Friday, October 31, 2008

boys over flowers

Yukk kita gi nonton!!!

Comey je Makino & Domyogi (baru jumpa nama pelakon ni)

Sambungan dari Hana Yori Dango. Hiksss... Cadang di hati nak le gi menonton citer ni. Aku dah ikuti 2 season(can't think other words that suit the most) citer ni. Citer ni datang dari Jepun. Citer bersiri. De la skit2 cam ala2 F4 citer Taiwan yg pernah menjadi kegilaan suatu ketika dulu. Almost the same. Cuma tak panjang meleret je. Tapi yg buat aku sedey cuma satu je. Kedua2 season tu takde dalam simpanan aku.

Season pertama aku tgk dr koleksi mfs. Manakala season 2 plak aku download sendiri. Pastu aku simpan kat dlm external hdd aku. Corrupt la plak. Sedey beb. Dalam tu ada jugak citer full house.

OWh... Berbalik semula kepada jalan yg benar. Hiksss... Citer ni mengisahkan 4 orang lelaki anak orang berada & seorang budak perempuan anak orang biasa2 je. Budak perempuan ni di minati oleh 2 orang lelaki dari 4 orang lelaki2 itu. Maafkan aku kerana aku tak mengingati nama watak2 dalam citer ni.

Semalam masa tengah baca surat khabar, aku terpandang review pasal citer ni. Kuar dalam bentuk movie plak. Mula ditayangkan semalam. Ini telah membuatkan adrenalin aku mengalir laju. Teruja nak gi menonton movie ni. Secepat mungkin kalau boleh. Aku dah usha kat pawagam berdekatan. Ada la. Tapi tak baper nak dekat. Kalau boleh aku nak ke pawagam yg palingggg dekat. Buat panggung dalam umah sendiri la kalau gitu. Huksss..

Uwaaa.. Naper tak website yg tak bahasa Jepun menceritakan pasal movie ni. Huhuhu... Kalau aku tak salah yg ni finale. Penutup kepada citer Hana Yori Dango. Tapi aku konfius. Tak 100% sure. Alahaiii... Nak kena gi tgk la kalalu camni. Jom, saper yg layan citer Jepun & nak ikot aku gi tgk??? Ayuhhh....


Updates...
(Aku dapat sinopsis ni setelah puas aku google.. Hana Yori Dango d Movie..)
Final begins as Domyoji holds an extravagant press conference to announce his wedding to Makino the following spring. The press is playing her up like a modern-day Cinderella and everything seems to be going well. Later, the families offer congratulations to the couple. Even Domyoji’s mother—who was formerly vehemently opposed to the relationship and tried desperately to break them up at every opportunity—is suddenly happy for them. She even offers Makino a family heirloom: a tiara worth 10 billion yen (about $95 million USD) called “Smile of Venus”.

Later in their hotel room, Makino begins to worry that her life is about to take a drastic change from what she’s used to. Domyoji consoles her by telling her he’ll spend the rest of his life protecting her, but just as he says that a man dressed in black crashes into their room through a window and steals the “Smile of Venus” tiara. Domyoji tries to chase the man but he vanishes into the city. By the time they get back to the hotel room the glass is completely cleaned up and the window is replaced as if nothing had ever happened. Obviously there’s some sort of conspiracy going on. Could Domyoji’s mother be meddling again, hoping to make it look like Makino carelessly lost the tiara herself? Or is someone at the hotel trying to cover up the crime? Domyoji and Makino are determined to get to the bottom of things, and end up going on a wild adventure together which takes them through Las Vegas, Hong Kong, and various places throughout the world.

8th rally

Yeiii!!! Finally team Ida & Tania managed to settle at no 3 out of 5. That the good news. The bad news is another team from M'sia, Bernie & Henry settled at the last place. Thats the end of their journey in TARA3. Huhuhuu... (Uhhh... Payah benor aku nak siapkan 1 paragraph fully in english. Sambung penceritaan in BM.)

Aku adalah penyokong pasukan yg diwakili oleh 2 orang wanita. No offend ya!!! Walaupun bukan team dari M'sia. Team dari M'sia sudah semestinya menjadi idaman hati. Lalalala...

Ida & Tania mula race 4 jam dibelakang team pertama yg mulakan race semalam iaitu Tish & Geoff. Mujur jugak la the 1st & second task, tempat nak melakukan task tu ada operating hours. So, jurang masa antara peserta dapat dirapatkan.

Dalam leg kali ni diaorang kena travel ke India dari Hong Kong. 3 team pilih penerbangan ke India melalui Singapora. Manakala team Ida-Tania & AD-Fuzie memilih penerbangan via Mumbai which the distance is nearer than those who travel via Singapore.

Sekali lagik Ida-Tania diselamatkan dengan operating hours kuil yg diaorang kena dapatkan klu for the next task. Team diaorang ni sangat lay back. Relax je. Not so much tense. They have to be the 1st to arrive at the pit stop or else they will get 30 minutes penalty. Nasib tidak menyebelahi mereka. They were 2nd to arrive.

AD-Fuzie were the 3rd team to arrive. Tapi disebabkan masa tu Ida-Tania de 30 minutes penalty, makanya AD-Fuzie came to 2nd place. Yg kelakornya masa dah nak sampai ke pit stop, beria mereka berdua berlari2 anak. Dalam last leg diaorang ditegur oleh Allan sebab tak pernah berlari sejak race bermula.

Go!!! Go!!! Go!!!

Aku menyokong AD-Fuzie & Ida-Tania tuk episod yg seterusnya. Hiksss...

Thursday, October 30, 2008

corat coret

Hari ni rasa rindu plak nak berkarya kat blog aku. Hiksss... Padahal semalam aku de je membuat coretan. Hari ni dah terasa rindu sesangat. Lalalala... Buang tebiat skit kot. Nothing much to say. Cuma pagi tadi aku hampir2 disembur oleh bos ku. Ni gara2 tak lengkap copy tuk tender yg masuk/hantar sebelum raya hari tu. Aku pas kat orang lain tuk complete kan sebab masa tu aku tgh handle tender yg satu lagik. Nak kena submit before raya gak. Aku hanya suruh fotostat kan je. Haihhh... Tu pun tak complete. Salah aku jugak sebab aku tak perhati betul2 lepas dia fotostat tu. Dia pun tak perasan yg kertas tu ada depan belakang. Haihhh... Naper la dia tak semak betul2. Bila nak cuti cepat je. Mujur juga la si bos memang tak berkira sangat pasal hal cuti. Bagi je cuti walaupun dia baru keje. Tak sampai setahun lagik. Enam bulan pun tak sampai rasanya. Aha... Lihatlah betapa barunya dia bekerja. Nanti aku pun nak gak la poya2 cuti lama.


~~~Tahun ni seperti tiada percutian famili. Tahun kewangan yg kurang memberansangkan...

Wednesday, October 29, 2008

lampu isyarat

Uhhh... Aku cuak saja pagi tadi masa dalam perjalanan ke opis. Mana la aku tak cuak. Tengah baik nye aku speed (around 70-80km/j), tetiba aku ternampak tuan polisi tahan 2 kereta. Pehh... Kecut perot saya. Korang kata tak laju??? Laju r tu tuk kawasan yg aku lalu. Bukannya payah nak lalu highway. Isk2...

Tapi kan yg ada tuan polisi tu bukan la jalan yg aku lalu. Kat arah bertentangan. Tapi aku tetap cuak jugak. Selalunya kalau lampu merah, aku akan redah jugak. Ari ni aku terbaik hati tunggu sampai lampu isyarat tukar hijau baru aku jalan. Kalau tak, kemungkinan aku dapat surat centa dari tuan polisi. Huhuhu...

Sepanjang perjalanan ke opis, aku kena lalu 3 lampu isyarat. Yg selalu aku degil & langgar lampu isyarat pada lampu isyarat yg ke-3 la. Haihhh... Tapi sebelum melintas aku pastikan jugak takde keta yg melintas dari arah yg satu lagik. Carik nahas la kalau aku main terus redah lintas je. Huksss... Sekian la peristiwa kecil di pagi hari yg sy lalui.


~~~Banyak menda yg bermain, berligar2 dalam otak aku. Need a lot of time to sort it out...

Tuesday, October 28, 2008

more cuti pleaseee

Uhhh... Saya masih dalam mood nak bercuti la. Terasa mim-alif-lam-sin je nak gi keje ini hari. Padahal takde alasan pun aku tak nak gi keje. Keje pun tengah tak banyak kat opis. Banyak masa tuk aku poya2. Lalala...

Hows ur weekend??

Mine???

Aku puas hati la jugak. Dapat berehat. Dapat berjalan. Dapat jumpa famili. Belanja lebih kurang. Semuanya secara sederhana. Paling penting sekali aku enjoy.

Owh... Satu lagik. Menerima pekhabaran yg sahabat aku sudah berdua juga buat aku ingin berkongsi kegembiraan yg dirasai sahabat aku itu. Siapa sahabat aku itu?? Biarlah rahsia. Biar hanya aku & sahabart aku sahaja yg tahu.

Sekali lagik aku nak ucapkan taniah buat sahabat aku itu. Kerana keberanian yg dia ada, dia telah dapat memiliki apa yg dia mahu. Hiksss..

Friday, October 24, 2008

match me if u can

Ni la wajah novel yg sedang aku baca.

Ending nya seperti yg aku jangka. Camne aku tau??? Sebab aku dah selak & baca the last chapter. Hiksss... Cuma aku nak tau pjalanan citer tu sehingga terjadinya perkara kat last chapter tu. Haihhh...

Naper aku mengeluh??? Sebabnya tulisan dalam buku ni kocik bonar. Dah le tu bahasa yg digunakan agak sukar nak difahami. Bukan pe. Words yg digunakan yg tak biasa di mata aku. Nak nyebut pun kekadang cam tergeliat lidah.

Aku memang pelik skit. Kalau baca novel omputih, sedaya mungkin aku akan cuba nyebut each perkataan. Tu yg sampai tergeliat lidah tu. Lalalala... Praktis make perfect ma. Lets praktis.

Melihatkan tajuknya dah membuat aku tergoda. Muahaha.. Cepat tol aku tergoda ek?? Hanya dengan buku & pakaian. Lalalala... Statement yg tak perlu aku buat. Tapi sengaja aku nak gak buat statement itu.

Aku baru sempat baca suku dari isi kandungan buku tu. Tulisan humang aih comey. Aku kena kecik besorkan mataku tuk membacanya. Hukhuk... Kalau ada kanta pembesar mungkin aku boleh speeding skit kot.

jumaat is here

Hari ni hari Jumaat. Hari yg aku dok tunggu2 since Isnin. Hiksss... This weekend akan cuti lebih satu hari. Yo la.. Monday kan cuti Deepavali. Owh.. Aku mendapat pekhabaran dari sahabat aku yg orang keje kerajaan cuti on Tuesday jugak. Benarkah???

Wah2.. Mahsyuk gitu. Cuti sampai 4 hari lepas. Aku cuti on Monday je la. Hari Selasa dah kembali bekerja... Yg penting hari cuti ni akan aku isi sepuas2nya ngan aktiviti yg aku pun tak pasti pe aku nak buat.

My parents & adek2 are here. Boleh gi merendek. Bila diorang ada kat sekeliling aku, terasa cam syiok je. No words can describe how I feel deep down inside. Indescribable. Hmm...

7th rally

Leg semalam macam tak baper nak mencabar sangat. Rasa cam takde competition je. Perubahan kedudukan pun tak ketara. Haihhh...

Vince & Sam jatuh tempat ke-2. Si Tia & Geoff di tempat pertama. Ida & Tania still at the last place. Tapi duit dioarang tak di ambil kali ni. Last wik, diorang di tempat terakhir. Pastu Allan amek abih duit diorang. Mujur jugak team mate yg lain dengan murah hari telah bagi 100HK sorang.

Opsss... Ada satu kumpulan je yg tak bagi. Siapa lagik kalau bukan Tia & Goeff.. Tapi akhirnya diorang wat gak sumbangan duit kepada Ida & Tania. Tak kisah pun pasal sumbangan wang tu. Leg semalam juga ada yield. Tia & Geoff telah yield team Henry & Berny.

Si Fuzie, aku sangat kagum ngan dia. Walaupun berbadan besar, dia telah berjaya mendaki tangga menara yg sangat tinggi. Memenatkan sudah semestinya. Berny yg sampai kemudian pun boleh over take Fuzie. Ida & Tania sangat ketinggalan.

Yg klakarnya, opah aku asyik dok tanya je mana team si Ida ni. Diorang tempat ke berapa. Pastu opah aku dok ngomen, lambat benor mereka. Haihhh... Opah aku pun dah terpengaruh gak tgk TARA3. Lalalala...

Opah siap postpone solat isyak lagik tu. Lepas abeh TARA3 baru opah gi solat isyak. Next wik nye episod, Allan dah gi tau kat Ida & Tania. Harus mendapat tempat pertama. Kalau tak diorang akan diberi penalti 30 minit.

Minggu depan diorang akan race kat India plak. Hopefully, pasukan Ida & Tania dapat mendahului pasukan yg lain. Sedangkan Fuzie & Ad dapat mendahului diorang. Aja2...

Thursday, October 23, 2008

warehouse sale

Best2...

Apa yg bestnya???

Apa lagik kalau bukan dapat membazirkan wang. Shopping!!! Hiksss...

Ada warehouse sale kat stadium melawati, Shah Alam. Pergi la meramaikan orang kat sana. Start hari ni sampai weekend. Tak ingat plak sampai hari pe. Warehouse sale di anjurkan oleh Metrojaya. Sales up to 70%. Uhh...

Sangat terliur kan melihatkan angka 70% itu. Kerana sahabat aku juga kaki jalan, kami menyinggah la. Bukan kejap. Dekat 2jam gak le. Haihh.. Tu belom sempat menjejakkan kaki ke bahagian kosmetik & minyak wangi. Rasa cam nak gi je lagik. Minyak wangi aku dah nak abeh. Kalau murah boleh aku rembat. Muahaha...

Owh... Lupa plak nak khabarkan yg sale itu bermula jam 10 pagi hingga 7.30 malam. Perhatian kepada perempuan/wanita. Anda tak dibenarkan bawa masuk handbag ye. So, sila dtg tanpa handbag. Ehehehe..

Bagi lelaki2 yg tak tahan nak menunggu or merempuh orang ramai. Anda dinasihatkan supaya tidak menjejakkan kaki ke situ kerana himpunan manusia sangatlah ramai. Tak tau nak gmbarkan camno punya ramai.

Beratur nak bayar tak hengat punya panjang la. Melingkar2 seperti ular dipalu. Ishh... Betul ni. Aku bukan sengaja nak ada2kan citer.

Haihhh... Mestilah aku tau macam mana lingkarannya sebab aku pun berada dalam lingkaran itu. Lalala... Sebab tak tahu nak pilih yg mana satu baju yg aku berkenan, aku rembat dua2 skali. Nak gi fitting room??? Malas r saya. Nak kejar masa lagik tu.

Mungkin ni la hikmahnya aku tak beli baju kat stesen lrt tadi tu kot. Aku dapat rembat sekali dua. Miahahahha... Member aku pun banyak gak membeli. Tapi dia membeli tuk anak buah dia. Aku takde anak buah ma. So, beli tuk diri sendiri je la.

Boleh tahan jugak la sales nya. Takde la murah bebenor. Barang2 kat situ pun boleh tahan jugak. Tapi haruslah rajin nak menyelak pakaian kat blah bawah. Geledah la korang puas2 hati.


~~~Tadi aku nampak FF. Siapa tu??? Farah Fauzana la. Ngan mak & besfren dia. Besfren dia laki. FF takde la besor mana sangat. Kecik. Sweet je orangnya. Lama gak aku usha. Aku mintak pengesahan dari member aku. Dia sahkan betul tu FF. Takde plak pic tangkap ngan dia. Dia pun pakai spek itam je. Nak cover agaknya. Hiksss... Sore betul macam kat radio tu. Cuma kurang garau je. Hiksss...

taklimat

Pagi tadi aku gi dengar taklimat kat KL. Gi ngan member aku r. De kawan baru syiok skit. Kalau sorang2 pun aku ngak kisah ma.. I can handle it.

Tekejar2 kitaorang gi sebab taklimat start kol 10 pagi. Kitaorang sampai lewat 5 minit. Penat bejalan laju. Tempat taklimat kat menara Maybank. Aku tidaklah sesekali akan memandu ke sana. Nak menempuh jem bagai. Oh NO!!!

Naik train je r. Tu yg bekejar2. Nak kena tukar2 train bagai.

Balik tu kitaorang dah santai skit sebabnya tak perlu kejar2 masa. Sementara nak sampai ke stesen LRT yg berdekatan sempat lagi kitaorang menyinggah kat kedai2 berdekatan. Hiksss.. Galsss....

Uhh... Aku terasa cam sedikit ralat sebab tak beli baju yg aku berkenan masa kat kedai dkt lrt tu. Uwaaa... Harga pun takde la mahal mana pun. RM19.90.

Takpe. Mungkin ada hikmahnya aku tak beli baju yg aku tangkap cintan pandang pertama itu. Nanti aku stori ape hikmahnya. Lalalala....

Wednesday, October 22, 2008

-m-0-d-3-c-u-t-i-

Aku masih tak baper puas hati lagik ngan template aku yg baru ni. Segala macam menda yg pernah aku masukkan dulu kat baju lama masih tak dapat nak di complete kan kat baju baru ni. Isk2... Nak buat penambahan pun tak baper punya masa. Masa ada. Tapi aku dah penuhi ngan aktiviti lain. Hikss...

Aku tak sabar menunggu weekend. Pe lagik. Cuti r.. Kali ni cuti lagik lama. Ala... Lebih sehari je. Tapi tetap kira. Nanti bila nak mula keje semula mesti aku terasa seperti sedikit liat.

Owh... Aku nak mulakan semula operasi mendownload. Sedikit masalah. Bukan masalah besar pun. Masalah kecik je. Biler aku download dah tak laju seperti sediakala. Dah lem balik. Sabaq je la...

Haihhh... Mengeluh lagik. Manakan tidak. Syawal kali ni sekali lagik aku tak kesempatan nak isikan ngan aktiviti puasa enam. Huhuhu... Tu la.. Awal2 ari tu tak nak puasa. Dah penghujung Syawal baru nak ngeluh...

Aku sebenarnya takde menda menarek yg nak dicoretkan. Tu pasal aku merepek je segala apa yg terpendam dalam hati. Lalalalala...



~~~I'm already in the holiday mood. Ahaksss...

6th rally???

Semalam baru aku berkesempatan nak menonton ulangan TARA3 last week. Tak dapat tgk live, tgk ulangan pun jadik la. Janji dapat tgk. Aku tak miss mana2 leg. Itu lagik penting.

Team Ida & Tania tu very the enjoying the game. Takde rush. Takde gopoh2 sangat. Diorang betul2 la enjoy. Tapi maseh lagik melakukan every task. Haihhh.. Tuk next leg harap2 mereka pulun habis2. Hopefully ada part yg mana semua peserta akan even balik kedudukan mereka.

Mujur la satu lagik team dari M'sia dapat tempat ke-2. Aku cam tak baper nak sure yg team Ida & Tania will be in final. Aku berharap sangat yg satu team dari M'sia yg akan masuk final. Yeeehhaaa..

Team Fuzie & A.d kelakor je. Paling kelakor tuk task yg bawa handbag perempuan tu. Muahaha... Tapi aku lagik tak sabar2 nak tgk next leg. Ada tunjuk preview yg diorang akan pakai pakaian wanita. Hahaha... Kelakor.

Team lain yg tinggal adalah team dari HK, Filipin, Singapore & 2 Malaysia's grup. Yeehaaa... Aja2 fighting. Maknanya tinggal lagik 2 or 3 leg sebelum final. Aduhhh.. Saper la agaknya yg ke final???

Rerun TARA3 - Sabtu, 11pm; Ahad, 11am; Selasa;8pm. Kat cenel AXN.

Tuesday, October 21, 2008

make your days brighter!!!

Accept what you must, and change what you can.

Think before you act, and not regret every moment of carelessness.

Appreciate what you have and the wonderful person you are.

Enjoy the simple pleasures of life; in nature and in people.

Forgive mistakes and forget past.

Learn and discover new experiences and take life as an adventure.

Dream and make plan for your future...

GO FOR WHAT YOU WANT

ambush

Hohoho...

Semalam umah pacik aku kena ambush ngan pembantu yg lama yg wat perangai itu. Si bibik tu la. Hari tu belagak gila. Yo la... Boleh dia kata kat macik aku yg dia tak heran pun ngan pakaian & barang2 dia yg tinggal kat umah macik aku. Nanti dia boleh beli lain. Ni tetibe je semalam dia datang umah.

Naper aku kata ambush??? Ketuk pintu umah cam nak pecah. Opah aku pun terus gi buka la pintu. Terus dia masuk menonong gi ke bilik yg pernah dia dok. Heloo... Ko tu bukannya tinggal kat umah tu lagi. Ko tu dah kuar dari umah tu. Takde kena mengena dah. Geram je aku melihatnya.

Aku tanya kat opah aku kot2 opah aku tau yg bibik tu memang nak dtg umah amek barang2 dia. Opah aku kata takde plak opah aku dengar macik aku kata apa2 pasal tu. Terus aku roger macik aku. Masa bibik tu datang, kedua2 bekas majikan dia takde kat umah.

Aku terasa bibik tu cam ada motif je datang umah time majikan dia takde. Ala... Mesti la bibik tau bila majikan dia takde umah. Weekdays, every Monday to Thursday, kol 8-9malam, macik aku hantar anak dia gi ngaji. Aku agak je. Tu pasal la bibik datang time dia tau majikan dia takde kat umah. Huh...

Dah le nak datang umah tak gitau. Hangin gak aku. Tapi aku takde kuasa nak marah or hangin lebih2. Dah le time aku cakap ngan dia cam aku cakap ngan menda tak bernyawa je. Isk2... Aku roger macik aku tanya dia tau ke bibik nak dtg amek barang. Macik aku tak tau. Dah terpaksa macik aku kelam kabut balik.

Bila macik aku balik nak cakap la ngan bibik tu. Sebok je dia nak kuar. Nak cepat2 balik. Katanya takot suami dia tinggal. Ye... Betol la tekaan korang tu. Bibik ni dah kawin. Lagipun aku dah pernah stori ma. Tu pasal dia ada suami. Suami bibik ni keje kontrak gak. Secara halal or haram aku tak pasti plak.

Macik aku terpaksa cakap ngan suami bibik tu. Cakap ngan bibik kang bukan dia paham. Kompem dia akan jawab, "Biarlah".

Sepuk juga kang...

Lepas insiden itu, macik aku kelihatan lega. Lega dapat lepas bebelan kat orang yg sepatutnya. Selama ni aku tak pernah tgk macik aku tak puas hati sampai mcm tu skali. Kali ni memang dia hangin betol la.

Sebabkan insiden tu jugak aku terlepas nak menonton citer Cinta Batu Belah kat cenel 9. Selain itu, aku pun hampir2 mis tgk Amazing Race. Ehehehe...

Monday, October 20, 2008

ayah & ibu

Ayah Dan Ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibulah mesti dihormati

Ayah dan ibu
Ayah dan ibu
Wali-wali keramat
Pada mereka kita beri hormat

Pakailah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup kita akan selamat


~~~Sedih & sayu setiap kali dengar lagu ni. Lirik & melodi mendayu. Membuatkan kita teringat kepada ibu & bapa di kampung. Hmm... Tak tau la kalau korang tak rasa apa2. Owh.. Cousin aku yg kecik kat umah tu pandai gak nak nyanyi lagu ni. Beria aku mencari & download khas tuk dia. Ehehehe... Ni semua sebab pengaruh cerita Takbir Suci yg dok tayang kat prima masa raya hari tu la. Siap de ulangan. Aku dah khatam dah ketiga2 siri. Rasa2 ada ke lagik sambungan citer tu ek???

muda siottttt!!!

Semasa aku kuar menemui sahabat aku, pacik aku yg duda itu telah membawa pulang seorang perempuan yg dia katakan bakal menjadi macik aku. Beria benor dia nak tunjuk kat aku. Tapi sedikit terkilan bila mendapati aku tiada di rumah. Ehehehe...

Tapi aku sempat juga ketemu ngan bakal macik aku itu. Perghhh... Muda siot. Muda empat tahun dari aku. Alahai... Tapi pangkat tetap tak berubah kalau dia kawen ngan pacik aku. Still kena panggil macik. Lalala...

Masa tu aku dah nak sampai kat umah. Pacik aku tu plak baru nak gerak balik. Berjumpa la kejap ngan bakal macik aku tu. Bersalam & bertukar2 senyuman. Ala kadar je..

Masuk rumah terus aku serbu opah aku. Tanya amacam ngan calon kali ni. Opah macam dah berserah je. Kalau dah jodoh & famili perempuan tu restu, go on je la. Wat pe nak menduda lagik. Hmm...

Dapat macik muda la aku. Muda dari aku plak tu. Muda dari beberapa orang sepupu aku. Haha... Cinta tak mengenal usia. Cinta itu buta. Hikss... Terasa lain macam je aku nak ulas panjang2 pasal ni. Aku sendiri pun maseh keadaan terumbang ambing. Lalala...

Owh... Sekejap je berita pacik aku ni bawa balik calon macik aku jumpa opah aku ni tersebar. Sampai mak aku pun tau gak. Aku tak ingat aku ada beritahu kat mak aku ke tak. Kalau aku de bagitau pun, mungkin 2,3 hari sebelum tu kot. Aku pun tak ingat.

Mak aku ngan sepantas kilat telah roger opah aku tuk mengetahui perkembangan semasa pasal pacik aku tu. Ehehehe... Kelakor plak famili aku ni. Kalau gosip camni cepat je diaorang sebarkan. Hmm... Sekali aku terimbau kenangan lama aku. Takpe.. Abaikan je...

akhirnya berjaya ketemu

Setelah sekian lama merancang, akhirnya semalam kami bertemu jua. Ehehehe... Syiok je. Dah lama tak berua muka. Dah lama tak beronggeng. Dah lama tak borak. Dah lama tak merapu. Banyak menda yg dah lama kami tak buat bersama2. Aku dah terbayang2 kan umah sewa dia.

Ye la.. Hajat di hati suatu hari nanti aku nak gi melepak kat umah dia. Bleh gi melayan perasaan kat tasek. Bleh gi berjalan2 di dalam hutan tengah pekan. Walaupun dia baru je dok sini, tapi dah merata dah gi berjalan. Isk2...

Siapa orang yg aku ketemu???

Nama dia Siti Raudah bt Ismail. Eh, betulkan aku eja nama ko?? Kang tersalah la plak. Isk2... Teruk la aku sampai nama penuh kawan aku sendiri pun aku tak hengat. Huhuhu...

Mula2 tu berhajat nak gi umah member kitaorang kat KL. Aku la plak tak turun KL. Pastu, member yg di contact pun tak respond balik. Tu yg kitorang janji kuar 2 orang je. Dapat naik keta baru dia. Best woooo....

Ntah camne & ntah dari mana aku dapat info yg dia beli Pesona. Walhal keta lain yg dipandu masa berjumpa ngan aku semalam. Aku dah was2 dah masa mula2 tu. Sekali betol la itu kawan aku. Hahahaha...

Lama gak kitorang dok borak kat kopitiam. 2 gelas white coffee aku order. Balik umah tu dah mula terasa tak baper nak sedap badan sebab dah terlebih kafein dalam badan. Tu r... Minum sampai tak hengat kesan sampingan. Sedap punya pasal, aku ketepikan soalan berbangkit yg lain.

Mungkin lain kali kita boleh berjumpa lagik. Hmm... Tapi ntah bila masa itu akan tiba. Haihh... No pic to show to all of u. Aku terlupa langsung nak snap 1,2 gambar buat kenangan dating kitorang semalam.

Kengkwn yg lain, bila lagik kita akan ketemu??? Roger me if u know me... Kita eratkan semula tali persahabatan yg telah terputus.

1st open house

Serius... Aku tak tipu. Hari Sabtu hari tu adalah open house pertama yg aku hadiri sepanjang musim perayaan 2008 ini. Ehehehe... Cam pathetic je bunyik nye. Takde mende la n ak pathetic pun. De orang lagik la. Tak pernah langsung menghadiri open house sepanjang hidup dia. Hmm... Patutnya aku bersyukur.

Open house ini di anjurkan oleh Kate & hubby. 3 jenis masakan yg disediakan Kate. De mihun goreng, nasi impit + kuah kacang & spageti. Boleh tahan podas jugak la masakan dia. Dia kata sebab cili yg dia gunakan kot. Bagi mereka yg tak makan pedah, memang leleh la air mata. Hiksss...

Aku yg sememang tak leh kalau tak makan makanan pedas siap tambah 2 kali lagik bihun goreng yg pedas itu. 3 round juga aku amek makanan. 2 round aku makan bihun goreng. 1 round lagik aku rasa spageti plak. Kuah kacang aku culik rasa skit dari Yumie. Tak senonoh betul si Yum. Boleh dia campurkan keju dalam kuah kacang. Isk2...

Masa ni la aku dapat ketemu ngan kengkawan yg bukannya dok jauh tara mana pun. Cuma aku je yg tak kesempatan & tak dapat nak join mereka2 bila mereka keluar berfoya2. Kekadang tu terasa gak nak join. Tapi tak dapat. Maafkanlah aku. Hmm...

Aha... Ni aku nak sentuh pasal pakaian plak. Aku pakai simple je. Ala2 casual gitu. Member2 aku yg lain yg tiba dengan memakai pakaian hari raya. Tapi aku la paling sempoi sekali. Hahaha... Takpe la. Itu aku. Korang pun tau aku ni camno. So, abaikanlah kalau pakaian aku tak sempurna cam korang.

Aku paling awal tiba. Awal juga aku cabot. Yo la... Aku nak kena drive balik sesorang. Kalau ada kawan tu ok skit. Takde la rasa berbagai2. Lalalala....

Jalan nak balik pun aku tak tau. Aku pun tanya la petua dari Kate. Separuh jalan kuar dari kawasan rumah Kate, aku dah terlupa. Ahhh... Bedal je la. Nak cari signboard buat pedomana pun takde. Aku dah le tak besa ngan tempat tu.

Actually, area KL-Selangor memang aku tak besa. Tambah plak malam. Ngan tahap kerabunan aku ini lagik. Meraba juga la aku nak cari jalan pulang. Dok dalam keta ngan penghawa dingin terpasang pun aku boleh rasa panas. Huhuhu...

Aku bawa keta slow2. Aku nak elak lalu tol. Takot kang dah masuk tol lagik payah aku nak patah balik. Kawasan yg aku lalu tu cam kurang kenderaan. Haihhh... Mana la cek nak ikot ni... Teruskan je la...

Terus punya terus, akhirnya aku keluar ke jalan yg aku memang familiar. Alhamdulillah. Baru konfiden nak jalan pulang sebab aku dah masuk ke jalan yg aku familiar. Kalau tak, mo meraung aku mencari jalan pulang. Hukhuk...

Terima kasih berbanyak kepada Kate & Ariff kerana telah menjemput aku menghadiri open house korang. Aku datang bawa diri & pewot je. Nak tolong pun dah takde menda nak tolong. Isk2... Segan gak. Pe2 pun... Aku enjoy...


~~~Gambar sekitar majlis tu kena tunggu cik Yum bagi. Dengan segera ye Cik Yum... Trimas...

Friday, October 17, 2008

terlepas...

Uwaaaa.... Saya sangat sedih sebab tidak dapat menonton TARA 3 semalam. Ni semua gara2 cousins aku nak nonton Zombie Kampung Pisang. Time iklan pun dia tak bagi aku nak tukar cenel. Disebabkan aku sedar diri yg aku hanya penumpang di rumah itu, maka aku beralah sahaja la.

Dah abeh citer Zombie tu baru la dia bagi alih tv lain. Pastu sibuk dok paksa2 aku kuar tgk tv. Masa tu aku dah betapa dalam bilik. Aku kan suka betapa dalam bilik. Lagipun aku tgh cuba sedaya upaya menghabiskan novel yg aku baca. Tak habis2 lagik2. Huhuhu...

Yg aku tergengar semalam, team Ida Nerina last. Mujur la bukan minggu elimination. Terselamat la mereka. Tapi baki wang yg ada abih dah kena amek balik. Kena mula ngan zero. Harus meminta sedekah dari orang ramai. Isk2... Kena tonton siaran ulangan la nampaknya.

Thursday, October 16, 2008

kosong

Tried to take a picture of love
didn't think I'd miss him
that much
I want to fill this new frame
but its empty

tried to write a letter in ink
its been getting better I think
I got a piece of paper
but its empty
its empty

maybe we're trying
trying too hard
maybe we're torn apart
maybe the timing
is beating our hearts
we're empty

and I've even wondered
if we should be getting under
these sheets
we could lie in this bed
but its empty
its empty

maybe we're trying
trying too hard
maybe we're torn apart
maybe the timing
is beating our hearts
we're empty

---The Click Five, Empty---

mengidam

Tetiba aku terasa seperti nak makan kerepek semalam. Aku pun khabarkan kepada sahabat yg dok di depan meja aku ini yg aku teringin nak makan kerepek. Tanpa sebarang maksud ye. Aku pun tak tau naper aku beria sangat teringin nak makan kerepek. Gaya orang mengidam je. Huhuhu..

Pagi ni aku dikejutkan dengan 2 botol kerepek. Ha, jangan cemburu ngan aku ya kengkwn. Dah lama tak terima layanan sedemikian rupa. Baru je aku sebut2 semalam. Hari ni dah muncul depan mata. Impian menjadi kenyataan. Ahaksss...

Ni la kerepek yg aku cari2. Kat umah pun de gak kerepek. Siap ada kerepek pedas pujaan hati aku lagik. Tapi kerepek pedas tu cam masuk angin. Tak masyuk. Ye, sy memilih. Nak yg sedap sahaja. Of coz la. Aku pasti korang pun takkan layan kalau kerepek tu masuk angin.

Owh... Lupa plak nak gitau yg aku idamkan adalah kerepek ubi. Ala, kerepek ubi biasa je. Tapi yg ada depan mata aku ni 2 jenis kerepek yg bukan seperti aku idamkan. Tapi aku layankan je. Ehehehehe...

Kerepek ubi ngan lada hitam. Best... Rasa berangin je pewot makan lada hitam. Ehehehe...

Ni plak versi pedas de serbuk cili. Yg ni aku kurang layan. Ehehehe...

Dah orang bawakan, banyak plak songeh aku. Aku bersyukur sesangat. At least aku dapat la tahan air liur dari meleleh sementara tunggu aku tunggu mak aku datang bawakan kerepek ubi yg aku nakkan. Hiksss...

Terima kasih bebanyak kepada Ida Murni sebab telah membawa 2 balang kerepek ini buat aku. Lalalala...

Tuesday, October 14, 2008

kojer jalan

Hari ni separuh hari aku habiskan di luar. Hoorraaayyyy!!!

Tapi aku baik hari ni. Aku tak mengular lebih2. Aku mengular skit2 je sebabnya aku de bawa kawan. Kawan opis gak le. Dulu dia jaga kat site. Skang dah dok kat hq. Bos la suruh aku angkot dia skali. Ada a few job nak kena setelkan. De teman borak.

Ha, yg ni sudah semestinya kawan pompuan. Nama dia Ida. Aku nak kuar ngan kawan opis laki??? Non ado la. Kebanyakkan dah kawen. Takot aku nak kuar merayap ngan laki orang ni. Kang kena gosip la plak. Ha... Saper nak jawab????

Isk2... Tak banyak aktiviti menarek yg aku laksanakan. Dalam kepala otak aku nak cepat balik opis je. Manakan tidak. Aku ada projek yg dalam proses. Hehehee... Projek apa lagik kalau tak projek lagha nak siapkan download drama bersiri Jepun. Best gak le.

Nanti2 aku stori pe citer yg aku download itu. Aku memang layan citer bersiri Jepun / Korea / Taiwan / China. Tapi ada la syaratnya. Kena jalan citer tu menarek pada pandangan & firasat aku. Paling best skali citer kelakar & hepi ending. Saper yg suka kalau sad ending, ye tak??

Monday, October 13, 2008

pengganti

Aah... Dah de pengganti. Pengganti tuk apa??? Pengganti tuk menjaga cousins aku itu. Kan pernah aku stori pasal bibik mereka yg banyak songeh lepas orang bagi cuti yg lama tuk beraya. Tak reti bersyukur betul Isk2...

Kali ni pengganti pembantu rumah pacik aku sangatlah muda. Umurnya baru 20 tahun. So, tak panggil la bibik. Tak sesuai nak panggil bibik. Lebih sesuai panggil nama sahaja. Cousins aku yg pun panggil dia kakak. Namanya Dila.

Pacik & macik aku gi jemput si Dila ni kat umah abang dia kat sekitar Pantai Dalam kalau aku tak salah rumah abangnya. Hmm... Tgk tu. Siap gi jemput kat umah. Harap2 kali ni elok la. Budak2 tu pun boleh je get along. Very well ke tak kena tunggu la 2,3 minggu. Baru 1 hari, aku lihat ok je diaorang.

Kali ni macik aku train elok2. Jangan bagi senang sangat macam pembantu yg pertama. Tambah plak ada opah aku sebagai mata. Opah aku dok jadi reporter gak le. Dok soal siasat lebih kurang. Pastu report kat aku, macik & pacik aku jugak.

Hari Ahad, letih jugak si Dila tu. Pacik aku wat makan2 skit. Panggil macik aku, kakak pacik aku yg sulong 1 famili ke umah. Mujur 1 famili je. Kalau banyak famili, lagi kepenatan la si Dila. Kita tunggu je la camne performance si Dila ni nanti.

3 jam killing time

Pemandangan dari bilik menunggu

Hari yg sedikit membusankan sebab 3 jam dihabiskan kat tempat servis keta sahaja. Saper plak la nak amek aku gi beronggeng. So, kena la aku dok kat situ berangan selama 3 jam. Huhuhu... Naseb baik la memang tepat 3 jam. Kalau tak, mo kematu bontot aku kena dok situ je.

Mula2 tu aku mengeluh gak sebab takde tempat proper yg lebih selesa tuk menunggu. Ngan takde tempat makannya. Aku dah le tak sempat nak isi pewot seblom kuar umah. Isk2.... Tu la akibatnya kalau lebihkan tidur. Sayang nak kurangkan tidor. Bangun cukup2 time je tuk bersiap ngan punggah kuar segala khazanah yg dalam keta aku tu. Banyak khazanah. Bak MaiH kata khazanah aku tu menyebabkan keta aku terpaksa menggunakan tenaga yg lebih. Ehehehe...

Tu pun aku redah lalu tol je sebab nak kejar masa. Takot terlewat sampai. Dah le ngan aku tak begitu sure jalan nak ke pusat servis tu. This is my 1st time to go there. Alhamdulillah, tak susah nak cari. Berbekalkan alamat yg aku ada & panduan yg aku dapat dari google map.

Owh... Itu sudah menjadi perkara biasa bagi aku. Kalau aku tak biasa ngan tempat tu, terlebih dahulu aku akan cari jalan nak ke sana. Supaya lebih mudah tuk aku mencari. Agak ceruk gak le tempat servis tu. Aku belajar jalan baru. Bagus jugak tu.

Aku bukan nak puji lebih2. Tapi aku sangat senang ngan tempat servis tu. Tepat masa seperti yg dijanjikan, keta aku telah di ambil tuk mula operasi servis. Seperti yg dijanjikan, 3 jam selepas itu siap sudah.

Tengok tu. Sibuk bercerita pasal hal lain aku dah lupa nak masukkan citer yg kat tempat servis tu ada je kafe. Lepas busan hanya duduk melangut & menonton citer katun kat tv3, aku pun angkat punggung & mula gerak meninjau kawasan sekeliling. Sekali tu aku terjumpa ruang munggu yg lebih selesa & juga juga. Yabedabedu!!!!

Boleh aku terlelap kat bilik menunggu tu. Haihhh... Aku pun tak tau naper aku sleepy sangat masa tu. Non ado rasa segan dah. Dalam bilik tu de je orang lain yg dok menunggu sama. Ada yg bawa laptop berserta ngan alat broadband diaorang. Boleh diaorang online. Saya sangat kecemburuan melihat mereka boleh online. Oleh itu, saya telah pun pasang angan2 yg suatu masa nanti sy pun akan online seperti mereka. Hahaha..

Aku ada bawa sekali novel tu buat bahan aku membunuh masa yg ada. Tapi novel itu tidak aku gunakan. Aku hanya usung ke hulu & ke hilir. Buka & baca 1,2 baris je. Not in the mood to khatamkan novel itu. Haihhh...

Separuh hari cuti Sabtu aku dihabiskan kat pusat servis itu. Aku senang hati. Kenderaan aku telah berada dalam kondisi yg paling selesa. Juga telah dibersihakan luar & dalam. Aku sangat puas hati ngan servis yg mereka telah lakukan. Trimas bebanyak. Selamat maju jaya.

Untuk mereka yg mempunyai kenderaan keluaran proton & berada di sekitar Shah Alam, boleh la mendapatkan perkhidmatan menservis kenderaan di pusat servis yg terletak di Glenmarie. Ni alamatnya:-

No 14, Jalan Jurunilai U1/20,
Hicom Industrial Park, Seksyen U1,
40150 Shah Alam.
03-78031777



~~~Harga yg dikenakan standard harga kat pusat servis. Aku tak dapat nak klasifikasikan sebagai mahal/murah sebab this is my 1st exprience bawa keta gi servis. Ehehehe... Sebelom ni abah aku yg bawakan. Tuk major servis yg aku kena, harga pekhidmatan RM300. Bukan genap la. Sekitar itu harganya. Korang yg biasa tu nilaikan la yerk..

Sunday, October 12, 2008

better in time

Ini versi aku. Kemungkinan title sama seperti Xara.

Aku lelah. Biarkan aku berehat seketika. Berapa lama aku perlu masa tuk berehat aku tak pasti. Kemungkinan aku akan pulih dari lelah ini. Mungkin juga aku tak akan pulih. Ntah la... Yg punya jawapan hanya aku. Sayangnya, aku tak mampu nak menjawab persoalan yg satu itu. Moga luahan aku ini dapat mempercepatkan proses pemulihan & pemuliharaan hati aku. Aminnn...



~~~Maaf Cik Xara sebab dah mencilok tajuk seperti yg terdapat di blog u. Kisah kita berbeza. InsyaAllah, both of us will be better in time.

Friday, October 10, 2008

5th rally

Uhh... Rally semalam sangatlah mendebarkan. Manakan tidak. Pasuka feveret aku, Ida & partner sangatlah tidak bernasib pada 1st task itu. Yg ke cari blu print cd. Payah dow.. Kebarangkalian nak dapat cd yg betul sangat kecil sebab cd yg ada sangat banyak. Walaubagaimanapun, mereka berjaya juga. Hiksss...

Seperti biasa, aku pasti tidak sabar menunggu tuk next leg. Next wik la. Kasihan cik MaiH kerana tidak dapat mengikuti kesudahan game ni. Nanti I update u yerk. Hiksss...

The only team yg buat cabaran bawa setimba air menaiki tangga tokong yg tinggi itu adalah pasukan Ida Nerina. Cayalah. Sangat gagah perkasa la mereka. Kalau aku tentunya akan pilih yg pick itu. Dah le leh dapat 3 ekor beruang kecik yg comey. Ahaksss... Pasukan Thai terkeluar semalam. Diaorang cam dah patah semangat.

Itu sahaja ulasan pendek dari aku. Aku tak kerajinan nak ulas satu persatu aktiviti mereka semalam. Saper yg tak sempat nonton semalam boleh la saksikan ulangan ari Sabtu jam 11 malam or Ahad 11 pagi kat cenel AXN. Saper takde Astro, tak dpt den nak nolong.


~~~Syiok off semalam. Siang tu tidoq tak hengat. Ehehehe.... Malam dah payah nak tidoq. Isk2...

Thursday, October 9, 2008

-t-u-r-t-l-e-s-

Kisah teladan 3

A turtle family decided to go on a picnic. The turtles, being naturally slow about things, took seven years to prepare for their outing. Finally the turtle family left home looking for a suitable place. During the second year of their journey they found a place ideal for them at last!

For about six months they cleaned the area, unpacked the picnic basket, and completed the arrangements. Then they discovered they had forgotten the salt. A picnic without salt would be a disaster, they all agreed. After a lengthy discussion, the youngest turtle was chosen to retrieve the salt from home. Although he was the fastest of the slow moving turtles, the little turtle whined, cried, and wobbled in his shell. He agreed to go on one condition: that no one would eat until he returned. The family consented and the little turtle left.

Three years passed and the little turtle had not returned. Five years…six years… then on the seventh year of his absence, the oldest turtle could no longer contain his hunger. He announced that he was going to eat and begun to unwrap a sandwich.

At that point the little turtle suddenly popped out from behind a tree shouting, ‘See! I knew you wouldn’t wait. Now I am not going to go get the salt.’

[ Some of us waste our time waiting for people to live up to our expectations. We are so concerned about what others are doing that we don't do anything ourselves .]



~~~Dalam ketiga-tiga kisah teladan, yg ni la favorite aku. Tak dapat bayangkan si kura2 perlu ambil masa yg lama tu ber'picnic'. Tapi sangat cute la.

F R O G S

Kisah teladan 2.

A farmer came into town and asked the owner of a restaurant if he could use a million frog legs. The restaurant owner was shocked and asked the man where he could get so many frog legs! The farmer replied, ‘There is a pond near my house that is full of frogs - millions of them. They all croak all night long and they are about to make me crazy!’ So the restaurant owner and the farmer made an agreement that the farmer would deliver frogs to the restaurant, five hundred at a time for the next several weeks.

The first week, the farmer returned to the restaurant looking rather sheepish, with two scrawny little frogs. The restaurant owner said, ‘Well… where are all the frogs?’ The farmer said, ‘I was mistaken.. There were only these two frogs in the pond. But they sure were making a lot of noise!’

[ Next time you hear somebody criticizing or making fun of you, remember, it's probably just a couple of noisy frogs. Also remember that problems always seem bigger in the dark. Have you ever laid in your bed at night worrying about things which seem almost overwhelming like a million frogs croaking? Chances are pretty good that when the morning comes, and you take a closer look, you'll wonder what all the fuss was about .]


~~~Aku rasa cam aku pernah dengar citer ni dalam versi BM. Ni yg Eng punya.

the pretty lady

Kisah teladan 1.

Once upon a time a big monk and a little monk were traveling together. They came to the bank of a river and found the bridge was damaged. They had to wade across the river. There was a pretty lady who was stuck at the damaged bridge and couldn’t cross the river. The big monk offered to carry her across the river on his back. The lady accepted. The little monk was shocked by the move of the big monk. ‘How can big brother carry a lady when we are supposed to avoid all intimacy with females?’ thought the little monk. But he kept quiet. The big monk carried the lady across the river and the small monk followed unhappily. When they crossed the river, the big monk let the lady down and they parted ways with her.

All along the way for several miles, the little monk was very unhappy with the act of the big monk. He was making up all kinds of accusations about big monk in his head. This got him madder and madder. But he still kept quiet. And the big monk had no inclination to explain his situation. Finally, at a rest point many hours later, the little monk could not stand it any further, he burst out angrily at the big monk. ‘How can you claim yourself a devout monk, when you seize the first opportunity to touch a female, especially when she is very pretty? All your teachings to me make you a big hypocrite The big monk looked surprised and said, ‘I had put down the pretty lady at the river bank many hours ago, how come you are still carrying her along?’

[ This very old Chinese Zen story reflects the thinking of many people today. We encounter many unpleasant things in our life, they irritate us and they make us angry. Sometimes, they cause us a lot of hurt, sometimes they cause us to be bitter or jealous .. But like the little monk, we are not willing to let them go away.We keep on carrying the baggage of the 'pretty lady' with us. We let them keep on coming back to hurt us, make us angry, make us bitter and cause us a lot of agony.Why? Simply because we are not willing to put down or let go of the baggage of the 'pretty lady'. We should let go of the pretty lady immediately after crossing the river, that is after the unpleasant event is over.This will immediately remove all our agonies.There is no need to be further hurt by the unpleasant event after it is over.]

free off day!!!!!!!

MORNING!!!

Hola semua....

Nak aku khabarkan yg hari ini aku on leave. Bukan sengaja bercuti. Ni kira cam cuti ehsan la. Dapat cuti free disebabkan orang TNB de operasi kat sekitar kawasan opis aku ni. Dari pukul 10 pagi hingga ke 7 petang.

Maka, tak dapatlah nak beroperasi. Patutnya hari ni aku nak bawa kenderaan aku gi servis. Tapi dah fully book. Tak dapat nak squeeze in. Dapat hari Sabtu. Ok la tuh. Cuma yg herannya harga berlain benor ngan pusat servis pertama yg aku call. Hmm...

Selamat bekerja buat mereka yg bekerja hari ni. Aku berehat & bermalas2 di rumah ini hari. Jangan kalian cemburu yerk. Aku paling suka hari cuti. Dari zaman student sampai la skang. Lalalala...



~~~Ini entry auto publish. Aku sediakan sehari lebih awal. Kerana aku kerajinan. Akan ada a few copy paste entry afterward. Menarek (buat aku la).

Wednesday, October 8, 2008

My Friend

Dear My friend
Are We gonna be forever?
In the sad times and in the happy one?
Can we live together happily in our live?
Will you never betray me whatever it may takes?

My friend
Am I asking too much on your life
Cause I didn't ask for your love
I'm just asking for eternal commitment

We may have someone
Who we will love above anything
Who we will give our live to them
But can we still be friend?

My only prayer for you
Just a simple hope of wisdom
That even if you leave me someday
I know we will be still friend



~~~Pertama kali membaca poem (Should I say it a poem or quotes?? I prefer to name it as poem.) ni aku telah jatuh chenta ngan ayat2 di atas. Terlalu bermakna buat aku. Aku tujukan buat sahabat2 aku. Terima kasih kerana masih sudi menjadi sahabat aku. Buat mereka yg telah lama tidak aku hubungi, aku mohon ampun & maaf. Walau bagaimanapun aku tidak lupakan kalian. Kalian tetap dalam ingatan. Kalau aku terlupa akan kalian, tolonglah kejut aku dari lena yg panjang.

08-10-08

Hikss... Siapa perasan tarikh hari ni??? Aku perasan. Tapi takde perasaan pe2 pun. Tengah busan. Sajer nak create new entry yg merapu. Lalalala... Takde mende yg penting pun. Aku excited ni nak bawa keta gi servis for the 1st time. Owh... Jgn la tertanya adakah itu kenderaan baru aku. Jawapannya TIDAK. Itu kenderaan lama. Cumanya baru pertama kali aku yg nak membawanya sendirian ke pusat servis. Janji temu telah diaturkan. Berdebar2 gak le.

Selalunya tuan empunya kenderaan yg bawa gi servis. So, segala charges yg terlibat akan dilangsaikan oleh tuan empunya walaupun yg dok membelasah kenderaan itu adalah aku. Hiksss... Terok gak aku ni. Kali ni kena major service. Agak berlobang besar jugak la poket aku nanti. Ada la dalam RM400++.

Mujur la aku dah sediakan bajet tuk servis kali ni. Haihhh... Ini la sebabnya aku belom berkemampuan memiliki kenderaan sendiri. Aku maseh bergantung kepada kenderaan yg disediakan FAMA. Sabor je la... Bersyukur jugak sebab mujur ada gak kenderaan yg nak dipinjamkan. Tiap2 bulan aku bayar la bayaran bulanan. Tapi hari tu renew road tax & insurans masuk dalam acc tuan empunya. Lagipun rebet masuk poket tuan empunya juga. Plus minus, seimbang jugak la.

Alasan... Alasan... Alasan...

Bukan sengaja nak mencipta alasan. Tapi itulah kebenarannya walaupun pahit tuk ditelan. Owh... Saya sudah merapek.. Better stop kat sini. Kang lagik panjang plak coretan aku.

template & widgets

I'm planning to change to a new template. Tapi de masalah la plak. Masalah kecik. Bila aku nak apply new template, abeh sumer widgets yg aku dah apply akan terpadam. Kena set up baru. Huhuhu... Saper di sini yg tahu bagaimana tuk aku lakukan agar aku dapat tukar template baru tapi tak usik langsung widgets aku. Maksudnya aku tak perlu nak buat balik widgets yg aku dah buat awalnya. Aku tak punya masa senggang yg banyak tuk godek lebih2. Ehehehe... Tp ada niat di hati nak berbaju baru blog aku ini. Lalalala...

alkisah sebab delay 4 jam

Tersebutlah kisah mengapa perjalanan pulang aku tertangguh 4 jam. Bukan itu sahaja. Tiket bus pulang yg telah dibeli pada awalnya terpaksa burn. Ni semua gara2 si bibik pembantu rumah pacik aku yg sering aku glamerkan dia kat blog aku ni. Ala... Yg aku tak seteru sangat tuh.

Gara2 dia abeh semua orang kelam kabut. Buat suka hati dia je. Orang dah bagi kesenangan & kebebasan, dia balas ngan buat perangai camni. Buat taik tol. Dah le susahkan pacik & macik aku. Pastu terpaksa la menyusahkan opah aku. Opah aku la kena tengokkan anak2 pacik aku skang ni. Sebab opah aku juga la aku kena tangguhkan kepulangan aku.

Sepanjang hari raya dia bercuti. Majikannya ngan baik telah membenarkan dia cuti 1 minggu. Nak abihkan masa & berhari raya ngan laki dia. Lagipun dia dah 2 tahun kerja. Boleh la bagi muka skit dia nak cuti. Dah tu dah kawen plak. Bagi chance dia spend time ngan laki dia la kononnya tu. Tapi dia tak kenang semua kebaikan itu.

Patutnya dia pulang semula ke rumah ari Ahad, 5 Oct. Petang tu sekitar jam 4 macik aku call tanya bibik nak balik kol baper. Macik aku dah sampai dari kampung dia kat Pahang. Laki bibik tu menjaminkan yg dia akan hantar pulang bini dia kol 8 malam. Kol 8 dah lepas. Masih tak balik lagik. 2 jam pastu dok tak de berita lagik. Macik aku kol lagik.

Boleh plak si bibik tu jawab kat macik aku yg dia nak balik Indon. Nak gi berubat kaki dia yg sakit. Dah balik dari Indon tu nanti baru dia sambung semula kerja ngan macik aku. Wah2... Sesuka hati mak bapak dia je. Dah le dok cakap putar belit je. Haihh...

Biler dah kata bibik tu tak balik umah, teros pacik aku roger aku kat kampung. Suruh angkut opah aku datang KL sekali. Masa tu dah kol 11 lebih. Malam. Uishhh.. Mana la nak ada kaunter tiket bus yg buka. Takpe la. Cuba naseb. Aku pun kol la kaunter tiket bus. Fuhhh.. Naseb baik. Diaorang tak tutup lagik. De bad news. No more tickets for the next day. Dah sold out.

Aku bgtau la pacik aku semula. Dia kata takpe kalau hari Isnin tu takde tiket. Hari Selasa pun takpe la. Janji aku bawa opah aku sama. Owhhh.. Masa tu girang sungguh rasa hatiku sebab aku bleh sambung cuti lagik. Mo tak girang. Aku dah le tengah mood cuti. Dapat lak tambahan cuti. Lagi gumbire rasa di hati.

Beberapa minit lepas tu aku menerima pekhabaran duka. Aku dikehendaki datang segera. Bawa opah aku. Haihhh.. Mana plak nak cekau tiket. Kalau aku balik drive sendiri takpe gak. Boleh pulang biler2 masa je. Ni nak kena naik kenderaan awam. Teringat plak tiket ketapi. Berserah je la. Gi website KTMB. De la plak tiket kosong. Tu pun tuk ketapi tambahan. Kol 10:31 pagi.

Maser tu dah dekat kol 11:30 malam. Kaunter dah nak tutup. Abah aku dah tempah kot tepon. Gi stesen tu amek tiket & bayor harga tiket je. Lama perjalanan ngan ketapi. Takot opah aku tak selesa je. Ye la... Orang lama kalau kena dok setempat lama2. Mo lenguh badan2. Tapi nak buat camno. Ni kire cam darurat gak le. Terpaksa macik aku cuti on Monday. Takde orang nak tengokkan anak dia. Ni semua gara2 pembantu yg tak mengenang jasa.

Pacik & macik aku merangkap majikan bibik tu sangat la baik hati. Bila bibik tu nak keluar hujung minggu, diaorang bagi. Mula2 tu ok lagik. Balik umah sebelum hari gelap. Lama2 tu dah lemak. Balik malam. Alasannya bus takde. Nak dijadikan kebetulan. Bus kat kawasan kediaman kitaorang tu memang agak susah skit. Kena alert time bus gerak.

Dah le majikan si bibik ni dah book tiket tuk dia balik Indon masa raya haji nanti. Dia kat nak cuti seminggu. Nak balik ngan laki dia. Katanya la. Baru je bulan 6 hari tu macik aku renew permit kerja. Skang ni ngan bibik tu mana ada pasport. Kalau kena tangkap memang kompem la boleh kena tangkap.

Owh... Sambung balik kisah bibik tu. Masa malam yg macik aku call bibik, dia bleh cakap ngan angkuhnya. Sangat belagak la. Dia kata nak tunggu laki dia dapat gaji. Pastu diaorang nak balik Indon. Gilok r.. Gaji aku sekali dapat pun blom boleh lagik nak tanggung 2 orang pergi & balik Indon. Camno gaji laki dia dpt tanggung mereka berdua??? Walallahualam...

Pastu bibik tu plak macam bagi arahan kat macik aku. Dia kata sok harinya iaitu hari Isnin dia nak datang umah nak amek kain baju & barang2 dia. Pastu nak amek pasport. Wah2... Dia plak yg bagi arahan kat majikan. Suka hati dia je. Terus macik aku naik hangin. Tak pernah2 la dia naik hangin. Skali tu memang dia naik angin giler..

Boleh si bibik tu kata, "Ibu nak ambil pembantu lain, ibu ambil la".

Macik aku balas la balik, "Kamu ingat ambil pembantu tu bayar pakai angin je ke".

Pandai menjawab tol bibik tu. Biler orang marah pasal laki dia dok hasut dia jangan keje jadi pembantu rumah, backing plak laki dia. Dia kata dia kawen pun pasal jodoh dah tiba. Ishhhh... Tu budak sekolah rendah pun boleh guna alasan kalau pasal jodoh. Yg aku dengar plak lain versi pasal bibik nak kawen.

Bibik tu kuat melayan. Abeh sumer laki yg call dia dilayannya. Cakap gatai2. Isk2... Aku kata yg benar. Aku pernah terdengar ma bibik tu borak. Dahsyat.. Bibik tu de gitau kat opah aku. Saper lelaki2 yg nak kat dia yg bagi cincin dulu, dengan orang tu la dia kawen. Boleh??????????

Kawen ngan saper yg cepat bagi cincin kat dia. Kemaruk sangat nak kawen agaknya. Nak tunjuk yg dia tu laku sangat la tuh. Haihhh...

Skali pacik aku gertak bibik tu teros dia jadik gabra & takot. Ye la... Bibik tu buat main2 je. Ingat kitaorang ni kanak2 ke nak di main2kan putar belit cakap. Citer pasal dia ulang alik gi umah paman dia kat Alor Star. Mudah benor. Sedangkan aku nak dapat tiket pun payah. Takkan dia jalan kaki je kot balik Alor Star tu. Huhhh... Tak masuk akal...

Skang ni bibik tu dah tak call. Macik aku pun tak call dah bibik tu selepas pacik aku warn macik aku. Takot gak kalau bibik tu sambung keje, lain plak jadinya. Time orang sumer gi keje, bibik tu lari tinggalkan budak2 kat umah. Takpun dia kasi clearance umah pacik aku. Ha, tak ke naya.

Tapi tu la... Banyak dah terbazir. Tiket kapal terbang dia. De tukar tarikh yg kena denda lagik. Uhh... Geram beb kalau ikotkan.. Walaupun aku tak de sangkot paut sangat. Banyak pro & con de pembantu. Nanti la aku kisahkan pulak aktiviti aku setelah tiada pembantu di rumah pacik aku. Ehehehe...

reply for Yumss

Ini adalah balasan kepada surat Yums cik Senior Exec yg bertarikh 6 Oct 2008.


Menemui sahabatku saudari Yums yg telah berdua tapi tidak mahu mengakuinya,


Surat saudari telah selamat sy terima & telah membacanya dengan teliti. Maaf yg saudari pinta telah pun sy terima. Hendak dibuat apa lagik. Tak sudi kiranya saudari menjejak kaki lama di bumi bertuah Taiping lebih dari 24jam. Sekejap cuma saudari sekeluarga di bandar warisan itu. Belom panas bontot sudah berangkat pulang. Huhuhu...


Tapi mahu dibuat bagaimana. Saudari harus mengikut kehendak famili. Owh... Saya paham. Saudari juga ada menjemput sy ke rumah. Bebesar hati sungguh sy dengan jemputan saudari itu. Akan sy khabarkan kepada rakan2 yg lain. Mungkin kami boleh buat tour open house. Bila lagik. Ini la masanya.


Untuk pengetahuan saudari yg mungkin tidak berapa ingat. Kebanyakan rakan2 kita (termasuk penulis surat) tinggal sendirian. Tidak punya ruang yg elok/sesuai tuk di adakan open house. Di fikiran saya, saudari mempunyai kesesuaian untuk mengadakan rumah terbuka & menjemput kami semua melawat saudari di rumah. Jika tidak, kita tunggu sahaja jemputan dari Kathy suami isteri.



P/s: Sy amat berharap SANGAT saudari sudi mengadakan rumah terbuka & menjemput rakan2 yg lain membuat hingaq di rumah saudari.


Salam sayang dari sahabat mu yg mencintai merah,

~~~R3DL0V3R~~~




Pecah kaca pecah gelas,
Balasan dibaca harap anda puas.

Tuesday, October 7, 2008

surat terbuka dari yums

KE HADAPAN KWNKU YG DIKASIHI R3DL0V3R,

Maaf diminta kerana tidak dpt melawat rumah hang di pagi raya. Ini adalah disebabkan kami kesuntukan masa. Kami hny pulang ke kampung halaman hang pd mlm raya n kembali ke Ipoh pada tg ari hari raya. Dengan itu, niat utk beraya di rumah hang utk sekian kalinye tidak kesampaian tahun ini....wuwuwuwu


Akan tetapi jemputlah dtg beraya di rumah ku pd bile2 ms. Tp kena inform dulu ye kak. Kang takde hidangan pula.


p/s: Jom la kite beraya di rumah rakan2 kite yang lain....aku tgh ade mood beraya di rumah rakan taulan ni. mari! (^_^)

Tulus Ikhlas,

YUMI YG COMEL ;p




~~~Maaflah sebab aku dah delete komen ko kat entry delay 4 jam. Ini adalah kerana aku nak buatkan 1 entry khas tuk surat yg telah aku terima dari mu. Sungguh tersusun ayat yg digunakan. Siap ada pembuka & penutup. Cam surat bercenta zaman orang dulu kala. Tunggu balasan dari sahabat mu ini. Jeng2.... Tunggu............

kerja kerja kerja

Hari ini hari pertama aku mula kerja selepas seminggu bercuti. Terasa lama & indah sungguh percutian aku walaupun hanya dok di rumah sahaja. I don't care. As long as aku dapat spend time dekat rumah aku a.k.a di kampung halaman yg terindah, aku sudah berasa puas hati. Lagipun skang kampung halaman aku dah upgrade banyak. Tentu macik aku yg dok UK tu akan terkesima melihat kemajuan bandar warisan setelah sekian lama meninggalkan bumi Malaysia. Hiksss...

Aku rasa aku takkan punya banyak masa tuk update blog kesayangan kepunyaan aku ni. Kalau ada pun juz a short entry. Kot je la. Aku hanya boleh merancang tuk hari ni. Sok2 tak tau lagik camno. Keje tengah berlumba2 nak kena setelkan. Lagipun aku dah bertekad nak menjadi pekerja yg lebih berhemah & efisen. Lalalala...

Hari ni mula kerja aku dah kena keluar. Sambil menyelam minum air. Sambil menyiapkan kerja aku sambil mencuci mata. Akhirnya aku ketemu ngan 2 barang yg memang sedang aku jejaki. Alhamdulillah.. Melayang sudah wang aku. Haihhh.. Dah abeh raya pun maseh shopping. Tuk apa plak kali ni?? Deepavali??? Muahahaha...

Pagi tadi aku sedikit kelambatan melaporkan diri tuk kerja. Haihhh.. Masih mood cuti ma. Dah le dengan sengajanya aku bangun lambat. Huksss... Sok2 je la aku bangun awal. Hari ni bagi chance kat aku nak bermalas2 lagik. Pasni kalau nak breakfast or tapau breakfast kena la sediakan sendiri. Aku masih berhutang satu citer berkaitan ngan entry semalam tuk korang. Nanti aku stori la. Tunggu...........

Ok la.. Kena berhenti kat sini dulu.. Ni je la yg termampu aku beri tuk hari ni. Entry lain yg dlm draft akan aku cuba publishkan secepat mungkin. InsyaAllah... Bagi yg baru mula kerja hari ni, kuatkan semangat yerk?? Hiksss...

SELAMAT HARI RAYA yg ke-7.

percutian tamat

Ye... Percutian aku telah tamat. Sepatutnya aku boleh cilok 1 hari lagik cuti. Tapi tak berjaya. Tu la... De lagik niat lain. Ehehehe... Aku pulang semula ke Shah Alam ngan menaiki ketapi bersama2 ngan opah aku. Harus membawa opah bersama2. Itu arahan dari pacik aku yg aku tumpang umah dia tu. Tu pasal delay kepulangan aku. Kire off day tambah 1 hari lagik la. On Monday. Hajat aku on Monday tu nak masuk half day. Tapi tak kesampaian.

Hari Ahad ari tu de sorang pacik aku yg nak balik KL. Dia ajak aku follow dia. Tapi aku tak nak. Aku rela naik bus. Kalau balik ngan pacik aku tu kena gerak awal pagi. Dah le ngan barang2 tak packing lagi. Paling utama alasan aku adalah aku dah beli tiket bus nak balik Isnin tu. Dah le harga tiket bus tu RM25. Mahal siot. Nak burn pun sayang.

Nak menjadikan tiket bus itu bukan rezeki aku. Aku memang tak dapat menggunakan tiket bus itu. Akan aku kisahkan panjang lebar nanti. Memang bukan rezeki aku betol...

Pandangan sebelah kanan aku. Ni la stesen ketapi kat kampung aku. Old skool.

Pemandangan sebelah kiri aku. Yg berkaca mata hitam & badan sihat2 tu adalah kawan aku. Nama dia Hafiza. Kat skolah dia dikenali sebagai Hafiza Gemuk.

Alhamdulillah perjalanan ngan ketapi berjalan lancar. Ketapi tiba tepat pada masanya. Ramai gak orang. Walaupun keadaan dalam ketapi agak bising, aku mampu gak curi2 lelap. Hiksss...

Ketapi dah hampir tiba. Menda alah ni baru je di turunkan oleh petugas KTMB.

Nampak tak jarum jam tu??? Kol 10.31. Waktu pagi ni. Masa ni ketapi dah mula nak gerak. Perghhh... Tepat la plak..

Abah yg hantar aku & opah naik ketapi. Abah balik sebelum ketapi gerak sebab abah tengah keje time tu. Kuar jap je nak hantar aku ngan opah aku. Isk2... Kotoq giler cermin. Kelabu asap.

Baru bangun tido ni. Aduhyaiii... Awat bulat je muka cek ni...

Nak tangkap gmbar pemandangan bebanyak pun tak best sebab cermin tak bersih. Ni la sedekit pemandangan thru tingkap aku.

Sunday, October 5, 2008

delay 4 jam

Maaflah sebab aku tak dapat menepati janji seperti di dalam entry yg lepas tuk mengupdate sebanyak yg mungkin. Kebanyakkan entry aku maseh dalam keadaan draft. Once dah touch up, aku akan publish tuk tatapan kalian. Dari report yg aku terima, aku mendapati tak ramai yg menjengah page aku ni sepanjang seminggu cuti perayaan. Almaklumla, semua orang dalam mode bercuti. Herankah korang ngan blog aku?? Non ada nya. Aku pun tak kesempatan nak menjengah blog orang lain. Ampun ya...

Tujuan sebenar penulisan ini adalah untuk mengkhabarkan yg aku maseh berada di kampung halaman lagik. Sepatutnya aku akan pulang ke kotaraya pada jam 6.30 pagi esok. Tapi apakan daya tetiba masalah lain muncul. Nak buat camne. Terpaksa la kan.

InsyaAllah aku akan pulang juga. Menaiki keretapi. Jam 10.31 pagi (MaiH, pray 4 me that the train won't delay. Hiksss...). Naper nek ketapi??? Sebab tiket bus dah elek pocik.. The choice yg tinggal hanyalah ketapi. Tu pun mujurlah masih ada tiket yg kosong. Haihhh...

Nanti aku kisahkan lagi kenapa aku terpaksa men'delay'kan kepulangan aku. Cukup sampai di sini. Aku perlu bangun awal esok. Nitezzz...

Saturday, October 4, 2008

percutian hampir tamat

Sebentar lagi seorang adek aku akan pulang ke hostel. Sekejap benor rasanya percutian raya kali ni. Owh... Aku hampir terlupa. Hari ini seorang sahabat aku telah mendirikan masjid. Ampun & maaf aku pinta sebab tak dapat nak hadiri majlisnya yg berlangsung di Langgar, Kedah. Plan awal memang nak gi pun. Sekali la ngan balik kampung kat Perlis. Dah lama aku tak balik. Parents & adek2 aku ada balik hari tu. Tu pun balik tido semalam je.

Petang tadi kuar ngan adek & mak aku. Bertiga je. Bila dah kuar, berjalan2, mencuci mata, emosi aku yg bad mud telah kembali pulih sedikit. Hmm.. Alhamdulillah. Tapi tu la. Tak syioknya sebab percutian dah tamat. Sedara mara aku pun dah pakat balik.

Tengahari tadi macik & pacik aku singgah lunch kat umah. Mak aku masak nasi ayam. Aku tak makan masa mereka2 yg lain tengah makan. Sebabnya aku dah kenyang & tak rasa lapar lagik. Owh... Aku dah kena mula kontrol makan. Kang melebor plak tak semena. Tapi aku tetap akan enjoy makan selagi kesihatan mengizinkan. Cuma kena kontrol skit je. Sebelum sakit menghinggap.

Balik dari kuar ngan mak & adek aku baru aku bantai makan nasi ayam. Dah tak masyuk sangat rasa ayam goreng madu tu. Adek aku punya bus kol 11.30 malam. Dia nak balik ke Melaka. Sok lagik 2 orang adek aku akan pulang. Aku orang terakhir yg pulang. Uhhh.. Tak syiok... Nak cuti lagik. Nak adek2 aku pun cuti sama. Ehehehehe.... Sy yg tamak..


~~~Sedikit kemusykilan. Kalau aku yg masak, pastu mesti aku tak baper selera sangat nak makan. Baru makan skit je dah rasa kenyang tak hengat. Mungkin aku kenyang hidu asap masa memasak tu kot. Itu hanya assumption yg aku buat je. Ehehehehe...

Friday, October 3, 2008

3 mlm berturut

MENGERIKAN!!!

Itulah yg aku rasa seawal bangun pagi ini.

Kenapa????

Mengapa harus begini???

Sudah 3 hari berturut2.

Mula2 mimpikan kamu call. 1st time aku tak angkat sebab tak dengar bunyi call. 2nd time aku dgr bunyi fon aku. Tapi tak angkat gak. Aku hanya mengamati musik yg kuar dari hp aku. Macam aku kenal. Dah lama tak berkumandang kuar dari hp aku. Seperti ku kenali bunyi itu. Tapi ingat2 lupa. Bila aku hampiri hp aku & melihat paparan nama di skrin, aku jadi aku. Tak angkat juga. Kemudian aku terjaga dari tidur. Tidak tahu apa kesudahannya.

Malam ke-2 pun sama. Masih orang yg sama. Cuma aku dah tak ingat pasal apa.

Malam ke-3 sekali lagik aku bermimpi. Kali ni aku berpeluang komunikasi dengannya. Aku bertemu 4 mata dengannya. Kami berbual. Kami berbicara. Kami menaiki keretanya. Bercakap. Aku kurang pasti isi perbualan kami. Tapi aku rasa indah. Mungkin kerana aku rindukannya?? Itu mungkin juga kemungkinan yg terselit. Hmm...

Apakah ini semua mempunyai maksud yg tersirat??? Aku cuba elak dari pikirkan di sebalik maksud yg terselit. Aku lebih gemar menganggap ia adalah mainan tidur kerana aku keletihan. Huhuhuhu...

Aku mendoakan dia bahagia. Itu sahaja. Walaupun tak mudah tuk aku melupakan kehadirannya dalam hidup aku. Aku pasrah. Aku berserah. Moga aku kuat semangat menempuh hari yg mendatang. Aminnnn....

dah berhenti

Alhamdulillah... Akhirnya hujan lebat & guruh telah berhenti. Dapatlah aku nak sambung semula aktiviti aku yg telah lama aku tinggalkan. Ehehehe...

Apa lagik kalau bukan menambahkan bilangan entry dalam blog aku ni yg telah lama aku tinggalkan. Ada yg dah aku sediakan terlebih dahulu tapi belum di publish je. Lalalala...

Hujan je yg dah berhenti. Tapi aku belum mo berhenti mengupdate blog aku ini. Sementara tgh & punya idea mo mengarang ini. Idea pun tak berhenti lagi ini. Tungguuuuuuuuuu....

4th rally

Yupsss.... Dah rally ke-4. Aku hanya menonton rerun kol 12 tghmlm. Tak sabaq nak nonton de next rally lak. Apsal ek aku terasa yg every rally de je grup yg disingkirkan. Blom ada yg "You are the last team to arrive & the good news is you are not eliminated".

Uhhh.. Kenapa blom ada lagik ayat itu yg terkuar dari mulut Alvin???

Yg paling menyeronokkan biler pasukan wanita dari M'sia telah berjaya memenangi perlumbaan semalam mengatasi pasukan dari Thai. Mai & Oliver kalau aku tak salah. Menci diaorang. Sangat berpura2. Tamak...

Pada leg yg lepas, mereka saling bantu membantu. Tp leg semalam, diaorang tetiba bertukar menjadi seorang yg tamak. Well, tepat la perumpamaan yg mengatakan, 'orang tamak selalu rugi macam anjing & bayang2'. Serve them right. Laalalalal...

AD & Fuzie pula telah berjaya mencuri hati aku. Akan aku sokong juga pasukan dari Singapura itu. I know that this is a game. Tak perlu nak tolong menolong. Rasa tamak itu tak dapat dibendung. Wat pe aku nak emo terlebih???

Bukan aku sengaja nak emo lelebih. Tapi cara peserta Thai itu menyebabkan aku menyampah kat diaorang. Betol la pe yg peserta dari China tu kata. Kalau diaorang nak berperangai camtu, elok kalau dari mula memang dah camtu. Ni tak. Dah banyak leg baru nak wat perangai.

Cuba jadi cam pasangan Filipina tu. Memang diaorang dari awal dah camtu. Aku tak kesot tara mana sangat la. Tu pasal aku menci grup tu. Tapi suka la plak skang. Ahaksss.... Muahahaha... korang fening?? Aku fening gak.

Menantikan leg seterusnya. Yeeehhhaaaaa....



~~~Amazing Race Amerika pun tgh on air skang. Every Monday. At 9pm.

Wednesday, October 1, 2008

salam aidilfitri

1st of syawal...

Bangun pagi. Banyak kerja yg perlu disetelkan. Malam sebelum tu pun dah tido lewat. Keje last minit. Walaupun balik kampung awal, tetap juga lambat siapkan kerja2 rumah. Akulah mandur. Aku la juga yg kena membuatnya a.k.a kuli. Kalau bagi arahan kat adek2 aku memang menyakitkan hati sajo..

Pagi tu hujan turun. Agak lebat. Dari malam raya lagik. Mujur lepas subuh hujan dah mula kurang. dah seryat. Tu perkataan aku. Aku belajor dari opah aku. Korang belajar la ngan aku. Ramai dah kengkwn aku yg dah belajar word tu ngan aku. Maksud perkataan tu, hujan dah mula slow down. Nak stop. Pagi raya baru aku nak iron baju. Mujur mak aku tak bising.

Sebabkan hujan, mak kejan aku suruh siap cepat2. Gi masjid cepat2. Nnti tak yah la susah hati kalau tak punya tempat nak solat. Masjid kat kampung aku bukan la besor mana. Biler time raya, ramai yg balik kampung. Tu pasal masjid pun full house. Hiksss...

Seronok sembahyang raya pagi tu. Dingin je. Masa aku jalan kaki gi masjid hujan dah berhenti. Aku gi ngan mak & abah. Adek2 aku lembap bersiap. Diorang gi kemudian. Dah le diaorang gi kemudian, balik diaorang dulu plak tu. Masa aku sampai umah dari masjid, tgk adek2 aku dah bergelimpangan depan tv. Haihhh...

Kami bersalam2 di rumah sebelum gerak gi umah opah. Sampai kat umah, sedara mara yg lain takde. Diaorang gi kubur. Selalu gi petang raya. Mana nak sempat gi petang raya. Petang tu sibuk ngan aktiviti iftar besaran itu.

Biler sedara mara aku balik dari kuburan, mula plak beraya ngan pacik & macik & sedara mara yg lain. Kecoh. Riuh. Itulah suasananya. Belum kalau semua keluarga berkumpul. Lagik riuh dibuatnya. Kurang lagik 2 famili. Belom sempat beraya bersama famili, famili kita orang datang beraya. Continue selepas itu la jawabnya.

Lepas je famili kitorang balik, anak jiran opah aku plak datang melawat. Mujur la jugak masa diaorang datang dah sempat abeh beraya. Cuma ngan aku je cousins aku tak sempat beraya. Tak beraya ngan aku, manakan ada duit raya. Aku suruh diaorang datang beraya kat umah aku. Baru boleh dapat duti raya. Aku di cop kejam. Ahhh... Suka aku la. Hiksss...

Malam tu, lepas magrib sedara mara aku kat umah opah datang beraya kat umah aku. Aku menyediakan juadah bihun goreng singapore ngan kek batik. Banyak siot aku goreng mihun. Sampai 3 bungkug. Naik lenguh tangan aku mengaco nak bagi rata. Isk... Banyak gak sumbangan aku kat dapur masa kat umah hari tu. Sampai surender aku nak masak dah. Ahakss...

Aku kasik gamble citer semuanya dalam 1 entry. Tak kelaratan ma. Aku pun not in the mood nak tangkap gambar. Kamera aku dah serah kat adek aku. Diaorang pun malas nak snap gambar. Haihhh... Terok betol diaorang ni.

So, tak banyak gambar nak ditayangkan.

Percubaan pertama nak bergambar ngan adek bongsu aku. Tak jadi. Aku plak tertutup mata. Isk2...

Percubaan kedua baru berjaya. Tapi adek aku plak buat kopiah dia camtu. Cam bujal je. Ehehehe... Kitorang nak gi umah opah. Sedondon kan?? Kami 1 famili sedondon. Lalalala...

Brooch rantai fesyen baru yg patutnya aku nak bagi kat mak aku. Tapi mak aku tak mo la plak. Dapat lah kat aku. Mak aku amek yg aku beli tuk aku. Lalalala...

Idlan beraksi 'giga'. Pandai sungguh budak kecik ni beraksi bila depan kamera. Kalau tengah menangis di suruh posing bergambar, dia boleh stop nangis. Dah abeh posing sambung balik nangis. Haihhh...

pagar raya

Hasil pagar yg telah dicat. Gambar cam kelam2 skit sebab aku snap dari dalam keta. Before ke umah opah aku.

Pagar kat umah aku ni siap di cat pada malam raya. Yo la... Abah aku tunggu adek2 aku balik baru nak mula proses mengecat. Yg botol2 tu cat diberi oleh opah aku. Kalau nak cat seluruh pagar, tak cukup la plak. Buat cat botol je cukup la.

Hari Ahad 28/9, baru diaorang nak mencuci pagar tu. Malam lepas terawih pun diaorang sambung cuci gak. Pastu jiran depan umah aku ngan baik hatinya bagi pinjam pam air yg tuk cuci dinding. Ha, cepat la skit keje mencuci. Kuat sungguh pancutan air tu.

Pagi Isnin 29/9, adek bongsu aku gi kuar ngan abah gi beli cat kaler ijau. Adek2 aku yg lain tak mo ikot. Tu yg bongsu kena gak ikot. Itu pun adek bongsu aku dah warning awal2. Kalau yg lagi 2 abang dia tak berkenan ngan kaler yg dia pilih, dia tak nak bertanggungjawab.

Petang tu jugak diaorang start keje2 mengecat. Tengahari buta. Mesti la panas & kepenatan. Bila diaorang masuk berehat, tetiba hujan plak turun. Tak dapat meneruskan keje. Tinggal 1 hari je lagi sebelom raya.

30/9 tu aku dah bising gerak adek2 aku bangun pepagi gi cat. Abehkan yg mana patut. Same like yesterday. Hujan turun di tengahari. Tapi tak lebat sangat. Petang tu dah tak hujan. Diaorang cat lagik. Setel...

Malam raya tu tinggal nak touch up yg mana kekurangan. Perghhh... Akhirnya siap jugak. Naseb tak terbantut hasrat nak mengecat seperti tahun2 sebelum tu. Ehehehe... Kombinasi kaler yg menarek. Good job to my bros...
Google