Friday, November 28, 2008

---nantilah----

Terasa sangat mengantuk dan kepenatan. Isk2... Manakan, jap tadi puas la aku tawaf sekitar Shah Alam yg besar. Aku gi setelkan segala bil tertunggak. Yg ni opis la punya. Dah menjadi tugasan aku jugak tuk setelkan. Cuba la kalau aku takde, saper la yg akan gi wat semua urusan yg bleh dikatakan remeh tapi penting ni?? Hmm... Naper tetiba je aku ngeluh pasal tu?? Ada la sebabnya. Tak dapat nak aku ceritakan di sini pada ketika ini.

Aku sangat merindui saat2 awal aku mula menjejakkan kaki ke dunia blogging ni. 1hari, skit punya banyak post aku wat. Siap yg sekecil2 virus pun aku nak masukkan kat blog aku. Skang ni, aku dah slomo skit dalam dunia ciptaan aku ini. Adakah kerana faktor usia?? Kalau nak ikotkan, banyak stori aku yg tertangguh nak diceritakan.

Owh... Tetiba aku teringat pasal satu isu yg sering berbangkit dalam entry aku semenjak dua menjak ini iaitu perihal perubahan. Perangai buruk aku yg sukar dikikis adalah sikap suka bertangguh. Kalau ada hal2 yg ingin aku laksanakan pada masa & ketika itu, sering aku sulamkan ngan perkataan 'nantilah', memang perkara itu takkan menjadi. Aku rasa ini bukan menimpa diri aku seorang je. Ada jugak menimpa kat diri orang lain.

Bilamana keluar perkataan 'nantilah', pastu mestilah perkara yg dihajati tuk dilakukan itu akan tertangguh dalam satu jangka masa yg panjang. Silap2, perkara yg kita sangka & bajet tuk dilaksanakan pada masa 'nantilah' itu akan terus terlaksana disetelkan. Hmmm...

Seperti tadi. Sebelum kuar, aku dah plan siap2 mana aku nak pergi dulu. Apa yg akan aku buat dulu. Yo la.. Nak pusing 1 Shah Alam. Kena plan betul2. Pergi setelkan hal yg jauh dulu. Pastu baru setelkan hal yg dekat2 nih.

On the way balik, plan awal aku nak ke kedai alat tulis. Nak beli A4 paper. Stock dah nak abeh. De report yg kena disiapkan tuk meeting hari Isnin. Dalam 8 copies. Balance A4 yg ada tak mencukupi tuk buat 8 copies tu nanti. Dah dekat nak sampai traffic lite yg memisahkan arah ke kedai alat tulis & jalan aku nak pulang ke opis, aku dengan sengaja mengeluarkan perkataan 'nantilah'.

Aku pikirkan sok aku nak keluar jugak. Sok je la baru aku beli. Tapi bila fikirkan balik, cuba kalau sok aku tak berpeluang nak gi beli, camne??? Aku mesti akan kata, "Tu la. Semalam dah elok plan nak gi beli, pastu tukar fikiran kata nak beli hari ni. Tengoklah, hari ni dah tak kesempatan plak nak beli".

Terus aku teringat akan perubahan yg aku rancang nak lakukan dalam diri aku. Sebagai permulaan ni, aku telah berjaya membuat satu perubahan. Sedaya upaya aku nak cuba elakkan mengguna perkataan keramat tu - 'nantilah'.

Sebelum sampai kat traffic lite, aku telah membuat keputusan yg tekad bahawa urusan yg hendak diselesaikan hari ni, perlu dilakukan hari ni jugak. Kalau dah tak leh nak setel hari ni setelah percubaan dilakukan, then baru buat kemudian harinya. Misalnya, nak bayar bil hari ni dah tak sempat. Sok harinya, bayar bil tu berada dalam list teratas dalam to do list. Mudah-mudahan perubahan yg aku rancang ini akan berjaya dikekalkan terus dalam segala urusan aku. Aminnn...

Uhh... Sekian je tuk hari ni. Agak banyak urusan yg perlu disetelkan hari ni jugak. De 2 keje yg due next wik. Kena kerja keras lebih lagik.


~~~Yei2... Raya haji on 8th Dec 08. 081208.. Chantek je susunan nombornya. Lalalala... I L0V3 8. Hiiksss... Selamat berhujung minggu...

Wednesday, November 26, 2008

tak dapat buat keputusan

Aku telah menjalankan sedikit siasatan tuk pulang ke kampung halamanku nanti, insyaAllah. Rancangan nak naik tren. Walaupun naik tren itu tidak menyeronokkan tara mana pun. Tapi tetap aku terasa nak naik train. Hiksss...

Pasalnya adalah tiket tren mudah nak cek availability nya. Kalau tiket bus cam susah skit. Setelah aku semak baper banyak seat yg masih berbaki tuk perjalanan yg aku pilih, aku jadi sedikit terkujat. Humang aihh... Dah hampir fully booked pun. Siap ada extra ketapi tuk perjalanan tu. Hmm...

Let me thing 1st. Samada nak drive balik or nak balik nek kenderaan awam. Mengikut perancangan asal juga, aku akan pulang ke kampung aku sebanyak 2 kali dalam bulan Disember akan datang. Ini baru merancang. Yg berhak menentukannya bukan aku. Aku hanya merancang. Aduhyaiii...

Kira2 harus dilakukan. Cukup bulan Disember, result PMR nak kuar. Aku kena tunaikan janji ngan adek aku. Kalau dia dapat 9A, hadiah dari aku, seluar levi's sehelai. Umang haihhh.. Kakaknya pun ngak pernah memiliki barang 1 dari levi's. Tapi demi adek aku, aku berkorban sahaja lah. Lalalala... Aku perlu rangka bajet kewangan aku yg baru tuk tahun baru yg akan datang. Semangat waja.

Key word aku tuk tahun baru yg akan datang adalah PERUBAHAN. Doakan aku berjaya. Aminnn...

Aku mahu pulang dahulu. Selamat beristirehat di rumah...

baca arahan terlebih dahulu

ATTENTION!!!

Bagi mereka yg tengah jiwa kacau & sedang mencari hiburan dengan bloghoping, entry ini adalah tidak disarankan @ dilarang sama sekali untuk dibaca. Aku tak nak jiwa korang menjadi lebih kacau dengan membaca coretan aku yg kacau bilau ini.

Trimas..

Arigato...



Uhh... Naper la badan aku terasa letih & tak larat je lagik ni. Dah 2 hari lepas perjalanan yg agak memenatkan. Muka pun tak dapat nak senyum lebar. Mengapakah ini berlaku??? Ini plak rasa cam sesak je dada. Dah le masa tengah lunch tadi tetiba je patah selera makan. Rasa mual + loya. Ujian buat aku. Takkan la lagik 2 minggu aku nak balik kampung, aku dah rasa tak semangat kot. Lama lagik tuh. Sekitar 10 hari lagik. Hmm...

Banyak sangat menda yg bermain dalam kepala otak aku. Tak tau nak selesaikan yg mana dulu. Buntu. Kalau masa lapang plak aku asyik berangan je. Bila berangan dah lama sangat, sampai susah nak bawa mata aku ni tido. Cam kejadian malam semalam. Blom kol 9.30 malam aku dah bawa diri masuk ke bilik tuk beradu.

Yo lah.. Tv dah tukar ke cenel kartun. Tak larat la aku nak layan. Bek la aku layan diri kat dalam bilik. Bila dah masuk bilik, aku terasa sunyi. Kosong. Cam aku masuk bilik yg tak punya barang. Aku pejam jelik mata beberapa kali. Sambil tarik nafas dlm2, tahan & kemudian hembus. Hilang sebentar rasa kosong. Terasa cam semak plak. Bilik tak kemas elok2 lagik. I need to change something in my room. Bagi de satu kuasa lain. Perubahan.

Yupsss.. Itu adalah perkataan yg paling mujarab. Aku pun tak rasa cam nak bermesra ngan cousins aku kat umah. Hati aku ni. Rasa sunyi sangat. Dalam keriuhan, aku masih lagik rasa sunyi. Aku kira dengan mengalirkan air mata dapat kurangkan beban yg aku rasa. Tapi aku silap. Air mata aku tak nak tumpah plak. Tak tau nak kocak bagaimana nak bagi air mata aku tumpah. Uwaaa...

Pe lagik yg harus aku lakukan tuk mententeramkan perasaan aku skang nih. Hmm...

Makan??

Aku seperti kurang berselera sangat. Tapi tetap makan. Mulut rasa nak mengunyah. Cuma perut aku tak berapa nak terima. Bila dah masuk makanan & aku mula rasa mual, aku pun stop makan. Mungkinkah aku dehidrasi akibat beberapa hari kurang minum air kosong. Asyik minum air manis je. Adakah aku kena elak minuman panas bersusu. Sebab bila aku minuh teh tarik or nescafe skang nih, aku akan terasa kembang tekak. Cam loya je. Perut cam tak dapat nak terima.

Owh... Ada berita gumbire yg aku terima. Ada 2 orang sahabat aku yg akan menamatkan zaman solo mereka. Seorang itu adalah sahabat lelaki yg aku kenali di alam universiti. Sorang lagi sahabat satu kos yg juga merupakan anak kepada kawan bapak aku. Kenduri diaorang selang 1 hari. Aku tak dapat rasanya nak hadiri kenduri kedua2 mereka sekali. Hanya salah seorang punya kenduri je aku dapat hadirkan diri, insyaAllah.

Tapi yg mungkin akan aku hadiri tu plak, kendurinya berada di lingkungan daerah kenangan aku. Bukan mudah aku nak lupakan. Aku cuba. Skang ni pun aku dah lama tak mention mengenainya. Aku tak pernah mention selama ini bukan bererti aku tak ingat or aku dah lupa. Cuma aku ajarkan diri aku supaya menerimanya & biarkan ia berlalu supaya aku dah tak rasa terseksa. Looking forward to a new lifestyle. Hiksss... Merapek apa plak aku ni.

Alamak... Aku kuciwa la plak. Kerananya usb tuk transfer gambar dari kamera ke komputer de kat dalam beg laptop abah aku. Huhuhu...

Citer mengenai laptop. Aku terbaca iklan mengenai laptop mini dell yg de skali ngan broadband maxis. Menarek. Bleh bayar ansuran sebanyak RM99.00 selama 24bulan. Guna kredit kad. Charge termasuk sekali ngan braodband sampai bulan ke-6. Bermula bulan ke-7, charge braodband perlu dibayar asing sebanyak RM77.00 sebulan. Korang rasa berbaloi tak??? Aku memang de hajat nak tangkap satu laptop mini (netbook). Berangan je lebih. Tapi kalau angan2 disertakan ngan usaha, insyaAllah boleh berjaya, kan?? Aminnn...

Ahhh.. Selepas menaip agak panjang & bercerita itu ini serba sedikit, dah kurang rasa tidak enak di dadaku. Terapi buat aku. Aku perlu berceloteh. Tak kira la berceloteh ngan jari (menaip) mahupun berceloteh ngan mulut (borak + gosip). As long aku berceloteh, aku akan rasa lega. No more retail theraphy. Sekurang2nya sampai next year which is lebih kurang 35 hari dari skang.

Ahaksss... Sekejap je kan dah nak masuk ke tahun baru. Angka usia makin bertambah. Perangai tetap tak banyak berubah. Uhhh... Perubahan... Bilakah akan terjadi padaku?????????

crush

I hung up
The phone tonight
Something happened
For the first time
Deep inside
It was a rush
What a rush
'Cause the possibility
That you would ever
Feel the same way
About me
It's just too much
Just too much
Why do I keep running
From the truth
All I ever think
About is you
You got me hypnotized
So mesmerized
And I just got to know

Do you ever think
When you're all alone
All that we can be
Where this can go
Am I crazy
Or falling in love
Is it really
Just another crush
Do you catch a breath
When I look at you
Are you holding back
Like the way you do
'Cause I'm trying, trying to walk away
But I know this crush
Ain't goin' away
Goin' away

Has it ever crossed
Your mind
When were hangin'
Spending time girl
Are we just friends
Is there more
Is there more
See it's a chance
We've gotta take
Cause I believe
That we can
Make this into
Something
That will last
Last forever
Forever

Do you ever think
When you're all alone
All that we can be
Where this thing can go
Am I crazy
Or falling in love
Is it really just
Another crush
Do you catch a breath
When I look at you
Are you holding back
Like the way you do
'Cause I'm trying,trying to walk away
But I know this crush
Ain't goin' away
Goin' away

Why do I keep running
From the truth
All I ever think
About is you
You got me hypnotized
So mesmerized
And I just got to know

Do you ever think
When you're all alone
All that we can be
Where this can go
Am I crazy
Or falling in love
Is it really just
Another crush
Do you catch a breath
When I look at you
Are you holding back
Like the way you do
'Cause I'm trying, tryin to walk away
But I know this crush
Ain't goin' away
Goin' away
Goin' away

Tuesday, November 25, 2008

perjalanan jauh di hujung minggu

Semalam saya sangat tak rajin. Dah le masuk opis pun lambat. Kol 11 pagi baru aku gi opis. Ada sebabnya. Bukan aku sengaja nak mencilok saja2 masuk opis lambat. Aku baru pulang dari Terengganu hari ahad tu. Sampai kat umah dah kol 12 tengah malam.

Alkisahnya, hari minggu aku dihabiskan di Terengganu. Wah, sangat seronok walaupun aku kelihatan. Walau perjalanan ke Terengganu itu sangat menjemukan, aku tetap gak tabah memandu. Hanya aku yg memandu. Abah aku menjadi penumpang sahaja. Owh, aku bukan pergi berseorangan. Aku ke sana bersama keluarga aku la. Abah, mak, opah & adek bongsu aku.

Tujuan ke sana nak ngamek adek aku yg lagik sorang. Selamat menginggalkan Terengganu sudah. Ada adek lagi sorang tak dapat ikot serta sebab dia tengah SPM skag ni. Nak wat guana??? Mula2nya nak gi Terengganu lepas adek aku tu abeh SPM. Tapi dia plak nak gi ronggeng ngan kengkawan dia lepas SPM.

Hari ni hari akhir dia menduduki SPM. Mulai tahun depan, tinggal sorang je lagik adek aku yg masih bersekolah. Wah... Terasa cepat benar masa berlalu bila tinggal yg bongsu je yg masih bergelar pelajar sekolah. Hiksss...

Aku ke Terengganu hari Jumaat. Gerak pagi. Perjalanan makan masa lebih kurang 6-7 jam. Mana tak lama. Ngan berhenti nya lagik. Pastu aku plak memang tak bawa laju. Rilek je aku bawa 90-100km/j. Kat highway plak tu.

Gerun jugak la jalan situ. Tak biasa plak tu. Lepas terowong karak tu, rasa sangat cuak. Kan kena lalu cerun yg agak tinggi. Nak menurun. Fuhhh... Tahan napas je la saya. Lagik cuak dari rasa aku naik roller-coaster. Hahahaha...

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik kami selamat. 1 hari je la aku bercuti. Aku nak save cuti tuk bulan 12 nanti plak. Lalalala...

Oklah... Takleh nak celoteh panjang2. Mo di buat kerja in. Hiksss... Later...

~~~Kenapa skang aku sering rasa bosan & keseorangan??? Hmmm...

Monday, November 24, 2008

penawar untuk si bujang

Bila nak kawin???

Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan

Bila nak kawin???

Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia

Bila nak kawin???

Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)

Bila nak kawin???

Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata
(aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)

Bila nak kawin???

Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa… haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)

Bila nak kawin???

Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.

Bila nak kawin???

Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.

Bila nak kawin???

Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.

MORAL OF THE STORY : DONT ASK!



~~~Aku cilok ni dari blog member aku. Juz wanna share with u guys. Terutama sekali yg masih bujang seperti aku. Hiksss... Nak gak buat statement camtu. Almaklumla, cuti sekolah telah datang lagik. Bila dah cuti sekolah, seperti yg dimaklumi ramai, pasti meriah ngan jemputan kenduri kahwin. Pasti ada rakan2 & kenalan anda yg telah sampai seru menamatkan zaman bujang mereka. Tak ketinggalan juga dengan aku. Hmm... Biasanya bila ada kenalan @ rakan yg melangkah ke gerbang perkahwinan, pastinya soalan cepu mas seperti di atas akan ditujukan bagi mereka yg masih belum berdua. Ahaksss... Bravo kepada penulis yg telah mengarang sajak yg sangat masyuk ini. Hiksss...

Tuesday, November 18, 2008

kegilaan terkini

Wah.... Lama sudah ngak sy mengupdate di blog ini. Sudah seperti di anak tirikan. Bukannya sebab aku ada blog baru. Tapi sebab ada benda yg lain yg telah buat aku addict. Tersangat addict. Apa mendenya???

Mengemaskinikan diri aku dengan episod terbaru rancangan yg aku ikuti melalui muat turun. Paham ke?? Makna yg lebih mudah, aku gila dok download citer. Sekarang ni dah tertangguh 3 episod yg belom sempat aku tonton tapi aku dah siap download.

Yg aku dah download the latest ni ada citer House MD season 5(up to episode 7), Gossip Girl season 2(up to episode 10), Ugly Betty season 3(up to episode 4) & 1 drama China tajuk Smiling Pasta. Citer China tu aku baru sempat download up to episod 7. De lagik 10 episod tuk melengkapkan semuanya. Aku dah terasa busan nak sambung. Isk2...

Chuck pun dah start season baru. Begitu jugak ngan Ghost Whisperer. Uhhh... Tulun... Saya tak mo addicted ngan mende download2 ni. Nanti takde tempat & ruang nak simpan. Lepas download & tengok, nak delete terasa cam membazir la plak. Aduhyaiii...

Gi mana sik??? Mo disimpan di mana?? Skang ni aku sumbat segala macam movie kat dalam data center. Dah de 26GB. Gilos pe aku nih. Kantoi kang, padan ngan muka aku. Uwaaa...

Patutnya, data center tu tempat tuk simpan maklumat berkaitan ngan kerja2 di opis ni je. Tapi aku telah salah gunakannya plak. Hiksss... Jangan bilang sama sy punya bos ya... Muahsss...

K la... Need to continue my work. Betol ni nak sambung wat keje. Sambil2 tu wat keje download sama. Ehehee... Lagipun aku kurang gunakan komputer sangat. Takde la sistem nak hang. Lalalala...

teman lama

Apa aku nak kisahkan pagi ni adalah pasal komen yg aku terima dari seorang sahabat lama. Hiksss... Kebetulan yg teramat sangat. Dia tak sangka akan ketemu ngan namanya sendiri. Bukan takat nama je sama. Rupa2nya orang dikisahkan itu memang dia pun. Lucky u. Naseb la I eja nama u ngan betol. Tu yg bila u google leh plak terjumpa. Hiksss...

Bila teringat balik zaman bergelar student dulu memang syiok. Kebetulan, last 2 wiks aku ketemu ngan sahabat2 aku dari Matriks. Walaupun sekejap je kitaorang berjumpa, tapi gembira sangat. Masing2 dah 'membesar'. Ahakss...

Mungkin di suatu masa nanti kita leh ketemu semula. Azmi, tolong jangan lambat dari masa yg dijanjikan ye. Haihh... Ntah bila lagik dapat kita jumpa. Hmm...

Monday, November 17, 2008

Madagascar 2


Sebabkan hujung minggu yg lepas aku nak berdiam diri kat umah je, makanya aku tak kuar berfoya2. Seorang diri mahupun bersama rakan2. Aku nak betapa kat rumah. Tapi disebabkan pelawaan dari pacik aku tuk menonton Madagascar 2, aku terima ngan hati terbuka.

Kami pergi menonton di GSC OU. Pacik aku bersama isteri & dua anak dia. Yg kecik tu mulanya asyik cakap takot je bila panggung dah gelap & de tayangan trailer citer2 akan datang. Riso gak takot kang dia jerit takot masa tengok binatang2 dalam Madagascar tu nanti. Kakak dia rileks je sebab dah biasa tengok wayang.

Mujur la sepanjang tayangan tu si adek tak meragam. Malah dia enjoy gila. Muka kusyuk je. Bila ibu dia bawa kakak dia gi toilet pun dia tak heran. Lagi dia ralik tengok citer tu. Penuh panggung beb. Kitaorang dok lain ke-2 dari depan. Kena melangut jugak la.

Dah abih citer pun still si adek dok je kat kerusi dia. Tak gaduh nak dok atas ibu dia. Baik sungguh. Kitaorang tunggu bila dah lenggang skit panggung baru kuar. Tak mo berebut2 ma.

Citer kali nak kat Africa plak. Alex telah berjumpa ngan ibu & ayah dia yg terpisah dari kecik. Dengan tanda lahir yg ada pada tapak Alex telah menemukan mereka. Alax a.k.a Alakay. Kisah bersambung ngan Alex & kengkwn yg membantu binatang2 kat Africa mendapatkan semula bekalan air.

Kisah Melman yg meluahkan rasa hati kepada Gloria. Hiksss... Kelakor jerk. Yg kuda belang tu aku tak hengat la nama dia. Tapi kiut sangat bila dia merajuk ngan Alex sebab Alex tak perasaan perbezaan & kelebihan yg ada pada dia & zebra yg lain. Ayat Alex yg aku suka, "You are white with black strips. Others are black with white strips.". Terus zebra kawan Alex tu rasa gumbire. Comey sungguh...

Nak tahu lebih lanjut, gi la nonton. Ketawa penawar duka. Boleh melegakan tekanan & melonggarkan skru2 yg ketat dalam sistem korang. Hiksss...


~~~Updates:- Marty adalah nama zebra itu.

sedikit rasa tidak puas hati

Perosak mood aku yg tengah bahagia pepagi ni jerk. Huuhhh... Berkira siot. Selama ni aku sabar je ngan perangai dia. Perangai aku pun bukannya baik sangat. Itu aku harus sedar dulu. Hmm... Bukan pe. Sememangnya di opis aku ni di kuasai lelaki. Ramai pekerja lelaki. Ada sorang je la yg cam bertanggungjawab. Ahh... Aku bukan nak ngadu pasal lelaki. Aku nak ngadu pasal perempuan. Perempuan ada dua orang. Aku & sorang lagik. Sorang lagik ni pun nak buat cam perangai laki gak. Skang ni dia dah meniru perangai staff terdahulu. Diaorang tak kenal pun satu sama lain. Tapi bila orang dah buat baik. Tak berkira, diaorang mula besar kepala. Banyak sebenarnya aku tak puas hati. Masalahnya, aku tak reti nak tegur. Tak tau camne nak wat teguran. Itu satu hal. Yg hal pagi ni plak, dalam sinki dah penuh mug. Bukannya nak tolong basuh. Dilambakkan sekali ngan mug yg dia guna. Semuanya yg semalam punya mug. Kebiasaannya yg lelaki memang tak amek kisah sangat nak basuh. Tambah lak mug bersih banyak lagi. Akan diguna yg bersihnya. Peduli apa diaorang ngan mug yg kotor tu. Kalau sekalipun dah takde mug bersih, diaorang hanya akan basuh satu yg kotor. Yg diaorang nak guna tu la. Isk2... Banyak lagik la aku nak lepas geram. Aku lepaskan yg mana yg aku rasa dah tak tahan nak simpan je. Huhuhu...

Friday, November 14, 2008

kepingin


Skang ni aku tengah ngidam nak makan mi kari. Bukan skang ni je la. Tapi dah beberapa ketika. Sejak dari Ida Murni keje kat sini lagik la. Asal ke tempat yg jual mi kari je, pasti itu yg menjadi menu pilihan aku. Ahaksss... Harus la. 2 kali aku jumpa Odah, 3 kali dah mi kari menjadi pilihan aku. Paling best sekali masa pekena mi kari kat Alamanda. Memang meleleh giler la. Tu tuk lunch. Dinner pun aku pilih menu yg sama gak. Tapi kuciwa bangat sebab rasanya memang tak sama dengan mi kari masa lunch itu. Huhuu... Odah geleng kepala je ngan pilihan menu aku. Asyik mi kari je. 1st time jumpa Odah pun, mi kari gak menjadi pilihan masa kitaorang makan kat kopitiam. No pic la. Aku masyuk sangat. Tak sabar nak menikmati mi kari yg terhidang kat depan mata aku itu. Ahaksss...


Ingredients :
350 gm mi kuning (dicelur dan ditoskan)
200 gm bebola ayam
150 gm isi udang
250 gm daging ayam (bahagian dada - dipotong kecil)
600 gm sayur sawi (dicelur dan dipotong kecil)
200 gm taugeh (dicelur)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong dadu)
3 tangkai daun ketumbar (dihiris)
2 s/besar minyak sayuran
40 gm rempah kari (dijadikan pes)
500 ml santan cair (diperah dari 1/4 biji kelapa)
3 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk lumat
2 cm halia }
3 cm kayu manis
3 biji bunga cengkih
1 kumtum bunga lawang
3 biji bunga pelaga
2 biji tomato
3 tangkai daun kari
650 ml air
1/2 s/kecil garam
1 keping asam keping

Method :

1. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga,bawang merah, bawang putih, dan halia sehingga kuning,di atas api kecil.

2. Masukkan pes rempas kari, daun kari, tumis sehingga harum.

3. Masukkan ayam dan gaul dengan rata , masukkan sedikit air, tutup dan masak diatas api sederdana selama 5 minit.

4. Masukkan udang dan bebola ayam.

5. Masukkan asam keping, santan dan air, biarkan ia mendidih.

6. Perasakan dengan garam dan biarkan ia masak beberapa minit,masukan tomato kemudian tutupkan api.

7. Untuk menghidangkannya, masukan mi, taugeh, sawi dan tauhu di dalam mangkuk, kemudian tuangkan kuah yang panas ke atasnya.


~~~Mungkin satu hari aku akan cuba membuat mi kari plak ke. Ni dah de resepi. Aku amek kat sini la.

Thursday, November 13, 2008

final 3

Who will be in the finale for TARA3??? Tonight we will know who is the final 3. I hope that Malaysian team will go to final. Kalau boleh, biarlah dua pasukan yg diwakili wanitas dapat ke final. Tu lagik gempak. De lagik. Bior la Tish & Geoff Tak dapat masuk final. Hiksss.. Aku memang tak suka mereka. Hingga aku berharap mereka tak masuk final. Kalau diaorang dapat ke final pun, no big deal for me. Aku sajer nak riuh je. Aku tak suka mereka berdua ke final. Pe2 pun. Keputusan mutlak sudah ada. Cuma menanti hari je tuk mengetahui siapa sebenarnya yg berjaya. Sama seperti sewaktu tayangan survivor pada awal kemunculan. Memang excited & teruja melampau je nak tahu siapa yg akan berjaya. Siap buat ramalan bagai. Semua itu kenangan indah. Lalalala....


~~~ Hari ni keputusan UPSR kuar. Bagaimana ngan adek2 nye result???

kebetulan yg asyik

Uhhh... How sweet bila sumone came across our mind teringat kita juga dalam masa yg sama. Hiksss.. Tak paham ek??? Meh la aku stori skit.

Semalam, masa aku tengah dok bersendirian sambil baca novel, I was thinking about MaiH & my mom. I was planning to give them a call/sms. Tapi tangguh pada masa aku tengah berfikir. Aku gi buat keje lain dulu. Pastu ralik plak tengok tv. Terus terlupa akan hajat aku tu. Aku kata dalam hati, sok2 je la aku contact MaiH & my mom (it rhymes la plak).

Tetiba, my mom called. Sembang kejap. But I'm not comfortable to gossiping at the hall. Kalau dalam bilik masa aku jawab call, harus la bergosip barang seminit dua. Ahakss... Sembang sat je la. Tanya khabar lebih kurang. Naper rasa tak senang bila borak kat hall??? Aku bukan reti cakap dalam volume yg slow. Tapi tidak jugak kuat seperti dipasang speaker. Juz a normal tone. Cuma tak selesa skit bila bergosip dah didengari orang lain. Lalalala...

Tengah aku golek2 atas katil, tetiba masuk msg dari MaiH. Bila nak buka hp, tengok de jugak miscall. Dari MaiH jugak. Hiksss... Sempat la bermesej skit. Bertanya khabar. Orang tengah bizi skang ni. Next wik, she will attend tentera nya course. Wish u all the best.

Kebetulan yg membuat aku sedikit rasa bahagia. Terus terlena ngan nyenyak sekali sampai ke pagi. Subuh gajah sy pagi ni. Gara2 alarm bunyi aku tak sedar. Sedap tido. Uhhh... Rasa de la kot dalam seminggu dua ni tido aku tak baper nyenyak. Tapi aku dah kurang complaint pasal tido. Tido banyak pun bukan bagus. Hiksss...


~~~I'm addicted to Gossip Girl skang ni. Frust sebab tak dapat tengok 1st season sampai habih. Dan tengok sampai episod 4 je. Uwaa... Aku meneruskan perjalanan ke season 2. Lalalala...

Wednesday, November 12, 2008

alkisah hujung minggu 4

This will be the end of my story telling for alkisah hujung minggu.

Bangun pagi takde la awal sangat. I'm so excited for the coming activity. Hiksss...

We r going to waterfall.

Yeahhhhhhh!!!

Sound perfect to end the weekend with such a relaxing activity.

Takde la awal sangat kitaorang gerak dari umah. Yg join aku & Odah adalah sorang housemate Odah. Kebetulan yg sangat kebetulan, kami bertiga memakai baju warna sama - R3D. Hiksss...

Air terjun yg ingin kami pergi terletak kat .... Hiksss... Aku lupa la. Haihhh.. Mana ginko biloba nih. Huhuhu... Tapi tempat yg Odah nak bawa aku tu ramai sangat orang. Tak jadi. Teruskan lagik perjalanan. The next stop pun ramai gak orang.

Sampai la akhir sekali kami sampai ke .... Pun aku lupa jugak nama tempat tu. Uwaaa... Yg aku ingat, tempat yg kitaorang gi tu memang dah tak jauh dari kai Genting Highlands. Perghhh.. Jauh tuh.

Kuar dari keta, terasa nyaman betol.

Tarik nafas dedalam.

Tahan...

Hembus...

Hahhhh...

Hilang rasa kesesakan dalam dada & kepala otak.

Sejuk siot air tu. Dah lama aku nak membawa diri gi air terjun. De la kat sejam kitaorang abehkan masa berendam dalam air yg sejuk bangat itu. Grrrr...

Dengan bekalan nasi lemak. Makan dalam air terjun. Memang masyuk tol. Sambil berendam sambil isi pewot. Tempat yg kami buat port tu banyak batu bata. Tak dapat la mereka2 nak berenang. Tapi yg bestnya memang kami je la yg port kat situ.

De gak wat bbq. Wah2... Memang best la. Kawasan situ pun masih lagik bersih. Harap2 orang yg berkunjung kat situ tak buang sampah merata2. Kemas semua barang2 yg dibawa termasuk sampah sarap.

Aku juga nak suggestkan kat tempat2 camtu disediakan tong sampah. Senang la orang yg datang tu nak buang sampah. Cam kitaorang, kitaorang angkut sampah buang kat umah sebab cari tong sampah kat situ tak jumpa. Huhuhu...

Bagi mereka2 yg punya anak kecik, sila jangan buang pampers merata2. Menjijikkan & menyakitkan mata. Sakit hati pun sama. Isk2...

Kami bertiga pulang ke baju mandian. Ala2 kering tak kering tu. Sejuk beb. Takleh pasang econ. Kalau pasang econ, rasa cam beku je. Hanya buka tingkap. Masa dalam keta tu dah mula terasa memberat je mata. Hahaha...

Elok sampai umah, dah masuk waktu zohor. Bersihkan badan & solat. Pastu golek2 tuk tido. Aku hanya dapat tidoq2 ayam je. Yg lagik 2 memang sedap tol aku lihat diaorang tido. Huhuhu... Cemburu gilak...

Dengan hujan kat luar tu. Mana la aku tak cemburu yg diaorang dapat tido ngan nyenyak. Satu yg sebabkan aku riso nak tido ngan nyenyak, takot aku terlajak tido. Kol baper plak aku nak gerak balik umah. Huhuhu...

Perjalanan pulang ngan melalui laluan yg aku tak biasa. Aku kena gerak sementara hari masih terang. Nak membaca arah lagik. Without my glasses. Owh... Sangat berisiko besar.

Elok je masuk waktu asar & solat, aku pun gerak pulang. Sebelom pulang, Odah bawa aku isi pewot dulu. Kat gerai favorite. Makanan situ quite ok. Aku makan nasi goreng paprik. Aku tak dapat pk sebenarnya nak makan pe. Yg pasti aku nak makan sesuatu yg mengenyangkan.

Fuhhh... Memang kenyang siot. Nasi nye punya la melambak. Pastu baru aku gerak pulang. Dengan perasaan yg ala2 cuak berani. Aku meneruskan perjalanan pulang sambil berdoa tidak jem.

Kekeliruan pertama berlaku masa simpang nak masuk highway kat Kepong. Berbekalkan panduan arah yg Odah bagi, keep to the right. Aku pilih kanan. Alhamdulillah. Aku masuk jalan yg betul.

Kekeliruan kedua adalah jalan nak masuk ke kiri. Haihhh... Aku pilih jalan tu, salah satu sebabnya adalah kerana nak elak tol. Ehehehe...

Tapi tak kesot pun kalau lalu tol. Oleh kerana aku terbabas nak masuk ke jalan yg tak bertol, aku lalu jalan yg bertol la plak. Tak kesot pun. Tapi sedikit jauh la. Pe2 pun, alhamdulillah. Aku selamat sampai.

Aku telah explore jalan baru. Lalalalala...

A nice weekend. Thanx to Odah sebab sudi menjadi teman aku di hujung minggu itu. Yebaaa...

confusing

Opsss... Sebelum aku sambung ngan aktiviti hari Ahad, aku nak kisahkan skit perjalanan pulang aku & Odah dari Putrajaya. Odah nak elak lalu MRR2. Almaklumla, gerenti akan jem nya nanti. Aku tak memandu. Aku hanya penumpang. Kena ikot kata driver. Aku co-pilot je. Hanya beri arahan & perhatikan jalan. Ahaksss...

Kami bercadang nak guna highway Putrajaya-KL. Highway baru tu. Kata sepakat telah dibuat. Kena plak la cari camno nak masuk highway tu. Kena cari menggunakan signboard. Satu je masalahnya. Signboard kat M'sia ni a bit confusing. Kejap ada. Kejap ilang. Cam biskut chipsmore tu la plak.

Kitaorang memang dah ikot dah signboard yg kejap ada kejap ilang tuh. Sampai kat satu persimpangan tu, tetiba dah hilang arah ke highway Putrajaya-KL. Yg tinggal hanyalah arah ke KLIA, JB. Haihhh... Terberhenti kejap kitaorang. Aduhh... Gi mana ni.

Setelah beberapa ketika, kitaorang buat keputusan ikot je la jalan yg kitaorang dah masuk. Tak yah patah balik. Tengok kat depan nanti tu. De pe2 petunjuk lagik tak. Hmm...

Rupa2nya....

Kat depan dari persimpangan yg kitaorang berhenti tu baru ada petunjuk baru. Cessssssss... I mean, baru ada petunjuk ke highway Putrajaya-KL yg kitaorang nak guna tu. Betapa la kami telah cuak. Yo la... Kat persimpangan sebelum ni memang takde pe2 petunjuk. Dalam 1km ke depan tu baru de. Isk2...

Bernafas lega la kami kat dalam keta. Sambil melepaskan rasa tidak puas hati. Yg banyak rasa tak puas hati tu sudah semestinya aku. Ahaksss...

Highway tu sangat sunyi. Takde lampu jalan. So, aku suggest kepada pemandu wanita jangan drive sesorang waktu malam kat highway tu. Scary. Lupa plak kena baper lalu tol tu. Kot2 la ada orang nak tau. Tak silap aku ada 2 tol. RM2.40 & RM1.60. Aku ingat2 lupa la. Ehehehe...

alkisah hujung minggu 3

From Alamanda, we planned to go to Aisyah's house. To visit her & her newly born baby. Tapi apa kan daya, terpaksa dibatalkan bila sms tak dibalas. Nak main terjah je takot plak dia takde rumah. Hmm... Asalnya Effi cam nak ikot aku je gi lawat Aisyah. Tak jadi jugak. Aku & Odah pun menggubah rencana baru tuk dilakukan pada petang Sabtu itu.

Dalam perjalanan pulang, Odah ajak gi taman lelayang kat Kepong. Ala... Tempat yg orang selalu main lelayang reramai tuh. Memang kat situ sengat ramai orang. Aku pernah ke situ sekali sebelum ni. Ngan pacik aku.

Alang2 dah masuk waktu asar, kitaorang gi singgah solat dulu kat Tesco Kepong. Singgah solat je. Tak beli pe2 pun. Lagipun pewot masih tak lapar. Memang kenyang tak hengat la makan mi kari maser lunch kat Alamanda.

Kat Tesco tu punya la ramai yg buat gores & menang. Heran jugak. Camne la boleh diaorang dapat menjalankan aktiviti diaorang dengan bebas. Hmm..

Sangat tak menyenangkan customer Tesco tu je. Bukan takat tu je, cuakkan orang tol. Ala... Ayat biasa diaorang nak membodek supaya gores. Diaorang approach aku ngan Odah. Aku dah cuak. Tapi muka Odah memang cool abeh la. Huksss... Cayo la kawan den nih.

Odah layan je Chinese gul tu punya ayat pujuk rayu disamping ngan pujian melambung. Hikss... Kalau kena kat batang idung aku, awal lagik aku dah cabot dari situ.

Lepas solat, kitaorang menujukan diri ke taman lelayang. Parking, humang haih jauh. Kat sini je baru kesempatan bergambar. Memang nyaman je rasa kat situ. Terimbau balik zaman kekanak. Hahaha... Suka tol aku dok imbas kembali.

Kitaorang lepak2 kat situ sampai dekat nak masuk waktu Magrib. Hikss... Sempat la kami bermahgrib di rumah. Sebelom masuk waktu magrib lagik kami dah gerak balik. Masa azan magrib tu kami dalam keta on the way pulang ke rumah Odah.

Malamnya plak, kitaorang gi lepak kat kopitiam tak jauh dari umah Odah. Sambil dinner & online. Odah je la online sebab dia je yg de laptop. Aku tumpang skit2 je tengok. Tengok skandals Odah. Ahakss...

Again, aku pilih mi kari. Odahnye menu aku tak ingat mende namanya. Kuciwa sebab rasanya tidak seenak mi kari yg aku nikmati masa tengahari itu. Tapi aku telan gak sampai abih. Sebab lapor la plak. Berjalan2 di taman lelayang.

Kol 10 malam, kitaorang pulang ke rumah. Layan tengok cerekarama. Abeh cerekerama, kitaorang titon. Next day punya aktiviti yg paling aku suka. C ya in the next entry.

(Gambar akan di upload kemudian. InsyaAllah..)

alkisah hujung minggu 2

Tempat pertama yg kami tuju adalah Putrajaya. Berjanji tuk bertemu dengan sahabat2 dari matriks. Safiah(Effi), Nor Azlinawati(Alin) & Nor Azmi(Azmi a.k.a Jimie). Itu je yg dapat hadirkan diri. Mungkin di lain hari kita dapat ketemu dengan lebih ramai lagik.

Last minute de beberapa berita diterima. Effi tak dapat join sebab nak gi kenduri cc opis dia. Bos besar join sama. Tak pe la aku kata kat Effi. Dapat jumpa dia kejap pun jadik la. Kitaorang pun set la nak jumpa jap sebelom Effi gerak gi kenduri.

Azmi text kata hanya leh join at 12.45pm. Ok la aku kata. Dari dia tak datang join skali. Better late than never.

Pastu satu lagik aku kira berita sedey yg diterima yg terpaksa batalkan perjumpaan hari tu. Atok Alin telah pulang ke rahmatullah. Cian kat dia. Terkujat jugak. Yo la. Dalam masa dia nak bergumbira dengan kawan2 tetiba berita sedey yg diterima. Hmm...

Aku, Odah & Effi tenangkan Alin. We call it off. Our get together. Lupa terus aku nak tanya Alin balik kampung ngan apa hari tu. Isk2... Apa punya kawan la aku nih. Dah bergumbire sampai lupa diri. Uwaaa...

Tak sempat pun kami semua nak bergambar kenang2an. InsyaAllah, di lain kali kita ketemu lagik ya...

Effi gi join bos & kengkawan dia yg lain ke kenduri cc nya. Alin lak gerak balik umah dia sambil memikirkan nak pulang ngan apa. Sementara aku & Odah meneruskan agenda kami tuk berfoya2. Alang2 dah sampai ke Putrajaya, kami melangkah ke Alamanda. Aku pun dah lama tak ke sana.

Terus aku roger Azmi tuk batalkan pertemuan hari tu. Dia tu pemalu benor mulanya nak join sebab katanya dia sorang je laki. Ko tak perlu takot la. Kitaorang semua tak akan apa2 kan ko la. Hikss... Nak buek camno. Kelas kita dulu pun de 6 orang je lagik. Or shuld I say 5 setengah je laki. Haihhh... Tak baik sungguh aku ni.

Melonjak kegembiraan la aku bila nak berjalan2 ni. Walaupun bukan dengan tuk shopping. Hanya jalan2 makan angin. I have to save my money for the coming trip. Lalalala..

Pusing2 dalam Alamanda tanpa tujuan yg utama. Syiok gak. Dah banyak perubahan dalam Alamanda tu sendiri. De beberapa gerai baru buka. Dah ada Kenny Roger's. Pe lagik ha... Hmm... Wayang tu aku dah tau kewujudannya.

Tiba time makan, aku & Odah tak dapat buat keputusan nak makan pe. Tetiba tekak aku terasa nak makan mi kari. Aku ajak Odah gi makan kat kedai kat depan pintu masuk Carefour kat tingkat 2. Aku dah lupa nama kedai tu apa. Odah makan asam laksa.

Sedang kami menjamu selera, aku ternampak kelibat orang yg memang dikenali ramai. Mungkin juga dikenali di seluruh dunia. Hmm..

Saper lagik kalau bukan Tun Mahathir & isteri. Ditemani ngan bodyguards yg berpakaian seperti orang biasa. Fuhhh... 1st time dapat lihat beliau secara live. Terpegun aku.

Rupa2nya Tun Mahathir & isteri gi menjamu selera kat The Chicken Rice shop kat tingkat bawah. No wonder la perjalan kaki yg lalu kat tepi eskelator asyik pandang2 kat bawah. Bukti??? Ada.. Nanti aku upload ek. Skang ni ada probs skit yg buatkan aku tak dapat nak upload gambar. Banyak gambar yg pending. Busan tol saya.

Sambung lagi dalam next entry. Tak abeh lagik aktiviti aku & Odah di hari Sabtu, 8 Nov.

alkisah hujung minggu 1

Awal pagi lagik aku dah bangun & bersiap2. Lepas subuh aku tak tido semula. Walaupun hari Sabtu. Sebabnya, aku nak jalan 'jauh'. Hiksss... Jauh la sangat. Padahal aku nak ke umah Odah je yang perjalanannya hanya mengambil masa 45 minit. Tepat sekali arah yg diberikan oleh Odah. Alhamdulillah, aku selamat sampai ke rumah Odah.

Tujuan aku ke rumah Odah???

Nak berhujung minggu bersama2. Hikss... Ayat aku tak bleh blah tol. Muahahaha...

Ada beberapa rencana yg telah dibuat. Ntah kan jadi ntah tidak. Sambung later...

Tuesday, November 11, 2008

sabar menunggu ye

Mana citer yg aku janjikan seperti yg telah aku nyatakan dalam entry aku yg terawal hari ni?? Jam sudah 5.30 petang. Pasti sudah masa tuk aku berangkat pulang. Makanya, tak kesempatan la aku nak berceloteh panjang pasal story itu. Sok2 la aku citer. Lagipun citer aje kalau tanpa gambar, tak syiok plak. Aku memang ada beberapa koleksi gambar tuk dipertontonkan pada kalian semua. Sabar menunggu yerk...


~~~Aku nampak Tun Mahathir hari tu. Beliau menjamu selere di The Chicken Rice Shop. Serius beb. Aku tak buat kelakar..

untittle



Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah


~~~Sumthing bout this song that make me wanna blog bout it. Altho this is not a new song, but listening to every words from the lyrics make me sad. Hmm...

gossip girl

Hiksss... Aku mungkin ketinggalan sedikit. Tapi takpe, aku akan cuba mengejar selagi daya. Apa yg aku nak kejar tu??? Hahaha... Korang baca tak pe tajuk entry aku ini?? Gossip girl. Apa yang terbayang dalam kepala otak korang bila baca tajuk aku tu???

Orang pompuan suka bergosip???

Tapi kan, bukan orang pompuan je bergosip. Laki pun gosip gak. Kalau diaorang gosip, lagik la hangat. Dapat kalahkan orang pompuannya gosip. Hiksss...

Yup... Yg aku nak maksudkan di sini adalah drama bersiri yg pernah ditayangkan kat 8tv. Skang dah masuk season ke-2. Oleh kerana season pertama pun aku tak pernah tengok, maka aku gigih download la. Pe lagik. Selama aku menyepi dari membuat entri, masa aku banyak dihabiskan dengan mendownload la.

Opppsss.. Bukan keje aku download movie je tau. Aku buat gak keje2 dalam opis ni. Kire acara sambil menyelam minum air. Tapi aku tak minum air la. Aku buat keje download sambil aku menyelam tu. Ahakss..

Baru lepas download 2 episod je. Dah selamat pun aku tengok. Citer pasal 2 orang sahabat baik, Blair & Serena. Bila tengok scenes itu membuatkan aku teringat kepada beberapa siri kejadian yg tak sama yg berlaku dalam kehidupan aku. Hmm...

It's hard for me to make it clear. Anyway, I don't feel like I want to elaborate about it. De beberapa berita yg membuatkan aku keciwa jugak. Tapi itu takpe. Aku kecewa atas apa yg telah aku lakukan. I mean, dari usaha yg aku tunjukkan, hasil yg aku terima harus aku terima dengan hati terbuka. Sape suruh tak buat prepareration yg bersungguh2. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya.

Aja2.

SPM

1st of all aku nak ucapkan all the best kepada adek2 yg akan menduduki peperiksaan SPM bermula dari hari ni terutama skali buat adek aku. Dia cuak sejak dari last week lagik. Almaklumla, SPM ni biggest test yg akan menentukan future kita. Ke mana hala tujunya. Aku plak telah melepasi tahap ketakutan ini 7 tahun yg lepas. Perghhh.. Lama siot. Dah 7 tahun masa berlalu. Pantas sungguh. Kalau nak suruh aku amek ujian tu semula??? Idak le sy berani. Kang lagik menjunam result gue dari yg sedia ada. Hiksss...

Owh.. Dah lama sungguh aku tak merapu di sini yerk??? Hmm... Masa amat mencemburui aku. Selain masa, ada gak kekangan lain. Aku busan gak bila setiap kali aku nak mencoret, isi kandungan coretan aku lebih kepada emo yg negatif. Haihhh... Alhamdulillah. Aku dah beransur pulih dari emo negatif itu. Pe yg sebabkan aku emo??? Aku tak rasa aku nak umumkan kepada semua. Biarlah rahsia. Ahaksss...

Semalam aku takde la kesibukan sangat. Tapi satu hal la plak. Not in the mood. Ari ni pun not in the mood sangat. Tapi aku gigihkan diri jugak tuk mencoret. Dah lama sangat aku tinggalkan dunia blog ni. Haihhh...

De beberapa aktiviti yg aku lakukan last weekend. Nanti aku storikan. Syiok betol. Ntah biler la dapat nak menjalani aktiviti seperti itu lagik. Isk2...

Wait for my story telling, will ya???


***Selamat hari lahir yg ke-22 buat adek aku. Hiksss... Dah besor pun dia.

Thursday, November 6, 2008

Panas je

Panas2... Mana aku tak panas. Tadi de supplier call. Bising2. Rasa nak penampor je. Huh... Kot ko nak mintak duit pun, agak2 la bahasa tu. Aku terasa panas je. Main tengking2. Dah bos dia kena tengking, pastu tengking aku plak. Melampau tol. Nak je aku bahasakan dia. "U kena marah ngan bos u. Pastu u nak marah kat I wat pe. U shuld talk nicely to me. Baru I akan sejuk hati. Ni tak. Maki2 plak. No manners. Camni nak berurusan??? Huh... Silap2 customer bleh lari."

Tadi aku punya beria nak update entri. Tak jadi. Padam selera. Later... Daaa...

Tuesday, November 4, 2008

movie itu

Hari ni baru aku kesempatan nak menceritakan mengenai movie yg aku tonton in last Sunday. Sangat puas hati bagi pihak aku. Pihak MaiH aku tak pasti sangat. Aku rasa dia pun sama enjoy citer tu. Tajuk citer nya adalah Boys Over Flowers.

Yupss... Citer yg aku gembar gemburkan hari tu. Dalam entry ini.

Sama seperti sinopsis yg aku telah pamerkan dalam entry ini. Cuma bila tengok ngan mata sendiri lagik seronok. Mungkin ini adalah finale bagi keseluruhan episod Hana Yori Dango. Penutup.

Ujian demi ujian datang menimpa mereka berdua (Tsukushi & Tsukasa). Untuk menguji sejauh mana mereka berdua sanggup menghadapinya berdua. Kecurian mutiara pusaka yg diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya telah membawa berdua ke New York, Hong Kong & terdampar di pantai sebuah pulau.

Paling touching skali masa mereka terdampar kat pantai. Cam citer survivor la plak. Sehinggalah satu scene bila mana Tsukasa (Domyogi) meluahkan perasaan dengan mengatakan "I love U" kat Tsukushi, baru la ada helikopter yg datang selamatkan diorang dari pulau tu.

Barulah diketahu bahawa segala kejadian yg berlaku itu telah direncanakan oleh parents Tsukushi. Pada mulanya aku sangkakan yg plan tuk kejadian tu semua datang dari mak Tsukasa.

Rupa2nya, emak Tsukasa telah pun menyerah kepada keputusan anak dia tuk kawen ngan perempuan yg anak dia suka itu. Dah le masa majlis pengumuman bakal isteri Tsukasa, dia gi letak & pamer wajah Tsukushi yg paling huduh skali. Masa tengah suap mi ke dalam mulut.

Haihhh.. Masih terbayang2 citer tu. Rasa nak nonton sekali lagik. I don't mind. Tapi rasanya, aku tunggu kuar dalam bentuk cd la. Bleh aku beli. Simpan wat koleksi. Nanti aku nak cari yg bersiri nye gak. Aku pernah tengok dah sebelum ni. Cuma kedua2 siri itu telah tiada.

Siri pertama yg aku tgk bukan dari koleksi aku sendiri. Siri yg kedua plak aku simpan dalam hdd & hdd aku telah corrupt. Hmm..

Monday, November 3, 2008

6 hours

Cerita yg ingin aku coretkan di sini adalah sekitar masa yg aku habiskan bersama MaiH di Sunway Pyramid semalam. Ye, hari Ahad aku dihabiskan di Sunway Pyramid. Mengapa tempat itu yg menjadi pilihan???
Banyak sebab sebenarnya. Walaupun MaiH dah pernah sampai kat situ, tapi tetap aku nak bawa di gi situ. Sebab paling utama adalah kerana movie yg ingin aku tonton hanya ditayangkan di TGV Sunway Pyramid & KLCC. Gi mana tuh???

Memang betul. Aku dah usha. Kat GSC memang takde tayangan tuk movie tu. Malam semalam masa aku tengah baca berita yg telah basi (ni adalah perumpamaan yg diberikan oleh Mysarah bila baca paper hari tersebut pada sblah malamnya), aku terperasan yg movie tu turut ditayangkan di Cineleisure Damansara.

Pe2 pun, yg penting aku dah pun gi nonton. Puas hati yg teramat sangat. I really hope that MaiH did enjoy watching the movie too. Owh... Tidak2. Aku belum mahu menceritakan pasal movie tu lagik. Entry ni khas tuk aku story pe yg kami lakukan semalam.

Adakah aku sangat particular terlampau sehingga aku kira masa yg kami spent kat situ???

Tidak...

No...

Hanya kebetulan. Selepas membayar pas parking, I asked for the receipt. Tgk kat resit tu, masa kami spent adalah 6 jam. Tepat. 11.52 pagi hingga 5.52 petang. Hikksss...

Pertama sekali selapas park keta, kami menuju ke tempat tiket wayang. Naseb kami baik kerana dapat menonton tayangan kol 12.30 tengahari. Selapas tu boleh lakukan aktiviti lain. Selapas di soal selidik, MaiH kata dia dah breakfast. Aku pun. Tu pasal we decided to watch 12.30 nye tayangan.

Selepas menonton movie tu, kitaorang gi solat. Pewot masing2 dah berdansa. Belum decide lagik nak makan pe. Lepas dah kuar dari surau tu baru kitaorang decide nak makan Nando's. Walaupun MaiH baru je makan Nando's. Ehehehe...

Lepas gi isi pewot baru la kitaorang punya tenaga tuk melakukan tugas & task seterusnya. Aku takde planning nak shopping pe2. Hanya menemankan MaiH membeli barang keperluan je. Tipu la kalau aku kata aku tak beli pe2 langsung. Ada gak barang yg aku beli. Perfume (murah), berus gigi & lotion botol kecik(sebab lotion aku tertinggal kat dalam keta parents aku).

Pusing2 mencari barang MaiH.

Pastu kami gi plak ke Jco. Hajat dihati nak makan donut la plak. Mula2 bajet nak beli sorang 1 or paling banyak pun 2. Setelah perbincangan sementara menunggu turn kami memilih donut yg berkenan tuk ditapau, keputusan yg dibuat adalah kami mendapatkan 1/2 dozen share 2. Makanya sorang akan dapat 3 biji.

Hiksss... Very the tempting la the donuts there. Last skali aku makan donut Jco adalah awal tahun lepas. Ada aku pampangkan di sini. Tak rajin nak godek. Lalalala...

Flavor yg menjadi pilihan adalah al apone, jacky chunk, cheese me up, oreology & heaven berry. De 5 jenis je kan??? Yg oreology tu amek 2. Uhhh... Sangat menjilat jari la. Pilihan aku - oreology, heaven berry (stuff with strawberry cream-muak) & jacky chunk (yg ni sebab dah tak tau nak buat pilihan dah). The rest adalah kepunyaan MaiH.

Sangat kenyang bila pekena 3 biji donut ni. MaiH perabihkan ketiga2 donutnya masa on the way aku nak hantar dia pulang ke pusat kursus dia. Owh.. Sangatlah handal cik MaiH ini. Aku ada gak rasa skit donut dia. Dia je tak dan nak rasa donut aku. Hiksss...

Selesai beli donut yg memakan masa hampir 30minit di situ sahaja, kami meneruskan perjalanan ke tempat barang2 yg MaiH ingin beli. Dah dapat semua barang yg dalam & luar list, pejalanan diteruskan untuk pulang.

Satu2nya gambar yg di amek pada outing kami berdua kali ini. Hiksss...

1st sun on nov

Sangat berpuas hati kerana telah dapat menonton movie yg sy idam2kan untuk menontonnya. Ditemani oleh sahabat saya. Mulanya agak was2 jugak nak gi sesorang. Teragak2 is the exact word. Kalaupun tak keluar menonton wayang, pasti juga akan sy keluar menguruskan beberapa urusan.

Masih berfikir & membuat kira2 selepas bangun pagi. Tak dapat buat decision. Gi plak mandi. Masih belum dapat buat keputusan samada nak keluar ke tak. Keluar nak gi buat ape. Kalau takat nak poya2 menhabiskan masa & fulus, rasa tak berdaya la plak. Takpe, pk dulu nak kuar pakai baju pe. Gi iron baju & tudung.

Walaupun pakaian yg akan dipakai telah siap sedia, aku masih belum dapat bulatkan keputusan. Takpe la, kata aku kepada diriku sendiri. Teruskan dengan langkah selanjutnya yg perlu dilengkapkan sebelum kuar rumah. Bersiap rupa. Bukan apa sangat pun. Takat pakai moisturizer & berbedak skit.

Tiba2..

Masa dok apply moisturizer, MaiH msg mengkhabarkan yg dia free. Aku gitau la yg aku nak kuar. Time baca msg MaiH tu baru la aku decide nak gi tgk wayang. Alone. Hiksss..

Selepas negotiate beberapa ketika, akhirnya keputusan telah berjaya dicapai. Aku akan g amek MaiH kat INTAN. Kat Mont Kiara. Tempat yg sebelum ni aku tak pernah sampai. Sebelum ni MaiH dah gitau nama tempat dia kursus. Tapi aku plak bleh terkonpius antara Mont Kiara & Kinrara. Muahahaha...

Dengan panduan yg diberi oleh roomate MaiH, alhamdulillah aku berjaya juga sampai ke tempat MaiH berkursus. Uhh.. Tempat itu adalah sangat sunyi & menenangkan fikiran. Tapi itu kalau nak bercuti la. Kalau nak dok situ, sangat mati kutu. Sangat diam & sunyi. Isk2...

Aku tiba di tempat MaiH sekitar 20-30 minit selepas aku gerak dari umah aku. Perjalanan yg agak selesa. Kereta banyak tapi tak menyesakkan. Berbeda sekali dengan keadaan sewaktu aku pulang dari ber'dating' bersama MaiH.

Thanx a lot my dear fren kerna telah menemani hari minggu ku. Akan ku sambung di lain entry mengenai movie yg kami tonton & apa aktiviti yg telah kami sempurnakan semasa dating hours-6 bersama2. Lalalala...



~~~Naper la aku abadikan beberapa keping gambar sewaktu kami keluar together. Haihhh... Rasa tak seronok plak bercerita tanpa mempamerkan barang 1,2 keping gambar. Huhuhu...

alone

Ahaksss... Again. I'm alone in my office. Tapi bukan masalah besar pun bila sy sesorang di opis ini. Sudah biasa begini. Semalam I had a long talked with my father. Hmm.. Banyak nasihat yg dilontarkan. Banyak telah aku fikirkan. Apa yg dikatakan??? Nothing much. Just a father daughter chit chat. Sampai penghujungnye aku dah jawab ngan hmm, ok. Simple & short answer. Jawapan selamat pun.

Ok la.. Berbalik kepada tajuk sebenar. Sy sesorang sebab sorang dah berhenti. Sorang lagik cuti panjang. She's going to get marry this weekend. Congratulation.. Patutnya yg nak kawen tu start cuti on this Wednesday. Tapi mintak balik awal sebab de hal nak kena setelkan kat kg katanya. Sebab tu la sy keseorangan. Yeehaaa...

Seronok plak I ni bila keseorangan. Tapi de gak pro & con bila keje sesorang ni. Bila banyak keje, terbeban sorang diri la. Tapikan. Keje sesorang ni, kalau wat salah, memang kompem dari aku. Tak perlu nak tunding kat orang lain. Takde la salah orang lain aku yg kena tanggung. Leceh camtu. Cam 1 peristiwa last wik.

Hal dah lepas. Aku jadikan teladan supaya di kemudian takde perkara sebegitu yg akan menimpa diri aku. Aku rasa ia datang dr diri aku gak le. Tidak memberi arahan dengan sempurna. Yg menyempurnakan tugasan plak buat sambil lewa. Kesimpulannya, dua2 pun salah. Hmm... Kena banyak betulkan diri aku kalau nak menjadi seorang pemimpin yg bagus. Hiksss...



~~~Aku dah nonton citer yg aku nak nonton. Syiokkk...
Google