Sunday, August 31, 2008

yei2.. esok puasa

Selamat mengerjakan ibadah terawih. Yuppp... Baru sebentar tadi pengumuman yg telah dilakukan oleh penyimpan mohon2 besar. Tahun ini aku mulakan bulan Ramadhan dengan mengerjakan ibadah terawih. Tahun2 sebelum ni, selalu je culas. TER'skip' & sengaja skip. Huhuhu... Betapa teruk nye perangai aku dulu. Tapi tahun ni aku nak berubah. Mahu berubah menjadi yg lebih baik. Lagipun persedian menyambut aidilfitri telah pun dimulakan. Hmm... Semoga aku dapat menyempurnakan ibadah dengan sempurna pada tahun ini. Aminn... Kepada sahabat semua pun, aku turut mengucapkan perkara yg sama.

all day long

Pe yg korang telah lakukan sepanjang hari merdeka ini???

Aku???

Isk2... Menghabiskan masa bersama famili dengan mencari pakian sempena hari raya aidilfitri yg akan datang. Pastu, masa aku banyak di habiskan dengan makan dan tidur. Ehehehe... Tak dapat nak elakkan. Inilah masanya tuk aku menghabiskan tuk mendapatkan tidur yg berkualiti. Lalalala...

Sekarang aku tengah bersedia menunggu pengumuman samada puasa ke tak esok.

Kang kalau aku rasa tak letih, aku cuba updates. Walaupun kat umah aku skang ni dah de internet, aku lagi suka mengoogle kisah2 terkini dari updates blog. Lagipun every time aku cuba buat ayat, terasa sangkut2 je. Huhuhu...

welcome!!!

Assalamualaikum semua

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:


* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.


Selamat Menyambut


Ramadhan Al Mubarak



Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina.


Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.


Sekian, terima kasih

salam merdeka

Merdeka!!!

MERDEKA!!!

Ya... Salam merdeka tuk semua. Belom terlambat lagi rasanya tuk aku mengucapkannya. Hikss.. Tak dapat nak wish sharp on 12 am. Masa tu aku baru pulang dari kuar dinner ngan famili. Dinner ngan parents & opah aku. Adik2 aku tak dapat pulang. Semua berada dikejauhan.


Nak wat auto publish pun tak kesempatang. So, ini la dia ucapan aku tuk semua. Tahun ni adalah ulang tahun ke-51 kemerdekaan negara kita, Malaysia. Pe ek moto tahun ni?? Aku dah kelupaan. Mungkin a.d.o yg di majlis ambang merdeka tahun ni tahu apa moto tuk tahun ni. Hehehe...


Nanti bila punya waktu lapang, akan aku ceritakan mengenai percutian pendek aku ke kota keriangan (copy ayat feveret MaiH). Aku pun dah kemengantokan. Nak tidur dulu. Sok banyak plan aku. De beberapa perkara nak aku setelkan. Begini la keadaan aku setiap kali pulang ke kampung halamanku.


Pe yang kalian rasakan sempena hari merdeka ini. Sok pagi, bagi yg menyertai pebarisan, aku nak ucapkan selamat. Selamat menjalankan tugas anda. Dengar2 khabar bagi yg memenangi acara itu akan mendapat hadiah yg agak lumayan. Uhh... Bagus la begitu.


Bajet tahun 2009 telah pun dibacakan pada hari Jumaat yg lepas. Tapi aku belum punya kesempatan tuk membaca laporan mengenai bajet itu. Yg aku tahu, orang keje kerajaan akan dapat bonus sebulan gaji yg akan dibayar 2kali. Hmm... Bagusla gitu..


K la.. Dah merapek panjang. Mo ketiduran dulu. Nanti sambung celoteh lagik.

Friday, August 29, 2008

next journey

Aku nak pulang a.k.a turun dari Genting.

Sampai kat KL, gi umah macik aku, refresh balik. Pastu nak bertolak balik ke kampung halamanku bersama2 MaiH & juga opahku. Mula2 plan nak balik naik bus je. Jimat. Tu yg penting. Selain dari tak penat. Tapi opah dah ajak nak pulang naik keta plak. Aku tak kisah pun tuk memandu pulang. So, keputusannya aku memandu pulang.

Aku bajet, lewat2 pun kena gerak dari KL by 6 pm. InsyaAllah. Moga hari tak hujan masa aku drive pulang nanti. Aminnn...

kabaikan dibalas kejahatan

Wah... Rindunya kepada zaman dulu2.




Aku selalu terpegun melihat citer2 sang Kancil ni. Ni adalah salah satu daripanya. Korang ingat tak lagi?? Lagi satu yg aku suka yg Kancil lompat atas kepala buaya sebab konon2nya dia mendapat arahan daripada Sultan tuk mengira berapa buaya yang ada dalam sungai tu. Tapi niat sebenar, Kancil nak seberang sungai. Satu lagi monyet yg makan cili tu. Isk2... Rindunya.


***Aku amik video ni dari Jebon.

selfish

Sambungan dari kisah semalam. Ni kisah mengenai seorang lelaki yg selfish. Haihhh... Orang lain pun bayar juga nak naik train. Yg ko gi bolot sampai 2 tempat duduk tu naper?? Ko bayar tiket tuk 2 orang ke?? Isk2...

Mamat yg aku katakan tu pakai baju cokelat & topi kaler cokelat. Muka buat kering je. Macam tak bersalah. Walhal orang ramai. Ni pun dah turun skit. Dah lepas 1 stesen.

Aku siap snap lagi gambar mamat tu. Aku rasa dia perasan masa aku tangkap gambar. Lantak ko la mat oii.. Aku siap publish rupa ko kat sini lagi. Tak insaf tol ngan iklan Adlin dulu. Yg tak nak bagi tempat kat ibu mengandung kot. Haihh...

Memang la masa tu takde pun perempuan mengandung dalam train tu. Tapi sangat tidak patut bila dia letak beg dia kat seat yg kosong sebelah dia tu. Aku memang dah jeling kat mamat tu. Tu yg dia perasan kot masa aku snap gambar dia. Pacik/abang kat depan aku ni dah mula jeling aku bila aku kuarkan camera fon aku nak tangkap gmbar. Aku bukannya tangkap gambar dia pun. Ishh..

Aku takleh nak tangkap gmbar barang yg dia letak atas kerusi tu sebab de budak sebelah kiri aku dok, blocking dari aku dapat snap gambar beg dia. Tak salah aku ada 1 beg baju sederhana besar & satu beg plastic je. Haihh... Tolong la.. Jangan la buat camtuh. Muka mamat tu muka orang tak bersalah je dia buat. Buat kering je.

Aku nak ingatkan kepada kalian & juga diri aku sendiri. Jangan terlampau pentingkan diri sendiri. Kalau naik kenderaan awam tu, beri laluan kepada mereka yg kurang mampu. Contohnya orang tua, kanak2, ibu mengandung, ibu & anak2 kecil. Cuba bayangkan bila anda dalam salah satu keadaan demikian, dan takde orang hulurkan bantuan. Baru tahu betapa azabnya.

Hidup ini harus sentiasa tolong menolong. Jangan sering nak take advantage dari org lain je. USAHA TANGGA KEJAYAAN.

Thursday, August 28, 2008

tugasan disetelkan dgn pantas

Hari Ahad, 24/08/08 aku berada di sini. Cuba teka di mana tempat ni??

Yupsss.. Tepat. Ia adalah KL Sentral. Tujuan aku ke sini adalah tuk membeli tiket naik ke Genting la. Takot juga kalau main terjah je nanti takde plak tiket. Haa.. Nangis la kitaorang masa tu nanti. Ehehehe.. Alhamdulillah. Tiket pergi & balik telah berjaya di beli.

Masa aku tengah nak beratur membeli tiket, ada 1 couple arab nak naik Genting. Pe motif aku bagitau korang??? Takde pe2 motif pun. Saja nak bgtau. Aku pun takde terfikir pe2 bila tgk couple tu. Diaorang beli tiket tuk hari Jumaatnya ni bersamaan 29/08/08 punya trip. Tiket bus + skyway + theme park ride. Semua nya berjumlah RM42 per person kalau aku tak silap.

Aku keluar sesorang. Owh.. 1st time aku turun KL merayau sesorang. Tak lama pun aku kuar. Sekejap sangat. Sampai pacik aku terkejut yg aku balik cepat. Ehehehe..

Dah selesai kerja aku membeli tiket, aku gi isi pewot. Sorang2. Yesss.. I'm a lone ranger. Tak kesot pun kalau sesorang. Nak makan kat McD ramai la plak orangnya. Jadi aku pilih nak makan kat Rasamas. Lagipun dah lama aku tak makan porridge kat situ. Favorite aku tu.

Uhh.. Tapi itu dulu. Skang dah tak jadi favorite aku dah. Isk2.. Dah le makin mahal. Skang ni dah takde ayam yg dalam pan. Diaorang dah racik siap2 ayam masuk dalam mangkuk. Skit je plak tu. De carrot. Mentah tol. Takde celur ngan air panas skit pun. Dah rasa cam aku ni rabbit plak makan carrot mentah camtuh. Hiksss..

Ni la rupa buburnya bersama dengan carrot mentah yg lebih sesuai tuk di makan oleh rabbit. Aku je yg cerewet nak makan carrot mentah tu. Isk2...

Nak balik tu kena tunggu plak komuter yg bapak lembab kalahkan siput khinzir je. Kena tunggu lebih dari setgh jam. Gara2 de masalah kat mana tah. Masa tu hari hujan. Dari orang skit sampai la orang dah ramai. Nasib aku baik. Bila train sampai selepas stgh jam menunggu, train tu stop betol2 depan aku. Pintunya la. Bukan train tu nye kepala yg stop depan aku. Ehehehe..

Ni adalah train ke dua yg menghala ke Sentul kalau aku tak salah. Train ke Pelabuhan Klang tak sampai lagi. Huhuhu..

Tak perlu aku nak berebut. Tolak2 orang. Dan aku siap dapat duduk. Alhamdulillah. Cuma de satu hamba Allah ni telah membuatkan aku berasa sedikit tidak puas hati. Tp untuk menegur aku rasa tak punya kuasa. Aku hanya mampu mengeluh. Isk2...

Ada satu kisah di sebalik gambar ini. Nanti aku storykan.

Aku keluar dengan pantas & pulang dengan pantas. Setibanya aku dari KL Sentral, dengan pantas aku berlari ke kereta & terus pulang ke rumah. Takde singgah mana2 pun. Train yg aku naik ke KL Sentral, dalamnya berwajah baru. Train pulang pula, maseh dalam keadaan lama. Apa2 pun, alhamdulillah aku telah selamat pergi & pulang..

pak li kopitiam

Pulang dari exam, aku berjanji nak jumpa Dj. Pertama sekali aku nak kena isi perut yg kelaparan. Hanya makan roti je tuk breakfast & lunch. Dj ok la, dia tak lapaq sebab tengahari tu dia dah pekena nasi lemak yg harganya tak reasonable langsung. Sabaq yer.. Janji perut kenyang.

Malan nak gi jauh, kitaorang jumpa kat Ole2 je. Mesti ada yg ketawa. Dah2.. Jangan ketawa lebih2 ngan nama kompleks yg agak pelik. Tempat tu sebetulnya ok la. Nak shopping tuk beli pakaian pun ok. Tp kat situ takde la barangan jenama. Saper yg giler brand, memang tak sesuai la gi tempat gitu. Aku pun 1st time sampai kat situ.

Sementara tunggu Dj datang, aku jejalan kat situ. Survey kat kedai mana aku nak makan. Disebabkan rasa lapaq aku tu, aku terasa nak makan nasi. Aku dah jatuh chenta pandang pertama ngan Pak Li Kopitiam. So, aku nak ajak Dj makan kat situ je la nanti.

Aku pusing2 lagi kat dalam tu. De la beberapa pakaian yg aku berkenan, alhamdulillah, aku berjaya menahan nafsu dari membeli pakaian2 yg telah aku berkenan. Ehehehe..

Bila Dj dah sampai, aku cadangkan Pak Li Kopitiam. Dia ok je. Kitaorg pun naik le ke kopitiam tu. Sebab apa aku kata naik??? Sebab kedai tu kat tingkat 1. Kitaorang pilih nak dok kat beranda. Actly, aku yg pilih. Ehehehe..

Bila kitaorg jalan masuk beranda, aku terasa de mata2 yg memandang kitaorg atau mungkin aku yg terlebih perasan kot. Isk2... Mcm mana la aku tak terlebih perasan. Hari tu, kami berdua pakai baju kurung. On Saturday evening. Tu yg buatkan orang pandang kami sedikit hairan. Ini semua adalah perasaan aku je ye.

Aku order nasi ayam lemon ngan Ipoh Town Ice Coffee. Dj plak order fries ngan apa nama tah minuman dia tuh. De mango banyak. Sedap. Cam ais kepal buh mango je rupanya. Tp de lagi la bermacam rencah dalam minuman tu. Minuman aku pun best gak. Perghhh... Kental sungguh rasa coffee nya. Nasi ayam tu pun sedap.

Ini adalah meal aku. Jumlah keseluruhan RM7.00.

Ini meal Dj. Harganya RM7.40.

Dj sedikit frust sbb makanan yg dia makan lebih mahal dari makanan aku. Sedangkan makanan aku adalah tuk mengenyangkan perut manakala makanan pilihan Dj adalah tuk lapik perut. Sori la kawan. Itu lumrah. U kan suka pilih air yg mahal2. Hiksss...

Puas aku makan. Pastu jalan2. Hari dah nak beransur maghrib. Sebelum pulang, aku memborong majalah. Nak buat lepas gian. Konon cam nak celebrate lepas exam. Dolu2 aku selalu juga bagi adiah kat diri sendiri sebab berjaya melalui peperiksaan.

hari peperiksaan

Yeah... Hari peperiksaan pada Sabtu yg lepas, 23/08/08. Alhamdulillah. Aku berjaya buat. Betul ke tak terserah kepada pemeriksa tu nanti. Ehehe... Berada di kawasan sekolah mengingatkan aku kembali kepada zaman persekolahan aku. Tp tu la, tak banyak gambar yg ada dalam koleksi aku tuk ditatap. Yg ada pun cukup la tuk tatapan aku sahaja.

Masa dulu tu muka sememeh tak ingat la. Hmm.. Hari peperiksaan, aku kena jawab dalam bilik darjah. Cam Dj dia kena jwb exam kat dewan. Lain rasanya. Dah le pengawas exam aku strict gila. Dah siap awal, kalau lebih dari sepuluh minit terakhir dia tak bagi keluar. Kena la aku dok dalam klas tuh membunuh waktu sambil berangan mengenangkan zaman sekolah2 dulu. Ehehehe..

Di pagi sebelum gerak ke tempat peperiksaan (sempat lagi nak posing).

Pintu masuk sekolah dari tempat aku park keta (aku keta kat luar kawasan sekolah sebab kat dalam dah full).

Hadapan kelas tempat aku amek ujian.

Ini adalah pemandangan di dalam kelas aku. Tak silap aku ni kelas budak tingkatan 3.

Tempat duduk aku.

Kotor giler meja tempat dok aku. Aku dah tolong padam skit masa tengah dok membunuh masa. Hiksss...

Masa nak pulang, hari sudah hujan.


***Begitulah sedikit kisah aku di hari peperiksaan. Rasa terlepas lelah bila dah setel menjawab. Pehhh...

di sini la tempat ditujui

Tada.. Ni tiket bus + sky way kami semua.

Mari kita berangkat. Hmm... Ni close up tiket2nye. Aku nak ke Genting bersama2 MaiH & kakaknya bersama2 kawan2 kakaknya. Semuanya ada dalam 9 orang. Ramai, kan?? Aku hanya mengekor je. Ehehe... Di samping nak enjoy.

Sini pula tempat kami berkumpul sebelum gerak ke atas sana.

Kami akan bermalam satu malam di atas sana. Jangan merindui aku lebih2 plak ye korang. Ehehehe... Nanti aku update kisah aku di atas sana, insyaAllah..



P/s: Seat yg kitaorg dapat dah penghujung2 bus. Dok kat belakang2.



updates on 300808
Alhamdulillah, aku dah selamat pulang ke kampung halaman ku. Seat kitaorang pun takde la belakang sangat masa naik bus nak ke Genting tu. Ehehehe...

Wednesday, August 27, 2008

mari menempuh jem

Mari kita pulang!!!

Owh... Hari ni perjalanan pulang aku jauh ye sebab aku nak ke KL. Harus menempuh jem gitu bagai. Manakan tidak, umah macik aku kat KL. Uhhh.. Moga aku selamat tiba. Aminn..

Jom pi holiday!!!

I'll be back on Monday, insyaAllah..

mitch albom


Dua buah buku hasil karya Mitch Albom yg telah dipinjamkan oleh MaiH kepada aku. Thanks a lot. Kisah dari buku ini mengandungi pengajaran yg hanya pembaca itu sendiri memahaminya (sebenarnya aku tak rajin nak ulas satu isi kandungan buku2 itu).

Five people u meet in heaven - di luar kesedaran kita, semua yg berada di sekeliling kita menyumbang dalam perjalanan idup kita. Secara langsung mahupun secara tidak lansung.

Tuesdays with Morrie - dying is not the end of the world. Jangan mengalah kepada sakit yg di alami. Fight for it. Tuk orang yg sihat tanpa penyakit, tolong jgn layan org sakit seperti mereka sakit. Layanilah mereka seperti kita manusia biasa yg sihat. Itu adalah lebih baik tuk memberikan orang sakit itu sedikit harapan untuk terus hidup.


***Btw, MaiH, betol ke ulasan I pasal 2 buah buku u ni??? Isk2..

Once again, thanks a lot. Lama betul I amek masa nak pulangkan buku2 u ni sebabnya I dah lama tak balik kampung halaman. I have something for u. So, c u in 16 hours (lebih kurang). (^_^)

apa isi itu???


Dalam bungkusan ini adalah 1 barang yg aku wajib bawa walau ke mana sahaja aku pergi. Rasa macam tak lengkap je kalau tak bawa barang ni. Isk2.. Tapi hari tu aku gi PD aku tak bawa pun. Ok je.. Ehehehe... Mungkin lepas ni aku dah boleh menjarakkan diri aku dari membawa ke mana sahaja pergi barang2 ini. Hmm.. I'll try.

Barang ini adalah pemberian dari seseorang. Adakah kerana aku terlalu menghargainya maka aku tak boleh berenggan dengan barang ini??? Ntah la. I don't have the answer. Sorry ya..

Dengan pemberinya??

Owh... Itu sudah lama berenggang. Sudah tidak kisah lagi dengan itu. Cuma dengan pemberiannya sahaja aku sukar skit nak berenggang. Walau ke mana sahaja aku membawanya, barang itu tetap diam di dalam beg plastik itam ni. Hmm..

Tambahan pula, kali ni aku nak berjalan jauh & agak lama percutian aku. Kalau tak bawa kang, aku asyik dok teringat je. Pastu dok terfikir kot2 de perkara buruk akan menimpanya. Hiksss.. Padahal, benda tu dok diam je dalam plastik ini. Ehehehe... Aku tak kejam. Cuma aku tak kuat je. Isk2...

Tabahkanlah diri aku ini. Aminn...

Nak tahu apa yg ada dalam beg plastik itam itu?????

Nanti2 aku gitau la..

laporan cuaca 3

Sedikit kelambatan tuk membuat entry dengan tajuk yg sama seperti semalam. Ehehehe...

Gambar di ambil sekitar jam 9.50 pagi dari tingkap opis aku. Depan tu adalah bangunan terbakar yg de kuar dalam brite dulu.





Cuaca di luar ketika post ni dihantar tidak panas & tidak pula kelihatan seperti mendung hendak hujan. Hmm...

Tuesday, August 26, 2008

laporan cuaca 2

Ni adalah tuk hari ini punya. Pagi, sekitar jam 8.15pagi. Tempatnya adalah di perkarangan tempat tinggal aku. Hmm..

Ni plak sebelah petangnya selepas ujan di tengahari. Aku anggarkan ini sekitar kol 6 petang masa aku dalam perjalanan balik rumah.

ringan rasa nya

Alahamdulillah.. Briefing telah selesai. Maka sy dah boleh mula bercuti hari ini. Yeehaaa... Opsss.. Tak boleh over excited. Kena kembali berpijak di alam nyata. Itu adalah yg sebaik2nya. Briefing yg makan masa selama 30-40minit tu tak banyak sangat masalah. Cuma mungkin beberapa term yg aku tak paham. Rujuk pada yg pakar. Satu je aku tak baper berkanan di hati, diaorang suka merokok dalam bilik meeting. Nak juga ku gigit seseorang. Haihh...

Aha... Memang betul aku rasa ringan. Tapi itu hanya metafora sahaja ya. Sy tetap berat. Jisim sy memang berat. Cuba dikurangkan, tapi tak berjaya. Hari ni saje dah 2 kali tibai nasi. Mungkin esok kena berjimat skit. Gaji belum lagi, tapi dah nak pi poya2. Takpe, poya2 ikot pe yg de dalam kandungan purse aku. Hiksss..

Dah besa pun poya2 cara tu. Ikot kemampuan yg ada. Aku pernah keluar hanya dengan membelanjakan wang sebanyak RM20. Duit tu termasuk ngan tambang komuter, makan & tgk wayang. Hahaha.. Betapa bajetnya. Tgh tak baper ada duit nak berfoya. Kalau belanja sumer wang, nanti dah tak cukup plak belanja harian aku kat u.


(Tinggal 41 hours, insyaAllah)

melompat blog

Walaupun hari ni aku spend time di opis sahaja, tapi aku tak kesempatan nak wat entri baru kisah keterujaan aku kerana aku sibuk buat keje (alasan) sambil blog hopping. Dah lama (3hari) tak online, terasa diri tak dilengkapi dengan isu semasa & terkini. So, masa yg ada ni aku penuhi dengan aktiviti lagha seperti berblog hopping. Blog sendiri di anak tirikan. Opsss... Nanti bila2 aku senang, aku kasi update. Banyak la citer nak di stori mori. Dengan rasa keterujaan lagi. Hmm..

wow!!! panjangnye

Panjang tak???


Haha... Apakah itu yg berposing di atas katil aku??

Hiksss.. Ini adalah tiket tuk kami sampai ke destinasi kami. Berapa ramai semuanya?? Korang kire la sendiri ye. Ini adalah tiket pergi & balik ke percutian itu. Semoga kami selamat pergi & selamat pulang. Aminn...


***Counting days.. Eh.. Takmo la.. Nak tukar. I'm counting the hours.. Hikss...

menghitung hari detik demi detik

Itu adalah status yg aku letak kat YM aku. Kontroversi jugak la. Member aku yg dah lama tak tegur tetiba tegur. Bukan aku tak suka dia bertegur sapa. Cuma yg kelakornya disebabkan status aku itu telah membuatkan orang ragu2. Haihhh kawan... Belum ada brite ke arah tuuuuuuuutttttttt lagik. Ni hanyalah rasa keterujaan aku kerana hendak pergi bercuti. Isk2..

Aku menunggu kedatangan hari Khamis ini dengan penuh debar2. Gaya cam orang nak menikah je debar2nya. Haha.. Takde la. Saja merapu..

Where am I going to???

Nanti akan aku khabarkan. Perasaan ini tak dapat dibendung lagi. Malam ni aku akan mula packing. Aku akan bercuti sehingga minggu depan hari Isnin. Kalau aku punya kesempatan, aku update la masa aku bercuti nanti. InsyaAllah..

Percutian aku akan bermula esok hari. C ya on Thursday morning..

pagi2 hari merepek

Pemanggil : En. Harimau ada?

Pompuan yg jawab : En. Harry takde.

Pemanggil : En. Hasim ada?

Pompuan yg jawab : En. Hasim mana?

Pemanggil : Ah Seng la... En. Bard ada?

Pompuan yg jawab : En. Bard mana?

Pemanggil : En. Badak Sumbu.

Pompuan yg jawab : Sapa ni?



***Hahaha... Dah bersoal banyak baru nak tanya saper on the line. Hiksss.. Akhirnya aku punya kesempatan tuk mendengar promo ni. Something yg berkaitan ngan Maybank punya product rasanya.

by election

Di sini aku nak mengambil kesempatan mengucapkan selamat mengundi kepada penduduk parlimen Pematang Pauh, P44. Mereka yg akan menentukan pemimpin mereka yg akan dapat membantu mereka di masa hadapan. Pilih dengan tepat. Hmm...

Syiok2... Keran adanya by election ni, harga petrol telah turun sebelum tarikh yg di war2kan iaitu 1 September 2008. Cuma harga barangan je tak turun lagi. Aku telah rasmikan harga petrol baru ni hari Ahad yg lepas, 24/08/08. Ehehe...

Excited giler biler tau harga petrol dah turun. Aku siap mesej adek aku. Tapi adek aku dengan belagak & angkuhnya gitau yg dia dah tau lagi awal. Cisss.. Mentang2 masa tu streamyx kat umah dah ok. Huh...

Alahamdulillah. Dah turun pun skit harga petrol. Masa naik hari tu dalam keadaan terkujat. Short notice. Masa naik pun sama. Kasihan mereka yg telah mengisi petrol full tank sebelum pengumanan hari Jumaat lepas. Isk2.. Aku dah isi for RM50.00 2 hari sebelum pengumuman harga petrol turun. Haihh.. Takpe la. Bukan rezeki aku. Lagipun tangki minyak dah blinking. Aku plak nak kena kuar jejalan, I mean wat keje opis la. Bukan mengular. Hikss..

laporan cuaca 1

Hari yg cerah & terang selepa ujan lebat di pagi hari.
(Ini adalah pada hari Isnin, 25/08/08 sekitar jam 1.45 petang.)


Tuk beberapa hari ni, aku akan menyediakan sedikit laporan cuaca tuk tatapan sahabat ku. Hikss... Tuk tatapan aku. Membuatkan aku lebih teruja. Haihh...

Monday, August 25, 2008

p e n a t

Itu je yg mampu aku gambarkan keadaan aku ketika ini. Hari ni will be no update from me. Ni hanya update yg pendek je. Sekadar tuk aku melepaskan lelah sebentar sebelum sambung kerja aku semula. Tengahari baru masuk opis. Masuk kejap, pastu kena keluar plak kejap. Ni baru duduk yg agak lama atas kerusi aku. Hmm... Till next entry, have a nice and pleasant day.

aku dan touch & go

Kisah ini berlaku pada hari Jumaat yg lalu. Aduhh... Kalut & gabra semacam je aku ni, kan?? Tapi nak buek camno. Dah itu aku. Aku cuba memperbaikinya.

Hari Jumaat petang masa aku gi hantar cousin aku naik train kat Batu Tiga. Memang klakor tol. Tu la akibatnya orang yg tak berhati2 macam aku ni. Disebabkan aku malas nak lalu jalan tak highway, aku pun lalu la jalan highway. Dah memang menjadi kebiasaan aku, seboleh mungkin aku akan gunakan kemudahan tercepat yg aku ada. Yg aku ada hanya touch & go. Ok la tu. Ada dari takdak langsung.

Dalam kad touch & go aku ada la beberapa lagi baki. Boleh la nak guna pergi & balik trip hari tu. Lepas dari hantar cousin aku tu, aku melencong jap la ke Tesco. Tak rasa nak pulang terus ke rumah. Bukan nak cari dinner. Tapi sengaja nak jalan2 cuci mata. Dapat la beberapa barang yg memang aku cari. Kol 8 malam, aku pun bergegas la pulang. Sebenarnya aku ni takot2 berani. Hahaha...

Takot sebenarnya balik malam. Sesorang plak tu. Tapi aku tabahkan hati. Banyakkan berzikir. Bila masuk dalam kereta, cepat2 aku kunci pintu keta. Start enjin. Pasang lampu. Undur kereta. Eh, lupa plak nak gitau, aku juga tak lupa memakai seat belt. Ehehe... Kang korang kata aku pemandu tak berhemah plak. Hahaha...

Hari plak baru lepas hujan. Sejuk & nyaman je rasanya. Dah masuk highway, aku dengan konfiden & tanpa ragu2 masuk ke lorong touch & go, sebab masa aku nak keluar dari kereta nak masuk Tesco memang aku perasan kad tu ada kat celah pemegang pintu. Memang aku konfiden la yg kad tu masih kat situ bila aku dah masuk lorong touch & go. Aku buka tingkap, gagau nak amek kad, tetiba takde.

Cuak beb...

Mana plak peginya. Haihhh...

Tuk tidak membazirkan masa sebelum ada kereta ada belakang keta aku, baik aku undur & bayar cash je. Jauh jugak kaunter bayar cash yg buka hari tu. Selang 3 or 4 lorong dari lorong touch & go. Huhuhuhu...

Bila aku masuk je lorong tunai, budak yg jaga kaunter tu menyapa aku dengan mesra sekali. Adakah dia menyaksikan kejadian itu???

Aku rasa ya..

Tak perlu la aku membuat apa2 penjelasan pasal tu kat budak penjaga tol itu. Hahaha... Pengajaran tuk aku, lain kali make sure dulu kad tu kat mana. Mesti korang tertanya2 ada ke tak kad tu dalam keta. Kad tu memang ada dalam keta aku. Rupa2nya kad tu dah jatuh ke bawah kerusi. Aku riso ingatkan dah cicir kat mana2. Haihhh...

Walaupun baki dalam kad tu banyak mana, tapi masih boleh digunakan. Aku pernah kehilangan kad touch & go suatu masa dahulu. Dah le dalam tu ada lebih kurang RM20-RM30 kredit. Haihhh... Kad dulu tu gunanya masa nak kuar date. Ehehehe...

Tu la kisah aku & touch & go. Walaupun kisah ini sedikit basi, tapi tetap nak stori. Kenangan.

Saturday, August 23, 2008

good luck

I'm heading to exam centre. Wish me luck ya!!! Cuaknya terasa cam nak sit for UPSR, PMR, SPM & etc. Walhal, exam ni kalau tak pass pun no big deal. Hiksss.. Tapi tak mo plak aku tak pass. Mesti la aku nak lulus with flying color lagik tuh. Aminn... Have a happy wonderful weekend.

Good luck to my bestie. She will sit the same exam with me. Tak lupa juga kepada semua yg mengambil peperiksaan tersebut hari ni. All the best!!

Friday, August 22, 2008

aku bermonolog

Owh... Jantung ku berdegup pantas mengengkan hari esok. Isk2...

Rilek r. Bukannya baru pertama kali ko nak menempuhinya. Sebelum ni ko dah pernah exprience menda ni. Buat apa nak takot, cuak tak tentu pasal.

Kali ni punya berbeza skit formatnya dari yg sebelum ni. Sementelah aku dah lulus 2 daripada 3 yg dinyatakan. Naper nak kena melaluinya sekali lagi?? Ini penentu masa depan aku. Kena serius skit.

Aha.. Ni mesti dah kena saiko ngan abah semalam dah jadi cuak semalam. Tarik nafas dedalam. Tahan..... OK! Sekarang lepaskan. Rasa sedikit lega??

Ala... Lega sat je. Sat gi mesti rasa lagi. Isk2... Buku 2 biji yg ada kat aku bukannya aku baca habis. Huhuhu... Yg aku paling cuak part kena write an essay in English. The length is about 200-300 words. Uishh.. Banyak tuh. Kalau masa student dulu boleh la jugak aku merapu. Esei BM pun belum tentu aku dapat lepas. Tambah plak bila kena ulas isu semasa. Aduhyaiii...

Pening2 fikir buat pe. Tenang je la. Ini hanya satu ujian kecil. Dah cuak semacam. Jangan cepat melatah. Think positive. Gagal sekali bukan bererti akan gagal selamanya. 1 more thing, kegagalan akan buat kita makin kuat, tolong ingat itu?? Dah banyak kegagalan yg ko ditempuhi, but u still here. Berdiri teguh walaupun kekadang terjatuh rebah juga. Tp kita akan bangun semula dengan cebisan2 semangat yg ada.

Satu yg mencuakkan aku jugak adalah mimpi aku alami beberapa minggu yg lepas. Seram beb.. Aku miss nak gi gi exam tu. Pastu rasa ralat sangat. Tak nak la mimpi tu jadi kenyataan. So, esok awal lagi aku akan gerak. Memandangkan tempat tu pun aku tak tau kat ne. Nak kena menggagau cari.

Cek oii... Mimpi tu mainan tido. Tak perlu nak cuak atau takot. Bukan sekali je ko pernah bermimpi ngeri. Doa la moga mimpi itu tak menjadi kenyataan. Selebihnya berserah kepada Allah. Jangan la dok fikir negatif. Buat sakit otak je. Yg penting happy & enjoy g exam tu nanti. Mata tau de calon ke kat situ. Ehehehe...

Merepek tol. Hmm... Cakap memang mudah dari melakukannya. Aku akan cuba buat sebaik mungkin. Kalau tak berjaya, mungkin bukan rezeki aku.

Napa nak kena fikir yg tak berjaya. Fikir yg ko mampu buat. Boleh berjaya. Have faith in you. Don't give up easily. Look at the bright side...

Hmmm...

Takyah fikir2 dah. Leave it here. Proceed to the next plan. I know, dalam kepala otak mu itu dah berlegar2 pe yg akan di buat on Sunday.

Hikss.. Pecah tembelang. Tapi kan terbeban juga rasanya kerna menggalas harapan keluarga. Moga aku berjaya. Aminn..

Macam tu la. Yg de tp tu put aside. Jangan mudah mengalah. Semua ibu bapa nak anak2 diaorang berjaya. Kira parents ko cukup memahami la tu. Tak terlalu menekan ko pasal kerjaya. Bersyukur la. Moga berjaya menempuh hari esok. Aminnn...




~~~Begitulah monolog aku seorang diri. Hmm...

gOonG

a.k.a Princess Hour, cerita yg pernah menjadi kegilaan aku. Ehehe.. Aku telah jumpa link tuk donwload citer itu. Malang bagi aku. Sub title tak seiring selangkah dengan pertuturan yg keluar dari mulut pelakon. Menda tu distract aku.

Haihh... Menda sekecil itu pun aku boleh terganggu. Apo la nak jadi ngan saya ini. Sama seperti masalah yg aku utarakan dalam enti yg lepas. Selagi tak selesai, rasa cam ada menda terbeban atas bahu. Bila dah selesai, rasa amat lega. Aminn..

Memandangkan aku tak puas hati dengan hasil muat turun aku itu, makanya, aku membuat keputusan tuk membeli sahaja drama bersiri itu. Buat koleksi peribadi. Boleh jugak mak aku tumpang tengok nanti. Ehehehe...

Tak payah aku rasa geram bila tengah2 download, boleh stop & putus download sebab line tak elok. Dah le jenis download ni tak boleh nak resume. 1 hari hanya 1 episod je mampu di muat turun. Memerlukan sebulan tuk lengkapkan 24 episod.

Owh... Cek tak sanggup nak tunggu begitu lama. Nanti nak buat keje pun terganggu. Komputer hang. Baik angkat bendera putih je. Hikss...



***Perut I dah mula bergendang. What's for lunch?? Aku kepingin nasi ayam. Kat kedai dkt2 sini takde plak menjualnya. Dekat kedai jauh skit ada la. Tapi hari ni hari Jumaat. Kedai tu tutup. Tgk la rezeki lunch aku hari ni kat mana. Hmm...

setel

Alhamdulillah.. Setel sudah permasalahan yg berlegar di dalam kepala otak aku ini. Pe permasalahn itu??? Aku dah type earlier, tapi terlupa plak nak bawa pen drive (semangat aku nak menceritakan kebingungan aku sampai dah type earlier & save dlm pen drive) aku itu. Maka nya tiada la story panjang. Aku pendekkan je la.

Semalam aku rasa gelisah, dok tak diam sebab memikirkan mahu minta tolong dengan siapa. Siapa yg dapat menolong aku. Hmm... Bukan takde kawan2/keluarga untuk aku minta bantuan. Tapi pengalaman telah membuatkan aku sedikit serik. Tambah plak bantuan yg aku cuba dapatkan agak sedikit rumit. Seboleh mungkin aku elak nak minta bantuan orang lain selagi aku mampu nak menyelesaikannya.

Kedengaran seperti aku egois. Bukan sebab ego, aku tak suka bunyi2 yg akan keluar bila bantuan diberikan kepada aku. Kira macam bantuan yg aku perlukan kalau dilaksanakan pun selepas itu akan wujud bunyi2 yg tak enak. Seakan rumah sudah siap; tapi pahat masih berbunyi. I don't like that situation. Aku pun pernah begitu. Memberi pertolongan tak ikhlas. Pastu dok merungut. Hmm...

Sekarang aku dah tak perlu runsing lagi. Apa yg bermain dalam fikiran aku telah selesai. Aminn..

Moga segalanya berjalan dengan lancar. Aminn...



***Jangan ditanya pada aku siapa yg aku maksudkan di atas. Aku cuba melupakan insiden itu walaupun aku tahu yg aku tak mampu lagi lupakan insiden itu sekarang. Tapi pasti suatu masa nanti aku dapat mengatasinya seperti aku mengatasi ketegangan yg pernah berlaku suatu masa dahulu. Hmm...

J A U H

"Kau datang & pergi sesuka hatimu..."

Aku tak pasti kenapa kebelakangan ini aku terasa sedikit jauh. Jauh yg tak dapat nak diluahkan. Aku tak suka akan rasa yg sedang aku alami sekarang ini. Bagaimana nak mendekatkan kembali rasa jauh ini?? Aku telah mencuba. Tapi rasanya makin jauh pula perginya. Hmm... Sesuatu yg di luar jangkaan. Betul la pepatah yg mengatakan, "ku sangakakan panas berpanjangan; rupanya gerimis di tengahari". Aku tak emo dengan isu ini. Cuma sedikit luahan untuk membuatkan aku rasa lebih lega & tenang. Haihh... Tetiba plak permasalahan yg aku dok fikir semalam menerjah kembali. Can't help it la. Kalau dah setel mesti aku tak fikir dah. Ehehe...



***I'll tell u later bout permasalahan aku itu.

Thursday, August 21, 2008

dambaan cinta

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa
Bertahun andai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama
Semakin berputik perasaan ini
Kini baru ku sedari
Selama ini kau ku sayangi
Andai bukan itu hakikatnya
Mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami
Tidak dapat ku nafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri
Kalimah cinta selongkar renungan dicipta
Mungkinkah dibiar terdampar
Kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta
Ikhlas ku nyatakan
Kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai
Walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan
Mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati
Dapat juga kau terima
Diriku akhirnya

---Didicazli, Dambaan Cinta---


~~~Dah lama aku kepingin lagu ni. Sejak dari tengok 1 cerita cerekarama kat TV3. Baru sekarang aku temui. Hikss... Mendalam maksudnya buat aku. Harapan & dambaan yg sudah tiada 'sparks'nya. Hmm...

hari ni hari hujan

SEJUK!!!!!!!

Sejuk tol hari ni. Rasa nak off je aircond. Kang kalau off takde circulation udara plak. Isk2... Yo la.. Aku ni ibarat terkurung dalam gua. Tempat aku dok membelakangi cermin pandang ke luar. Tu pasal tak berapa perasan dunia luar. Ehe...

Maksud aku tak perasa dunia luar adalah tak perasan cuaca kat luar. Pagi tadi memang perasan la sebab aku de keluar ofis jap. Gi bank. Masukkan duit tuk orang. Ahakss.. Tu dah jadi tugas aku. Sekarang ni orang kat bank tu dah mula kenal aku. Bangga la skit. Hiks.. Nak juga tu.

Banyak yg aku dah baca hari ni pasal current issue. Tapi rasanya tak dapat membantu aku banyak tuk aku menghadapi peperiksaan. Pe2 pun aku mengharapkan aku dapat buat all out masa ujian ni nanti. Kalau lulus baru fikir tuk peringkat selanjutnya. Tapi sebenarnya dalam kepala otak aku dah terpikir over the boundaries already. Melompat lebih tinggi sehingga menjangkaui perancangan minggu hadapan. Hahaha...

Hopefully, cuaca minggu depan menyebelahi kami. Aminn..

Siapa kami???

Aku masih hendak merahsiakannya. Wait till I'm ready to reveal it. Boleh dikatakan ini adalah projek terbesar pertama aku. Sebelum ini aku belum pernah melakukannya. Excited tak lupa sedikit rasa cuak. Ehehehe..




***Puas aku minum teh o panas. Bancuh satu jug. Kalau beli selalu tuh 1 gelas dah RM1. Isk2.. Jemput minum. Rajin aku bancuh air sampai 1 jug. Yg banyak ulang minum pun hanya aku. Peduli kan. Tak abeh kalu boleh simpan dalam peti sejuk. Nanti ramai la yg cilok. I prefer to drink warm water.

gps system

Fening skit kepala saya bila membaca yg kebanyak terms tak dapat akal sy bayangkan. Huhuhu.. Baru2 ni aku ada pergi site visit. Rasa rugi plak tak amek gambar bebanyak. Walaupun hanya mengguna kamera fon, ok la. Dari takde langsung. Aku sempat snap 5 keping gambar je. Yg berguna de la dlm 1 or 2 keping gambar je.

Gambar2 tu mungkin berguna tuk arkitek membuat cadangan lukisan memandangkan tender ini adalah jenis design & build. Hiks... Aku pun baru nak bertatih belajar skit2. Next week bos aku nak suruh aku wat task kat KL. Yg haru skit tu sebab jalan kat KL bukannya aku mahir sangat. Alangkah indah & permainya jika saya mempunya GPS (Global Positioning System). Menatang tu nanti dapat memandu arah aku ketika sedang memandu di kala aku tidak mempunyai co-pilot. Ehehehe...

Saper tahu mana nak dapat GPS ni harga reasonable. Seboleh mungkin biar function hanya tuk GPS sahaja. Tak perlu yg fon ada GPS or pda de GPS. Takmo yg multi function. Aku lebih gemar kalau gunanya GPS hanya memandu arah.

Mungkin bila dah ada GPS ni kaki aku akan makin panjang bergerak ke. Ehehehe.. Kemungkinan itu berlaku hanyalah 20-30% sahaja. (Aku lebih suka dok melepak kat rumah memandangkan kalau aku keluar merayau pitih ku akan mengalir selaju ari paip. Ada je yg terlintas dalam kepala aku tuk membeli walaupun benda tu hanya la satu keinginan bukannya satu keperluan. Aku perlu berjimat. Membeli hanya yg menjadi keperluan sahaja. Menabung tuk masa depan. Teman??? Tanpa teman pun aku masih boleh merayau-waktu siang sahaja.)





***Tetiba tadi aku ter'flash back' kisah suatu masa dahulu. Rasa cam tengok wayang. Aku mengaitkan satu peristiwa kepada peristiwa yg satu lagi yg telah membawa kepada pertemuan itu & kisah yg berlaku seterusnya selepas itu. Hmm...

salary transparency

A very interesting article (in my opinion). Why u shouldn't hide the amount you've been paid as employee. U can find the answer in this article. Some may thinks that the study about this topic is rubbish but some may think it is useful. I think it is useful. Why must I hide about my salary. I deserve to get that amount because of my load of work not because of my qualification. Hmm... If I want a job that suits my qualification, than maybe I will fight for the right amount I deserve to get. No offend ya!!! U have your own reason why u want to keep it secret.



Psst! Your Salary Is Showing

assurance

I am assured twice already. Regarding my application for 3 days leave. On my calculation, my 3 days will start from Thursday until Saturday but via my boss calculation, I'll start on leave from Wednesday. Ahakss... Syiok tuhh... If that is the case, I'll continue on leave until Tuesday. That will complete my 3 days leave (Thursday, Friday & Tuesday. Monday is public holiday. I'll be on leave for almost a week.). Hiksss.. (Berangan la ko nak cuti lelama.)

-2-0-0-8-2-0-0-8-

Owh... Terlambat sudah saya ini. Baru pagi ini kesedaran. Mungkin sebab aku takde buat apa2 kerja yg memerlukan aku menulis tarikh sampai aku tak perasan akan keunikan tarikh semalam. Ehehe... No big deal pun kalau aku tak ingat tarikh semalam. Cuma setahun yg lalu, pada tarikh berkembar seperti ini iaitu 20072007, seorang hamba Allah telah hantar 1 forward mesej aku. Ia kekal misteri hingga hari ini sebab aku tak tahun siapa pengirim itu. Aku pun tak pernah mencuba tuk menyelidiki pasal pengirim itu. Hmm.. Setahun sebulan setelah kejadian itu berlaku. Mungkinkah KAMU?? Tak mungkin la plak. Itu seperti bukan KAMU. Baling batu sembunyi tangan. Tapi kalau KAMU pun tak mengapa. Takde apa yg dapat aku buat pun. Ahaksss... Dah tu buat apa lagi aku mention kat sini?? Saja. Abaikan la kebengongan aku di pagi hari ini. Hikss..



***Saper tgk buletin utama semalam?? Pasal blogger yg telah memaparkan gambar jalur gemilang di laman web nya secara terbalik. Hmm... Tgk, lihat, baca & tafsirkan sendiri. Lu pikir la sendiri.

Wednesday, August 20, 2008

kekasih terakhir

Kekasih Terakhir - Melly Goeslow


Ku tak pernah punya hati
Untuk meninggalkan engkau
Hanya kau sisa hidupku
Tanpamu lebih baik mati
Ku menahan rasa luka
Bila kau membenci aku
Bila kah Tuhan mendengar
Bisikan hatiku yang hancur
Mencintaimu hati hampa kini terisi
Didekatmu hatiku tenang
Hanya kau pelipur laraku
Mencium engkau bisa juga tenangkan jiwa
Seluruh yang ada di engkau
Bagiku ini karunia
Saat jiwaku terguncang
Pelukanmu menyembuhkan
Kau tak bisa digantikan
Bagiku kau kekasih yang terakhir
Mencium engkau bisa juga tenangkan jiwa
Tak akan bisa digantikan
Bagiku kau kekasih terakhir

tukar selera skit

Hari ni aku makan lauk yg berbeza. No paru goreng bercili. Teringin nak makan ayam masak merah plak. Yg tak dilupakan adalah kuah asam pedas. Yummy!!

Kalau kat umah pun, bila de peluang masak, mesti aku nak buat asam pedas tumis. Cara sendiri je la. Asalkan ada rasa asam pedas kira dah ok la tu. Ehehe... Dah lama aku tak main masak2. Dah berkarat kot skill aku ni.

Lauk pauk yg aku amek hari ni, kuah asam pedas + ayam masak merah + kerabu kacang botol. No pic to share wif u guys sbb aku tak bawa turun fon masa gi lunch tadi. Tak rajin. Duit pun aku letak dalam poket suar je. Tu la gunanya kalau pakai suar. Sebab tu juga la aku lebih selesa kalau baju kurung aku ditempah. Bleh suruh tailor tu tambah poket.

Maseh lagi aku nak bercerita pasal aidilfitri yg bakal datang. Aku dah hantar baju gi tempah. Baju kurung biasa je. De terdetik dalam hati nak belajar menjahit baju kurung. Dulu aku pernah belajar menjahit. Tapi sekadar separuh jalan je.

Kalau punya skill menjahit walau hanya sekadar menjahit baju kurung sahaja, boleh membawa keuntungan. Tambah plak bila tiba musim raya or kenduri kendara. Ehehe... Perancangan dah ada. Tindakan je yg belum dibuat. Haihhh..

Ni dah bagai melepaskan batuk ditangga. Teruk tol aku ni. Hari ni kurang terasa masa bergerak sepantas 2hari yg lalu. Tapi tak rasa plak masa lambat bergerak seperti selalu. So n so je la.. Ehehehe...

bersemangat

Agak panjang post aku ari ni.. Yg berbentuk tulisan itu adalah yg telah aku sediakan semalaman. Aku tak punya ruang untuk menonton tv. Maka, aku memerapkan diri aku yg kerdil ini dalam bilik. Sementelah, lama sudah aku tak usap kesayanganku itu. Ehehehe...

Mula2, aku punya 1 idea sahaja tuk menceritakan mengenai sahabat lama. Kemudian, timbul satu lagi. Dan satu lagi. Jadinya 3 post terawal adalah hasil karya aku semalam. Yg baru aku publish hari ni plak adalah yg telah aku draft semalam. Nak masukkan gambar dulu. Baru nak publish. Tu yg kelambatan skit.

Haihh... Peperiksaan makin hampir. Aku pula semakin tak rajin nak membaca akhbar. Busan ngan isu yg sama yg dibangkitkan oleh pemberita seperti kat negara kita tak de kisah lain. Isk2... Tgk berita kat tv pun kekadang aku tak punya kesempatan. Sebabnya malas nak berebut tv. Bila dah diaorang tgk kartun, malas aku nak gi berebut. Beralah je la. Itu yg aku dah biasa buat sejak aku kecil. Sampai pernah tersentap gara2 terlalu kerap kena mengalah.

Semalam aku roger mak aku. Syiok tol mak aku. Cuti 2 hari. Hari ni baru mula kerja. Adek2 aku yg bercuti, 2 orang dah pulang ke sekolah. Tinggal yg besor sekali je kat umah. Manja la dia. Hahahaha..

Mak aku excited citer kat aku yg diaorang dah gi shopping baju raya. Wah, advance. Tak cam tahun lepas. Last minutenya shopping. Tahun ni, belom sempat puasa lagi dah shopping. Dah menjadi kebiasaan dalam keluarga aku, beli pakaian baru bila time nak raya je. Cuma skang ni bila aku dah pegang duit sendiri, aku beli pakaian bila aku terjumpa yg berkenan & kena plak ngan bajet aku.

K la.. Time for lunch dah tiba. Nak gi nyum2..

i.need.my.own.space

Hmm... Dah lama rasanya aku berkeinginan begini. Hopefully, semuanya aku berjaya aku laksanakan sebelum memasuki tahun 2009. I need to have my own goal so that my routine won't feel bored. Uhhh..

Fikiran aku kembali kepada persoalan ini bila satu kejadian berlaku semalam. Ala... Kejadian kecil itu. Itu mungkin dari pandangan kalian. Tapi pandangan aku lain pula.

Semalam aku banyak menghabiskan masa aku dalam bilik sahaja. Nak tengok tv pun tak selesa. Tengah aku berfoya1 dalam bilik, tetiba perut aku terasa lapar. Nak kuar gi mencari makanan kat dapur?? Segan beb. Aku sedar diri aku hanya menumpang. Walaupun rumah pacik sendiri, tapi aku tetap segan. Nak keluar gi beli makanan??? Tak kuasa la saya. Aku lebih rela menahan rasa lapar. Memang petang aku dah makan. Alas perut. Ingatkan bertahan la sampai breakfast. Rupa2nya baru malam muda aku dah terasa lapar. Tahan je la.

Ala... Bukan aku takleh tahan rasa lapar. Boleh je. Cuma aku sengaja mewujudkan isu supaya aku dapat lebih kuat semangat tuk mendapatkan space sendiri. Aku bukan kaki rayau, sebab tu tuk tinggal bersama pacik aku bukan 1 masalah besar.

Ada kawan2 yg bertanya, betah ke aku dok menumpang. Setakat tuk tidur & mandi, berehat, mungkin aku betah. Lebih dari tu rasa tak betah je. Kalau punya ruang sendiri, tinggal sendiri, aku senang nak buat apa yg aku suka. Kemas bila datang angin rajin. Bila tak rajin, tak yah kemas. Bukan sepah mana pun bilik yg aku tinggal sekarang ni.

Tapi beberapa kejadian yg berlaku pada masa lepas juga telah membuatkan aku sedikit tawar hati. Nak aku ceritakan???Tak perlu la sebab kejadian yg pertama telah membuatkan aku teringatkan akan seseorang yg sekarang ni aku sedang mencuba tuk tidak terlalu mengingatinya. Aku seboleh mungkin tidak mahu menyebut nama nya di sini. Hmm...

Terima kasih diucapkan kerana sudi menemani aku suatu waktu dahulu. Teman gi pebaik laptop aku la. Ehehehe...Telah aku jengah beberapa iklan, tapi takde pun yg berada dalam lingkungan belanjawan aku. Adushhh... Belanjawan aku rendah sahaja. Aku punya 4 bulan tuk aku laksanakan impian aku yg satu ini. Hmm... Dipendekkan menjadi 3 bulan setengah je la. Lagi setengah bulan tu aku perlu tuk tujuan pujuk memujuk. Hmm...

Robek hati aku melihat barang kesayanganku teruk cedera. Rasa sakit dada. Sebak. Tak tau nak buat apa bila on je laptop dah mendapati skrinnya telah retak seribu. Disebabkan kejadian ini, aku kena kuarkan belanja sekitar RM600++ tuk mebaikinya. Alhamdulillah, sehingga sekarang ia masih mampu berfungsi. Aku sedar, salah aku juga sebab letak rata2. Tapi apa guna ada pembantu tuk menjaga budak kecik kalau barang sebegitu pun boleh dibiar budak2 pijak di atasnya. Marah, kesal, dah tak guna sebab menda dah belaku. Dah berlalu setahun yg lepas. Aku bukan sengaja nak letak merata2. Actly, aku tak letak rata2 pun. Aku letak ditempat yg sedikit terlindung. Budak2, bukan cerdik nak berfikir lagi. Kesudahannya, sakit yg aku dapat. Nak marah diaorang pun takde gunanya sebab saper aku nak menegur anak orang sedangkan parents diaorang tak pernah marahkan anak2 diaorang. Diamkan je la. Sampai ke hari ni, mak ayah budak2 tu tak tau pun kejadian yg menimpa laptop aku. Atas kesedaran ia adalah salah aku sendiri, lebih baik aku diamkan diri aku sahaja. Hmm...

Kejadian ke-2 wang aku dicopet telah membuatkan aku tidak lagi berminat tuk menabung duit syiling. Apa guna aku menabung sekiranya tabungan aku habis dicopet orang. Dah menambahkan dosa orang mencopet itu. Oleh itu, aku amek keputusan tuk tidak menabung lagi. Orang yg mencopet tu pun boleh menghindarkan diri dia dari menambah minus point akibat mencopet. Hmm...

De lagi???

Ada.. Tapi 2 peristiwa yg aku nyatakan itu telah menyebabkan hati aku makin tawar. Kejadian ke-2 itu bukan berlaku sekali. Tapi 2 kali. Mungkin juga berkali2. Tapi aku je yg tak pernah perasan. Takpe la. Aku menghalalkan apa yg dia amik. Yg akan dia amik plak, tak mungkin akan aku halalkan. Isk2... Betulkah tindakan aku ni menghalalkan brg aku yg telah di ambil haknya dari aku tanpa kebenaran aku & juga di luar pengetahuan aku???

suatu ketika dahulu

Semalam aku sempat menjengah blog sahabat lama aku. Dia lain bangsa ngan aku. Tapi itu bukan penyebab menjarakkan hubungan kami. Mungkin aku je kot yg terasa sedikit kekok.

Persahabatan yg bermula sejak dari sekolah menengah. Serasa aku dari sekolah rendah lagi kami telah bersekolah di sekolah yg sama. Cuma aku tak begitu akrab dengan dia sehinggalah pada suatu aktiviti kelas ketika aku berada dalam tingkatan 2. Masa tu kelas kami bermain permainan mentor mentee. Syiok juga.

Melalui permainan sebegini juga aku telah mengenali suspek semasa di universiti. Sweet memories. Aku tak begitu mengingati apa sebenarnya yg telah menyebabkan aku dan sahabat ku itu menjadi akrab. Baik. Masa tu tengah hangat dengan sukan pe tah. Tak ingat jugak. Ehehe..

Tak silap aku, time tu tengah berlansung sukan Komanwel kat M'sia rasanya. Aku meminati Roslan Jamaludin, keeper hockey M'sia. Dia plak suka ngan pemain badminton M'sia, Wong Choon Han. So, bila aku nampak je gambar Wong Choon Han, aku akan kerat & bagi pada dia. Dia plak akan kerat bagi kat aku kalau de gambar Roslan Jamaludin.

De satu gambar yg dia bagi kat aku tu, Roslan Jamaludin jadi cover 1 surat khabar omputih. Puas la aku menatap gambar Roslan Jamaludin. Ehehe.. Setahun je aku obses ngan Roslan Jamaludin. Pastu takde dah. Ahaksss...

Aku tak pasti plak ngan sahabat aku tu bagaimana. Kemudian kami bertukar alamat emel. Nama sahabat aku tu, Yeam Shin Sar. Dia tak pernah miss tuk menghantar ucapan hari lahir buat aku saban tahun. Dia juga tak lupa tuk menghantarkan ucapan hari raya. Terharu rasanya. Aku selalu je terlewat tuk menyampaikan ucapan buat sahabat aku itu.

Kali terkahir aku berjumpa dia adalah masa form 5 sebelum tamat sekolah. Lepas tu rasa cam tak pernah jumpa. Aku tak pasti dari mana dia memperoleh no telefon aku. Pe2 pun aku amat hargai apa yg dia buat tuk aku. Ucapan darinya & ingatan darinya. Terima kasih.

Owh... Bagaimana post ini wujud??? Aku terbaca post dari sahabat aku itu pasal ulasan sempena final badminton di olimpik beberapa hari yg sudah. Ntah dia masih ingat lagi akan kisah kitaorang tukar2 gambar itu. Ahaksss... Sweet memories.

Satu lagi sahabat aku berlainan yg bangsa yg aku pernah akrab suatu ketika dulu adalah Ng An Nee. Tak ingat plak nama dia eja camne. Rasa nye cam yg aku eja tu la kot. Tapi sebutan tu dah betul dah. Aku rapat ngan dia masa sekolah rendah. Masa tu darjah 5. Kami sekelas. Dia dok sebelah aku selama lebih kurang 1 tahun pengjian kitaorg pada tahun 1995.

De dia bagi aku candy yg sangat besar. Disebabkan aku kedekut, aku tak bagi adek2 aku share sama. Lastly, candy tu tak abih pun & penyudahnya cik tong yg makan. Isk2...

Begitulah sedikit kisah yg aku terimbau masa zaman sekolah2 aku dulu. Pe yg kalian buat sekarang ye?? Tak silap aku Shin Sar belajar kat UTAR dulu. Kos apa dia amek aku tak pasti. Annie plak futher study kat Australia. Btol ke??? Hmm... Not sure la.

Aku tengok rakan2 Chinese aku masa sekolah, kebanyakkannya maseh berhubung baik sesama mereka. Bukan nak kata aku tak kontek ngan kawan2 aku masa sekolah menengah dulu. Cuma aku rasa kami jarang berjumpa. Last jumpa masa reunion kat KE Corner. Tu pun Ajie yg organise. Isk2..

Dah lama tol tak contact diaorg. Masa Ajie wat opeh house tahun 2006, Raya puasa, aku tak dapat pergi. Disebabkan aku tak dapat pergi, satu kisah telah menimpa aku. Hmm... Antara 1 kisah bersabit dengan kisah yg lain. Tapi kisah ni aku malas nak buka dah. Biar kan je la. Sebab aku nak simpan kisah itu sebagai suatu kenangan terindah tuk masa hadapan. Bila aku dah bersedia or bila tiba hari anniversay ke-2, mungkin aku akan buka kembali kisah itu. Mungkin sahaja. Aku tak pasti lagi.

Kita hanya mampu merancang. Yg menentukannya hanya Dia yg berkuasa..

my short holiday to pd

Ni ada beberapa gambar sekitar short holiday aku ke PD hari tu. Nak menangkap gambar bebanyak pun takde mood sangat. Cuma beberapa keping je sempat di potretkan.

Day 1


My cousin & m3. Jejalan di tepi pantai. Panas. Masa ni sekitar jam 6.00 petang.


2 beradik yg bergumbira bersiar2 di tepi pantai.


Lihatlah pasirnya yg putih & halus. Best2..


Kesan tapak kaki yg dihapuskan oleh air laut yg menghempas pantai. Alangkah bagus sekiranya kesan yg terlekat di hati ini terhapus sebgitu. Hmm...


Aku dok kat sini masa short holiday hari tu. Dari sini dah nampak tempat menginap aku. Kat laman ni juga la aku bermain badminton. Ehehe..


De family day. Diaorang tengah de telematch. De satu telematch tu kena bungkus orang cam mumia menggunakan tisu toilet. Tak perasan plak baper gulung.


Day 2


Sepupu2 aku yg baru nak naik ke darat selepas puas berendam dalam air laut.


Budak kecil ni susah tol nak panggil dia kuar dari kolam.


Opah & cucu2. Kami tak turun ke laut. Sekadar melihat matahari terbenam. Menikmati suasana petang.


Bila malam menjelma, semua pakat lapar. Ni macik aku tengah memasak ngan bibik nya. Cousin aku plak tengah kusyuk menikmati nasi goreng sardin. Sardin tu favorite dia. Tu pasal awal2 lagi dia dah serbu.


Nasi goreng sardin & segelas kopi. Ini meal aku. Banyak tol aku minum kopi kat sana. Isk2.. Nasib la tak ganggu tidur aku.


Pose sebelum pulang dalam bilik yg aku tumpang bersama ngan family macik aku.

2nd grin lite

Alhamdulillah... Aku telah memperolehi lampu hijau yg ke-2. Cumanya aku perlu mengesahkan kembali lampu hijau yg pertama yg telah aku perolehi terdahulu. Bukan apa, 2 kali baru cukup syarat. Hiks... Excited???? Of cause.. Tapi kena kontrol. Risau keterujaan yg terlampau boleh melibatkan lain implikasinya plak. Pe yg aku ingin lakukan sehingga memerlukan 2lampu hijau beserta dengan double check lampu hijau yg aku telah perolehi????

Begini kisahnya....


Kita sambung kemudian sahaja la penceritaan mengenai plan aku tu. Takot plak kalau dihebohkan berlebih tak menjadi pula. Pe2 pun, alhamdulillah dengan apa yg aku ada & perolehi sekarang ini. Nak lagi yg terbaik. Hmm...


Tuk yg maseh tertanya2, mungkin korang boleh menunggu sehingga minggu depan. InsyaAllah, aku akan khabarkan berita gembira. Aku lebih suka berkongsi berita gembira dari berita yg sedih. Ahaksss...

Tuesday, August 19, 2008

cepat masa berlalu

I wish that every day is just like these 2 days. Feel so easy breath taking day. Ehehehe.. Pe aku merepekkan ini??? Begini. 2hari yg telah berlalu terasa seperti hari yg bahagia. Buat2 keje. Angkat kepala tgk it's already time to go home. How sweet (for me la).. Manage to make a few post (but I didn't publish it yet. Tungguuuu!!!) Tapi hari tak sentiasa cerah. Kadang2 hujan turun. Walau tak lebat. Kadang2 tak hujan pun. Hanya mendung menyelubungi. Tak boleh nak mengharapkan hari cerah sentiasa but I do hope that the day will be brighter than the day before. Hmm... Ok la.. Mau pulang dulu. Nak minum air. Thirsty..

favorite I

Dah menjadi rutin aku bila turun lunch kat kedai kat hujung pejabat aku ni, wajib amek kuah asam pedas, sambal belacan & menjadi favorite aku adalah paru goreng bercili. Ehehehe... Sayur mesti ada. Yg paling aku suka adalah sayur taugeh. Ehehe...

Kalau time breakfast dah de paru goreng bercili, gerenti aku amek juga bersama nasi lemak. Tapi disebabkan kebiasaanya time pepagi tu husband nya yg kira, aku malas nak gi. Husband dia kira agak mahal berbanding kalau wife dia yg kira. So, mulai sekarang aku hanya turun membeli lunch sahaja di situ. Bukan niat nak tutup pintu rezeki diaorang. Tu pilihan aku. Lagipun kebiasaannya aku akan beli nasi lemak kalau beli breakfast kat situ. Bukan elok kalau makan nasi lemak selalu. Citer pasal nasi lemak + lauk paru, teringat kejadian yg menimpa aku beberapa bulan yg lepas yg telah membuatkan pagi aku begitu bersinar. Hiks.. Korang tak ingat. Klik sini. Hmm...

Luncheon I ari ni. Jemput la makan.


***Favorite I sama u la. Semalam nak reply ur msg masa u kata tu lauk favorite u. Tapi disebabkan hp I nye bateri dah nyawa2 ikan, I tak reply. Lupa plak bawa charger. Balik umah dah kelupaan plak. (u=MaiH)

integriti???

Tak menepati masa langsung. Perjumpaan yg sepatutnya bermula pada jam 10.00 pagi tertangguh ke ke pukul 10.45 pagi. Lewat sehingga 45 minit. Masa itu baru semua peserta taklimat masuk ke dalam bilik mesyuarat. Tak kira lagi ngan staff nye dok prepare segala macam big skrin tuk slide show. Amek masa lagi tu. Sepatutnya sumer tu disediakan lebih awal. Betapa tak integritinya (betol ke penggunaan perkataan integriti tu ngan ayat I ek?)

Kalau lewat 5-10minit masih boleh diterima lagi. Rasanya aku tak de plak dengar perkataan maaf kerana terlambat dari mulut orang yg bagi taklimat tu. Huh... Dah jadi attitude plak.Tak syiok tol. Penganjur taklimat tu bukannya sebarangan institusi. Ia merupakan sebuah institusi yg dikenali. Baru2 ni de timbul satu kontroversi pasal institusi ni. Hmm.. Korang berteka-teki la sendiri. Aku tak kerajinan nak mengkhabarkan apakah nama institusi itu.

Taklimat & lawatan tapak yg mengambil masa tak sampai pun 30minit itu selesai sekitar jam 11.40 pagi kot. Masa tu aku dah tak rajin nak tgk jam. Tak silap aku, aku sampai kat opis masa tu dah bukul 12++. Perut sy dah kelaparan la plak. Nak kena tunggu jam 1. Sementara tunggu jam gerak ke angka 1, aku telah isi perut ku dengan coklat kitkat. Ehehehe... Cukup kot wat alas pewot. Ahaks...

Site visit yg memakan masa kurang dari 10minit.

breakfast

Setelah semalam sy terkena charge berlebihan semasa membeli sarapan pagi. Pagi ni sy mengambil keputusan tuk bersarapan secara sederhana. Ehehehe...

Sarapan wajib di ambil oleh semua orang kerana ia merupakan sumber pertama tuk menjana tenaga kita sepanjang hari. Sebab tu masa bulan puasa umat Islam diharuskan sahur. Kalau tak sahur kang dikhuatiri tak larat plak nak puasa.

Owh.. Tahun ini aku seakan tak sabar menanti kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Hmm...

Nasi lemak separuh + lauk paru goreng bercili = RM2.70.


Sarapan sederhana aku hari ni. Hmm.. Cukup buat lapik perut.
(See, my mug pun is
R3D. Kebetulan bungkusan biskut tu pun in R3D. Hikss..)
Google