mines dari main kat Sunway Pyramid.

Suatu ketika dulu, aku, Dj & Yums pernah gi main bowling kat Mines jugak. Tapi tak ingat tahun biler. Maser tu aku & Yums sedang skit kuciwa. Ahaksss... Bowling adalah terapinya. Each time baling bola bowling, ingatlah orang yg anda tak suka itu.

Andaikan setiap pin adalah muka dia. Lontar bola sekencang yg mungkin. Ahhh.. Kencang la cara kami. Memang lega btol la after that session. Tak salah aku, we played 3 games each. Nak tercabot tangan la maser tuh. Ehehe...

Maser tu takde kamera canggih manggih cam skang. Handphone pun takat call & sms je. No picture nak tayangkan.. Uhhh.. Kenangan. Harus lah indah tuk dikenang. Tu kenangan indah.

Ni sesi potong kek the next day. Saya la yg gigih membuatnya. Tak tipu. Macik aku dok bising suruh anak dia buat. Tapi anak dia buat derk je. Aku la yg hegeh2 gi cari bahan2 nak buat. Ala, tepung dah siap la. Tinggal nak bancuh & bakar je. Choc moist cake. Hiasannya adalah idea aku. Icing sugar. Hikksss...

Begitulah hujung minggu aku. Selain buat kek, aku jugak ditugaskan tuk buat tom yam sayur. Ahakss.. Sronot masak2 ni. Pastu makan. Pastu biler badan ngembang, mulut mula nak pot pet. Hahaha...


~~~This weekend adalah hari bersejarah buat sahabat aku. Congratulation.

theme - gold; blue & white

Selama aku dalam mode tak rajin update, de 3 kenduri aku attend. Mungkin yg bakal2 nak mendirikan masjid boleh menjadikan antara themes ini sebagai rujukan. Hiksss..

1 kenduri telah aku laporkan; Noraini & Fawwaz.

Dua lagik adalah kenduri Ana & Din dan satu lagik adalah cousin aku nye cousin. Dah aku ada kat umah macik aku time tu, harus la aku di angkut sekali. Hiksss...

Ana & pasangannya. Majlis berlansung di Gopeng. Aku gi ngan Odah. Berdua sahaja. Tak havoc cam kenduri Wanee & Noraini. Maybe sebab kami tak rapat sangat. Tak cam aku ngan kengkawan sekolah ku. Kucar kacir. Hiksss...

Singgahsana buat mempelai bersanding. Indah. Theme mereka adalah blue & white.

Hantaran dari pihak perempuan buat pihak lelaki.

Hantaran pihak lelaki kepada pihak perempuan. Rombongan lelaki adalah dari Kelantan.

Satu kisah berlaku semasa di rumah kenduri. Sesampai je ke rumah Ana, teros aku & Odah masuk umah jumpa pengantin. 1st time bersalaman, si Ana tak cam aku. Isk2...

Biler dah borak2 lama skit baru la Ana terjerit kecil. "La... W**** rupanya."

Gelak besar la kami sumer. Aku, Odah & Ana. Uhhh... Camno la Ana bleh tak cam aku. Tapi mujur jugak dia maseh ingat sore aku. Dia cam aku dari sore.

Mungkin sebab pembesaran yg berlaku pada wajahku kot yg buatkan dia tak cam aku. Lagipun hari tu aku cam anggun skit. Miahahaha... Nak jugak puji diri sendiri.

Kalau di imbas kembali masa zaman perkenalan kitaorang di Matriks, aku adalah kategori simple & selekeh skit. Nak bergaya mendenya masa zaman belajar. Kalau skang ni lain la. Duit sendiri de. Bleh la kalau teringin nak ber make up.

Tapi bukan make up sangat pun. Baru berjinak2 ngan compact powder. Hiksss..

Sebabkan mula nak ber make up ni la membuatkan poket ku skit robek.

Singgahsana yg kaler gold. Chantek gak.

Ni la pasangannya. Aku tak kenal pun mereka. Ni anak buah macik & pacik aku di KL. Kenduri adalah di Seremban.

Masa gi kenduri kat Seremban ni, aku dok borak2 ngan cousin aku. Kitaorang dok citer pasal majlis kenduri kendara kawen ni la. Kena de bajet besor. Takkan nak buat loan plak kot sebab nak kawen. Lepas kawen kang nak kena tanggung beban plak.

Seelok2nya, buat kenduri ikot bajet yg ada. Ukur baju di badan sendiri. Hmm..

Bleh cousin aku kater dia nak buat kenduri ngan bajet RM1k sajer. Hikss.. Apa la yg dapat ngan bajet banyak tu. Owhhh...


~~~Setiap yg berlaku, pasti ada hikmahnya. Semalam aku trime brite yg skit gumbire. Skit sedey pun de gak. Tapi akan aku trimenya ngan hati terbuka. It's time for me to move one step forward. No turning back.

sedapnya dia tido

Morning sumer. Hari ni sy adalah awal tiba di opis. Manakan tidak. Harus menumpangi orang lagik ma. Orang itu adalah macik aku. Biler keta yg dipinjamin akan dipulangkan??? Walallahualam...

Semalam aku tepon umah. Pastu terlepas cakap kat abah yg keta dipinjamin lagik. Sore abah agak kurang puas hati skit. Tu dari tafsiran aku saja. Haihh...

Pastu, dapat brite lagik. Adek aku yg 2 orang kat umah tu menang tiket wayang dari skuad perodua era. Hiksss.. Gumbire sakan mereka. Tapi apakan daya, tarikh & masa itu adalah tidak sesuai. So, mereka nak let go tiket tu.

Ada saper2 yg berminat???

Harga boleh dirunding. Dan sudah semestinya murah dari harga pasaran. Ni tawaran adek2 aku la. De 4 tiket tuk menonton citer Transformer. 27 Jun. Kat Kinta City. Jam 3 petang. Tiket datang skali ngan kombo kudapan.

Sesaper yg berminat, bleh drop komen ye.

Sangat lena dia tido. Baby akan berusia 2 bulan pada 27 Jun ini. Cam orang besor je tido. Hiksss...

Kerana dia la, setiap hujung minggu je aku berkunjungan ke KL. Selama hampir 2 bulan. Saban minggu aku kena menghadap jem di hari Jumaat & hari Isnin pagi. Uwaaa... Tertekan jugak la. Paling panas skali biler orang potong kot kiri.

Tapi tidak lagik lepas ni kot. Aku turun KL biler ada hal saja la. Yg lebih memenatkan adalah kerna nak kena menempuh jem. Skang ni, baby dah pulang ke rumah sendiri. Tata...

Mesti baby akan merindui usikan kami2 yg besor ni. Iaitu aku, maciknya, paciknya, nendanya. Sebab kami ni suka sangat dok gerak dia biler dia tido. Lagik dia tak layan, lagik syiok ngaco. Tapi bila dia dah jaga, masing2 wat keje sendiri. Miahaha...


~~~Camne la orang2 yg tak berhati pewot bleh buang bayi mereka sendiri. Bayi adalah sangat comey. Uhhh...

Tuesday, June 16, 2009

menyampah gilerrrr!!!!!

I just started the momentum to update my blog. Tetiba, datang satu berita yg memang tak suka aku dengari. ARghhhhhhhhhhhhhhh.... Dugaan bebenor.. But what to do.. Aku la yg kena berkorban. Uhhh... Hate it so much...

Kerana peminjam keta, aku kena balik numpang orang. Orang tu kalau sedara mara tak pe gak. Ni tak. Budak opis ku. Perangai aku satu la. Aku tak suka nak susahkan orang lain melainkan kenalan rapat mahupun keluarga sahaja. Itu pun kalau dah terpaksa sangat mintak bantuan.

Selagi daya, aku akan cuba buat sendiri.

Ego????

Sumer orang pun ada ego masing2, aite???

Sudah sikap aku macam tu. Tak suka nak bebankan orang. Seboleh2nya, parents & adek beradek aku pun aku tak suka nak bebankan. Kesian kat diorang. Diorang pun pasti ada hal memasing. Wat pe aku nak bebankan ngan pemasalahan aku lagik.

Arghhhhhh...


~~~I have no choice. Today, I have to tumpang my colleague. Walau pun kami bukan di jalan yg sama tuk pulang ke rumah. Uhhh...

si baju kurung ijo

Yeeehhhhaaa!!!

Aku akan mula update setakat yg termampu tuk hari ni. Baru je sebentar tadi aku on lappy. Lagipun aku ngak punya kenderaan mo pulang ke rumah. Ntah kol baper baru aku leh pulang. Walahllahualam...

Kan ku bilang dalam entry yg lepas, keta ku dipinjamin. Tadi dipulangkan sebentar tuk aku kuar bersiar2(tujuan kerjaan sahaja tadi) tadi. Kuar kol 10.30 pagi. Sampai ke opis kol 1.15 petang. Lebih kurang la. Aku tak pasti.

Destinasi pertama tadi adalah PJ. Kemudian aku ke Jalan Ipoh plak. Berdebar2 siot aku nak drive masuk KL. Berbekal maps yg aku dapat dari cik Google, sosat gak saya.

Mana idaknya. Meraba2 baca jalan. Ngan kerabunannya lagik. Campur lak ngan rasa debar2, memang kompem sosat. Hahaha...

Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke tempat yg hendak aku tuju. Kot jalan jauh sudah semestinya. Satu je yg aku tak suka. Biler aku dah tau jalan sekitar KL, there is NO excuse for me to use biler kena gi KL. Uwaaaa....

Hari ni nye kes kiranya darurat. Tu pasal aku gagahkan jua diri meredah KL. Uhh..

Aku merendek ngan memakai baju kurung. Terasa sangat ayu (outside je la).. Miahaha... Mujur hari ni work day. Bukan malu nak menggayakan baju kurung, cumer aku risokan keselesaan. Tapi hari ni aku berjaya meredah itu sumer. Mungkin lepas ni aku akan kekal imej baju kurung (cross my finger)..


~~~Penghujung entry baru nak buh gambor si pemakai baju kurung ijo. I sogan la. Pemalu katakan.

bikin rusak ana punya program...

Haihhh... Itulah yg menimpa diriku ini. Well, kita hanya mampu merancang. Aku trime itu sumer. Hajat di hati nak ngadap blog sajer hari ni. Update blog kesayangan hamba. Ehehe...

Tapi hujang turun di tengahari. ***Camno aku tau sedangkan hari maseh pagi??? Itu hanya perumpamaan sajer. Aku amek yg hujungnya. Yg awalannya kalau tak tau, meh aku gi tau. Ku sangkakan panas hingga ke petang. Gitu la...

Pagi ni baru dapat task. Nak kena kuar. Gi KL la. Gi PJ la. KL tu meraba skit la aku. Eh, bukan skit. Tapi banyak. Sebab tempat yg aku nak gi tu letaknya kat Jalan Ipoh. Tengah KL. Adehhh.. Sakit la saya. Nak kena carik jalan lagik. Uwaaa...

Satu lagik. Hari ni aku teringin plak pakai baju kurung. So, jap lagik aku berjalan2 ngan baju kurung di badan la. Takkan nak balik umah ganti baju kot. Ahhh.. Tak koser la. Walaupun selepas je dapat tak tu, aku dah berangan nak balik umah ganti baju.

Bukan apa. Cam skit renyah & kurang selesa kalau nak bersiar2 (maksudnya adalah untuk tujuaan kerjaan ya) ke merata tempat. Aku lebih selesa pakai suar. Ingatkan hari ni hanya melepak kat opis je. Aku dah siap bawa lappy ku lagik.

Kalau dok kat opis je, tym lunch pun leh curi masa update blog. Keje tengah tak nimbun sangat. Sok2, takot takde masa yg panjang plus mood nak berupdate an. Uhhh...

Skit lagik yerk..

Keta ku dipinjamin. So, kalau nak kuar pun jap lagik nak kena tunggu keta ku di pulangin. Haihhh... Lama sudah keta ku tak dipinjamin. Riso gak. Tapi buat2 tak riso. Yg riso nya sebab semalam gue baru top up petrol. Uwaaa... Nangis gak le. Ngan situasi poket menipis ini lagik.


~~~Aku semangat ni nak update blog ngan citer2 basi. Lain plak yg jadiknya. Rusak program. K r.. Nak continue wat kije ngan hati lara kuciwa. Uhhh... Later...

Monday, June 15, 2009

the accidental couple




I am into this latest korean series. On air on Wednesday & Thursday at 9pm. Cenel 303 KBS Worlds. Saper2 yg takde Astro, korang leh cari alternatif lain tuk nontonnya. Keseluruhan cerita ni ada 16 episod. Kalau tak salah aku, skang baru episod 6. Kat Astro. Kalau kat Korea lak, dah episod 12. Uhh... Can't wait to see what happend to Han Ji Soo & Goo Dong Baek.

Yg aku letak kat sini adalah video clip lagunya. Sape2 yg rajin nak baca sinopsis citer ni, leh la klik sini. Aku pun tahu pasal episod akan datang dari sini jugak. Eager to see the next coming episod(sama eager aku nak nengok citer Ghost). Aku lebih layan citer2 yg sebegini. Cam jiwang2 skit. Klakor skit. I like.. (^_^)

Heroin & heronya. Alahaiii... Comey je. Walaupun si heronya kelihatan nerd banget...


~~~Pacik aku pun sangkut gak tengok citer ni. Kalau takde aku or wife dia a.k.a macik aku, pacik aku bleh je layan sesorang citer ni. Hiksss.. Aku gelarkan pacik aku mamat drama. Miahahaha... So, tuk pendekkan citer, drama ini adalah menarek tuk ditonton. Adek aku yg 1st time tgk & kutuk2 pun dah tergoda tuk mengikuti citer ni. Maaf, ulangan citer ni aku tak tau biler. Siler jgn malas & cari info sendiri. Aku kesempitan waktu nak wat amal sebegitu. Hiksss... Have a nice day..

Thursday, June 11, 2009

abam

Zahiril Adzim in action. (^_^)

Saper tengok last Saturday nye cerekarama. Dia berlakon. Jadi watak utama. Uhhh... Suka la dia. There is something bout him. Sudah semestinya aku terpaku sahaja depan tv. Sogan I nak ngaku lebih2 depan all my family members yg lain yg aku suka tgk Zahiril.

Opah aku siap kondem lagik dia. Tak pe. Tak kesah pun. Aku takat ada hati kat dia dari jauh je. Kalau berdepan tu, idak le kot. Biar le aku jadik peminat dari jauh.

Last Saturday was a great day. Disamping itu, bad day gak cause poket ku dah menipis. But don't want to worry much. Duit bebanyak peram pun bukan bleh bawa masuk kubur. Hiksss.. Tetiba saja.

Selama aku berdiam diri ini, dah 2 movie aku nonton. Walaupun skit sibuk, de gak masa tuk relax kan diri ku. Cam reward tuk diri sendiri la gak. Mungkin next month rutin aku dah tak sama ngan sebulan yg baru berlalu ini.

Why???

I don't have to like a nomad dah. Tak yah pindah randa during weekend. Weekdays aku spent kat Selangor, weekend lak, aku merantau gi Kuala Lumpur. Bunyi cam jauh je kan. Tapi memang jauh pun. Around 30-40km.

Memang tak terasa kalau dok sini.

Owhh... I just discover 1 thing. Sangat terkujat saya. There are 12 (kalau tak salah ingatan aku) type/kind of tolls in Lembah Klang. Bapak banyak. Uhh..

Mana aku dpt info ni??? Masa aku dok melangut tunggu turn nak naik bus nak balik ke kampung halaman terchenta hujung bulan Mei yg lalu. Bagus gak de flat skrin yg memaparkan skit info pasal Kuala Lumpur/Selangor.

Antaranya Federal, NKVE, Sprint, Kesas, LDP, Akleh, Guthrie, Kajang-Silk, KL-Putrajaya, Elite, Duke, etc. Ni antara yg aku ingat nama highway yg de. Yg tak ingat tu, kire halal la. Tak rajin nak google sudah..

Meh sambung skit pasal tajuk yg diberi. Dah kuar tajuk plak saya ni.

Citer tu mengisahkan pasal Abam & adeknya, Angah. Abam hanyalah anak tiri. Anak maknya ngan bapak lama. Bapak baru tak suka Abam. Suka marah Abam. Suka buli Abam. Tapi Abam adalah sabar.

Setelah berbagai rintangan yg ditempuhi, akhirnya Abam dapat diterima oleh bapak barunya itu. Keseluruhan, citer tu takde la best mana pun. Tapi sebab Zahiril yg belakon, aku dok mendongak ngadap tv dari mula sampai abeh. Hiksss... Weng skit.


~~~This is an autopublish entry. Terajin mengarang sebelum pulang semalam. Rindu sebenarnya nak berceloteh kat sini. Nak buat review movie yg aku tengok. Tapi dah basi pun. Kalau ada mood lagik, nanti aku kasi up itu entry pasal movie yg ku tonton sudah.

Wednesday, June 10, 2009

kehilangan seorang dj

Don't get me wrong. Dj is a friend of mine yg tetiba cannot be contacted through both of her mobile phone. Haihhh... Huru hara la seketika. Alhamdulillah, everything is under control rite now. She's fine. It just that her phone, both of her cell phone dicuri. Dunno how the incident occured. I just been informed that her cell phone missing from abg's car. So, all of my dear friend out there, please done leave your valuable things inside ur car. ***MaiH, plz don't leave ur cute little purse inside ur car masa gi makan kenduri. Hiksss...

I was told by Dj's bro that her sister cannot be reachable through her cell. Pe lagik. Cuak la sy. Who doesn't, aite??? I gi kucar kacirkan plak Yums. Uhh.. Dalam kesibukan, Yums still layan me. Thanx a lot Miss Senior Exec. Hiksss.. ***Dah tau pop kuiz yg aku bagi last 2 wiks??? (^_^)


***Live update. Kat opis lagik ni.***


~~~Alhamdulillah.. Tiada mende buruk yg menimpa sahabat ku itu. Baru skang punya skit ruang nak update. Isk2... Been a bit busy. But I still have time to worry bout my fren yg missing seketika. Nak sambung wat kelije. For the next 2 days, I have to be a driver to a person I love. Ishhh.. Lagik mo ngomel. Kata LOVE. Ehehe... Will let u know who is the lucky ONE. Lalala...

Thursday, June 4, 2009

tak mo optimis dah

Lotih la menjadik seorang optimis. Aku tak mo optimis dah. Aku nak jadik seorang yg negatif plak. Haihhhh....

Cuti hujung minggu yg amat panjang buat aku. Hari Selasa baru aku pulang kembali. Tu pun tak masuk opis. Kalau ku tahu begitu, harus la aku tak balik nek bas yg paling awal sekali. Harus aku naik the last trip nye bus. Huhuhu...

Everytime nak kembali semula bekerja dari bercuti di kampung halaman ku, pasti la aku rasa berat hati. Badan dah tentu2 berat. Uhh... Goal aku mo mencapai berat 50kg. Tp entah biler baru nak tercapai sasaran tu, walallahualam.

Tetiba dah masuk isu berat badan plak. Walhal hari tu berkobar2 tak mo diet. Ehehe... Maseh lagik cam dulu. Tak mo diet. Tapi nak berat turun. Camno tu??? De ke caranya??? I love to eat la, sayang..

Uhh... Di sini la tempat yg dapat menghiburkan kegundahan rasa ku. Tetiba plak nak emo2 hari ni. 1 of the reason, pepagi lagik dah nak pinjam duit aku. Mana tak emo. Aku menabung selama ni bukan tuk dipinjamin kepada orang. Well, kalau sekali sekala dah terdesak tu, aku tak kesah la nak pinjamkan.

Ni bleh dikatakan hampir saban bulan wang ku dipinjamin. Tak reti nak manage wang kah anda?? Dah le skang ni tengah problemo melanda. Tapi tak pernah aku ceritakan pada sesiapa. Aku simpan sendirian. Kat sini pun sah2 le aku tak nak citer detail problem itu.

Sebabkan problem tu, aku tak mo lagik jadik optimis. Dah hampir setahun. 2 bulan lagik, genap la setahun. Tak tahu camne lagik nak atasi problem2 sumer ni. Orang lain yg cetus problem, aku pun kena tempias sama. Hanya pada Allah tempat aku ngadu. Hmm...

Sumer2 di atas ni jugak menyebabkan aku amat berat hati nak balik dari kampung halaman. Tambahan... De lagik tambahannya. Sebab adek2 aku berada & melepakkan diri di rumah ma. Lagik la aku berat je nak kembali bekerja.

Naseb ku baik skit biler peminjam wang ku mengembalikan wang dalam masa yg dijanjikan. Kalau tak, lagik panas la aku jawabnya. Mudah-mudahan, selepas setahun berlalu, permasalahan yg timbul akan reda. Aminnn...


~~~Cousin aku yg baru melahirkan baby adalah sangat bertuah. Dalam masa dok berpantang ni je, dah 2 interview dia dapat. Mungkin rezeki baby. Camni, aku pun nak de baby gak le. Pinjam baby cousin aku, bleh agaknya. Miahahaha... Satu angan2 yg amat kelakor. Aku de kuarkan statement ni kat Odah. Gelak besar dia kat aku. Ehehehe...
Google