Tuesday, September 30, 2008

alhamdulillah

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampunkan salah & silap aku. Jika ada terkasar bahasa di dalam entry aku ke. Wow... Sekejap je masa telah berlalu. Sebulan telah kita lalui bulan Ramadhan. Alhamdulillah...


~~~Agak pendek entry aku kerana kesibukan sedikit. Alamklumla... Prepare pe2 yg patut tuk hari raya..

Monday, September 29, 2008

fish-spa

Ni percubaan pertama aku tuk melakukan Fish Spa. Hiksss... Memang geli la bila ikan mula menggigit kaki aku. Tapi bila dah ilang rasa geli tu baru timbul rasa syiok. Masyuk je. Tapi aku tak perasan plak perubahan kat kaki aku. Tak kuasa la nak telek plak. Muahaha...

Tapi kalau aku kata lepas je ikan2 itu menggigit kaki aku membuang kotoran2 yg ada, aku rasa cam kaki aku ringan skit. Eeheheh... Aku tak tau la sama ada ini hanya perasaan aku yg perasan ataupun kebenaran yg sebenar. Lalala...

Kami bertiga, aku, MaiH & Xara mencoba aktiviti ini sementara tunggu adek aku nak mai menjemput aku pulang. Ye, aku sgt mengada2. Menggunakan khidmat adek aku tuk memandu aku keluar bersama rakan2. Senang.. Tak perlu nak susah payah cari parking. I like di manja2kan ini. Huhuhu...

Korang gi la coba. Syiok juga bila ada ikan gigit buang kotoran. Aku rasa ikan2 yg tempat aku gi tu dah kekenyangan. Tu yg tak larat nak makan kotoran kat kaki kitorang. Paling kurang sekali ikan gi kat kaki Xara. Mesti sebab kaki dia kurang kotoran. Hihihi....

Ni masa baru mula2 masukkan kaki. Terasa geli giler. Cam nak angkat je kaki kuar dari air semula. Baru nak mesra2 ikan2 tu sumer ngan kaki2 aku. Tak banyak yg datang melawat lagik.

insiden yg memalukan

Ini adalah cerita yg bagi aku amat memalukan diri sendiri. Yo la... Saper suruh aku konfiden terlebih sampai 200%. Maafkan aku sahabat kerana sikap aku yg over confident & berlagak bagus pada hari kejadian. Adushhh..

Kejadian berlaku semasa aku, MaiH & Xara berada di dalam kedai kasut R3D Modani. Tujuan kami masuk ke kedai itu adalah tuk merembat kasut yg berkenan di hati. Ada 2 pasang kasut yg telah berjaya memperoleh perhatian aku. Kedua2nya jenis peep toe (tak sure ejaan). Terasa cam nak mengikuti perkembangan fashion la plak. Walaupun tak berapa up to date pun fashion aku. Hahaha...

Yg pertama tu dah takde size aku. Beraleh kepada pilihan ke-2. Bila Xara tanya kat aku kaler aku yg aku amek tuk test. Dengan belagak bagusnya aku menjawab blue black beserta ngan lagak tangan cam talk to my hand (ni MaiH nye description). Seblom tu aku cam bertegang urat leher kata kaler blue black sedangkan lagik 2 orang sahabat aku itu kata kaler black. Mereka berdua, Xara & MaiH biarkan aku menang.

Try punya try. Jalan keliling kedai. Aku masih lagi konfiden mengatakan kasut itu warna blue black. 2 orang sahabat aku tadi biarkan sahaja aku menang. Lagipun aku yg akan bayar harga kasut tu, kan??? Lalala... Itu tak masuk dalam perbualan kami. Bila dah puas hari aku pun suruh la promoter tu angkat & bungkus kasut 'blue black' aku.

Jeng2...

Di sini la bermula kisah yg memalukan itu. Promoter itu membetulkan yg itu adalah warna black. Bukannya blue black lagik. Uwaaaaaa..... Cek malu. Maka, habuan yg aku terima akibat rabun warna itu adalah gelakan daripada kedua sahabat aku. Aku terima seadanya habuan itu kerana memang salah aku pun. RABUN WARNA...

Tapi pada permulaannya aku masih tak mahu mempercayainya. Aku salahkan pencahayaan dalam kedai tu. Aku gi bawa kasut tu kat tempat yg punya cahaya yg lebih terang tuk memastikan yg aku betul & mereka2 yg lain itu telah salah. Walau ke tempat yg berlimpah cahaya terang pun aku maseh nampak kasut tu kaler blue black. Haihhhh...

Perabun warna tegar ini tak mahu mengakuinya. Selepas beberapa kali pusing & telek, akhirnya aku menyerah kalah. Memang bewarna hitam. Tambah kompem bila aku balik umah & lihat di bawah cahaya lampu di rumah. Confirm, HITAM - BLACK...

Bila aku ceritakan peristiwa tu kat mak aku. Mak aku bantai gelak sakan kat aku jugak. Uwaaaaaa.... Mak patutnya sebelahkan aku. Aku terima seadanya kekurangan aku ini. Dah le rabun jauh. Tambah plak ngan rabun warna. Isk2...

Sekian sahaja cerita aku ini. Tiada bukti yg menunjukkan kasut aku itu berwarna hitam. Bukan sebab aku tak nak tunjuk kat korang. Kasut tu de kat kampung. Aku pakai sat je pun hari tu. Masa raya sebab aku tak bawa balik kasut/sandal yg sesuai tuk di gayakan ngan baju feminin. Hikss.... Alasan. Memang betul pun. Aku sengaja tak bawa balik kasut yg bersesuaian sebab aku nak beli kasut baru. Pandai tol korang teka. Sayang la korang. Muahhhhsss...

SR

Apakah itu SR???

Secret recipe la...

Hiksss... Kononnya sebagai pencuci mulut. Padahal perut masing2 dah agak full. Ngan meal yg banyak masa berbuka. Aku lagik la, makan berbuka puasa tadi pun tak abih. Bukan nak kata aku makan ciput. Tapi memang takleh isi. Tambah plak time berbuka. Dengan plan makan2 di SR plak kemudiannya. Aku harus simpankan sedikit ruang tuk makanan di SR. Yeeehhhhaaa!!!

Apa yg kami order??

Dah nama pun pencuci mulut. Masing2 amek sepotong kek. MaiH ngan caramel cheesecake. Aku ngan blueberry cheesecake. Xara plak rembat brownies. Sedap gak brownies Xara. Tambah plak diaorang panaskan dulu sebelum dihidangkan. Memang delicious. Yummyyy!!!

M3 & my favorite piece of cake bersama air kosong. Tak larat minum air manis dah.

Air yg kami order hanyalah segelas air masak. Humang aih... Dah larat nak isi ngan air tak kosong berkaler2. Terpaksa memilih air yg takde warna. Makan sambil borak. Sambil menanti drebar sy abeh terawih. Hiksss.. Aku berterawih di mall sahaja.

Peneman aku hari tu. MaiH & Xara. Mengapakah Cik MaiH seperti shy2 cat?? Aku tak pasti mengapa. Kena tanya kat tuan punya badan. Naper ek u malu2 gitu??

iftar 5

Kali ni iftar bersama ngan kengkawan sekolah pulak. Kami bertiga je. Aku, Maih & Xara. Yg lain tak dapat nak join. Ni pun dah lebih daripada bagus. Kalau tak aku ngan MaiH je. Itupun aku tak kisah gak walau hanya berdua. Memang kami makan sakan tak hengat la. Tambah lak biler jarang tak jumpa camni. Well, bila dah lama tak bersua muka pasti banyak citer yg nak di update.

Xara skang dah dok jauh. Bukan senang nak bersua muka. Kalau dia dah pulang ke seberang laut, tunggu dia pulang ke semenanjung ni la baru boleh nak bersua muka pulak. Begini la lumrah hidup. Katanya sekurang2nya 4 tahun dia kat sana. So, punya masa lagik aku nak kumpul wang & fly ke sana, insyaAllah...

Cadang jumpa kol 5 ptg. Tapi masa tu aku baru pulang dari pekan ngan mak & adek aku. Manakan sempat. Harus terkocoh2. Anjakkan skit ke kol 5.30 ptg. Bersiap ala kadar je. No chnatek2 dressing. Lagipun sapa la nak tengok aku ini. Hiksss...

We had Kenny Roger's meal. Sangat kenyang beb. Aku makan tak abeh. Siap tapau pulang ke rumah lagik. Xara & MaiH did finish their food.

Sesampainya kami ke Tepeng Sentral teros kami gi reserved kan tempat & juadah berbuka. Yg sedikit menggelikan hati nurani aku ni bila lepas kami semua order juadah berbuka bleh nak teros blah. Nak kuar & meneruskan agenda seterusnya. Ramah mesra sungguh pekerja2 di situ.

Sebelum kami melangkah kuar, kami ditegur tuk membayar dahulu juadah yg telah kami pesan. Hiksss.. Kelakor la plak. Well, ni pengalaman pertama buat aku. Mana la aku nak tau. Mulanya abah aku macam tak baper nak bagi buka kat luar. Aku ayat lebih kurang skit, baru abah aku benarkan. Alahamdulillah...

Berjalan la kami kuar masuk dari satu kedai ke satu kedai yg lain. Survey. Lihat2 apa yg patut. Rasa seronok sangat dapat hang out ngan kengkwn. Semua orang pasti macam tu gak. Walaupun seharian aku sibuk berada di luar, mujur tak rasa kepenatan sangat. Terasa cepat masa berlalu.

Ronda sebelum berbuka, masing2 dah aim barang yg hendak didapatkan. Hiksss...

Aku pun dah aim gak barang yg ingin aku capaikan. Tapi terdapat suatu kisah disebalik barang yg ingin aku miliki itu. Uwaaaaaaa... I malu. Sangat. Mujur la kengkwn I sangat memahami. Thanx my dearest...

Berjalan2...

Tiba masa berbuka kami pun menuju ke tempat yg telah kami tempah. Masa menunggu tuk berbuka itu, masing2 dok tertoleh kiri & kanan. Perhati orang lain dah buka ke blom. So sweet. Ahaksss...

Lepas berbuka kami gi solat. Kemudian sambung kembali journey kami nak mendapatkan apa yg telah kami aim di awal ketibaan kami semua. Hahahaha...

Aku dapat sepasang kasut. Begitu juga dgn MaiH & Xara. Yei!!!

Selepas kami mendapatkan barang yg telah kami aim, kami meneruskan perjalanan makan2 kami. Tempat makan seterusnya adalah SR. Pe mende tu??? Nantikan dalam penceritaan aku di next entry. Enjoy ur day...

Juadah berbuka kami bertiga tuk hari tu. Semua nak gravy lebih. Aku tiru Xara n MaiH. Ehehehe...

Percubaan pertama tuk menangkap gmbar diri sendiri tak berjaya kerna tetiba je MaiH melintas depan aku.

Yei2... Berjaya akhirnya. Aku nampak kurus (puji diri sendiri). Ni mesti salah cermin tu yg telah mengelirukan mata aku dengan mengatakan aku kurus. Isk2...

M3 & cik Xara kat sebelah. Tapi tak muat plak muka cik Xara masuk dalam frame aku ni. Ehehehe...

Sunday, September 28, 2008

sampai sudah

Saya sudah pulang ke kg halaman. Sampai ke Tepeng ni hari Sabtu pagi sekitar jam 2.30 pagi. Ahaksss.. Yg bestnya tu orang dari Sabah yg sampai dulu. Huhuhuhu.. Alhamdulillah aku dah selamat tiba. Seperti biasa, dalam kenderaan mana la aku boleh nak tertido. Berjaga je la. Gerak dari umah kol 11. Tepat kol 11 yerk..

Naper aku gerak lewat malam sangat???

Sebabnya pacik aku nak tengok dulu game Liverpool malam tu. Uhhh.. Ikotkan je la. Aku hanya menumpang. Orang dah bagi tumpang tu pun dah cukup baik. Hmm...

Mujur la sepanjang perjalanan tak jem.

Kereta memang banyak. Tapi disebabkan highway dah di upgrade menjadi 3 lorong. Tak menjadi masalah. Semuanya berjalan lancar. Cuma lepas je Slim River bila 3 lorong menjadi 2 lorong, keta mula slow down.

Apa2 pun aku mengucap syukur kerana telah tiba dengan selamat ke kampung halaman..

Friday, September 26, 2008

pulanglah...

Hari ini Jumaat. The best day of the week. Mengapakah begitu?? Sebab selepas ini aku akan bercuti panjang. Mungkin tak terasa sangat suasana raya. Mungkin dah balik umah & berkumpul ngan adek2 & saudara mara yg lain baru kemeriahan beraya tu muncul kot. Awal2 hari tadi aku tak kesempatan nak update. Tapi yg pasti aku memang teruja nak bercuti since yesterday lagik. Asyik dok ulang menda tu je ngan MaiH. Mesti dia busan dengar aku excited nak pulang. Well, aku memang camni pun.

Semenjak aku dok jauh dari famili, time nak pulang aku akan teruja sakan. Kekadang a month before that aku dah mula riuh bising nak balik kampung bagai. Lalalala... Tahun ni aku tak menumpang Zamira. Cam tahun lepas aku tumpang Zamira. Kami berdua mempunyai passion yg sama. Teruja tuk balik kg. Ehehehehe...

Dia la jugak teman aku pulang ke kampung time student dulu. Pantang de peluang or cuti je, mesti aku nak cabut balik. Ni dah lama tak dgr khabar berita dari dia. Uhh... Minah ni lagik layan call dari msg. Nanti2 la aku kasi roger ngan dia. Gi hang out sesama ke. InsyaAllah..

Happy holiday kepada mereka2 yg dah mula bercuti start dari hari ni lepas opis hour. Selamat kembali ke semenanjung buat Cik Xara. Tunggu kepulangan I buat Cik MaiH. Uhhh.. Saper lagik yg aku nak mention ni?? Tak ramai. Tapi skang ni aku memang tak punya idea. Konon2 nak buat short entry sebab sedikit kebanyakan kerja yg perlu dilaksanakan. End up short entry dah jadi long entry.

Baik aku berhenti di sini dulu. Happy holiday to all. Selamat menyambut hari raya aidilfitri. Ampunkan aku kalau ada ayat aku yg kekasaran. Yg proper wish aku akan buat later, insyaAllah. Bagi yg memandu pulang ke kampung, pandu kereta berhati. Buat pemandu lain, tolong bertimbangrasa. Jangan potong barisan. Semua orang pun nak cepat sampai ke kampung & berjumpa dengan keluarga.

Ingatan tuk aku & semua. Sebab dalam keadaan kereta yg banyak & bersesak, sudah pasti pemandu akan tertekan. Tambah plak bila ada orang potong queue. Lagik la tertekan. Bagi yg memandu seorang plak, berehat dahulu jika terasa penat. Bagi yg de 2nd or 3rd driver, gilir2 la memandu.

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN.



~~~Once aku start berceloteh, kelihatan sukar nak berhenti. Hiksss...

Kisah Setia Seorang Sahabat

~~~Aku paste dari emel yg aku terima dari seorang sahabat lama.

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung.. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main sama-sama. Bila dah belajar... Lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kampung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.

Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut.

"Wey.. Siot! Aku ingat orang darat mana tadi. Engkau rupanya. Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa.

"Aku tunggu kau baliklah. Wah, orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. Hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya.

"Biasa la. Zaman beredar, manusia pun kena berubah. Mana kau tau aku nak balik?"

Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang.

"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.

"Cadangnya gitulah!"

"Ala. Singgahlah rumah aku dulu. Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau", pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz dan tanpa membantah Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim. Pagi esok aku balik la. Boleh terus siap untuk sembahyang raya", kata Raiz dalam hati.

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau?" Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah. Naim menarik nafas panjang.

"Inilah nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku. Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.. Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la". Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah kecuali mak abah kau dengan pak imam je". Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik. Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik. Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau? Tak peduli aku makan ke, minum ke, sakit ke. Matipun diorang mesti tak ambil peduli". Suara Naim sedikit tinggi.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali". Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum.

"Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye. Eh, minumlah. Rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering.

Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim. "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni". Suara Raiz sayu dan pilu.

Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye".

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya. Puas kita tunggu dia balik". Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat- pisat Raiz bangun.

"Eh, mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.

"Eh.. Kenapa pulak diorang marah ni?" Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... Tiada biskut kering. Hanya daun-daun kering yang bertaburan. Di tepinya terpacak batu nisan.

Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan, ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!"

"Kenapa?? Kau tengok... Dekat kubur siapa kau tidur tu!"

Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik. 16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"

"Budak ni... Bulan puasa mana ada hantu. Naim dah tak ada. Dia meninggal hari pertama menyambut puasa.. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada..."terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi. 'Bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu, apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampaikan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

"Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye.. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan.. Raya ni datang lah rumah aku ye". Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah.

"Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana".


Moralnya: Jangan lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar.



~Jika Anda Terpaksa Menjatuhkan Orang Lain.. Pastikan Orang Itu Bukan Rakan Yang Pernah Menolong Menaikkan Diri Anda.~



***Memang sadis la citer ni. Mengalir air mata aku. Sampai begitu sekali kasih seorang sahabat. Walaupun tanpa khabar berita yg dikirim dari sahabat baik yg telah pergi menyambung pelajaran selama 5 tahun, dia tetap setia menunggu. Aku??? Aku tak mampu sebegitu. Mungkin aku mampu menunggu. Tapi tidak la sesabar itu. Sedangkan perkara semalam telah membuatkan hati kecilku terusik. Tapi aku buang jauh2. Aku ingin melupakannya. Membuat seperti aku tak tahu. Ntah berapa lama aku mampu bertahan begini. Hmm.. Aku tak mampu berselindung daripada merasai kecil ati bila dibelakangkan sebegini. Moga hati kecik aku ni cepat sembuh. Aminnn...

Thursday, September 25, 2008

10 sen

Hari ni minyak turun lagik 10 sen. Tuk petrol diesel. Penurunan yg rasanya orang ramai tak baper nak peduli sangat. Malam semalam aku gitau kat abah aku pasal minyak dah turun. Abah aku boleh jawab, "Owh, yeke minyak dah turun?? Baper banyak?"

Aku jawab la, "Ala, seposen je".

"Hmm...", itu je ya abah aku balas.

Pe2 pun syukur la. At least dah turun walaupun hanya seposen. Sedangkan tambang bas dah baik. Banyak siot. Selalu tu tambang KL-Tepeng hanya RM19. Sempena raya ni tambang tambang dah naik RM5.70 menjadi RM24.70. Ceitsss...

Tapi takpe la. Pe2 hal pun aku dah punya tiket nak pulang semula ke bandar ini. Haihhh.. Mengenangkn kena pulang bekerja semula, tros rasa hilang kegirangan nak bercuti. Shoohhh... Aku nak bergumbira ni. Jangan datang angin sedih walaupun sedetik. Lalalala..

i d a pt 2

Aha... Padan muka. Dah terkena kat akak tu. Tu la. Dah lama sangat tak kontek ngan aku. Sampai kat opis aku dah ada staff baru pun dia tak tau. Budah baru ni lepas selesa bahasakan diri dia Ida. Akak ni plak ntah bila dia panggil aku Ida. Sebelum ni elok je dia panggil nama separa penuh aku.

Akak tu main terjah cakap. Bla bla bla...

Yg angkat telepon itu Ida. Tercengan dia dibuatnya. Pastu baru akak tu sebut nama penuh aku. Tu la.. Lain kali jangan memandai2 je pendekkan nama aku. Kat opis ni de 3 orang staff pompuan. Ketiga2nya mempunyai nama yg seakan sama. Sorang tu nama dia memang Ida pun. Sorang lagi Aida tapi boleh panggil Eda.

Nama sy je takleh dipendekkan. Sila panggil nama separa penuh ye. Lain kali jangan pepandai je pendekkan sendiri. Nanti diri yg susah.


~~~Aku cuba melupakan benda yg buat aku terkilan. Makin dikenang, aku yg makin sakit. Dia ok sahaja. Biarlah aku cool down sebelum aku bersoal balas dengan dia. Hmm...



***Sumone made my day. Tadi aku down sebentar. Sekejap je emosi aku boleh berubah. Bagus2. Lain kali jangan mudah terganggu emosi tu. Fikir dulu sebelum nak beremosi. Hiksss...

aku rasa...

TERKILAN


Mengapa begini?? Isk2...

FIKIRKAN BOLEH!!!

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh


Owh... Lagu ini sangat banyak kenangan. Meh la aku story kat korang. Masa form 3, semua dak form 3 dipaksa menyanyikan lagu ni setiap kali selepas waktu rehat. Setiap hari sekolah. Kena nyanyi ngan penuh semangat. Ni adalah permintaan dari Mr. Cham. Masa tu dia guru penyelaras form 3 kalau aku tak salam. Mr. Cham juga adalah guru kelas aku.

Bayangkanlah setiap hari selepas waktu rehat kena berkumpul kat dewan perhimpunan. Bila semua orang dah ada & student dah betol2 ready baru kitaorang boleh nyanyi. Pastu kalau nyanyi tak semangat kena ulang nyanyi lagi. Mana tak kena ulang sebab cikgu tu mesti de setiap kali kitaorang nyanyi. Gigih tol cikgu kitaorang tu. Ehehehe...

Pastu kalau lepas rehat kena plak subjek yg tak baper nak best. Pe lagik, melengah2kan masa la kitaorang. Itu sudah pasti akan dilakukan. Ala... Aku tau. Korang pun mesti camtu gak. Kalau de peluang mesti nak ngelat. Lalala...

Wednesday, September 24, 2008

-l-a-l-a-l-a-

Cepat2...

Hari ni dah Rabu.

Sok Khamis.

Pastu Jumaat.

Then Sabtu.

Balik kampung...
Oooo... Balik kampung...
Hati girang...


Kenapa aku girang?? Sebab hati aku gembira. Puas. Uhh.. Berbagai rasa pada masa ni. Menyampah pun de gak sebab nak kena sudahkan keja sebelum cuti panjang nanti. I love cuti. Lalalala...

Hiksss... Excited giler aku kelihatannya. Memang pun.. Dah penghujung puasa ni terasa dah kebal ngan puasa. Alhamudulillah, tanpa bersahur pun aku mampu bertahan tuk puasa keesokan harinya. Masuk hari ni, dah beberapa hari aku tak sahur. Bangun tetap bangun. Well, kutip extra point ma.

Hari ni nak buka makan apa ek?? Aku kepingin nak makan bihun sup. Tapi belum kesempatan or menemui yg kelihatan enak. Hari tu dah beli. Kelihatan memang tak enak. Tapi sebab time tu tak baper nak sihat. Aku main hentam keromo je la beli. Lastly, tak dapat rasa pun sebab dah naik 'bas'. Hiksss...



~~~Td aku sms ngan sorg pekerja lama kat company ni. Pasal pembayaran gaji dia. Tetiba dia stop sms bila aku tanya pasal ayat cina yg dia tulis dalam sms dia tu. Tuuttttttt... Mentang2 aku tak reti baca cina. Nanti la balik aku tanya kat adek aku. Hmm...

menepati janji

Masa iftar bersama rakan2 hari Ahad yg lepas, aku ada menerima sekeping kad dari bestie aku. Disuruhnya aku baca kat itu pada malam raya. Selagi belum malam raya tak leh buka lagik. Haihhh.. Ikotkan, kalau aku buka & baca bukannya dia tau pun. Tapi sebab aku dah berjanji ngan dia, maka akan aku sabarkan diri aku dari membuka & membacanya.

Kebetulan la jugak aku sedikit asyik menonton. Maka aku terlupa sedikit pasal hal kad itu sehinggalah pagi tadi semasa aku kemas tempat tidur aku baru terperasan semula kad itu. Balik nanti akan aku masukkan kad itu ke dalam beg pakaian yg aku nak bawa balik kg sepuya aku tak kelupaan nak bawa pulang kad itu bersama2. Hikss..

Apa la yg kamu rahsiakan itu?? Nak sampaikan berita gembira takkan nak kena bertangguh sampai ke malam raya. Dah le kat kampung ko tu line tak baper clear. Nanti nak tepon or gayut masa malam raya susah. Hikss..

Dah lama aku tak buat sebenarnya perangai macam itu. Bergayut ngan orang pada malam raya. Selalunya malam raya aku akan sibuk membuat kuih raya last minute. Tahun lepas aku dah hampir2 tak nak buat sebab kuih itu mengingatkan aku pada seseorang. Tapi tahun ni alhamdulillah. Aku dah pulih dari ingatan sasau itu. Hiksss...

Pe2 pun akan akau pegang janji ngan bestie ku supaya hanya membuka kad yg diberi pada malam raya nanti. Ehehhee.. Sweet je. Thanx bestie... Nak tau pe yg dia tulis kat kad tu??? Tunggu sehingga aku dah baca nanti. Lalalala..

sangat tak tertahan

Hahaha... Tajuk tak bleh blah langsung. Hikss...

Memang pun aku sanga tak tertahan. Aku sangat tak tertahan nak habiskan citer bersiri yg aku tengah tonton skang ni. Kat opis pasang. Kat umah pun pasang. Banyak episod sangat. Sampai 24 episod. Tapi rasanya citer ni tak boleh lawan citer yg aku pernah tgk sebelum2 ni. Lagik menyakitkan dada & membuatkan aku ketawa geli hati. Muahaha..

Citer apa yg aku tengah tengok??

Citer korea lerr.. Nanti aku story kat korang tajuk citer ni & sedikit jalan citer mengenai citer ni. Tapi bukan sekarang la yerk. Mungkin masa cuti nanti aku akan citer. Itu pun kalau berkesempatan. Hikss...

Tuesday, September 23, 2008

iftar 4

Ahad yg lepas, aku berbuka bersama rakan2 sewaktu di uni dulu. Skang ni pun kami masih berakan-rakan walaupun kami jarang berhubung. Walhal masing2 tinggal area KL-Selangor yg tak berapa jauh pun. Tapi tu la. Masa & jarak yg memisahkan kitaorang. A few weeks juga merancang tuk bertemu & iftar bersama. Tempat yg kami pilih adalah sebuah gerai yg agak terpencik kat area PJ. Makan pakepau. Sedap. Aku tak berkesempatan. Lihat sahajalah beberapa keping gambar yg sempat dirakam menerusi kamera si senior exec a.k.a Yumss...

Kami yg tiba sebelum hari gelap. Yg paling awal tiba adalah Yums, Ina, Mysarah & Meena. Belakang; Meena & Ina Jr. Depan; m3, My, Dj, Yums. Menggunakan kotak tisu sebagai stand camera. Ehehehe... De lagik sorang ahli yg belum munculkan diri bersama dengan hubbynya.

Ini adalah main course kami pada hari itu. Pakepau. Aku minum air teh o panas. Kesihatan belum pulih 100%. Lebih selesa minum air panas. Pe kandungan dalam pakepau?? De daging cincang goreng. Sup yg best. Ulam-ulaman. Tak lupa juga telur mata. Tapi kuningnya tak cair. Huhuhu...

Sebahagian dari makanan yg dibeli di pasar Ramadhan belakang hostel yg de gerai ni. De roti john. Kopok lekor. Cucur udang. Popia otak udang. Termasuk juga pencuci mulut yg telah ditaja. Dalam gambar ini adalah si hubby, En. Ariff & Meena. Mereka berdua cam anjing & kucing sahaja.

Ni la pencuci mulut yg telah ditaja itu. Looks yummy, aite?? Rasa pun sedap. Tapi aku tak makan pun kat situ. Tapau bawa balik umah. Ehehe...

Tadaaa... Memperkenalkan si pembuat dessert kami ari itu, Ina Jr. Kenapa ada Jr.??? Sebab dulu nak membezakan ngan yg senior punya Ina. Ehehe.. Pencuci mulut di import khas dari Bangi. Lalala... Rekod yg telah dipecahkan oleh Ina bila dia dapat habiskan sepinggan nasi itu dalam masa yg agak pantas..

Dah sudah makan. Masing2 dah kekenyangan. Rakan kami yg tiba bila hari sudah gelap, memperkenalakan Puan Khaty. Hiksss.. Klakor je add dia as puan. Ahakss.. Hubby nye punya gambar takde yg clear. Nak lagik clear, tgk gmbar kawen diaorang dulu. Bulan June nye archive.

Sekian sahaja laporan iftar aku bersama rakan2. Mungkin raya nanti bleh buat kunjungan rumah ke rumah kot. Sudah pasti rumah yg akan kami tujui adalah rumah orang yg dah berumah tangga, Puan Khaty. Lalalala... Miss u guys.. Macam2 cerita yg diperolehi masa kitaorang berkumpul hari tu. Ada berita sedey. De berita gembira. De orang telah dirisik & ditanda. Taniah beb.. Next, giliran siapa pula??? Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu...

iftar - alone

Yupss.. On Saturday, 20/9, aku berbuka berseorang di rumah. Penghuni yg lain tiada di rumah. Emergency call dari Pahang, sebelah macik aku. Adek dia punya wife melahirkan anak tak cukup bulan. 6 bulan & Allah lebih sayangkan baby itu. Baby itu telah pergi menemui penciptaNya. Al-Fatihah..

Kebetulan masa tu aku kat luar. Sudah pasti la aku tak ngikot mereka semua. Takpe la. It's ok for me to buka puasa sorang2. Macam tak biasa je. Hajat di hati nak masak je nasi air. I want something yg tak perlu chew banyak2. Yg tak keras. Kondisi gusi/gigi aku yg belum pulih sepenuhnya. Masih rasa sengal2.

Check bahan2 kat dalam fridge. Uhh.. Nothing. De daging burger je. Alahai... Nak kuar gi beli ingredients pun aku tak rajin. Badan rasa berat je. Kepala berdenyut2. Penyudahnya aku buat kepetusan nak ke PARAM je. PARAM is pasar Ramadhan. Param yg tak jauh dari umah aku.

Tak banyak sangat makanan/juadah tuk dipilih. Aku ada aim nasi kerabu kat situ. Tapi boleh plak tak ingat. Kepala otak dah fly gi mana2 ntah r. Sambil berjalan, mata meliar perhati kiri & kanan. Tetiba terasa nak makan bihun sup. Sampai kat gerai di hujung jalan de jual bihun sup. Aku beli la. RM3.

Patah balik tu, aku terasa nak makan tepung pelita. Beli jugak. RM2 dapat 5 ketul. Walhal aku buka sorang. Berbekalkan kuasa makan yg sedikit ni. Jalan lagik nak kuar dari param tu. Mata tetap meliar. Tetiba...

Aku ternampak gerai yg jual nasi kerabu yg aku dah aim dulu. Berbelah bagi nak beli ke tak. Kang kalau beli dah terlebih plak makanan/juadah berbuka aku yg berbuka seorang ni. I have to make a quick decision. Penyudahnya, aku beli gak nasi kerabu tu. Berlaukkan daging kicap. Tak amek pun solok lada. Hikss...

Hasil aku berseorangan ke PARAM.

Aku ingat nak simpan bihun sup tu buat sahur. Hmm..

Waktu berbuka, aku makan kuih skit & minum air tak sampai 1 mug pun. Dah rasa kenyang. Badan maseh lagi rasa berat je. Gi solat dulu. Pastu makan ubat. Berehat sekejap sebelum meneruskan cabaran dengan nasi kerabu.

Dah lama skit berehat, aku pun mula menjamah nasi kerabu. Rasa ok. Daging pun separa2 je la. Boleh dimakan. Hampir sejam juga masa yg aku amek tuk sudahkan nasi kerabu aku tu. Lepas makan, aku pi solat isyak.

Jemput makan semua...

Nasi kerabu tu ok gak. Sambalnya pedas. De kick. Len kali kalau beli & nak makan sorang, aku nak mintak nasi separuh je la. Banyak sangat kalau nasi full. Nak kurangkan kelapa goreng. Lebihkan sambal. Uhh... Terasa nak menjamah lagi la nasi kerabu itu.

Malang buat aku, bihun sup yg aku jangkakan buat santapan sahur tak dapat dimakan sudah masa aku bangun sahur. Cam dah lekit2. Better aku jangan makan. Kang sakit pewot plak. Membazir RM3. Dah le sejemput je. Kalau adek2 aku yg makan, 2,3 suap je dah langsai pun. Hmm...

mAndI sn0w

Sebab dah letih sangat melihat keta aku yg dah belemoih tahap budak nakal, aku bawa r dia gi mandi snow. Manja2 kan skit. Tak tahan beb tengok kesan kotoran degil yg melekat tu. Nak harapkan aku cuci sendiri??? Non adanya la. Bukan aku wat melekatkan kesan kotoran degil itu. Kalau aku yg pandunya, tentu la tak kotor degil camtu.

Mari kawan2 kita mandi snow. Lalala... Trimas kpd tuan aku. Lalalala...

Sebagai yg muda, aku mengalah. Aku dah letih melihat kekotoran yg melekat. Tambahan pula the next day tu aku date bersama rakan2. Mahu iftar bersama. Yeehhhaaa!!! Tak sabaq siot.

shopping ikot list

Hari Sabtu aku sangat merelakskan. Seronok je. Bangun pagi terus bersiap nak keluar. Hajat dihati nak mencari butang baju melayu tuk adek2 aku. Tahun ni aku sponsor diaorang butang baju melayu je. Tunggu gaji aku up lagik. Nanti boleh aku sponsor barang lain plak tuk hari raya yg akan datang. Selain itu, aku pun nak mencari brooch tuk aku jugak. Alamak... How come I forgot to get something for my opah. Aduhyaii!!! Later la aku pi cari.

Aku tak reti gak nak beli pe tuk opah. Kalau baju, memang opah dah punya banyak. Tudung. Aha... Maybe I should buy opah tudung. Opah suka tudung kaler putih. Owh... Tetiba plak aku teringat kat Ina Jr. Dia mempunyai koleksi tudung putih yg sangat banyak. Dia sangat anti memakai tudung warna selain warna putih. Aku tak pasti plak ngape.

Owh... Manusia jgn dikenang la. Memang ramai. Aku sampai kat SACC Mall aroung 11am. Tu pun parking dah hampir full. Padahal aku nak ke PKNS Shah Alam yg terletak sebelah SACC. Park kat SACC lebih mudah. Dengan parking yg berbumbung lagik. Selesa la kereta aku nak berteduh. Huhuhu...

Aku tak baper pasti pe mende tah yg diaorang letak kat centre court SACC mall ni. Hiksss.. Sumthing pasal stesen ketapi tak silap aku. Kat blah2 Perak. Blom ramai lagik orang sebab ni awal lagik.

Setelah 3 jam berjalan, aku gerak pulang. Aku telah mendapatkan semua yg di dalam list aku termasuk la VCD citer korea, Goong. Yei!!! Tak sabaq nak ikot. Mak aku mesti sukanya ni. Selain untuk aku, VCD tu aku beli tuk mak aku gak. Kire kitaorang share je la. Jimat pun sama. Tak membazir pun sama. Hiksss...

2 tangan sahaja

Hari ni aku kesibukan sedikit. Sampai panggilan MaiH pun aku tak boleh nak jawab lama2. Kedua-dua belah tangan aku diperlukan untuk melaksanakan kerja aku itu. Tu pasal la tak kesempatan pun nak update blog.

Petang semalam aku dah terima kembali kereta aku. Aminn... Dah la siap kena perli lagi. Pacik aku isi minyak bagi full tank. Tak silap aku kalau nak full tank pun memerlukan lagi RM20-RM30. Sebelum tu aku dah isi RM60. Owh... Aku dah tak nak fikir pasal tu. Yang penting aku dapat berdua dengannya semula. Hahaha...

So, dah de kereta aku tak perlu nak gerak awal sebelum kol 8 am. Lalala... Sebaliknya aku masuk sedikit lambat. Aida tak datang keje hari ni. Mc katanya. Semalam masuk separuh hari. Tengahari baru masuk. Hari ni demam plak. Musim orang demam agaknya. Mak MaiH pun demam gak hari itu. Aku pun baru je baik dari demam.

Dah tinggal aku sorang kat opis hari ni, tu yg tak menang tangan aku nak wat keje. Semua aku gak yg nak kena buat. Pastu datang Solehin, dia tolong aku sediakan payment voucher. Ringan skit keja aku. Tapi tangan laki ngan tangan pompuan buat keja, memang tak samam. Ehehehe.. Pe2 pun terima kasih bebanyak la sebab menolong aku ni.

Kedua2 belah tangan aku sibuk buat keja. Mata plak buat banyak keje. Sambil menulis & membaca, aku juga menonton siri korea yg aku baru beli itu. Lalalala...



~~~Semalam de adegan tumbuk menumbuk kat luar opis aku. Betul2 kat pintu luar. Semua ni gara2 dua orang yg panas baran. Sorang tu memang dah stail dia cakap cam ala2, "aku la yg paling bagus". Sorang lagik plak mulut tak henti2 bercakap a.k.a berleter. Hmm...

Monday, September 22, 2008

baper lama lak kali ni??

Walaupun ini adalah cerita penutup hujung minggu aku, aku dah tak sabar nak mengeluarkannya. Sekali lagi kereta aku (baca: abah aku punya) dipinjam pacik aku. Ntah tuk berapa hari plak dia nak pinjam. Keta tu dah due to service. I have no gut to say NO. And I can't say NO. Its really hard for me to say that to letters N-O. Uhh...

Yg buatkan aku geram ya amat tu bukan sebab dia nak pinjam. Tapi cara dia mintak nak pinjam tu. Memang sangat menyakitkan hati aku. He should ask my permission. Not my uncle's (yg aku dok tumpang umah skang ni). Korang tak rasa geram ke bila orang nak pinjam barang korang, tapi gi mintak/order nak guna kat orang lain. Cehhh...wtf...

Ni bukan mintak lagik la. Ni dah satu arahan. Hangin aku beb. The day before, aku baru pas snow wash kan keta tu yg belemoih akibat dipinjam sebelum itu. Balik dari iftar ngan kengkwn, aku topup minyak RM60. Arghhhhhh.........

Aku dibebani masalah sekecil ini. Yg buat aku paling tak selesa, kereta itu kereta baru. Walaupun dah sethn, tapi masih kategori baru. Enjin nak kena jaga elok2 supaya tak rosak. Pacik aku yg pinjam ni suka main belasah je. Sebelum mulakan perjalanan, bukan reti nak panaskan enjin. Selalulnya, start & terus jalan. Tu pasal keta dia selalu rosak.

Isk2...

Setiap kali dia pinjam keta, mesti aku ngadu kat sini. Aku dah tensen sebenarnya. Lastly, aku kata kat abah aku, biarla aku guna keta abah aku yg lagik satu, kancil. Aku pun takde la makan hati or risau sangat bila dipinjam walaupun tetap terasa gayat skit.

Hmm... Sampai bila harus begini rutin ku??

Pagi tadi aku terpaksa tumpang macik aku. Dia pun terkejar2. Mana nak hantar anak dia gi tadika. Mana nak hantar aku lagik. Huhuhu... Aku sangat mengelak tuk menyusahkan orang sebegini.

1 lagik bad news. Kalau aku tak dapat balik kereta aku hari ni, soknya aku akan masuk opis d awal'est'. Serius... Cousin aku nak kena gi tadikan before 8 am. Harus aku pun kena kuar before 8 am. Sampai opis pun pastinya around 8.05-8.10 am. Bapak awal la..

Tak pernah aku masuk seawal itu. Wangi2 pun, kol 8.25 am la aku masuk. MENCI...

zzzzz...

I am so SLEEPY!!!

Terpaksa menangguhkan dulu penceritaan sy mengenai hujung minggu yg lalu. Walaupun tak punya banyak aktiviti. Tapi punya cerita di sebaliknya. Hiksss... Ayat pun dah carca merba but still want to write. I should stop & have a nap. Hiksss.. Nap for 1 hour. Lalala... Singning off for now..

wik 3

Owh... Minggu ke-3 berpuasa adalah minggu yg telah dipenuhi ngan aktiviti shopping. Bermula dengan cuti Nuzul Quran yg aku turun KL tuk membeli belah skit. Alhamdulillah, aku berjaya mengikut bajet yg telah aku tetapkan. I'm proud of myself. Ehehehe..

Hari Jumaat pun aku shopping gak. Cumer membeli belah bahan bacaan je. Tetiba aku terasa geram je tgk buku2 yg terpamer kat MPH. Pe lagik, terus la aku merembat 3 komik & 1 novel. Lalalala...

Banyak dah koleksi komik aku. Balik raya nanti aku nak bawa balik umah la. Simpan kat umah. Hmm.. Aku sebenarnya berharap jugak yg aku dapat pulang ke kg halaman aku. Kerja kat sana ke. Membina life baru. Banyak dugaan yg aku alami. Mungkin dah tiba masa aku mulakan life aku yg baru.

Owhh... Abaikan apa yg aku merepek di atas. Aku perlu menyuntik mood gumbire dalam menghitung hari ini. InsyaAllah, 8 hari lagi. Yeeeehhhhhhhhhhaaaaaaaaaa!!!!

hujung minggu yg bermacam rasa

Macam2 aktiviti yg telah aku lakukan pada hujung minggu yg baru lalu ini. Penutup kepada hujung minggu aku adalah sesuatu insiden yg sangat aku tak gemari. Huh... Abeh kat semua orang aku ngadu & meluah rasa. Maksud aku, aku ngadu kepada mereka yg kebetulan sms aku semalam or aku yg sms diaorang dulu sebab nak meluah rasa. Tak tahan beb. Dah le siangnya aku ditimpa dugaan kecil. Banyak juga dugaan aku di bulan Ramadhan kali ni. Hmm.. Nanti la aku stori satu persatu. Aku nak kena setelkan kerja2 aku ni dulu. De tender yg kena submit hari ni. Saper yg nak gi ngantor ntahle. Aku tak punya kenderaan. Di pinjam in lagik. Hmmmmmmmmm!!!!!

Friday, September 19, 2008

i d a

Uhhh...

Aku paling tak gemar skali bila orang panggil aku ngan nama itu. Please use my full name without Nur. Tapi kalau nak panggil full name plus the Nur pun bleh. Lagi la melengkapkan maksud nama aku. Ala.. Bukan panjang mana pun nama aku. Nak menyebutnya pun takde sampai tergeliat lidah. Cuma tiga suku kata je. Masuk Nur, de 4 suku kata je. Huuhuhu.. Naper aku tak suka panggil aku seperti tajuk di atas?? Sangat tak sesuai ngan aku. Tak menggambarkan aku. Ehehehe.. Takpun kalau korang nak juga 2 suku kata, panggil aku Weeda. Hmm..

Sekian je la luahan aku. Ni sumer gara2 call & fax yg aku terima pagi ni yg meng'address'kan aku as Ida. Aduhyaiii...

Rally 2

Owh... Rally semalam sangat memuaskan hati. Tak sabar nak tunggu next rally. De sedutan tuk next week nya rally. De team yg terlibat ngan kemalangan masa tengah berlumba. Team yg aku mcm meluat skit adalah Geoff & Tish. Lebih kepada bf nya la. Menyakitkan hati. Pendek kata dia pandai nak mengapikan perasaan orang. Sampai peasaan dia pun terapi sama.

Aku suka tengok team Ida & Tania. They seem enjoying the race. Tak tensen. Paling best sekali bila pada awalnya diaorang dah lead the game. Tapi kat pasar bunga kat Ho Chi Min, semua orang dah equal. Mula berlumba balik. Kesian kat 3 team yg terperangkap kat Bangkok.

Berny & Henry pun best gak tgk aksi mereka. Henry hanya jerit kat belakang Berny masa tengok adek dia main game thru N82 tu. Yo la.. Orang tak besa main game cam tu, memang la kekok je bila mula main.

Tak sabaqnya menunggu next episod. Ehehehe...

Thursday, September 18, 2008

saya & kamu

Kita berbeza...

Kita istimewa...

Ni ada sedikit santapan jiwa tuk kalian. Aku cilok dari sahabat aku, Maizatul Neza. Pertama kali membacanya pun aku telah kagum ngan isi kandungan artikel ini. Di sini aku nak berkongsi pula ngan kalian. Dah lama rasanya aku tak paste artikel. Aku & kamu ini adalah mengenai dua jantina yg berbeza.

Aku perempuan & kamu lelaki. Kita saling berbeza & kita juga mempunyai keistimewaan yg tersendiri. Masing2 mempunyai kelebihan & kekurangan. Penyatuan aku & kamu dapat saling melengkapkan kekosongan yg ada, insyaAllah.

LELAKI
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat takbaik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH... Sayangnya ALLAH pada wanita …. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki…Kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin…Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103) Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

questionaire

Hampir aku terlupa plak. Masa aku tengha tunggu train nak keluar ke KL, aku terperasan de orang KTMB sedang edarkan kertas survey. Naper la orang tu tak edarkan kat aku. Panjang lebar aku nak bagi komen kat dalam kertas seurvey tu nanti.

Seorang kakitangan KTMB sedang edarkan kertas survey. Pasti nak tau respon pengguna. Selalu2 la buat survey camni. Tuk menilai sejauh mana prestasi perkhidmatan yg ditawarkan.

Aku dah menggunakan khidmat komuter ni semenjak aku dok kat uni. Ni la pengangkutan yg paling mudah tuk aku gerak keluar dari kawasan uni aku yg agak ceruk masuk ke dalam. Hmm... Macam2 masalah yg dihadapi. Paling kerap sekali adalah ketidaktepatan masa tiba komuter. Huh...

Aku harapa mereka yg dapat kertas survey itu dapat menjawab bagi pihak aku. Dapat komen ngan panjang lebarnya mengenai prestasi perkhidmatan yg ditawarkan oleh KTMB. Semoga pihak KTMB dapat membaikpulih & meningkatkan lagik hasil pekhidmatan mereka.

park

Sebab aku keluar lambat, makanya parking sudah penuh. Walaupun hari tu Selangor cuti. Tapi orang yg keje kat KL masih bekerja. Aku sengaja amek peluang hari cuti ni tuk keluar berfoya. Ada juga harapan aku yg parking lenggang. Ehehehe...

Jauh & jangah giler. Riso. Tapi aku tawakal je la.

Aku terpaksa la parking kat tempat yg aku tak baper nak konfiden sangat. Berserah & bertawakal je la. Hiksss... Dah le keta aku yg paling ke depan.

Masa nak balik, aku tgk banyak giler keta lain yg beratur depan keta aku. Fuhhh... Alhamdulillah keta aku takde apa2.

Ha, banyak lagik kenderaan kat depan aku ni. Sampai ke simpang jalan kat tempat nak masuk.

sucks!!!

A part from enjoying my outing, I feel really frustrated with the public transportation. Specifically, KTM komuter. Uhh... I had to wait for almost 1 hour. My journey took 30-40 minutes. A big sucks!!!

Bukan aku sorang je marah ngan condition camtu. Penumpang yg lain pun. Aku naik komuter kat Bank Negara. Mujur la jugak kat situ tak ramai orang. Tapi memang meletihkan terpaksa menunggu dalam tempoh yg lama. Aku perlu menaiki komuter arah ke Pelabuhan Klang. Di situ, komuter arah ke Seremban pun lalu gak.

Orang dah mula tak kesabaran menunggu tren yg tak kunjung tiba. Macam menunggu buah yg tak gugur2 tu la. Isk2...

Lepas 3 tren menghala ke Seremban lalu, baru la tren ke Pelabuhan Klang pun tiba. Uhh... Sampai terbakar la aku dok menunggu. Terbakar dek matahari petang. Terbakar dek perasaan tak puas hati lagi. In & out terbakar. Huhuhu..

Ramai tol manusia di dalam train ini. Aku bajet time dah cantek tuk pulang ke rumah tanpa mengganggu orang yg bekerja hari tu tuk pulang.

Mujurla naik train tu aku dapat tempat duduk. Kalau tak, lagi panas la aku. Ehehehe... Kepanasan yg tiada henti. De jugak orang yg berperangai tak berperikemanusiaan. Dah tengok pacik tua tu berdiri, bagi la tempat duduk. Ni tak, dok tunduk sembunyi muka buat pe. Bangun bagi laluan kat orang yg lebih memerlukan tempat duduk tu.

Naper aku tak bagi tempat duduk aku??? Kalau pacik tu diri tak jauh dari tempat duduk aku, memang aku dah bagi laluan buat pacik itu. Hmm...

Satu lagi adegan tentang 1 kapel chinese ni. Aku bukan nak berbau perkauman. Tapi menyampah melihatkan aksi mereka. Betol2 sebelah tempat aku dok. Kebetulan de seat kosong. Bf suruh gf dok. Tp gf tak mo. Dia tak gerak pun dari seat tu. Dia diri kat seat yg kosong tu. Aku ternampak jelingan org lain yg kena diri. Mungkin mereka dah kepenatan. Kalau dapat duduk, dapat hilangkan lelah sebentar.

Kebetulan pula 1 lagi seat kosong di belakang row seat gf dia. Gf dia cepat2 suruh bf dia dok. Pastu bukannya gf dia nak dok. Sebaliknya, gf dia dok berlutut plak pandang ke belakang. Nak gak ngadap muka si bf. Owh.. Mungkin korang kata aku jeles sebab aku takde bf. Takde masa la nak jeles melihatkan perkara sebegitu. Jelik ada la.

Cukup2... Di bulan Ramadhan ni, kena jaga tutur bahasa supaya orang lain pun tak memperoleh minus poin. Ehehehe...

hasil outing

Ni la antara gambar yg sempat di potretkan semasa outing aku semalam.

Lihat betapa ramai manusia kat centre court Sogo. Fuhhh.. Tak sanggup aku nak meramaikan lagik. Aku naik tingkat atas je la.

Dalam plastik bag ni ada beberapa barang yg telah aku perolehi. Alahamdulillah. Seperti yg telah aku rencanakan dari awal. Masih dalam bajet.

Ala, belanja kecil-kecilan je. Dapat la beli beberapa barang. Salah satu daripadanya adalah hutang aku ngan adek aku. Dah langsaikan. Aku plan nak belikan kat dia t-shirt Levi's. Berita baik & malang tuk aku. Berita malang tuk adek aku.

Berita malang tuk adek aku adalah dia terlepas tuk memiliki barang jenama Levi's. Berita baik tuk aku adalah selamat la wang aku sebab barangan Levi's ni bukannya murah. Aku pun tak pasti kenapa aku nak belikan dia t-shirt Levi's. Pe istimewanya Levi's??? Aku tak pasti.

Berita malang tuk aku adalah aku kena mencari semula apa yg aku nak bagi kat adek aku. Haihhh.. Masa tu plak kepala aku dah makin sakit. Tapi aku harus teruskan pencarian. Kalau makin ditangguh, payah plak nak ketemu. Baik aku setelkan segera.

Akhirnya, berjumpa la juga. Kaler yg menjadi pilihan sudah semestinya warna merah. Hahaha... Lagipun aku suka tengok guy pakai t-shirt kaler merah. Cam cool je. Macho pun de la skit2 walaupun pemakainya kering & slim sahaja. Hikss...

Muka sedikit fresh di waktu pagi sebelum memulakan aktiviti.

Muka sedikit kepenatan selepas berjalan & kena plak menunggu komuter dalam sejam. Huhhh..

nak cuti lagi!!!

Betul la tu pe yg korang baca. Aku nak cuti lagi. Tak cukup plak rasanya cuti free 1 hari semalam. Hehehe.. Semalam aku menghabiskan percutian aku dengan turun KL. Menyesakkan lagi sekitar KL yg sudah pastinya akan sesak dengan lautan manusia yg kebanyakannya dari Selangor yg bercuti semalam. Aku dah tau pun KL akan sesak & aku still turun KL. Sengaja cari pasal. Lagipun aku seorang sahaja. Tak perlu nak risau sangat pasal orang lain hilang. Ehehehe...

fening---pusing

Ini hanya anggapan aku kenapa aku pening or sakit kepala yg agk teruk 2,3 hari ni. Aku boleh je lawan sakit kepala tu. Tapi bila tak tahan, tu yg mula nak mengeluh. Hmm.. Ujian buat aku. Alhamdulillah, aku melaluinya dengan sedikit kesabaran. Hari ni rasanya kebanyakan penyakit yg hinggap sejak minggu lepas dah beransur terbang jauh dari aku.

Semalam kepala aku agak pening yg teruk. Petang tu lepas balik ke rumah, sangat sakit kepala aku. Actually aku sakit kepala. Bukan pening. Bila sujud or tunduk, kepala rasa berdenyut cam dicucuk ngan jarum.

Mungkin semalam terperangkap dalam keadaan orang ramai yg bersesak & juga terdedah kepada panas terik telah membuatkan kepala aku semakin berdenyut. Sampai rumah aku berehat seketika. Lepas tu gi mandi. Dah sudah mandi pun kepala aku masih berdenyut. Mula terasa nak demam. Target aku nak tido je. Tapi kena plak tengok2kan cousin aku sementara parents diaorang gi teraweh.

Kenapa aku yg kena tengok2kan?? Mana bibik diaorang?? Dah lama rasanya aku tak mengkisah pasal bibik tu. Mungkin ada antara korang yg rindu nak mengetahui episod selanjutnya pasal bibik tu. Nanti la aku khabarkan. Ehehehe..

Semalam bibik kuar. Katanya nak jumpa abang yg tak sehat. Walaupun gaji kena potong. Dia tak kisah. Janji dapat keluar. Tak larat la aku nak bercerita pasal bibik tu hari ni. Lain kali la yerk. Tu pun kalau aku kerajinan sahaja. Ahaksss...

~~~Kepala aku tak sakit hari ni. Alhamdulillah...

Tuesday, September 16, 2008

excited nak cuti

Yeiiiiiiiii!!!!!!!!

Sok cuti. Mari kita bergumbira. Aku nak meronggeng sok. Ayuh!! Aku perlukan teman tuk bershopping. Tapi bajet shopping aku tak besar mana la. Hanya nak penuhi syarat je. Lalalala...

Tapi tu la. De satu lagik masalah. Bila plak aku nak gi amek adendum kat KL itu. Sok memang la diaorang keje. Tp aku tak rajin plak nak drive turun KL. Plan nak naik train sahaja. Jimat & kurang memenatkan. Hanya penat berjalan sahaja. Ahaksss...

Selamat berbuka puasa & selamat bercuti bagi mereka yg akan bercuti esok. Yabedabeduuuu!!!



~~~Alahamdulillah, hari ini aku dapat pulang tepat jam 5 sebab bf aku telah dikembalikan. Hajat dihati nak bawa gi bersiram. Tapi cuaca di luar pula sedikit panas. Postpone sok la. Sok kan cuti. Seronok betul biler dapat berganding bersama bf. Lalala... Aku munkin balik kampung masa raya nanti bawa keta sendiri. Sapa nak tumpang??? Yumss, jom balik ikot aku. Hiksss...

sibuk sangat hal orang

Perhatian!!!
Kalau tak nak poin korang berkurangan, dipersilakan jangan baca post ini. Trimas...







Aku memang sangat marah bila ada orang lain cerobohi hal aku. Ada seorang hamba Allah ni telah gatal tangan selongkar aku punya account friendster. Ok la. Aku admit. Salah aku jugak sebab aku terlupa nak log out semalam selepas access account aku. Tapi apa hak dia tuk memandai gi accept orang yg add aku. Ada la sebab kenapa aku tak accept orang yg add aku. Tapi si 'cerdik' ni telah memandai je gi accept. Haihh... Memang aku sangat marah ye dengan hamba Allah yg seorang ni. Aku sedar ini bulan puasa. Kena kawal kemarahan. Aku juga punya hak tuk merasa tidak puas hati. Ala... Takat aku guna komputer yg ko guna, pe hak ko nak ganggu account friendster aku. Biar la camtu. Ko nak baca, baca je la. Ko nak tengok apa yg ada kat dalam account aku, dipersilakan. Yg ko memandai gi accept orang yg aku tak kenal yg add aku tu pehal??? Kacau ko ke??? Haihhh.. Aku betul2 tak paham. Aku nak mengelarkan dia sang mangkuk sudah. Lantak la. Sebab aku memang dah tak dapat nak tahan rasa tidak puas hati aku. Heyyy... Tu komputer kepunyaan company la. Yg ko sakit hati aku dok tempat ko semalam buat apa??? Dah le ko sengaja ponteng keja. Kata cirit birit. Walhal aku tau yg ko tak pulang lagi dari kampung ko. Ko lupa ke yg ko dah bgtau kat aku yg hari Isnin, 15 Sept ko nak mc sbb hari tu ko baru nak gerak balik dari kg. Haihhh... Rasa cam tak berkurang lagi kemarahan aku ni pada si hamba Allah yg seorang ni. Eh, baru je la dia akses account aku. Around 11. Masa aku kuar gi submit tender. Huh... Bila orang dah buat salah ngan aku, pastu dia sedar, tapi takde membuat apa2 tindakan susulan seperti say sorry, memang lambat la aku nak maafkan ko. Tunggu la sampai kejadian ni aku telah lupakan. Baru ko dimaafi. Kejam??? Hanya kerana kesalahan meng'accept' orang yg add aku??? Aku sangat marah sebab dia memandai gi buat keputusan bagi pihak aku. Aku ni bukannya tunang dia yg dia boleh kontrol sebegitu rupa. Sehingga tiada privacy. Account tunang dia pun dia gak dok sibuk gi godek. Maaf.. Aku bukan insan sebegitu rupa. Aku akan beri ruang buat orang yg jadi partner aku sebab aku juga perlu ruang tuk aku. Hmm... Sudah la luahan ni. Kang lagik aku merepek.

heran bin ajaib

Pagi ni memang terkocoh2 skit la. Banyak keja. Nak kena siapkan tender submission yg due hari ni. Sampai je opis terus mula operasi. Kol 10.45pagi dah siap semua. Ngan balut & ikat tali sekali. Masa nak keluar dari opis tu baru terperasan akan lukisan A1. Terus amek & kuar.

Semasa proses nak siapkan tu, macam2 ragam & hal berlaku. Colleague aku yg cuti semalam dah dtg keje. Boleh r mintak dia tolong skit2. Aku mintak r dia tolong fotostat. Itu pun makan masa yg lama. Yg aku heran, naper bila dia fotostat je mesti de kertas sangkut kat roller. Pe la dia buat ngan roller tu aku pun tak tau. Haihh...

Bila kertas sangkut kat roller, jadi lambat la keja2 semua. Huhhh...

Aku buat semalam ok je. Bleh fotostat thru roller tu masuk sampai lebih dari 30 kertas. Tapi sebab memori tak cukup, kena sambung. Tapi tu la, takde plak kertas sangkut kat roller. Tangan pelingkup agaknya. Hiksss...

Pastu, satu lagik tragedi. Lepas hantar tender tu aku bleh teringat yg soft copy tak bagi. Huh.. Terus roger opis. De sorang lagi pacik aku ni (yg pinjam keta aku selalu tu) kat opis. Mintak dia tolong hantar. Pacik aku ni bawa keta cam racer. Sempat la sampai sebelum kol 12. Tender bleh hantar sebelum kol 12 sahaja.

Aku gi hantar tender ni ngan pacik aku merangkap de big boss la. Dia dah bising kat aku bila aku teringat yg aku lupa masukkan soft copy. Kalau nak patah balik gi opis memang makan masa la, 20-30 minit. Mujur pacik aku yg sorang lagik ni de kat opis.

Lepas dia pas cd soft copy tu kat aku, aku masuk je keta, big boss ni tanya. Pacik aku tak bising ke kat aku sebab lalai sangat sampai tertinggal cd. Pastu aku jawab la balik, "Manala nak marah. Kan seminggu pinjam keta aku."

Hiksss.. Diam terus pacik aku. Abah aku plak kalau bab TERlupa ni memang sangat memahami. Dia takkan marah/bebel tak tentu pasal. Memang dah de dalam sifat manusia tu, lupa. Lagipun TERlupa. Bukan sengaja nak lupa. Kalau sengaja, memang nak kena sekeh le kepala.

Begitu la kisah aku. Alhamdulillah, sempat gak aku pass soft copy tu sebelum kol 12. Mudah-mudahan tiada aral yg melintang. Hmm...

o.t

Uhh... OT (overtime) di bulan Ramadhan. Terpaksa ma. Kalau pagi ni nak buat semuanya, memang akan kelam kabut tunggang terbalik la. Banyak tak banyak tu semalam aku balik lambat. Kol 7 sampai umah. Semua dah terhidang kat atas meja. Segan gila. Ye la. Aku hidup menumpang. Kena pandai berbudi ma. Walaupun sedara.

Kol 8.25 malam aku dah gerak semula ke opis. Dah le dengan membawa 2 bala tentera kecik. Tak terlayan aku. Mana aku nak siapkan keja. Mana yg si kakak tu skit2 panggil aku ngadu pasal adek dia. Aku pasang ultraman kat you tube. Kejap aje si adek tu melayannya. Mana la dia nak layan ngan ultraman bisu itu. Isk2.. Nak buat camne, speaker komputer tu rosak. Aku bagi kertas, diaorang berdua menconteng sakan.

Well, bagi mereka yg tak tahu meh la aku nak gitau. Boss aku adalah merangkap pacik aku. Aku gi opis semalam pun ngan pacik aku la. Pacik aku bawa dua anak dia. Ingatkan kejap je. Si kecik umur 2 tahun. Yg kakak tu plak umur 5 tahun.

Tiba-tiba............

Si adek tu buat projek. Projek besar. Dia ni memang camtu. Makan lebih skit je mesti nak berprojek. Dah le tak de bekalan. Ingatkan sejam je. Dekat 2 jam jugak la dok kat opis. Pacik aku merangkap bapanya telah mempaskan tugas membersihkan projek si adek kat aku. Tp aku wat tak tau je. Budak2 tu dah main kat bilik bapa mereka. Hikss...

Bila dah terperap dalam bilik, haruman yg dikeluarkan projek itu makin menjadi mega. Sebab bapanya dah tak tahan, bapanya merangkap pacik aku mengalah ngan aku. Dia gi basuh sendiri. Ha, boleh pun. Ingatkan tak boleh buat. Lupa plak aku nak stori kat macik aku. Balik kang la aku cite. Semalam sampai umah pun dah dkt kol 12.

Gerak dari opis dah kol 10.25 malam. Tu pun kena gerak awal sebab nak ke kedai stationary lagik. Nak beli persiapan tuk tender submission hari. (Ya Allah, minta2 kami terpilih tuk projek kali ni. Aminn...) Dari situ plak kitaorang ke Tesco Xtra. Macik aku pesan a few things yg dah abeh kat umah. Tu yg sampai umah lewat tu. Menyinggah banyak tempat. Takde masa aku nak kuarkan fon amek gambar mereka. Sibuk dok mengawal diaorang dua ni la. Hihihi..

Tapi kan syiok juga kuar ngan dak kecik ni. Si adek nye la. Tak meragam & meminta2 sangat. Yg leceh tu sebab adek tu cam spesis burung. Asal makan je nak buang. Bapaknya cakap tu penyakit keturunan sebab bapaknya pun camtuh gak. Toksah kata la orang lain. Adek2 aku semuanya camtu. Penyakit keturunan hanya turun kat lelaki je la. Hahaha...

OT banyak jam juga la aku. Petang 1 jam setengah. Malam 2 jam. Tapi takde allowance la. Dah besa pun. Lagipun I dok menumpang umah orang. Lalalala... Kira hubungan timbal balik la ni..

separuh

Rupa2nya kita semua dah berpuasa lebih 15 hari. Petang semalam baru sedar akan kenyataan itu. Itu pun sebab aku terdengar lagu raya berkemundang di corong radio. Well, seperti yg dimaklumi stesen radio tak dibenarkan memutar lagu raya sebelum 15 puasa. Ntah mengapa juga tetiba sahaja mata aku seperti degenangi air.Berkolam mata aku. Pelik juga sebab tahun ni aku sepatutnya berasa teruja & gembira untuk meraikan aidilfitri sebab boleh dikatakan persiapan telah aku lakukan sedari awal. Semangat siotttt...

Bila dah makin menurun ni, akan makin terasa cepat je masa berlalu. Selsema dah makin berkurang. Cuma tang sakit kepala ni. Bila tunduk/sujud terasa cam pusing2 je. Uhh.. Naper begitu aku pun kurang periksa. Seronok rasa bila badan dah rasa makin ringan (as if dah makin sembuh dari sakit2).

(^_^)

Monday, September 15, 2008

bermacam rasa

Since I heard the great news about my 2 buddy, A & D, I feel glad, happy & excited. Am I too much?? Tak kot. Tak salah rasanya kalau aku nak tumpang gembira ngan berita dari diaorang. Just wish both of them will have a happy ending. Life is complicated. Bak kata Xara, "kalau one way street je apa guna".

Aku amat setuju dengan apa yg Xara katakan. In relationship kena ada hubungan 2 hala. Baru la meriah, aman & bahagia. Bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi, benar idak??


Tak kira la hubungan kita dengan sesiapa pun, harus mempunyai hubungan dua hala. Kalau satu lagi punca dah tak nak berhubung, kemungkinan besar aku akan terus disappear. Itu yg terbaik supaya aku tak lagi makan hati. Ahaksss...
---Setiap kali aku terpandang ITU dengan secara automatiknya aku akan rasa terkilan sedikit. Tak tau ngapa. Times will heal all these feeling like the crush I had over KAMU. Alhamdulillah, aku dah semakin waras. Ahaksss... Although it took a lot of time.

mengapa ini menimpa aku???

Harus ku tunggu berapa lama lagi???????????

Sekarang sudah hampir ke angka 6. Time to go home. But I don't have my bf to take me home. Huhuhu.. I really hate the situation right now. Someone please take me to the lalaLand. Uhh...

It's been a week already. Janji hanya pada weekend yg aku takde baru2 ni. Tapi dipercepatkan ke hari Isnin lepas berbuka without any explanation. Ingat aku ni hape??? Sebuah tunggul. Kat sapa lagi nak aku adukan permasalahan ini???

Sedih... Kalau aku ngadu kat orang ITU, pasti yg kena blame adalah aku. Bagaimana aku nak elak biler dia mintak nak pinjam bf aku??? Aku tak boleh nak menolak atau katakan tidak walaupun itu yg sebenarnya yg nak aku katakan. Harus bagaimana aku mesti lakukan???

It's really hard to say no bila orang yg mintak tu lebih berusia dari aku tambahan pula dari kalangan famili. Tapi tak rasa bersalah ke orang yg meminjam itu sebab kena susahkan aku. Apa, ingat aku ni tak de life aku sendiri ke???

Walaupun life aku tak havoc macam orang lain, tapi aku punya kehidupan aku sendiri. Tak boleh ke nak menghormatinya walaupun sekejip. Aku sedey sangat. Sangat2 sedey. Dah berkolam pun mata aku. Aku nak a pinjam bahu sesiapa. Siapa sudi???

kekuatan, datanglah!!!

Haihhh...

Naper mula ngan keluhan ni?? Sebab memang aku nak mengeluh pasal sesuatu. Memang aku kesal. Tapi aku tahu camne nak luahkan rasa kesal ni. Harus aku simpan je la dalam hari. Times will heal it. Hmm...

Nak gi klinik. Tapi tak rajin. Tambah plak nak kena tinggalkan opis takde orang yg akan jaga. Walaupun klinik tu dalam walking distance, kalau jalan ke sana, gerenti basah ketiaknya la. Ahakss...

"HENDAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH"

Senang citer. Perumpamaan di atas memang kena la kat batang hidung aku skang ni. Aku sengaja merekacipta alasan tak nak ke klinik. Mungkin korang juga pernah dalam situasi aku. Mereka apa sahaja alasan untuk melindungi kepentingan diri.

Sebentar tadi aku hampir je meletus kerana isu itu, hendak melindungi kepentingan diri. Tapi ku tahan segala rasa. Bersabar adalah cara terbaik. Buat apa nak kecoh2. Orang tak suka ditegur. Biarkan sahaja. Amek berat lebih2 pun, nanti dikata plak mengongkong. Pe hal plak nak kongkong hidup orang lain??? Tak sior teman.

Hikss... Tetiba aku teringat citer Tain semalam. Sebelum berangkat pulang, aku sempat tgk citer Tain. Cumer part akhir, aku qada tgk hari ni. Selama ni pun memang aku dok ikuti citer Tain secara online.

"Zaman dah maju. Dunia dah berubah. Dunia di hujung jari."

Banyak pengajaran sebenarnya dalam citer Tain ni. Aku suka part last tu bila mak Tain kata yg Allah takkan uji umatNya yg Dia tahu tak mampu nak menanggung ujian dariNya. Kira bertuah la diri anda jika menerima ujian dariNya. Cam keadaan kesihatan aku hari ni. Aku kirakan ini adalah satu ujian dariNya tuk melihat sejauh mana ketabahan aku melawan rasa kurang sihat di bulan Ramadhan ini.

Terima kasih kepada rakan2 yg mendoakan agar aku lekas sembuh. Aminn...
Google