Thursday, July 31, 2008

kisahku tentang puasa

Baru puasa sehari je dah mula rasa goyah. Padahal semalam planning nak puasa 2hari. Khamis & Jumaat. Masa ni la nak kumpul extra point. Selain menyiapkan diri menghadapi bulan Ramadhan. Tak lama je lagi dah nak masuk bulan Ramadhan. ***Sekarang aku tgh dgr lagu KAMU. Hmm..

Asalnya nak mula puasa dari hari Rabu sampai Jumaat. Sempena Israk Mikraj. Atas sebab2 tertentu, aku tangguhkan kepada hari Khamis. Hari ini la. InsyaAllah, aku akan bertahan sampai ke petang. Aku pun tak kena keluar memana. So, kurang tenaga digunakan. Ehehe.. Cam kanak2 plak aku ni. Dolu2 masa zaman student, tahan lasak je aku ni. Cuma sejak2 dah keje ni yg kurang tahan lasak. Gerak lebih skit je, dah mula rasa lelah.

Owh.. Semalam aku de hantar 1 mms kat Dj. Aku tgh bersantap. Dj kata rupa aku nampak lain. Berkias betol la acik ni. Berterus terang la kata yg aku dah melebar. Ahaksss... Memang betol pun. Dolu mesti korang de terbaca kisah aku konon2 nak berdiet. Tak de pemangkin la. Apa lagik. Bedal je. Lagipun makan ni salah satu nikmat dunia jugak. Gunakan sewajarnya. Ehehe..

Sebelum ni bukan aku tak pernah puasa. De yg puasa sunat. De puasa wajib (puasa qada kire puasa wajib selain daripada puasa di bulan Ramadhan). Kalau puasa dlm bulan Ramadhan memang tak miss la aku bangun sahur. Kalau puasa sunat atau puasa ganti ni, aku memang jarang la nak bangun sahur. Tp pagi tadi aku kerajinan la plak bangun sahur. Makan nasi goreng yg macik aku goreng tuk dinner mlm sebelum tu. Aku tak mkn sbb ptg tu aku dah makan nasi.

Enak jugak. Rasa cam nasi goreng kampung. Sambil makan sambil aku layan tgk tv. Citer renjis kat astro ria. Ala.. Yg Elyana berlakon tu. Ada Asyraf Siclair bf BCL.

Siap ngan minum air teh o panas. Gaya siang harinya aku kene kerja membanting tulang je. Ehehehe.. Tapi alhamdulillah. Rezeki Allah dah beri.

Menu tuk berbuka??? Takde plak dalam kepala otak aku. Apa yg ada kat umah nanti, itu la yg aku santap. Kalau takde pe2, baru la aku memerah otak membagi ada pe2 yg patut.

Eh, bukan tiap2 kali aku puasa aku akan wat entri camni. Cuma hari ni je. Tangan aku dok gatal rasa nak menaip sambil bercerita. So, here I am. Walau dalam keadaan serba kekurangan. Tak tau la apa yg tak kenanya.

Kotak aku menaip post ni takde langsung icon tuk aku letak gambar, link, etc. Nak letak label tuk post aku pun tak leh. Nanti aku edit post aku yg ni. Touch up bagi cantek menarek kau memang da bomb. Hahaha...

wat happen ni???

Uhh... Marah tol la. Orang dah bersemangat nak stori mori, de plak prob ngan line internet. Walhal guna stremyx. Patutnya takde la line yg asyik tak stabil je. Mende ni dah berlaku 2,3 minggu jugak la. Baru hari ni aku berdiskusi ngan sorang lagik staff kat opis ni. Hmm.. Nak kene report kat TM la ni. Adushhh... Kurang kerajinan btol la saya. Ni pun baru bleh nak buka page blogger. Kalau tak, payah bebenor. Terpaksa aku simpan citer yg aku nak sampaikan. Kalau aku ingat, nanti2 aku citer la. Kalau tak kire burn la. Hahaha...


***Nak terbangga sat. Nama blog I tersenarai kat Top Blog Top Sites. Mende tah menatang tu. Tapi yg pasti, nama blog I ada. Ehehehe... Takleh nak letak link. Mn tah icon2 kat atas ni menghilang. Haihhh...

perumpamaan yg benar

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....

Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....

Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.




Begitulah juga .........




Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...

Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....

Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...




Jika kamu menadah air biarlah BERPADA, jangan terlalu MENGHARAP pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu TEGUH.... cukuplah sekadar KEPERLUANMU. ...

Apabila sekali ia RETAK.... tentu SUKAR untuk kamu MENAMPALNYA semula.... Akhirnya ia dibuang....


Sedangkan jika kamu cuba MEMPERBAIKINYA mungkin ia masih dapat DIPERGUNAKAN lagi....




Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu TERLALU mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia MANUSIA BIASA. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.


Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....




Jika kamu telah MEMILIKI sepinggan nasi... yang kamu PASTI BAIK untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.


Mengapa kamu BERLENGAH, cuba MENCARI makanan yang lain..

Terlalu ingin mengejar KELAZATAN.


Kelak, nasi itu akan BASI dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.




Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.


Terlalu MENGEJAR KESEMPURNAAN.


Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.... .






~~~Aku kira perumpamaan ni mungkin mengena pada sesiapa sahaja yg pernah mengalaminya. Sekadar berkongsi sedikit bersama kalian. Mungkin bagi yg belum melaluinya boleh menjadikannya sebagai renungan & panduan di masa akan datang.

Wednesday, July 30, 2008

tunggu teduh dulu

Sebelum membuat keputusan tuk membeli juadah tengahari aku, aku telah menyinggah ke kedai buku. Ada sebuah novel melayu ni telah menarik minat aku. Hampir sahaja aku terbeli. Tapi aku menahan diri kerana sekarang ni kat kompleks de pesta buku. Jadi aku nak mencarinya di sana sahaja. InsyaAllah, hujung minggu ni aku akan ke sana. Tajuk novel tu ; Tunggu Teduh Dulu. Karya Faisal Tehrani.

Kalau aku tak salah, karya Faisal Tehrani ni ada dipelajari dalam Komsas. Komponen Sastera. Masa sekolah. Kalau aku salah, tolong betulkan. Muda lagi penulis ini. Aku telah membaca beberapa komen pembaca yg dah khatam novel ini. Ada yg menyamakan novel ini dengan novel Ayat Ayat Cinta. Ada yg mengatakan novel Tunggu Teduh Dulu lebih umphh isi nya. Walallahualam...

Aku akan pastikan aku dapatkan novel Tunggu Teduh Dulu, insyaAllah. Dah de beberapa orang blogger menceritakan perihal karya Faizal Tehrani ni. Membaca sinopsis novel itu tadi telah membuat aku teruja tuk mendalami perjalanan cerita itu dari mula hingga ke akhirnya. Mengisahkan kehebatan seorang wanita bernama Salsabila Fahim.

Terbitan pertama novel ini hanya boleh didapati secara online. Bagi mereka yg di luar sana seperti aku yg meragui urusniaga online, sekarang tak perlu gusar lagi sebab novel ini boleh didapati di gedung2 buku. Bagi yg kurang rajin untuk keluar membelinya, anda masih boleh memiliki novel ini. Sila rujuk di sini.

pusing2

Tengahari tadi aku kuar gi menyelesaikan beberapa perkara di bank. Alang2 mencelup perkasam, biar sampai ke pangkal lengan. Bukannya aku mencelup perkasam. Tu cuma perumpamaan sahaja. Aku saja nak buat ayat melankolika skit. Ehehehe..

Alang2 aku dah merantau jauh hingga ke pekan sana nun, mula aku pasang angan2 tuk menjamah santapan tengahari yg istimewa sedikit. Hmm.. Dah lama aku tak makan fast food. Oleh sebab itu aku membuat keputusan tuk lunch fast food. Aku punya 2 pilihan. Keliru nak pilih yg mana satu. Aku minta pendapat Dj. Dah dia bagi pendapat, aku amik masa sedikit untuk menerima saranan dia.

Aku berlegar-legar di dalam Giant. Aku berjalan dari kutub utara ke kutub selatan. Manakan tidak. Antara dua fast food yg aku nak beli tu, satu dok kat kutub utara. Satu lagi kat kutub selatan. Aku gi buat lawatan. Sebenarnya aku nak mencoba meal yg baru. Tapi dah lama pun ada dalam pasaran. Cuma aku sahaja yg belum punya waktu untuk gi mencuba. Ni pun aku curi sedikit masa rehat. Ehehehe...

Alhamdulillah. Sampai juga hajat aku nak merasa menu baru. Sebenarnya menu lama. Tapi selalu juga tenggelam timbul. Aku punya kenangan bersama menu yg tenggelam timbul ini. Ehehe... Kenangan manis adalah penawar duka untuk dikenang. Ahaksss..

Alahai.. Huduhnye rupa tgh makan. Kerut teruk sangat.



***Apa mende pusing yg aku makan???



Satu lagik klu. Inti di dalamnya, begini lah rupanya.


(*.*)


Dah dapat teka???

Tidak??



Tada... Ni la juadah aku.


T.W.I.S.T.E.R kfc

the truth

Nothing but the truth...

"The truth will set you free, but first it will piss you off."


"The truth that many people never understand, until it is too late, is that the more you try to avoid suffering the more you suffer because smaller and more insignificant things begin to torture you in proportion to your fear of being hurt."


Owh... Kebenaran yg benar sekali. Bagaimana untuk aku menidakkan kebenaran ini?? Hmm.. Tak mungkin aku dapat menidakkannya. Kerana kebenaran yg tidak aku ketahui telah membuatkan kehidupan ku sedikit huru hara suatu ketika dulu. Kini, aku cuba mengubati segala kekeliruan & luka itu.


~~~Monolog seorang diri~~~

Mungkinkah punya harapan tuk aku mengetahui mengenai kebenaran itu suatu hari nanti??
Tak mungkin akan terjadi pada kewarasan aku.


Adakah aku terluka dengan segala yg telah berlaku; tidak pernah mencuba tuk mengetahui kebenaran itu??
Sudah semestinya. Malah luka itu lebih sakit dari luka sekiranya aku mencuba mencari kebenaran sebenar. Luka yg aku rasa itu sangat dalam sehingga mengambil masa yg lama untuk sembuh. Hmm.. Kerana takut luka sedikit, aku telah terluka banyak.

opportunity

The truth...

"Too often, the opportunity knocks, but by the time you push back the chain, push back the bolt, unhook the two locks and shut off the burglar alarm, it's too late."

Benar bukan??? Selalu juga peluang datang. Tapi disebabkan sibuk buat hal lain ataupun bak persetujuan aku ngan MaiH, kerana kunci pintu, selalunya peluang itu akan berlalu pergi. Lain kali, sendal je pintu yg ada tu. Bila peluang datang mengetuk pintu, senang nak buka. Tak pelu nak buat segala macam benda renyah di atas. Hmm... Pelik tapi benar. Telah menimpa ramai orang. Mungkin juga telah berkali2 menimpa diri kita sendiri, tp tak pernah nak menyedarinya. Seringkali peluang itu berlalu pergi & baru ketika itulah baru kita sedarinya & penyesalan tidak berguna lagi.

"Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya."

Kesimpulannya di sini. Janganlah menyesal kemudian.



~~~Setiap kali aku mengeluh tak punya idea tuk wat entry, pasti kemudiannya akan berduyun entry yg aku ciptakan. Ehehehe...

israk mikraj

Hari ini adalah hari Israk Mikraj, bersamaan dengan 27 Rejab (bulan ke-7 dalam kalendar Islam). Sedikit artikel yg ingin aku kongsikan dengan kalian.

Israk bererti perjalanan Nabi SAW dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis di Palestin. Peristiwa ini terakam di dalam Al-Quran, sepertimana firman Allah yang bermaksud :

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil-Haraam (di Mekah) ke Masjidil-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Q.S. Al-Israa’: 1).

Sementara itu, Mikraj pula merujuk kepada perjalanan baginda SAW dari Masjidil Aqsa ke Sidratulmuntaha di langit ketujuh, dekat singgahsana Allah SWT sepertimana yang digambarkan oleh Al-Quran yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi di sisi “Sidratul-Muntaha”; yang di sisinya terletak syurga “Jannatul-Makwa”. (Nabi Muhammad melihat Jibril dalam bentuk rupanya yang asal pada kali ini ialah) semasa “Sidratul-Muntaha” itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas. Demi sesungguhnya ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhan-Nya. (Q.S. An-Najm: 13-18).

Oleh itu, Israk Mikraj dapat disimpulkan sebagai satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, kemudian naik ke langit sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.

Salah satu inti penting daripada peristiwa Israk dan Mikraj ialah perintah solat yang diterima Nabi SAW di Sidratulmuntaha. Pada mulanya Allah SWT memberi perintah supaya mengerjakan solat (sembahyang) 50 waktu sehari semalam. Tatkala bertemu dengan Nabi Musa Alaihi Salam di langit keenam, Muhammad SAW menceritakan perintah yang diterimanya daripada Allah. Lalu Nabi Musa menyarankan agar baginda kembali menghadap Allah SWT untuk memohon keringanan, dengan alasan bahawa umatnya tidak akan sanggup melaksanakan solat 50 waktu itu. Disebabkan terlalu sayangkan umatnya, Nabi SAW menerima saranan itu. Ia pun kembali menghadap untuk memohon keringanan. Permohonan itu berulang sampai 9 kali hinggalah Allah SWT mengabulkannya dengan mengurangi waktu solat menjadi hanya 5 kali sehari semalam.

Bulan Rejab tahun ke-11 dari kerasulan baginda SAW, disifatkan oleh ahli sejarah sebagai ‘Amulhuzn’ (tahun dukacita) bagi Rasulullah. Ini berikutan dengan dua musibah berturut-turut yang menimpa baginda, iaitu kehilangan dua insan tersayang berikutan kewafatan Khadijah, isteri baginda yang tercinta, yang kemudian disusuli pula dengan pemergian bapa saudara baginda, Abu Thalib, yang banyak melindunginya daripada ancaman kaum kuffar Quraisy.

Berdasarkan kepada peristiwa Israk Mikraj, kita memperolehi pelbagai pengajaran berharga yang terkandung di dalamnya untuk direnungi serta dihayati. Antara pengajaran berguna tersebut ialah:

* Manusia harus sentiasa mengadakan hubungan dengan Allah, baik di kala ditimpa kesusahan mahupun di kala mendapat kesenangan. Ini kerana hanya Allah yang berkuasa memberikan pertolongan, menghilangkan segala kesedihan, dukacita dan kesusahan pada diri manusia. Sebagaimana yang diceritakan, Nabi telah ditimpa beberapa musibah sebelum terjadi Israk Mikraj. Dalam keadaan demikian, datang perintah untuk Israk Mikraj, iaitu untuk berhadapan dengan Allah swt. Ini memberi pengajaran kepada kita agar mendekatkan diri kepada Allah sewaktu didatangi musibah dan pelbagai permasalahan dalam kehidupan. Caranya ialah dengan melaksanakan semua perintah-Nya dan menjauhi semua larangan-Nya di samping terus meningkatkan ketakwaan dan amal ibadat.

** Menjauhi perkara mungkar dan maksiat. Semasa Israk Mikraj, tepatnya sewaktu Nabi diajak meninjau keadaan neraka, baginda ditunjukkan berbagai bentuk penyeksaan dahsyat yang sedang dialami oleh berbagai kaum sebagai akibat daripada segala macam bentuk kejahatan yang pernah mereka lakukan. Misalnya Nabi diperlihatkan kepada satu kaum yang memecahkan sendiri kepala mereka dengan batu besar, setelah pecah ia kembali bertaut seperti sediakala. Nabi juga melihat bentuk penyeksaan yang lain seperti seksaan bagi pemakan riba, penzina, pengumpat, yang suka memfitnah dan lain-lain lagi. Ini semua memberi iktibar supaya kita yang hidup di dunia ini tidak melakukan segala perbuatan tercela itu dan juga pekerjaan lain yang jelas dilarang Allah kerana begitulah seksaan yang bakal diterima oleh seseorang di akhirat nanti sekiranya perbuatan yang dilarang Allah itu dilakukan.

*** Perintah solat sebagai suatu bentuk ibadah yang Allah sendiri menggariskan ketentuan mengenainya. Kewajipan solat berbeza dengan kewajipan yang lain seperti puasa, zakat dan haji. Ini adalah kerana kewajipan solat diterima langsung oleh Nabi daripada Allah sewaktu bertemu Allah pada malam Mikraj tanpa perantaraan malaikat Jibrail. Ini menunjukkan keistimewaan dan kelebihan solat berbanding ibadah-ibadah lain, dan solat juga amalan yang paling awal dihisab di akhirat kelak. Dengan solat, kita berpeluang untuk berdialog langsung dengan Allah, iaitu ketika bersolat.

**** Mengakui dan tunduk kepada kebesaran Allah sebagai pencipta agar keyakinan terhadap kekuasaan-Nya benar-benar bersemi di jiwa manusia. Ini kerana sewaktu Israk Mikraj, Allah memperlihatkan kepada Nabi akan keagungan dan berbagai keajaiban ciptaan-Nya yang terdapat di alam tinggi bernama langit itu seperti Sidratul Muntaha, syurga dan lain-lain lagi.

***** Anjuran memberi salam. Di sepanjang perjalanan Mikraj, Nabi tidak pernah lupa mengucapkan salam kepada rasul yang baginda temui. Ini mengingatkan kita kepada keutamaan memberi salam dan galakan supaya selalu memberi salam kepada saudara sesama Islam sebagai tanda penghormatan dan untuk mengeratkan hubungan.

****** Mengingatkan usia dunia yang sudah tua yang mana dibayangkan melalui pertemuan Nabi dengan seorang nenek tua. Ia memberi gambaran kepada kita yang umur dunia sudah lanjut dan hampir berlaku kiamat. Hakikat ini memperingatkan setiap Muslim bahawa segala kemewahan dan kesenangan dunia hanyalah bersifat sementara. Hanya ketakwaan dan amal salih menjadi bekalan untuk ke akhirat.

******* Berwaspada dengan rayuan dan tipu daya iblis, di mana sewaktu Israk, pada awal perjalanan lagi jin ‘Afrit telah mengejar baginda dengan membawa obor untuk menghalang perjalanan Nabi dan berusaha memperdayakan baginda. Peristiwa ini memperingatkan kita bahawa syaitan dan iblis tidak akan jemu-jemu untuk menyesat dan memperdayakan umat manusia dengan pelbagai cara.

Bacaan lengkap artikel ini.

Lain2 artikel.

mengapakah

Uhh... Mengapakah semenjak dua menjak ni terasa masa lambat betul berputar. Setiap kali aku tengok jam seperti masa tu tak bergerak. Astaghfirullahalazim. Apa yg telah menimpa aku ni??? Isk2... Hari ni pun sama seperti hari2 yg berlalu. Bukan aku nak minta masa bergerak pantas. Aduhyaiii... Banyak songeh tol aku ni. Patutnya aku bersyukur dengan segala macam benda yg aku ada sekarang ni. Berhenti la mengeluh tu. Buat pendek umur je. Hmm... Bukan aku yg kata. Ni member aku yg kata. Member aku masa matriks dulu. Dia kata, setiap kali mengeluh umur kita akan pendek 5saat. Kata dia. Tak perlu nak percaya pun.

Banyak sebenarnya nak aku ceritakan pada kalian. Tp idea tu sumea hilang sesampainya aku kat opis. Masa kat umah, meloncat2 idea aku. Siap aku catit lagik serba ringkas. Takot terlupa. Bila sampai kat opis, semuanya seakan ilang. Hmm... Mungkin bukan musim aku bercerita panjang kot. Ehehehe...


***Cinta tak semestinya bersatu*** petikan dari ending Sindralela semalam. I choose to win. But what can I do to win??? thinking

Tuesday, July 29, 2008

wow!!!cool!!!

Mmg cool habis la. Citer pasal satu keta ni. Maser tuh kat simpang 3 (T-junction). Aku nak gi bank. De satu keta lalu dari kiri aku. Dari jauh nampak cam kaler ijau. Bila lintas depan aku slowly warna keta dia berubah jadi warne keunguan. Bila keta tu makin jauh kekanan aku, dah nampak cam kaler ijau balik. Pehhh..

Kagum tul aku warna keta bleh tukar2 warna ni. Aku ingatkan yg dalam CSI tu menipu je. De satu kes yg mana melibatkan warna keta boleh berubah. Aku nak percaya tapi sebab aku tak pernah tgk ngan mata kepala aku sendiri, makanya aku tak nak la percaya. Tp lepas aku tgk tadi, aku mula pasang angan2 yg suatu hari nanti aku nak warna keta aku pun camtuh gak. Bleh mengaburi mata orang memandang. Hahaha...

No pic to proof to pembaca sekalian. Tp yg pasti, aku tak tipu la. COOL!!! Sampai skang aku maseh rasa kagum lagik. Syiok je kalau warna keta tukar2 tu.



***Selepas bf aku tak gerak beberapa hari kerana aku meninggalkannya di rumah, aku pulang & mendapati bf ku berlemoih sakan. Diliputi tompok2 habuk. Adushh.. Walhal aku baru membersihkan dirinya. Uwaaa... Sedey. Nak kene bersihkan kembali. Tp aku tak rajin. Isk2.. Tp kalau tak bersihkan nampak belemoih sakan plak. Uhuhukk..

restoran anje

Nasi beriani gam Johor restoran Anje.

Yupsss... Akhirnya aku telah pergi menjamu selera di situ. Setelah beberapa ketika aku seperti mengidam bangat ngan nasi beriani. Tak percaya bleh tanya kat MaiH. Baru last 2weeks kalau tak salah aku, ada aku kata kat MaiH yg aku kepingin nak makan nasi beriani. Alhamdulillah, dengan tak dirancang, Ahad lepas aku telah dapat menikmatinya. Ehehehe...

Girang betol aku ni biler bercerita bab makanan. Bukan nak hiperbola kan la. Tapi nasi beriani kat situ memang enak la. Wat pengetahuan kawan2 yg biasa makan kat situ & dah lama tak makan kat situ, restoran tu skang ni dah buka pintu lagik 1. Makin luas dah le. Bukan itu je. Makanan pun dag naik harga. Dah naik RM1. Tp sebab keenakannya tak boleh didapati di tempat lain lagi, maka aku tak kesot sgt ngan harganya.

Kesedapan nasi beriani tu turut diakui oleh abah aku. Malah abah aku pernah je bawa kawan2 abah gi makan kat situ juga. Tempat tu tak jauh ngan pusat latihan kat Bangi Lama. Restoran tu terletak dekat section 15, Bangi. Bleh la korang pergi merasainya bila berada di Bangi. Kalau ikotkan, kat Bangi memang banyak tempat makan. Yg best2 & murah pun banyak. Ehehehe...

Paling masyuk sekali ayam kampung goreng. Fuhhh... Terangkat beb. Mase tu aku tapaukan je. Nak bawa gi kat adek aku kat Melaka. Abah kata kalau makan kat kedai tu lagik enak la. Hmm.. Ntah. Aku rasa sedap je walaupun tapau. Aku menikmatinya dengan lemah lembut. Wakakaka...

Ayam goreng kampung yg mengiurkan. Ehehehe...

Sebab aku makan slomo, sampai adek aku cedok nasi aku sama. Ahakss... Naseb baik la kakakmu ini makannya slow & bleh bertolak ansur kalau kene makan skit je pun. Ehehehe... Paling berebut sekali ngan lauk ayam goreng la. Rasa macam tak cukup. Aku amek bahagian kepak je. Flying without wings. Hahaha... Tak masuk dlm citer langsung.

Abah aku citer kat pacik aku pasal keenakan nasi beriani tu. Pacik aku dah berminat nak mencubanya. Siap tanya lagik kat mana kedai tu. Selalu pacik aku makan kat JM Beriani. Mahal. Rasa tak boleh lawan la ngan beriani gam Johor kat Bangi ni. Ehehe... Kalau dulu, pergi kol 2, mmg takde harapan la nak menjamah nasi beriani. Dah abeh. Kene gi awal. Kalau sampai time lunch hour, kene beratur panjang la.

1st time aku bawa abah aku gi makan kat situ masa hari konvo aku. Terus abah jatuh centa. Ehehe.. Sedap. Mana orang tak jatuh centa. Tak lama lagi nak berlangsung konvo ke-36. Hmm.. Cepat tol masa berlalu. Dah setahun hari graduasi aku.

Kenangan... Bila lagik aku nak pi makan??? Hmmm...


Lauk pauk lain yg tidak kurang enaknya.


Pekerjanya yg tgh tapaukan lauk pauk tuk aku. 5 bungkus nasi beriani. 3 ayam goreng kampung. 2 daging masak pe tah.



***Aku curi2 amek gambar. Tu pun ada gak orang yg perasan. Segan I..

pagi-makan-breakfast

Hye kengkawan!!!

Alhamdulillah, dah makin kurang rasa kepenatan aku. Asal balik kerja mesti aku nak terlelap jap. Pastu, bila malam susah la nak tido. Huhuhu... Tp agak awal jugak la aku tido semalam. Ada aku sembang2 sat ngan macik aku. Dikhabarkannya kepada aku yg kat kompleks PKNS de pameran buku. Ni kene pergi ni. Kot2 de novel menarek. Dah lama jugak aku tak baca novel melayu. Bukan dah ketepikan. De la sebab2nya. Kalau aku gitau kang, korang gelak plak. Isk2... Bila dah sedia nanti akan aku beritahu kepada korang semua. Ehehe..

Pagi ni murah tol rezeki aku. Aku dah bawa bekal mi goreng dari umah. Si Aida plak tapaukan kuih tuk aku. Dah selalu sangat. Isk2.. Aku pun dah naik segan ngan dia. Hari2 dok tapaukan tuk aku. Aku tak suruh pun. Ala.. Takat aku belanja dia lunch sekali ngan tumpangkan dia sekali je. Isk2.. Wat aku segan je ngan dia. Aku datang opis pepagi memang sempai on time je. Mana la sempat nak menyinggah mana2 tuk beli breakfast. Kalau ada pun aku tapau je breakfast dari umah. Memang murah rezeki makan aku skang ni.

Akibatnya, jisim saya telah bertambah. Aduhyaiii... Kalau dulu maintain je. Sekarang ni dah bertambah plak. Kena mula kontrol makan balik. No more dinner. Kalau nak dinner pun, cannot eat rice. Other than rice. Or just drink juice. Ahaksss... Tengok la baper lama aku dapat bertahan dgn dinner yg sebegitu rupa. Kenapa aku nak diri dari dinner?? Sebabnya sekarang ni aku memang dah jarang tak lunch. Setiap hari pasti aku lunch. Ahaksss...

Tp yg aku musykil skit, bleh plak ada sorang macik aku ni tegur aku dah kurus. Fulamak... Wat I teruja nak makan je lagik. Aku ni pantang biler orang kata aku dah kurus. Pastu aku pulun makan tak hengat dah. Ikot sedap selera je. Rindu btol nak bersenam.

Monday, July 28, 2008

not in d mood

Maaf ye... Ari ni sy sedikit kepenatan & not in the mood to update my blog. Gambar dah sedia tuk di upload. Tp tu la, not in the mood. Not feeling well too. Hahaha... Ni la akibatnya kalau orang sentiasa kurang senaman. Isk2.. Maybe tomorrow I will update more about my cousin's wedding.

penat + letih

Agak sakit2 badan aku pagi ni. Beserta dgn rasa keletihan. Pagi mata sedikit kelat nak membukanya. Isk2.. Aku pun tak tau la macam mana tuk aku biasakan diri tido awal. De yg kata dok dlm bilik, pejam mata, nanti bleh tertido. Tidak bagi aku. Walaupun kepenatan, tak mudah aku nak terlena. Bunyi bising skit je dah wat aku tersedar. Telinga lintah btol. Haihh... Kesannya, hari ni aku terasa extreme penat. Owh.. Terhiperbola plak sy. Takdela extreme sgt. Kalau tak penat tu, bukan kenduri la namanya.

Kaki ku lenguh sakan. Mana taknya, ni gara2 berlari memakai kasut yg agak tinggi. Adek aku punya pasal la ni. Huh.. Nak marah lebih2 pun tak guna dah. Hari Sabtu malam Ahad, adek aku nak balik kampus dia nek bus kol 10 malam. Mula2 abah kata nak hantar sampai ke LRT je. Sekali tu abah kata, jom la kita hantar sampai stesen putra. Maka, kami 3 beranak naik la train gi stesen putra.

Masa tgh tunggu train tu, adek aku sakit pewot ya amat. Dah tak tahan. Nak gi memuras. Elok lepas dia sudah memuras, train dah lepas pun. Haihh.. Kalau ikotkan LRT star memang cepat nak dibandingkan ngan komuter. Tp bila blah malam, kekerapan train datang agak lambat skit. Selang 10-15minit. Masa kitaorang naik train, jam dah kol 9.50 malam. Adek aku kata yg bus transnasional lmbt 5minit. Tp yg transnasional yg aku naik gerak tepat pada masanya. Huh.. Nak sgt adek aku bertekak ngan aku.

Sampai je kat stesen PWTC, kene berlari plak gi stesen Putra. Masa tu dah pukul 10mlm. Dengan harapan bus tak gerak lagik. Ha, skali tgk bus dah gerak pun. Burn la tiket berharga RM30. Kena beli tiket baru. Mujur jugak ada 1 lagik tempat kosong kat Sani ekspress. Dapat la dia balik mlm tu gak. Naseb la mak I tak ikot gi hantar. Kalau tak, bukan telinga adek aku je nanas. Telinga aku pun sama. Hahaha...

Abah aku rilek aje. Tak bising2 pe pun. Sebab kene berlari tu la kaki aku ni dah sengal2. Hiyarkkkk... Buat adek aku, len kali tahan pewot skit. Ni tak, skit pun tak leh nak tahan. Pdhal kat umah dah kosongkan tangki sebanyak 2kali. Isk2...

Sunday, July 27, 2008

lemah longlai

Haihhh... Sudah semestinya aku terasa berat je nak gi keje esok. Mana taknya, selepas beberapa hari spend time bersama famili aku. Diaorg pun dah balik. Tinggalkan aku di sini. Hmm... Tapi tak sama rasanya ngan aku balik umah & melagha di umah. Lagi masyuk rasanya. Rasa kemalasan yg amat sgt. Esok harus jugak gi keje. A few things need to be settled. Lama tak gi keje sudah pasti de keje yg menanti. Hmm.. Kalau aku rajin, sok aku dah start update segala macam gambar & aktiviti weekend aku secara lengkap (sipi2 lengkap).


1 hari lagi cuti PLEASEEEEE!!!!



~~~Moga hari esok lebih baik dari hari ini. Aminn... ~~~

kebaikan air kelapa

Banyak kebaikan yg boleh kita peroleh dari makanan yg kita ambil. Contohnya air kelapa. Selain dari enak diminum, air kelapa juga mempunyai fungsi sampingan yg bagus untuk kesihatan kita.

Artikel yg aku dapat ni dalam English. Tp senang untuk difahami. (Tak kose den nak translate. Tak phm kalau korg rujuk pada yg pakar. Ehehehe...)

Coconut Water is naturally
:
>> Low in Carbs
>> 99% Fat Free
>> Low in sugars

Coconut Water contains organic compounds possessing healthy growth promoting properties that have been known to help:
* Keep the body cool and at the proper temperature
* Orally re-hydrate your body, it is an all natural isotonic beverage
* Carry nutrients and oxygen to cells
* Naturally replenish your body’s fluids after exercising
* Raise your metabolism
* Promote weight loss
* Boost your immune system
* Detoxify and fight viruses
* Cleanse your digestive tract
* Control diabetes
* Aid your body in fighting viruses that cause the flu, herpes, and AIDS
* Balance your PH and reduce risk of cancer
* Treat kidney and urethral stones
* Boost poor circulation


~~~Bagus tuk proses detox. Hmm...

moh ke melaka

Hari ni cadangnya nak ke Melaka. Lawat adek aku, Chik, yg tak dapat join majlis cousin aku ni. Mungkin masa menyambut sebelah laki nanti dia bleh datang plak. Skang Chik tgh exam pra-trial. Sekolah dia komited tol. Lagipun Chik ni merupakan batch pertama sekolah. Tu pasal nak kena cemerlang habis-habisan. Cuti sekolah nanti pun kene cutting. Ehehehe.. Sabor je la. Takpela. Yang penting dia nak belajar. Tak cam adek aku yg bongsu, C-mone. Dia tuh pantang parents aku nak berjalan, cepat je dia nak ngekor. Walhal dia dok asrama. Isk2.. Adek aku yg sorang lagik, K, dah balik Terengganu semalam. Sebelah malam. Konon nak hindari diri dari kene serbu 'machinegun'. Dia tak kira, kakak dia yg kene teruk ni. Haihhh... Sabar2...

Saturday, July 26, 2008

persandingan plak

Semalamnya majlis akad nikah, lepas asar. Malamnya plak ada majlis berinai. Hari ni majlis bersanding. Moga semuanya berjalan lancar. Sebelah malam ni mungkin acara buka hadiah. Yg pasti hadiah dari pacik/macik takde la yerk sebab diaorang dah pakat2 donate sorang sikit tuk majlis ni. Maklumla, nak wat kenduri ni memakan belanja yg besar. Ni merupakan 1st cousin sebelah mak aku. Agak meriah jugak la. Kalau sebelah abah aku, dah ramai cousin yg kawen. Dah beranak pinak pun de. Kira dah bergelak macik a.k.a auntie pun aku ni. Ehehe...

Dariku tuk korang berdua. Kecik je hadiahnya tapi besar jasanya. Ehehehe...
(Pembalut hadiah agak kejiwangan sebab itu je yg paling menarik kat mata aku yg ada kat Econsave. Ala... Nanti korang koyak gak wrappers tu. Wat pe nak yg cantek. Ikot aku nak balut ngan surat khabar lama je. Jimat. Ahaksss...)



~~~Pics tunggu aku upload dulu ek. Tu pun kalau ada banyak gmbr yg aku tgkap. Bergantung kepada jurukamera tak bertauliah aku.

Friday, July 25, 2008

selamat melangkah ke alam baru

Ucapan ditujukan khas kepada sepupu aku Yana & Ejol. Semoga kekal ke akhir hayat. Aminn.. Ni la penyebabnya aku bercuti dari hari ni sehingga hujung minggu.

Semalam lagi aku telah dtg umah macik aku. Reramai kumpul kat sini. Sorang adek aku tak dapat menghadiri majlis sebab dia sedang menduduki peperiksaan sekarang ni.

Wah, tahun ni je dah beberapa entry pasal orang2 yg hampir dengan aku melangkah ke alam baru. Alam yg dah tak single lagik.

Aik... Tanya bila plak turn aku??

InsyaAllah, kalau ada jodoh aku, ada la. Akan aku khabarkan kepada semua. InsyaAllah..

Ha, bila plak turn korang??

Owh.. Dah ek? Ok..

Bagi yg belom tuh, bila lagik? Terutama sekali bagi mereka2 yg sedang berada dalam alam percentaan. Yg sedang hangat tu. Cepat2 la ye. Ehehehe...

Pe2 pun, majulah sukan tuk negara. Ahaksss...

good morning


Hai kengkawan!!!

Mulai hari ni, saya bercuti selama 3 hari. So, no updates yg terbaru. Entry yg tersiar lepas dari waktu ini adalah auto published. Semoga lepas naik cuti nanti saya akan lebih ceria & bertenaga (berharap la sgt)..

Thursday, July 24, 2008

alone

It's time to go home.

Jom pulang.

Hari yg tak baper cerah di luar. Tp bagi aku cerah je la. Ehehehe..

"THE ONLY TIME WE WASTE IS THE TIME WE SPEND THINKING WE ARE ALONE"




~~~Aku rasa cam betol je pernyataan di atas tu. Hmm...

panas

Hohoho... Hari ini sy gi bank lagik. Gitu la tugas sy. Tapi bukan masukkan duit sy pun. Duit org lain. Haihhh... Bila plak nak masuk duit sy ini ye?? Hmmm...

Keadaan di luar amat panas. Dah le ngan dalam keta tak pasang aircond. Buka tingkap. Sebabnya nak jimat petrol. Ha, gelak la korang puas2. Nak kata aku kedekut pun aku tak kisah. Meh sini aku stori dulu pasal kekedekutan ku ini.

Korang tau tak tips nak menjimat petrol. Salah satunya adalah semasa kita isi petrol. Dengan suhu yg panas seperti skang ni, jumlah pertol yg di isi akan berkurang dari segi kuantitinya. Betol. Sebab terdapat haba yg terbebas. Selain itu, keadaan tanah yg panas juga boleh menyebabkan petrol yg kita tuang ke dlm kenderaan kita berkurangan.

Mmg korang pandang mende ni sekecil zarah bagi yg punya pendapatan yg lumayan. Aku amek kira mende2 tu sumer walau hanya kecil. Hmm.. Selain itu cara pemanduan pun dapat membuatkan kita menjimat petrol. Jangan memandu keta macam bawa F1. Mcm tadi la. Ada satu Myvi Putih ni. Menyelit aja keje nya. Dah le dekat area sekolah. Budak2 baru kuar. Ntah apa yg dikejarnya. Aku assume pemandu tu nak beranak kot sbb aku nampak si pemandu itu adalah wanita.

Pe yg aku panaskan sangat?? Haba la. Takleh pasang aircond. Keadaan luar yg tak berangin langsung. Uhh.. Dah masuk dok dalam aircond kat opis ni pun maseh belom berkurang kepanasan. Ni baru panas dunia dah mengeluh sakan. Panas akhirat tak tau lagik. Huhuhu...

Kelupaan aku tuk menerangkan mengapa aku tak pasang aircond sebab kebiasaannya aku takde la sekedekut ini. Ini adalah kerana keta sy tgh kekurangan minyak. Pagi tadi tak sempat nak topup minyak. Pastu meter minyak dah start blinking. Tu pasal la aku tak on aircond. Nak kene tunggu pagi sok baru nak isi. Kenapa isi minyak pada waktu pagi??? Time tuh, keadaan tanah maseh blom panas. Sisihan relatif jumlah minyak tertuang ke dalam tangki keta tak ketara sangat. Tu la sebabnya aku prefer isi minyak keta waktu pagi. (Skali sy terimbau kembali kenangan keta mati depan Jalan Hang Tuah. Btol2 lepas dari traffic lite. Hmm..)

Aku agak petang kang nak ujan kot. Dari segi teori aku la. Uhh.. Takpe2 ujan. Menyejukkan bf aku. Semalam ujan mase aku kuar. Langgar plak lopak tanah merah. Balik tu hajat nak cuci kesan tanah merah je. Abeh satu body bf ku dilapkan oleh aku. Bersinar la rupanya hari ni. Lagi satu yg aku semangat sangat mengelap sebab nanti tuan empunya keta nak dtg. Kena la tunjuk aku ni extra rajin menjaga kebersihan bf aku itu. Ehehehe...


~~~Sayalah ratu alasan. Hikhikhik...~~~

gosip pagi hari

Hai kawan2.. Pagi ni sy rasa sangat senang. Kenapa???

Kerana hari ini parents sy nak datang. Yeii!!!

Nanti leh jumpa ngan adek2 yg bertuah ku itu. (^_^)

Owh... Wajib pepagi begini sy sudah punya gosip. Kalau tidak, masakan belum pukul 9 pagi sy sudah mulakan entry. Ehehe..

Kembali kepada cerita mengenai pembantu pacik aku yg aku panggil bibik. Beberapa hari yg lepas ada aku citerkan pasal dia kalau aku tak silap. Krisis ngan boyfren katanya. Bertuah tol pembantu pacik aku tu sebab dapat majikan yg sporting. Skang ni bibik tu dah makin lemak. Minggu ni je krisis yg paling teruk telah menimpa dia.

Pacik & macik aku tak marah pun dia ada pacar asalkan kebajikan anak2 diaorg dijaga sebaik mungkin. Itu adalah sebab utama kenapa pacik & macik aku amek pembantu. Aku pun tumpang senang sama la sebab dah de orang basuhkan baju. Ala... Bibik tu jemurkan je. Basuh membasuh ni anak dara Jepun dah buat. Ahakss..

Opsss.. Dah tersasar gosip aku pepagi ni. Mcm ni. Hari Isnin lalu, handphone bibik ni katanya dirampas si pacar. Haihh.. Orang lain pun bercenta jugak. Cemburu jugak. Tapi pandai2 la cover. Aku rasa kelebihan bibik ni sebab dia mudah mesra. Tu pasal ramai sangat laki berkenan kat dia. Buat pengetahuan korang semua, bibik pacik aku ni dah 6 kali kahwin. Minggu lepas ada dia gitau kat macik aku yg pacarnya ajak kahwin.

Tengok la betapa sempoi nya majikan. Sampai tak kisah pun nak kahwin. Macik aku tak larang. Suruh pun idak le. Jadi neutral je. Pasal handphone bibik diambil pacarnya, guard kat tempat kitaorg tinggal ni pun dah tau.

Pagi tadi masa aku tengah bersiap, si bibik ni sibuk keluar masuk umah. Bukannya nak tolong siapkan cousin aku yg nak ke sekolah. Naseb baik pagi ni cousin aku tak meragam. Kalau tak, kesian kat macik aku. Hmm.. Aku terdengar la something. Bibik dok ngadu sambil bercerita kat macik aku pasal handphone dia yg hilang. Well, walaupun handphone nya tak mahal, tp dibeli ngan duit sendiri. Mestilah nak dapatkan balik, ye dak??

Tak silap pendengaran aku, bibik tu kene pukul. Wah, ini sudah lebih. Bibik tu pun berani sangat. Dari cerita yg aku dgr pagi tadi, banyak tol skandal bibik ni. Sampai ngan laki orang pun dia berskandal. Semalam, takde plak aku terperasan pe2 kesan kena pukul. Ntah2 pagi ni baru dia kene. Hmm... Ntahle.. Sy tak tahu.

Nampaknya, tak lama la kot bibik tu berkhidmat lagik. Kat tempat aku tinggal ni memang banyak bibik. Petang2 masing2 dok bersidai kat taman. Hmm.. Umah tak besar mana pun. Memang senang la keje diaorang. Haihhh...

Aku kesian kat macik & pacik aku je la. Kalau tak memang kontrak bibik tu tamat ujung bulan 6 ari tu. Tapi macik & pacik aku mintak dia sambung sebab kalau nak amek pembantu baru mahal. Dalam 3-5ribu. Aku tak ingat la. Sebab tu range yg aku bagi besar. Gaji start diaorang RM450. Kalau dulu RM350-RM400.

Wednesday, July 23, 2008

addict to coffee

Setelah melagha untuk beberapa ketika, tiba sudah masa untuk saya pulang. Yo kawan2, mari pulang. Ehehehe...

Kenpa mood aku baik semacam??

Baguslah tuh mood aku baik. Dapat aku wat bebelan aku di sini. Kalau aku melara jiwa, pasti aku akan rasa bosan.

Owh.. Artikel pasal kesan kafein tu khas tuk aku. Supaya aku beringat sentiasa akan kesan kafein untuk kesihatan aku. Sekarang ni aku mesti minum kopi 2 kali 1 hari. Kalau dulu, sekali je dalam 1 hari. Makin addict dah. Ntah la. Aku rasa aku terpikat ngan rasa kopi tu kot. Selain dari aromanya yg indah. Serius beb.. Tambah plak kalau kene kopi Ipoh Town. Lagi tangkap leleh beb. Ehehehe...

"Just because you know someone, doesn't mean you love them and just because you don't know someone, doesn't mean you can't love them."

disebalik nikmatnya kopi

Kafein adalah sejenis dadah yang terhasil secara semulajadi dalam daun dan biji beberapa jenis tumbuh tumbuhan. kafein juga dihasilkan secara tiruan dan digunakan sebagai bahan penambah atau perisa di dalam sesetengah makanan.

Kafein dikenali juga di kenali dengan nama kimianya trimetilksantina dalam keluarga metilksantina. Bahan ini berbentuk serbuk berwarna putih dan sedikit rasa pahit. Bahan kimia lain yang terdapat dalam kumpulan ini adalah teofilin terdapat dalam daun teh dan teobromin yang didapati dalam biji koko.

Kafein boleh ditemui dalam biji kopi (Coffea Arabica) , daun teh (Theasinensis) dan biji koko (Theobrama cacao). Kafein juga boleh didapati dalam lebih 60 jenis tumbuh-tumbuhan lain. Antaranya pokok guarana (Paullinia cupana) yang terdapat di Amazon. Kafein sering digunakan terutamanya dalam minuman ringan. Kebanyakan remaja sekarang begitu gemar mengambil minuman berkarbonat kola yang bukan sahaja mengandungi kafein tetapi juga kandungan gula yang tinggi. kafein juga digunakan dalam sesetengah ubat untuk merawat beberapa jenis penyakit. Antaranya untuk merawat sakit kepala, migrain, penyakit jantung dan mengendurkan saluran pernafasan dalam rawatan penyakit asma.

Kesan Pengambilan Kafein

Kesan pengambilan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil dan berbeza bagi setiap individu yang mengambilnya. Secara purata semakin kecil saiz atau pun berat badan seseorang itu, semakin kurang kafein yang diperlukan untuk menghasilkan kesannya. Tetapi, banyak kesan kafein bergantung kepada jumlah yang diambil. Pengemar kopi selalunya memerlukan pengambilan yang tinggi untuk mencapai tahap kenikmatannya. Ini bermakna lebih banyak kafein yang diambil setiap hari maka lebih banyak yang diperlukan untuk mencapai tahap kenikmatannya.

Kafein akan memasuki sistem tubuh setelah beberapa jam mengambilnya kemudian akan keluar menerusi urin. Kafein memberikan kesan berterusan ke atas tubuh kita selagi masih berada dalam darah. Jangka masa yang diperlukan oleh tubuh untuk menyahkan separuh daripada jumlah kafein yang diambil adalah dari beberapa jam hingga ke beberapa hari. Secara puratanya bagi orang dewasa, kesannya boleh dirasai selama lima hingga tujuh jam. Terdapat beberapa faktor yang melambat jangka hayat kafein dalam tubuh kita, antaranya seseorang yang mengambil ubat-ubatan, menghidap penyakit hati dan wanita mengandung.

Oleh itu, bagi wanita mengandung pengambilan kafein hendaklah dikurangkan atau dihentikan sama sekali kerana kafein akan meningkatkan risiko keguguran dan ketidaksuburan. Ada juga bukti yang menunjukkan kafein boleh mengakibatkan kecacatan bayi sewaktu dilahirkan.

Kafein boleh menyebabkan pesakit yang mengalami masalah jantung dan kegagalan saraf menjadi lebih teruk, dan kebanyakan pengguna tidak sedar keadaan ini boleh berlaku ke atas mereka.

Kajian telah menunjukkan bahawa kafein memberi kesan seperti penggunaan dadah perangsang yang lain. Kafein cenderung untuk merangsang otak dan sistem saraf pusat kemudiannya bertindak ke atas jantung, pembuluh darah dan buah pinggang. Salah satu simtom yang biasa dihadapi oleh pengguna ialah dehidrasi (pengeluaran air terlalu banyak daripada badan menyebabkan badan kekurangan air). Walaupun anda menganggap dengan meminum air berkafein yang banyak badan dapat mengekalkan kandungan air tersebut tetapi kafein akan bertindak sebaliknya ke atas badan. Di sini kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak.

Dalam situasi begini adalah penting kepada remaja yang aktif bersukan dan gemar mengambil minuman berkafein agar meminum air yang tidak berkafein secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi. Dengan pengambilan kafein juga akan menyebabkan badan kehilangan kalsium serta potassium dan ini akan menyebabkan kesakitan otot dan melambatkan masa untuk rehat selepas menjalani senaman. Bagi wanita dalam peringkat menopaus yang gemar mangambil minuman berkafein akan mempercepatkan lagi proses osteoporosis disebabkan kehilangan bahan-bahan mineral tersebut.

Walaupun kesan kafein berbeza di antara seorang pengguna dengan pengguna yang lain, pengamal perubatan menasihatkan agar mengambil tidak lebih dari 100 mg kafein sehari, yakni lebih kurang satu cawan kopi sehari. Namun terdapat pelbagai saranan yang diutarakan oleh pelbagai pihak mengenai pengambilan kafein yang unggul. Walau apa pun saranan yang diutarakan mengenai pengambilan kafein yang unggul dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya kita menghidap penyakit tertentu yang mungkin alah kepada kafein.

Pengambilan pada dos 250 hingga 750mg kafein (dua hingga tujuh cawan kopi) boleh menyebabkan seseorang itu mengalami situasi cemas, letih, tidak nyenyak tidur, sakit kepala dan sakit perut. Tetapi pengambilan kafein akan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan rasa waspada dan meningkatkan penumpuan terhadap tugas. Namun, tidur juga akan terganggu, berasa lebih tenang dan mengurangkan rasa lesu.

Jika kafein diambil lebih dari 750mg (tujuh cawan kopi) sehari akan menyebabkan sakit kepala, lekas marah, timbulnya rasa takut dan tidak dapat tidur (insomnia). Pengambilan dos yang tinggi juga akan menyebabkan kekejangan dan mungkin diikuti dengan maut.

Kesan jangka panjang

Ulser - Kafein dipercayai boleh mengakibatkan ulser kerana bahan ini merangsangkan penghasilan asid dan peptin di dalam perut. Sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak boleh mengakibatkan perut rasa tidak selesa. Seseorang yang mengalami masalah ulser dinasihatkan tidak mengambil kopi kerana akan menyebabkan ulser menjadi lebih teruk. Tetapi, bukan kafein sahaja yang mengakibatkan terjadinya ulser. Lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk membuktikan sama ada kopi berkafein dan kopi tanpa kafein boleh menyebabkan ulser.

Masalah Jantung – Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa kafein boleh menyebabkan denyutan jantung tak menentu (cardiac arrhythmia) kepada sesetengah orang. Biasanya penghidap sakit jantung dinasihatkan tidak mengambil minuman berkafein sama sekali. Walaupun demikian tiada bukti menunjukkan kafein adalah faktor penyebab sakit jantung.

Ketagih - Kafein boleh membuatkan seseorang itu menjadi ketagih. Jika individu berbabit berhenti dari meneruskan pengambilan kafein, ia akan mengalami simtom pengunduran (withdrawal symptoms) seperti sakit kepala. Simtom ini biasa dialami oleh penggemar kopi dan sakit kepala ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga lima hari atau ia akan sembuh semula dengan meminum kopi kembali atau mengambil ubat. Kebanyakan penggemar kopi yang cuba mengurangkan pengambilan kafein akan mengalami rasa gementar, sakit-sakit, tidak berupaya untuk bekerja, lesu, mengantuk dan sakit kepala.

Bagi membuang tabiat ketagihan kafein bukannya mudah. Cara yang berkesan adalah mengurangkan pengambilan setiap hari. Amalkan minum air kosong yang banyak serta jus buah-buahan dalam sajian harian anda.

kesan merokok

Aku dah janji nak bagi skit artikel kesan merokok. Tapi tak keseluruhan la. Tak larat saya nak membaca keseluruhan artikel disamping ada kerja yg perlu disiapkan. Lusa saya nak cuti.Yei!!!

Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :
- Melahirkan bayi yang kurang berat badan
- Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
- Lebih terdedah kepada kanser
- Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal

Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :
- Lebih mudah mendapat lelah
- Mendapat jangkitan paru-paru
- Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
- Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak

Selebihnya dari artikel ini korang boleh baca kat sini.

wanita cantek yg menangis

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "


"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "


"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "


"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "


"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"


"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."


"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."

"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."


~~~A friend of mine send this to me via email. A nice article about woman & air mata.

asap

Uhhh... Sejak dok dlm gua ni, susah nak nampak sekeliling. Hari hujan pun aku tak perasan. Setiap kali aku perasan, hujan dah berhenti pun. Teruk tol aku, kan?? Tapi dok dlm ruang ni aku rasa de privacy skit la. Disamping aku dapat menghindarkan diri aku dari bau asap rokok. Aku memang benci ngan asap rokok. Bila aku tak dikelilingi asap rokok, aku rasa diri aku ni bebas. Kalau tak rasa cam hati aku ni dirobek.

Aku sangat pasti yg semua orang pasti tau pe kesan sampingan dari asap rokok ni. Nak aku list kan ke?? Boleh jugak. Kalau aku ada jumpa artikel pasal tu, akan aku kongsikan ngan korang.

Hujan yg lebat telah menyebabkan bf aku semakin kotor. Huhuhu.. Belemoih tol. Kalau aku rajin mungkin akan ku bilas skit balik kang. Tp aku de beberapa item lagik tuk dibeli. Hmm.. Nak kene kuar after keje ke?? Tp minyak ngak mencukupi rasanya. Haihh... Minyak2..

Aku agak tertarik ngan iklan Proton Xchange ngan Savvy. Menarek. Tp aku dah de kereta idaman dlm kepala otak aku. Seboleh2nya aku nak dptkan kereta aku secepat mungkin. Rumah??? Wat masa ni tak kot. Ntahle.. Tgk orang lain pakat pulun kumpul harta-rumah, aku tak rasa kalut plak. Cumer kereta je yg aku plg berkenan nak miliki. Nak beli ngan wang sendiri. Hmm...

Tu kemudian aku fikirkan...

almost lover

You fingertips against my skin
The palm trees swaying in the wind
Images
You sang me spanish lullabies
The sweetest sadness in your eyes
Clever trick
I never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me
Goodbye, my almost lover
Goodbye, my hopeless dream
I'm trying not to think about you
Can't you just let me be?
So long, my luckless romance
My back is turned on you
I should've known you'd bring me heartache
Almost lovers always do
We walked along a crowded street
You took my hand and danced with me
Images
And when you left you kissed my lips
You told me you'd never ever forget these images, no
I never want to see you unhappy
I thought you'd want the same for me
I cannot go to the ocean
I cannot drive the streets at night
I cannot wake up in the morning
Without you on my mind
So you're gone and I'm haunted
And I bet you are just fine
Did I make it that easy for you
To walk right in and out of my life?

---A Fine Frenzy, Almost Lover---

sy milik kamu

Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but your so hot that I melted
I fell right through the cracks, and I'm tryin to get back
before the cool done run out I'll be givin it my best test
and nothin's gonna stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some
But I won't hesitate no more,
no more, it cannot wait I'm yours
Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you'll find love love love love
listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And it's our god forsaken right to be loved loved loved loved Loved
So, i won't hesitate no more,
no more, it cannot wait i'm sure
there's no need to complicate our time is short
this is our fate, i'm yours
I've been spendin' way too long checkin' my tongue in the mirror
and bendin' over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
and so I drew a new face and I laughed
I guess what I'd be sayin' is there ain't no better reason
to rid yourself of vanity and just go with the seasons
it's what we aim to do
our name is our virtue
But I won't hesitate no more,
no more it cannot wait, I'm yours
Well open up your mind and see like me
open up your plans and damn you're free
look into your heart and you will find that the sky is yours
so please don't, please don't, please don't,
there's no need to complicate,
Cause our time is short
This, this, this is our fate,
I'm yours

---Jason Mraz, I'm Yours---


~~~Musicnya best. Aku bleh layan dgr byk2 juta kali. (*.*)

keluhan di pagi hari

Aha.. Tinggal lagik 2 hari sebelum majlis berlangsung. Moga semua berjalan dgn lancar. Aminn..

Pagi tadi, setibanya aku kat opis, aku kene melayan bebelan Aida. Mn taknya, tempat dia diduduki semalam. Kan aku ada khabarkan pasal meeting semalam. Lepas meeting, Abg Zam nak guna komputer. Takkan aku nak bg guna komputer aku plak. Aku pun nak wat keje. Komputer yg kosong hanyalah komputer Aida. Aku suruh je la guna komputer dia. Well, actually komputer company la. Tp dah dia dok situ & guna komputer tu. Aku kata la tu komputer dia. Ehehe...

Bila dah lelaki yg dok situ, sepah la jadinya. Aku tak tau la pe kena ngan kaum Adam ni. Pemalas tol. Padahal kat pantry room tu ada je ashtray. Buah gak rata. Pastu dah minum air kotak tak reti nak buang dalam tong sampah. Biarkan rata2. Diaorang sepahkan meja Aida. Mana la macik tu tak bising. Terpaksa la aku backing lelaki2 itu. Kalau ikotkan, aku dah dulu lalui semua itu. Pe yg Aida telah lalui. Kekadang tu, abeh folder kat desktop aku diaorg ubah ikot suka diaorg. Tu la aku hangin.

Tapi sekarang tidak lagi. Tempat sy di dalam bilik. Selalunya aku pun balik agak lewat. Cam semalam, kol 7.30 ptg baru aku sampai umah. Kuar opis dah dekat kol 7. Aku membawa diri aku ke econsave. Membeli sedikit brg tuk opis. Aduhyaiii... Terlupa plak sy nak membeli wrapper. Dah le ngan prob resume aku tak abeh update lagik ni. End of this month tarikh tutupnya. Aku nak setelkan cepat. Hmm..

Dah dua minggu aku tak begitu semangat nak membuat entry. Nak kata aku sibuk sangat, takde la plak. Banyak je masa aku bleh melagha & melawat blog org lain. Mungkin sbb dah membaca blog orang lain. Tu pasal aku dah tak semangat nak update blog sendiri. Lagipun takde kisah menarek tuk dikongsikan buat tatapan masa hadapan ku. Hmm... My journal of life..



(Resume mencari jodoh. Wakakaka...)

Tuesday, July 22, 2008

meeting

Sepanjang tempoh aku pernah bekerja kat sini, baru hari ni la aku melalui detik meeting. Tu pun aku hanya memasang telinga. Mendengar. Tp tak paham mende pun. Wakakaka... Kalau diorang cakap pasal khi kuasa dua, sigma, nombor kompleks ke paham la jugak aku. Ehehehe.. Ni yg kuar adalah, beam, roof, slab, menatang2 yg aku tak diajar masa aku studi dulu. Ahakss...

Sblom ni aku pernah gak le masuk bilik meeting. Tu pun aku banyak berdiam gak le dlm meeting room. Mendengar & hadam segala mende yg dicakap. Isk2...

Tp tadi de gak diaorg sebut pasal angka. De la gak aku blajar dulu. Skang ni aku maseh belom pulang. Tapi keje aku dah takde tuk dibuat. Aku kan slalu membereskan keje aku. So, takde yg bertangguh la. Aku pekerja yg berhemah. Ahaksss...

Dah.. Busan lak citer pasal keje.

kisahku bukan kisah kaisara

It's been 2 years already. Sekejap betol masa berlalu. Kalau ikotkan pun, sekejap je dah nak masuk bulan Ogos. Pe aku nak merepek pepagi ni??? Blur la.. Dlm kepala otak aku hanya ada plan tuk lunch hari ni je. Ehehehe... Hari ni de restoran baru nak buka dekat opis aku ni. De la jamuan pembukaan restoran ni. Kalau dilihat dari luar, agak esklusif kelihatannya. Makanannya tak tau la esklusif ke tak sbb tak pernah rasa lagi. Kalau ikotkan, tuk lunch aku lagi prefer tuk makan kat gerai je. Selain kos yg rendah, selalunya makanan kat gerai lagi sedap + enak + murah. Dolu2 aku lagi prefer tak amek lunch sbb aku konfiden 110% yg aku akan dinner.

Nak selitkan kat sini suatu citer pasal pembantu pacik aku. Pacik aku ni agak baik hati juga la sebab dia bagi pembantu dia kuar berfoya2 sekali sebulan. Tapi kekadang tu lebih dari sekali pembantu dia kuar. Disebabkan dah pandai kuar, pandai la jugak bermain cinta. Akhirnya ketemu la dia dengan seorang boyfren. Semalam diaorang gaduh. Yg si boyfren ni bleh plak gi amek handphone pembantu pacik aku. Dah takde handphone. Handphone tu pembantu pacik aku beli ngan duit gaji dia la. Ni semua pasal kes jeles la. Boyfren dia check hp pembantu pacik aku, mendapati banyak no tak dikenali. Hmm... Cemburunya kes la ni.

Selama pengalaman aku yg berapa kerat tu, tak pernah plak aku cemburu buta sampai macam ni sbb aku percaya akan dia. Tp kepercayaan aku sia2 belaka. Kepercayaan yg aku beri telah disalahgunakan. Takpela, aku terima ia sebagai pengajaran. Owh.. Aku dolu2 pernah gak wat perangai check hp ni. Kalau no tak dikenali, aku tanya la jugak. Tp takde plak nak cemburu buta. Tp kalau tak cemburu langsung tu pun cam ada masalah la jugak. Tol tak???

Monday, July 21, 2008

sales cd citer korea

Naper tah line internet kat opis aku ni. Biler petang je mula la slow. Slow tahap gaban. Kalau dulu tak pernah plak prob camni. Skang ni je. Sejak de org TM dtg opis wat survey pasal maser tuh diaorg dok upgrade sistem kat area ni. Tak abeh2 la upgrade agaknya. Sampai skang ni maseh la tak baper ok. Nak lepas download satu part pun susah. Huhuhu...

Kat opis ni je la tmpt aku mendownload mende2 lagha. Hahaha.. Nak wat camno. Sabo je la..

Owh.. Semalam sy pergi berjalan2. Tujuan utama nak mencari sehelai tudung. Tp yg diperolehi adalah 2helai tudung. Ehehehe... Susah tol nak mencari 1 warna tudung ni. End up aku terbeli tudung sama kaler ngan adek aku belikan tuk aku ari tuh. Haihhh...

Meneruskan perjalanan lagik. Aku masuk ke kedai Speedy. Fulamak.. Byk siot cd citer korea. Dah tergoda dah sy dibuatnya. Mengenangkan dah nak hujung bulan. Dgn belanja besar aku bulan ni, makanya tidak jadi la sy membeli. Banyak kali gak angkat & letak blk kotak2 cd citer korea. Hahaha...

Suatu hari nanti sy akan membelinya jua. InsyaAllah.

suspek???

How am I this morning after the talk last nite???

Hmm...

Cam takde pe2 je yg beza. Sumernya cam biasa walaupun semalam masa dpt 1st msg suspek aku rasa cam debar2 skit. Dia dah lama tak msg aku. Tetiba je msg. Ngan isi kandungan msg yg agak mistik & misteri buat aku. 1st msg dia je aku dah reply lambat. Smpai dia hantar lagik msg tanya aku paham tak. Aduhyaiii... Walaupun aku tak terer english, tp ayat mudah camtuh aku phm la. Isk2...

Antara aku ngan suspek, kami mmg agak pelik jugak sebenarnya. Bila dia contact blk, memang la aku rasa hepi. Rakan lama hubungi aku semula. Tak ingat bila kali terakhir kitaorg berhubung. Walaupun dia berada jauh di negeri Sabah.

Perbualan semalam rasa lain daripada yg sebelom2 ni. Sebelom ni tak pernah langsung aku tanya hal peribadi dia. Dia pun tak pernah nak tau hal peribadi aku. Semalam, aku dikejutkan dengan soalan cepu mas dari dia. Hahaha... Aku menjawab dlm keadaan berseloroh sahaja.

Masa suspek msg, aku on fon ngan Dj. Dj suruh aku gi layan msg suspek. Tapi aku tak nak. Aku nak bergosip ngan Dj. Ehehehe... Lastly aku mengalah gak. Melayan msg suspek. Mn taknya, dia dah hntr smpai 3msg, tp 1 pun aku tak reply. Bukan aku jual mahal la. Tp aku dok berciter hal yg agak penting gak ngan Dj. Hmm...

Bila aku dapat kesan yg sekarang ni suspek tgh dlm keadaan berduka, terus dia mengundur diri. Takpe la kwn. Aku tak gi mn2 pun. Sentiasa di sini. Kalau rasa sunyi & perlu teman berbual, hubungila aku. (^_^)


"Just imagine, we met after a long time & we start to talk at 12 a.m. in your room with the lights off & no one else at home. Then your handphone rings downstairs. I asked you to comeback after the call & you promised me. So, the person on the phone tells you that I died last nite. Would you comeback to your room as promised? Reply with reason."

Ni la msg yg telah suspek hantar kat aku. Haihh... Naseb bek la msg tu tak btol2 sampai kol 12 a.m. Kalau tak, peluh gak le saya. Ehehehe..

Aku reply seperti yg dia nak. Beserta ngan reason.

He replied back - just a spirit that came for a visit. Hmm...

Satu lagi yg aku nak quote dr msg suspek semalam - "Siapa nak kata nak, siapa tak nak kata tak nak.", which so true.. Bile dijelaskan sebegini, takde la kekeliruan. Ditinggalkan dalam keadaan penuh tanda tanya adalah suatu yg pahit. Lebih pahit dr hempedu.

Aku klasifikasikan persahabatan aku ngan suspek suatu yg istimewa. Yg tak pernah aku alami dgn sahabat2 lain. Walau tinggi mana pun dia terbang, dia tetap kembali kpd kwnnya. How swit. Ehehehe... Ngan pengakuan dia yg dia makin 'berkembang'. Wakakaka...

Sunday, July 20, 2008

woman

A woman has strength that amazes men.
She can handle trouble and carry heavy burdens.
She holds happiness, love and opinions.
She smiles when she feels like screaming.
She sings when she feels like crying, cries she's happy and laughs when she's afraid.
Her love is unconditional.
There's only one thing wrong with her, she sometimes forgets what she is worth.

Saturday, July 19, 2008

pulang sudah

Setelah berjuta-juta kali asyik dok tengok jam, akhirnya tiba masa tuk sy pulang. Masa yg dinantikan.

Ding! Dong!

Apa yg sy terujakan sangat??? Takde pe2 pun. Saja nak rasa teruja tuk blk berehat di rumah. Salahkah??? Takkan?

Selamat berhujung minggu semua..

ingat ko bagus

"Ko dtg ikot suka. Pastu bg arahan mcm ko bos besar. Mcm la ko bagus sgt. Ikot suka hati je. Setiap perkataan yg keluar dr mulut ko mcm la ko yg berkuasa. Huh.. De sorg mamat ni. Dia dtg ikot suka dia. Pergi pun ikot suka dia. Macam dia yg plg bgs sekali. Buat kerja pun tah pe2. Siap de sekali tu menangis depan bos aku. Merayu. Pandai ajak org buat bisnes sekali. Tp buat keje tak telus. Ko kata ko banyak kontek. Boleh senang nak dpt mn2 projek. Tp yg aku tgk ngan mata kepala aku, takde pun. Aku tak kesah lagik kalau pacik aku nak pinjam keta. Ni dia yg tak kene mengena ngan aku pun sibuk gak nak pinjam keta aku. Buat macam welfare. Aku benci. Aku benci bila setiap kerja yg dia suruh aku buat tak pernah ngan muka yg elok. Selalu muka nak perang je. Aku benci bila arahan yg kuar dr dia seperti kalau aku tak buat, aku kene bunuh. Aku tak nak mencarut. Aku hanya nak buat luahan hati aku je. Suka sgt nak terjah org ikot suka ko. Ko saper??? Ni semua sbb kejadian yg berlaku kejap tadi. Dtg menyerbu mcm tu je. Ntah mengapa pertama kali bersua muka pun aku dah mula rasa tak selesa. Aku bukan handal dlm bab instinct. Tp bleh pakai jugak la instinct aku ni. Benar. Kerjasama yg dilakukan hampir tergelincir. Hiyarrrkkkk.. Aku geram. Marah. Ko bgs sgt, napa ko tak usaha sendiri je. Jgn asyik nak bagi arahan. Uweekkk..."

tlg fahami daku

Plan aku tuk hari ni. Lepas keje nak gi cari tudung tuk kenduri next wik. Mak aku cam agak beria nak suruh aku berhias. Macam la aku nak kawen. Anakmu ini bukannya tak cantek. Tanpa berhias pun tetap cantek, walaupun kelihatan sedikit pucat. Ahaksss... Maaflah kalau ada yg rasa loya ngan statement sy sebentar tadi. Ehehehe...

Ni 1st cousin aku yg kawen. I'm the 2nd. Kalau ikot turutan, it should be my turn next. Tapi blom de banyangan mahupun bau2an. Aku tak kesot sgt pasal tu sbb aku yakin semuanya telah diaturkan. Pasti ada kebaikan yg terselit. Cuma tak dpt dilihat ngan mata kasar je.

Masalahnya satu la. Nak meyakinkan org2 yg hampir dengan aku terutama sekali mak aku. Agak sukar. Aku rasa tertekan skit sbbkan itu la. Aku rasa bukan aku sorang je yg mengalami masalah yg serupa. Ramai di luar sana yg turut menghadapi kesukaran yg sama.

Aku tak berapa nak amek hati sgt kalau org luar dok tekan or pressure aku pasal tu. Tp kalau parents aku yg dok ungkit, pasti aku akan makan hati berulam jantung. Aku cuma mengharapkan sedikit pemahaman dari kedua2 parents aku.

Aku sorang je yg kelihatan seperti optimis dlm hal sebegini. Kalau ada Acu kat sini, mungkin dia dapat meyakinkan mak aku pasal tu. Plzz understand me, mak..

Ari tu aku terlupa nak letak sendal je kat pintu hati aku. Aku tutup & terkunci. Pastu kunci letak rata2. Dah tak jumpa nak cari. Tol tak MaiH?? Ahaksss..





~~~Napa aku tak berasa excited pun ek??? Tak cam masa Wanee nye kenduri. Beria. Bersemangat jitu. Ni, aku tak rasa walau secebis penangannye. Cemburu?? Tak mungkin. Hmm... Aku harap semuanya berjalan seperti yg telah dirancangkan.

detikan masa

Berbeza dengan semalam. Hari ni terasa lambat je masa bergerak. Aku pun tak pasti kenapa plak jadi camtu hari ni. Mungkin sebab aku banyak sangat melagha kot. Ehehehe... Rasa cam dah banyak kali aku toleh tgk jam, tapi blom berganjak dari pukul 10 lagik. Maseh dalam lingkungan 10.

10-09.

10-17.

10-35.

10-43.

10-49.

10-53.

Makin aku kerp tgk jam, makin lambat rasanya masa pass by. Uhhh...

kau pergi

Kau Pergi - Alif OIAM

*Kau kata akulah segalanya Yang menyinar mekar di hatimu Kau berjanji akulah satu-satunya Yang abadi hingga ke akhirnya *Kau genggam erat tanganku Kau sambut cinta suciku Kau hias indah hidupku Kau beriku bahagia *Kau pergi dariku Sendiri tanpamu Mana janji-janjimu Untuk setia denganku *Hatiku terluka Dibuai rindu padamu Manakah setia yang kau ucap dulu.. Maafkanku.. jika salahku.. *Hulur tanganmu Sambut cintaku Aku tak sanggup bersendiri *Kembali kasih dalam hidupku Cintaku tulus sejati.. *Kau pergi dariku Sendiri tanpamu Mana janji-janjimu Untuk berdua denganku *Hatiku terluka Dibuai rindu padamu Manakah setia yang kau ucap dulu.. Cintamu.. bukan untukku......*

belajar suka yg kt dpt

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk di sebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopanny a cuma di depan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar di luar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman.

Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir.

"Nak apa?!"

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

"Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng.

Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

"Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu ditutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai.

Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk elakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.

Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi.

Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

"Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.

Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahubantu, ramai lagi di luar sana. Lupakan saja.. Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat-melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

"Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tua sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

"Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plastik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.


~~~RENUNGKANLAH~~~
Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat.



***Aku paste dr emel yg aku dapat. Bersama kita renungkan.

Friday, July 18, 2008

penguasaan

Agak pantas masa berlalu hari ni. Kan bagus kalau setiap hari pun seperti hari ni. Masa pantas berlalu membuatkan aku tak sempat berkhayal. Mengenang sesuatu yg telah lalu. Tak salah tuk mengingatinya. Aku je yg sering hanyut bila teringatkannya terutama sekali minggu ni. Ahhh.. Seperti yg ku duga, ia merupakan simptom buat aku. Dan hari terbukti sudah simptom itu. Hahaha... Pelik tapi benar. Itulah yg berlaku pada aku. Aras ukur/penanda.

Waktu yg terluang hari ni aku melakukan aktiviti blog hopping. Eheheh... Best biler terjumpa blog yg menceritakan bahan bacaannya. Aku kagum. Dari segi penggunaan bahasa pun telah aku kagumi. Telah banya buku yg dikhatamkan oleh penulis blog itu. Tak memilih genre. Dari bahan bacaan ilmiah, buku fiksyen & bukan fiksyen hinggalah ke novel romantis. Cayalah sama kamu.

Sekarang ni aktiviti pembacaan bahan bacaan Inggeris aku telah mula perlahan. Adushhh.. Ni yg aku tak suka ni. Seperti melepaskan batuk ditangga. Bulan ni aku belom mendapatkan sebarang bahan bacaan tuk aku yang dalam bahasa Inggeris. Aku bukan nak menidakkan bahan bacaan dalam bahasa Melayu. Cuma dengan memperbanyakkan lagi bacaan Inggeris, aku boleh memperbaiki & menambahkan vocabulary aku. Dah tua2 ni, tp penguasaan aku tak baper bagus lagi.

Alhamdulillah, aku rasa penguasaan bahasa Melayu aku agak baik. Mungkin permasalahan yg ada hanya ejaan aku yg selalu je tersasar. Tidak sah andai kata dalam entri aku yg panjang lebar tidak punya sekurang2nya 1 salah ejaan. Ehehehe...

Pagi tadi, sahabat aku yg berada jauh di bandar warisan sana menghantar sms sekadar bertanya khabar sahabat di sini yg dalam beberapa entry yg lepas kelihatan agak sumbing sedikit emosinya. Thanx sahabat. Alhamdulillah, sudah beransur sihat emosiku ini..

***A small gift from me to you. Sudilah menerimanya. Bila la nak ketemu ni tuk ku sampaikan sedikit tanda ingatan ku untukmu wahai sahabatku. Hmm...

ilusi hitam

Selalu orang mengatakan yg warna hitam adalah warna pakaian yg terbaik untuk membolehkan pemakainya kelihatan ramping. Pendek katanya hitam boleh menjadi warna ilusi yg dapat menipu mata pemerhati supaya anda kelihatan lebih langsing. Tapi itu tidak berlaku kat aku.

Serius beb... Setiap kali aku memakai pakaian warna hitam, aku akan kelihatan lebih besar dari keadaan asal. Huhuhu... Ntah mengapa ini berlaku kepada aku. Sebaliknya warna light pink mungkin boleh memberi sedikit ilusi langsing buat aku. Huhuhu...

Aku de beberapa contoh gambar tuk diperlihatkan sebagai bukti.

Lihatlah bukti ni. Mungkinkah ilusi hitam membuat aku nampak lebar @ sesungguhnya sy memang sudah melebar. Ahaksss..


Kami di dalam lif.


Dulu aku ada kecoh nak diet. Sekarang ni apa yg telah berlaku. Takde istilah diet. Aku meminjam slogan MaiH. Makan adalah satu nikmat dunia. Ni aku pinjam dari slogan adik aku plak - Jangan zalim kepada makanan. Kalau bende tuk makan, selagi halal, makanlah. Yg adik aku punya slogan agak ekstrem skit la. Disebabkan slogan itu la adik aku telah berkembang 2,3 kali ganda. Ehehehe...

Enak sungguh laksa kami ini. Yummy!!! Bila nak pi mkn lagi?


Nak gak pose celah cawan ABC. Ni Dj nye. Aku minum teh o panas je sebab masa ni aku tgh selsema. Pastu Dj kata aku cam org tua sebab kebanyakan diaorg yg makan kat situ time tu order ari teh o. Ciss2... I selsema ok time tuh.
Google