Thursday, April 30, 2009

tewas lagik kali ke-4

Aku yg dok idam2kan nak bergajet baru, orang lain yg dapat dulu. Haihhh... Dah berkurun lama jugak la. Kalau la aku dah kawen, subur plak tu, mo 2 orang anak dah aku ada. Wakaka... Merapek tol la. Abaikan...

Mukadimah saja tu. Camni. Aku dah lama kepingin nak tukar hp. Dolu2 sebabnya hp ku rosak. Pastu aku gigihkan diri perbaik handphone yg lama tu. Banyak gak berhabis nak perbaikinya. What to do. Tak dapat pekenan parents nak membelinya. Walaupun guna duit sendiri, tetap gak mintak permission.

Baru2 ni abah aku ngadu handphone abah aku problemo. Selang 2,3 hari pastu, dah abah ku membeli yg baru. Canggih manggih lak tu. Uwaaa...

Bermakna, abah aku adalah orang keempat yg telah menewaskan impian aku. Mo lagik sekali aku berubah pikiran tentang handphone idamanku.

Orang pertama yg menewaskan aku adalah Dju. Pastu adek aku, K. Pastu adek aku lagik, Chik. Yg terbaru adalah abah aku. Isk2...

Awat la aku ni lombap bonar mengambil tindakan. Selagi aku tak menggunakan simpanan aku tu tuk membeli apa yg aku impikan, mahu abeh begitu aje duit simpanan aku. Haihhh...


~~~Sabor je la. Pasti ada sesuatu yg terselit & tersembunyi di sebalik apa yg berlaku.

finally the work station

Akhirnya, aku revealkan jua work station aku yg baru. Mempersembahkan... ***Drum rolls..

*
**
***
****
*****
****
***
**
*

Ni la work station ku yg baru. Hoorraayyyy!!! Privacy lebih skit. Suka2. Bleh hias ikot suka aku. Nak buat sepah pun ikot suka aku gak le. Ehehe...

Keadaan kucar kacir. Blom kemas abeh lagik. Maseh dalam proses kemas. Mana2 kertas yg boleh guna semula, diasingkan. Update all the files.

Pandangan dari hadapan. Kureng skit nampak sepahnya sebab terlindung ngan pc, kalendar, phone bagai. Hiksss.. Can u spot my red mug??? (^_^)

Skang dah kemas. Baru hepi nak buat keje. Tapi aku tak suka la kerusi hitam yg depan meja aku tu. Buat semak pemandangan je. Kalau takde kerusi tu, luas skit pemandangan.

Warna bilik aku busan giler. Nak suruh diorang cat kaler bilik aku sama ngan kaler kat luar tu. Orange kemerah2an. Tapi tu r. Bos I tak approve. So, busan skit la dok dalam bilik ni. Takde kaler ceria.

Have a nice weekend. Kita kan akan bercuti panjang sempena labour day. Saper yg keje tu, selamat bekerja. Aja2...


~~~Puas hati la lepas hampir 3 bulan aku merempat kat bilik meeting. Punya la excited berkemas masa mula2 menjejakkan kaki ke work station ku ini. Ayat aku kat bos, "Dah lama tunggu work station aku ready tuk diduduki. Tu yg excited kemas". Bos aku terasa la plak dow.. Bukan bos aku yg buat pun. Pekerja company gak buat. Aku memang tak bermaksud nak kenakan sesapa. Sori la...

selamat tinggal!!!

~~~12 April 2009~~~

Uhhh... Tata...


~~~The hairdresser is my own brother. Compang camping/campeng (is not camping a.k.a berkhemah ek) my hair now. Lantak le. Aku je yg melihatnya. Nak suruh dia tarah lebih, kang lagik terok rupanya. Elok la yg skang ni. Sesuai ngan cuaca panas skang. Bila dah panjang, gi trim kat saloon. Hiksss...

tetiba mengidam plak

Macam2 hal betol aku ni. Mengidam la plak. Peristiwa ini berlaku minggu lepas. Hari Jumaat. Baru hari ni nak kasi naik as entry. Trime saja la. Aku takde citer menarek selain dari ini. (^_^)

Apa la agaknya yg aku idam2kan tu???

Apa la agaknya yg de disebalik penutup merah itu???

Mi perisa ayam. Aku lama dah kepingin nak makan megi mi. Tapi takde kesempatan je nak buat & makan di rumah. Lastly aku beli dalam cupnya n makan kat opis time lunch.


Lagik satu adalah kerna nak test skill menggunkan chop stick yg baru beli. Ehehe... Ok tak?? Betol ke cara yg aku pegang??

Yg pastinya aku dapat pegang mi menggunakan chop stick. Betol ke salah cara pegang, belakang kire. Ehehe... Asyik bergambor je. Biler nak makannya. Pewot bunyi2 dah ni. Uhhh.. Jemput makan..


~~~Tak bagus makan megi selalu. Sekali sekala tu takpe. Aku mo makan mi sedap. Tapi kan brand tu takde cop halal. So, aku meragui kehalalannya. Tak makan la aku. Dolu2 yg aku bedal tu, isk2... Kire halal la. Adehhh...

buang teros

Ntah naper aku mesti rasa kesedihan dengan apa yg telah aku ketahui sebentar tadi. Hmm... Dah lama masa berlalu. Kenapa aku perlu rasa sedemikian rupa. We starts as a fren & end as an enemy. Do we??? Aku tahu dia sudah punya pacar. Tapi tak sekali pun aku kisah/mencemburui pacarnya itu. Memang sudah lama kami terputus hubungan. Aku pasti dia benci sangat ngan aku. Aku yg salah. Aku akui itu. Betol yg orang selalu kata, ex lover can't be fren. Ahhh... Susah nak terangkan detail. Tersentap seketika kegumbiraan yg aku rasa. Maafkan aku sebab dah banyak melakukan kesalahan. Aku dapat lihat dia lebih gumbire skang. Bagus la. Semoga tros berbahagia. Aku tak mintak apa2 pun. Dulu ada gak harapan supaya kitaorang dapat kawan semula. Tapi selepas melihat tindakan dia itu, aku nak buang segala2nya. Termasuk apa yg telah diberinya kepada aku. That's it. Aku tak nak simpan secebis kenangan pun bersamanya.


~~~Apa guna ingat pada orang yg buang diri kita. I want to delete all the memories we had together. No more turning back. What u give, u get back. Cuma wang je yg tak dpt aku kembalikan sebab tak tahu banyak mana u had spent. Tapi rasanya aku yg contribute banyak. Arghhh... Biar la aku jadik buruk siku. Yg penting, kamu bahagia, aku senang hati.

fast & furious 4

Sebelom aku mulakan any entries about foods, bior aku buka citer lain dolu. Ehehe...

Actually, citer ni dah lama aku nonton. Masa aku balik ke kampung halaman aku awal bulan hari tu. Tapi baru hari ni aku teringat mo menceritakannya. Lambat. Ketinggalan ketapi. Mungkin dah ramai orang gi nonton. Tak leh nak dijadikan revision pun. Takpe. Aku pun tak paksa orang rujuk apa aku kata. It is just my 2 cents.

Bagi aku, citer ni adalah sangat best. Yg ni part 4 punya. Aku rasa kalau saper2 yg tak tengok part1 sampai part 3 pun maseh lagik bleh paham jalan citer. Cumernya dalam part 4 ni, ketiga2 watak utamanya disatukan. Dan tumpuan ditumpukan kepada Don & O'conner.

Dan aku rasa cam ada sambungan lagik. Sebab penghujung citer masa Don nak dibawa ke penjara, O'conner & kengkawan kejar bas penjara. Uhh.. Pe lagik la...

Tak rugi aku gi tengok & kena plak blanja adek aku. Hiksss... Dari mula citer memang aku concentrate sampai abih. Tak cam He's Just Not That Into You. Aku cam terbang entah ke mana. Haihhh...

Dah cukup time. Tapi skrin maseh kosong lagik. Ngak ada apa2 yg ditayangkan. Hiksss.. Mujur la iklannya kejap sajork.

Sedap tol pop corn ni. Mujur beli 2. Kalau tak, kempunan la aku. Dihabiskan oleh adek aku. Uhhh.. Nak pop corn..

Omakaihhh... Bulat muka den. Walaupun dalam gelap. Muka tetap nampak bolat. Uhh...

Dah abeh tengok wayang, gi la mengisi pewot. Hanya di food court. Adek aku tak mo makan fast food. Aku pun tak nak. Cukup2lah kat sini aku asyik makan fast food. Bek jauhkan diri ngan fast food biler di rumah.

Ni menu pilhan aku. Konyang den. Tapi malam tu makan nasi gak le kat umah. Paksa rela. Uwaaa.. Begini la naseb aku. Tapi I suka. I kan food lover. (-_^)

Punya melilau adek aku dok pusing2 kat stall food court tu. Aleh2 dia beli makanan kat stall yg sama ngan aku gak. Dah le tipu aku. Budus.. Cerita selanjutnya di bawah.

Aku makan slow. De ayam yg blom aku habiskan. Adek aku tunjuk kat belakang ada artis lalu. Aku pun toleh la. Takde pun. Aku tanya adek aku. Btol ke. Pastu aku pun sambung makan biler takde pun aku tengok. Baru la aku perasan. Ayam dalam bekas aku dah di ambil adek aku. Cittt... Kenakan aku. Tros aku amek balik ayam yg adek aku amek dari bekas aku. Aku makan cecepat. Ni yg malas makan ngan adek2 aku. Tapi best. De tukang abehkan makanan. Hiksss...


~~~Aku dok tercari2 citer Slumdog Milionaire. Nak tau gak apa yg syioknya. Dah try download. Lama bebenor nak kena tunggu. Angkat tangan r. ***De gak terselit citer makanan. Ampunn...

Wednesday, April 29, 2009

blink2

Tersebutlah kisah....

Lihatlah. Dah tinggal 1 bar minyak. Aku maseh rilek saja. Tak silap aku ni dah hari ke-3 sejak aras petrol dok blinking.

Just to let u know, aras petrol keta ni akan blinking maser 2 bar lagik. Mengikut kata abah aku, kalau baru start blinking, petrol tu cukup tuk aku ulang alik ke opis selama 3-4 hari. Dengan syarat aku gi balik opis je la. Tak de jalan sampai ke town.

Sebelom ni, aku adalah sangat gayat biler aras start blinking. Walaupun baru pertama kali blink. Mesti aku cepat nak topup petrol. Sebabnya adalah kerna peristiwa keta yg dinaiki aku stop tengah2 KL gara kehabisan minyak. Ni sumer sebab orang terlampau konfiden. Isk2...

Tapi tu sumer kenangan. Kenangan yg tak harus aku kenang selalu. Hmm...

Seeloknya, driver perempuan, kalau nak berjalan jauh, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik. Bukan apa, tuk mengelakkan kejadian buruk berlaku. Jangan biasakan diri topup minyak biler aras minyak dah benar2 nazak.

Yeah... Aku dah topup minyak. Ni plak sebelum aku memulakan perjalanan keesokan harinya nak ke opis. Dah kire??? Bezanya adalah 13.2 km. Itulah jarak ulang alik aku ke opis. Dokek jo..


~~~Stop jap pasal isu makanan. Kang jemu abeh orang. Asyik nak citer pasal makanan je. Mana badan tak kembang. Hiksss...

nash donuts

Bukan calang2 oo.. Kat tepeng pun de gak donut ala2 big apple, jco & dunkin. Tak sama, tapi serupa la gak. Yg serupa adalah the look. Yg tak sama adalah harga & the taste.

See.. Nash donuts hanya ada kat blah utara sahaja.

Kotak pun lebih kureng je. Sebiji harganya RM1.60 kalau aku tak lupa. Ehehe...

Nah.. Kan sudah ku bilang. Rupanya sama. Tapi ada yg lembut bak jco donuts. De yg cam donuts biasa beli kat Tesco. Uhhh.. Yg oreo nye tak leh lawan jco donuts. Ehehe...

Macam2 ada kat hometown ku skang ni. Tu pasal aku tak kisah & lagik suka kalau dapat keje kat sana saja. Sonang. Parents aku pun takyah riso2. Tapi 1 je la. Memang lagik terbatas la perjalanan aku. Ala... Cam la aku dok sini aku merayap sakan. Ehehehe...


~~~Maseh lagik dalam mood penceritaan tentang makanan. Sampai sumer makanan telah aku laporkan, pastu rasanya dah takde mende kot aku mo stori.

bekalan terbaek wok

Ni bekalan aku tuk lunch semalam.

Sebenarnya aku balik umah semalam. Ingatkan opah ada kat umah. Opah aku datang umah pacik aku. Opsss.. Silap. Pacik aku gi amek opah aku. So, opah ada la kat umah pacik aku. Nak gi nengok cicit pertama la katakan.

Opah aku sampai Isnin malam tu. Kol 11 ++ malam dah. Ada lauk opah aku bawak mai dari kampung. Uhhh... Opah aku masak adalah terbaek. Walaupun masak yg simple sahaja. Air tangan opah memang masyuk. Kena ngan tekak aku.

Tapi sebab dah lewat malam sangat & pewot aku takde la lapar sangat, aku simpan hajat nak lunch esoknya. Ehehe.. Tu pasal aku pulang ke rumah time lunch semalam. Skit kuciwa. Rupa2nya opah aku dah ke hospital. Melawat cousin aku & anaknya yg baru lahir.

Frust. Tapi takde la plak opah aku angkot skali lauk pauk yg opah aku bawak mai tu. Haha... De lauk tu. Aku kan berbulu je ngan maid kat umah tu. Tak mo makan kat umah. Aku pun tapau la. Aku just solat kat umah. Pastu cabot gi opis. Makan kat opis. Tak sampai 30min aku kat umah.

Tara.. Memperkenalkan bekalan lunch aku semalam. Enak bangat. Walaupun lauk besa2 sahaja.

Ikan sambal & sayur kacang masak lemak. Simple je lauknya. Tapi rasa adalah TERBAEK. Rasa tak cukup je nasi seciput aku bawa.

Sebabkan enak sangat, licin bekalan aku. Sebutir nasi pun takde. "Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani". Naseb la tulang temulang tuk takleh makan. Kalau tak, memang licin la bekas aku bawa. Tak yah basuh dah. Haha... Menipu sungguh.

Apa la agaknya nak aku isi pewot ku tengahari ini??? Jap lagik nak kuar poya2 sat. Stationary de yg dah abeh. Dah abeh baru nak gitau kat aku. Staff sorang lagik la. Takkan sumer menda aku sorang je nak kena jaga. Lotih den..


~~~Aku bukannya benci ngan maid tu & aku bukan la suka sangat ngan dia. Malas nak buat hal je. Kesiankan pacik & macik aku. Kang maid tu tak mo keje, saper lak nak tengok cousins aku. Tak ke susahkan pacik & macik aku. Aku pun tak yakin aku akan dibenarkan dok sendiri kalau parents aku tau pasal kejadian menimpa sahabat aku itu.. Aku nakal skit. Tadi aku lock cenel aruna. Hiksss..

sesuci kain putih

Baby yg baru dilahirkan ibarat sehelai kain putih yg tunggu dicorakkan oleh the parents.

Alang2 aku gi lawat kawan aku semalam, tros lawat cousin aku sekali. Diorang di hospital yg sama. Sambil menyelam minum air. Aku mintak permission bos pulang awal. Dapat perlepasan.

Sedapnya dia tido. Uhh.. Aku tak kesempatan lagik nak pegang the baby. Segan nak tunjuk skill depan mil cousin aku. Ehehe...

~~~Nur Eryna Alisha~~~
Ni nama yg dah kompem tertera kat surat beranak. Dah gi daftar. Nama dulu dapat banyak sangat query. Ahaksss...


~~~Bagilah anak nama yg mempunyai maksud yg baik2. Skang ni dah banyak sumber yg boleh digunakan tuk mencari nama anak & maksud di sebalik nama itu. Moga akan menjadi anak yg soleh & solehah. ***Tolong jangan gelak ngan ayat skema I. (^_^) Aku dulu pun excited je bila tang nak cari nama tuk adek2 aku. Tapi aku hanya dibenarkan pilih nama yg telah di shorlist oleh abah aku. Ehehe...

samun & stab

Apakah tak berperikemanusiaan punya manusia. Dah la ko samun, ko tikam plak orang yg ko samun. Kejadian ini telah menimpa seorang sahabat aku. Alhamdulillah, tikaman tu tak kena mana2 organ dalaman & syukur juga dia tak apa2kan sahabat aku tu. I mean, rape la. Uhhh... Mintak simpang.

Insiden ni berlaku di depan kawasan apartmen member aku ni. Kat Jalan Kelang Lama. Tak salah nama tempat tinggal member aku tu taman permata kot. Isk2.. Lupa plak. Tu r. Semalam masa tengah ingat tak mo catit kat mana2. Huhuhu...

Camne kejadian tu berlaku???

Member aku baru balik dari lepak ngan kengkawan dia kat Pelita KLCC. Sekitar jam 12.30 malam. Parking kat kawasan dalam apartmen dah penuh. Kena la park keta kat luar. Biler kuar dari keta, member aku tak perasan lagik penyamun a.k.a penyangak tu.

Penyamun a.k.a penyangak tu berdua. Mereka naik motor. Biler dengar bunyi motor datang & dalam keadaan mencurigakan, apa lagik, ngan sepantas kilat berlari la member aku sambil menjerit. Bila dah member aku lari, mereka berdua si pelaku tu tros pecot menghampiri member aku.

Yg bonceng kat belakang motor turun & ragut beg member aku. Tros tikam member aku kat belakang. Dah le ragut, tikam plak orang. Isk2... Jatuh la member aku ni tersembam. De kesan luka kat dagu & tapak tangan dia.

Pisau yg ditikam tu dicabut balik. Ngeri beb. Sakit tak dapat bayangkanlah camne. Merangkak member aku gi pondok pak guard. Pastu member aku dah tak hengat dah camne. Sampai kat hospital, gi bilik kecemasan.

Yg pastinya, kesan dari tikaman tu, darah telah masuk ke dalam paru2. Skang ni proses mengeluarkan darah dari paru2. Makan masa dalam 2 weeks. Pastu baru bleh jahit kesan luka. Nak gerak banyak pun tak leh. Sakit.

Apa barang yg dapat 2 penyangak tu samun??? Duit RM150. Handphone, kawan aku pegang ngan kunci kereta. Worth it kah yg ko samun & tikam orang tu??? Uhh... Lepas ni aku akan lebih penakot mo jalan sesorang sebab kejadian yg menimpa sahabat aku ini.

Ni kalau tau kat parents aku, harus aku ditegah kuar sesorang. Alahai.. Makin katak di bawah tempurung la aku camtu. Camno nak banyakkan networking aku. Arghhh... Sah2 impian aku nak dok di luar makin pudar. Uwaaa....

Semoga cepat sembuh, Mus. Tangan yg sebelah kanan tak leh gerak bebanyak. Sakit. Kat situ de tiub tuk kuarkan darah. Dah kurus member aku ni. Yg dok cakap ngan dia tu pelawat gak le. Tak kenal. Mus kata, tym sakit camni dapat la lihat yg mana kawan. Hmm.. Betol gak kata dia. Kalau kawan, pasti akan datang melawat. Thanx to Miss Xara kerna memaklumkan padaku.

Tapi kan de gak la yg kelakornya. Aku bukan sengaja nak gelakkan. Kejadian adalah benar. Setiap orang yg datang melawat dia pasti akan tanya camno kejadian tu bleh berlaku. Sebab aku pun sama gak. Dok tanya memacam. Next tu adalah kawan dia yg laki gambar di atas bersama sorang lagik kawan. Diorang dok tanya soklan yg sama cam aku tanya gak.

Aku gi lawat bersama Zeti. Dia citer, kawan dia pun kena gak cam Mus. Tapi bukan kena tikam. Hanya kena samun. Serah je la duit yg ada. So, tak yah la pegang cash bebanyak. Pakai debit card. Hiksss.. Takpun takyah shopping. Cam aku skang ni memang tengah kering. Dalam dompet tak sampai RM50 pun. Semalam baru topup petrol. Ehe..


~~~Girl friends out there, berhati2 la. Tambah plak biler korang sesorang. Malang datang tanpa diduga. Orang jahat ramai. Opah aku pun pernah diragut di depan rumah kat kampung. Bodohkan apa. Ngan orang tua pun wat camtu. Isk2... Dah lama peragut tu aim opah aku nye rantai. Mujur jugak la opah aku tak kena tikam. Kejadian tu berlaku waktu pagi.

Tuesday, April 28, 2009

noodle station

Ini cerita sudah lama aku perap. Bukan apa. Sogan(bukan malu ek tapi lebih kepada mim-alif-lam-sin) bonar nak transfer gambar dari hp ke lappy. Hari ni aku kerajinan angkot lappy ke opis. Sonang. Dalam ni pun de gambar yg blom aku post. I mean, dalam lappy I ni la..

Ni berkenaan ngan Ice Lemon Tea yg dalam botol unik tu. Sedap ma air nyer. Sehingga ke titisan terakhir aku sedut.

Berikut adalah antara menu yg pertama kali aku cuba. 1st time aku ke sini. Tak tau nak pilih mana 1. Nampak sumer sedap belaka dari gambar yg dipaparkan. Uhh... Dah le sesorang. 1st time plak. Memang kekok la.

Tros jatuh chenta dengan sedutan pertama. Hahaha... Terasa nak meminumnya. Dengan cuaca panas skang ni.

Menu yg aku pilih. Mi ni kering sajork. Nak basah kalu, siram la sup yg diberi ke dalam mangkuk mi. Simple. Yg kureng tu adalah kerna ia tasteless. Arghhh... Tertekan je.

Rupa2nya ada je perasa tambahan kalau nak add on. Mana sy nak tau. 1st time makan kat sini. Tu pun aku terperasan de customer lain mintak ni. Ehehe...

Mushroom ni la menyebabkan aku tergoda ngan menu yg aku pilih ni. Puas rasanya dapat santap 2 biji cendawan besor ni.

Sup yg disertakan skali. De dim sum. Sodap gak. I loike. Dapat hirup sup saja pun ok dah. Tapi sup kena la panas2. Kalau dah sojuk, tak kick r...

For the 1st visit, aku dok kat dalam. Rupa2nya ada gak kerusi tuk pelanggan diaorang makan kat open air. Kali kedua aku pilih tempat open air. Takde rasa sesak sangat. Tapi tu la.. Aku lagik prefer laksa shack gak.

Mungkin aku blom bertemu ngan menu yg btol2 membuatkan aku terpaut. Hanya senarai mi nya yg pelbagai yg membuatkan hati aku masih melekat di sini. Next time nak cuba yg lain plak. De gak western food. Bagi mereka yg tak gemar mi.

Lets see what I had during the 2nd visit. (^_^)

Open air area. Masa ni aku tengah musim membawa diri. Tak malam kalu, tak pulang ke rumah la aku.

Ni la yg aku makan. Mi sama gak. Unik la mi ni. Cam tak de dalam pasaran je. Kuahnya adalah rasa seperti tom yam. De crab sticks, chicken balls & dim sum. So-so la.

Air tetap yg sama. The next visit, nak try air lain plak r. Tapi aku suka tol la bekas air tu. Unik. Nak cari kat ne ek???


~~~Next time aku gi, nak try western food plak la. Tapi kena tunggu gaji la. Baru semangat nak pilih sebab western food paham2 le. Mahal skit. Hiksss.. Bajet kena jaga. Tambah2 plak bulan April ni terlajak shopping sesaja.

get well soon

Sebentar tadi aku dikejotkan ngan brite seorang sahabat aku ditikam masa kejadian rompak kat umah area Ampang. Siap masuk ICU lagik. Moga dia cepat sembuh. InsyaAllah, kalau berkesempatan aku gi lawat bentar lagik....

kueh teow doli best

Rupa kueh teow goreng. Pilihan aku adalah yg biasa punya. Harga adalah RM3.50. Ada jugak yg spesel nya. Sepinggan RM7.00. Tak pernah plak cuba. Tak mo tamak. Hiksss...

Hiksss.. Makan hati la korang yg tengah kempunan mo makan kueh teow doli. Lalalala... Ni adalah salah satu sajian yg agak popular di kawasan hometown aku. Aku memang dah lama kepingin. Balik awal bulan April ari tu dapat gak aku pekenanya. Alhamdulillah...

Apa yg bestnya?? Kena la try makan dulu. Asalnya doli hanya buka gerai kecil2an kat tapak seakan uptown. Eh, kat Tepeng pun aku uptown la dulu. Sebab kedai2 kat situ hanya buka sebelah petang bawa ke malam. Takde la plak sampai awal pagi. Tapi seakan uptown la gak.

Bleh dapat makanan kat situ. Fruits. Pakaian2 bundle. Kan dah serupa uptown tu. Serupa tapi tak sama. Pe lagik makanan yg best???

Murtabak. Yong tau foo kat bomba. ABC. Cendol kat skolah St. George. Popiah basah bawah bangunan Larut Matang. Tak ketinggalan adalah kueh teow doli.

Full house. Ramai orang. Kalau perhatikan gambar yg de kat dinding tu, yg blah kiri skali adalah pemandangan kat Taman Tasek. Sangat cantek. Yg gambar tengah plak adalah rupa sebenar warung/kedai yg menyajikan kueh teow doli sebelom diorang pindah ke restoran yg besar ni. Yg kanan skali nak kena elobrate gak ke??? Ehehe...

Di atas adalah suasana ketika hari2 biasa. Bukan hari cuti pun. Hari kerja. On Monday masa aku gi menjamu selera kat situ. So, bayangkahlah betapa penuhnya manusia kat situ masa berlansungnya pilihanraya Bukit Gantang hari tu???

Ni la rupa kedainya. Bukan calang2 la diorang ni. Pernah sertai festival makanan di KL. Tahun biler tu aku tak hengat la plak.

Serba sedikit la aku nak kisahkan. Tukang masak tuk buat kueh teow adalah sangat terlatih. Aku rasa maseh orang yg sama gak yg masak. Dia tak perturunkan skill kat sesapa lagik kot. Tak pun baru menurunkan skill. Kualiti & kuantiti makanan adalah terjaga.

Semua pekerja kat situ terdiri daripada rakyat M'sia. Warga tempatan. Lebih selesa rasanya kalau begitu. Sedap gak mata memandang. Manakan tidak. Kebiasaannya kalau gi makan asyik di layan warga asing sahaja. Buhsan gak. Sesekali tukar angin skit. Ehehe...

Di balik kaca itam itu adalah dapur. Tu sebahagian menu yg ada. Tapi the most popular dish aku rasa adalah kueh teownya la.

Tuk alamatnya andai korang turun Tepeng. Dan korang adalah orang yg suka mencoba makanan. Sila la datang ke sini.
No. 5, Regat Tupai, 34000 Taiping, Perak.




~~~Bila dah start stori pasal makanan, cam tak akan stop di sini sahaja. Hiksss.. Tengok la camno nanti. Mungkin akan melarat sampai esok kot entry pasal makanan ini. (^_^)

nasi beriani gam johor anje

Merujuk cerita ceriti di sini. Alhamdulillah. Dapat brunch di sini. Sodap. Tapi harga dah naik. Last time aku beli nasi beriani ni tahun lepas kot. Harganya RM7.50. Naik singgit dari 2007 bulan Ogos. Ni naik lagik. Walaweiii...

Harga skang adalah RM7.80. Ni merujuk kepada set nasi ngan lauk ayam kampung goreng. Uhh... Mujur jugak harga naik, kuantiti kekal. De sesetengah tu, harga naik, kuantiti berkurang. Pekejadahnya menaikkan harga??? Nak kaya cepat agaknya.

Adek aku amek lauk yg sama gak. Ayam goreng kampung. Dia dapat kepak. Uwaaa... Nak kepak jugak. Aku dapat tang paha. Tak masyuk. Naseb adek aku baik hati. Dia bagi kat aku bahagian kepak tu. Ehehe...

See... Aku dapat bahagian paha. Sebab dah lapau bonar. Tros aku soru dulu. Tanpa tunggu adek aku. Dia gi bayar lunch kitaorang ni. Lapor beb... Separuh hari tak makan. Kalau bulan posa, ok plak. Ehehe...


~~~Kena makan kat kedai jugak. Kalau tapau pun kena make sure makan panas2. Baru kick. Kalau tak, kecundang skit rasanya. Dah tak laju nak makan. Selamat menjamu selera. (^_^)

dua2 pun gumbire

Ditemani awan yg cerah. Memang asyik kalau dapat berdating. Hiksss...

Entry rujukan. Kalau nak tahu kenapa kami gumbire la. Sila rujuk sini & kemudian baru ke sini.

Owh... Kami itu adalah aku & Dju. Lama tak beronggeng berdua. De kot dekat setahun. Terpulang la samada nak percaya ke tak. Hmm...

Tros kepada perkara yg membuatkan kami gumbire. Aku dapat nonton cerita yg aku mo tengok. Dju plak dapat melepaskan gian dia tuk menyantap Laksa Shack. Ehehe...

Laksa Sarawak aku. Sodap. Tapi kuahnya adalah skit. Sampai licin aku hirup. Walaupun dah kekenyangan giler. Fuhhh...

Ni plak air pilihan aku. Kegemaran adek aku. Mesti dia dengki kalau tau aku minum air feveret dia ni. Memang sodap. Rasanya seakan2 air krim kaler putih yg de asam. Kat skolah2 dulu ade jual. Sebatang 30 sen. Skang ntah ade ke tak lagik.

Dju pilih laksa lemak Singapore. Rasanya??? Sila tanya Dju. Aku rasa aku pernah makan. Tapi tak dapat recall rasanya.

Paling Dju ngidam adalah ABC nya. Tapi kan aku rasa ABC kat restoran santai kat Tesco Ampang lagik best. Serius. Dah la murah skit dari kat Laksa Shack. Segala mak neneknya banyak. I mean sampah sarap dalam ABC tu la. Ehehe... Terasa nak makan ABC restoran santai lagik la.



~~~Bila bab makanan, aku memang teruja je nak story. Ahakss.. Aku pencinta makanan. Food lover. Bukan takat red lover je. Tapi makan pun kena agak2 gak le. Bukan men telan sumer. Kang badan dah ngembang, seksa nak turunkan. Nak kena maintain pun bukan senang. Arghhh...

Monday, April 27, 2009

he's just not that into you


Akhirnya aku sudah dapat menonton ini filem. Baru je. Sabtu yg lepas.

Masa tengah nonton & selepas menonton, rasanya cam kepala otak aku tak berhenti berfikir. Apa yg aku fikirkan??? It's hard to put into words. Uhhh...

Yg pasti, ceritanya sangat touching sehingga membuatkan air mata ku gugur. Ehe... Tak pernah rasanya aku layan movie di panggung sehingga air mata ku tumpah. Kalau bergenang tu, pernah la. I'm a sensitive person.

Hati ku agak mudah tersentuh. Bila tersentuh, mula reseptor kat mata aku nak mengeluarkan air mata dari tangki. Lalala...

Scene di mana Ben Affleck datang ke rumah Jeniffer & membantu dia ngan urusan rumah selepas bapanya di serang heart attack. Maaflah, aku tak dapat recall nama watak. Huhu...

Sangat memeritkan bila berada dalam keadaan puzzle. Aku rasa aku kena tengok lagik skali tuk lebih memahami keseluruhan ceritanya.

Cerita ni lebih kurang cerita Cinta arahan Khabir Bahtia tu. Each & every character dalam movie ni saling berkait.

Permulaan bawa ke pertengahan citer ni, flow adalah slow. Menyebabkan aku rasa tak cukup pop corn regular size. Ahaksss...

Overall citer ni??? Tepuk dada tanya selera. Aku tak leh nak ranking kan sebab aku tak dapat menumpukan sepenuh perhatian masa tengok movie ni.

Takpun, mungkin sebab aku dah baca bukunya. I was expecting more. Haihhh...


~~~Part of me tak nak menerima kenyataan. Well, apa yg diperkatakan dalam movie & in the book adalah benar. But, I just don't want to take take some of the point. Cam kalau the guy said he will call & after a few days there is no single ring from the guy, that means he's just not that into u. Uhh.. Tapi susah nak menerima kenyataan tu. If a guy really into u, he will try the hardest to find ur phone no (cam apa yg watak Alex kata, dia try call hampir 50 nama perempuan yg sama dengan perempuan yg dia cari tu. Akhirnya ketemu jua. But the girl is not meant for him). Ahh.. Banyak sudah aku karutkan. Better stop here.
Google